Wednesday 20 May 2015

The 'Urat Keting' Soup Restaurant

Assalamualaikum...

Malam ni aku nak kongsikan satu tempat makan yang best bagi aku di Bangi ni iaitu Restoran Sup Urat Keting, Seksyen 7, Bangi. Aku telah beberapa kali singgah di restoran tersebut untuk menikmati makan tengah hari. Jadi kalau malam aku tak tahulah apa menu yang ada sebab aku belum pernah singgah di situ malam-malam. Memandangkan aku jenis yang memilih makanan, aku perlu pergi ke tempat yang menghidangkan nasi campur dengan pelbagai jenis masakan. Alhamdulillah, menu di kedai tersebut tidak mengecewakan dan sedap pada tekak aku. Bersesuaian dengan nama kedainya, mereka menyajikan pelbagai jenis sup terutamanya urat keting. Aku pun belum pernah cuba sup tu sebab tak pernah tahu rasa urat keting macam mana. Tapi supnya memang sedaplah. Ikan bakar yang menjadi kegemaran aku pun ada. Panas-panas lagi diangkat dari tempat bakar. Fuhhh...menjilat jari. Tapi jangan datang waktu anda semua kenyang sebab takut tak habis. Nanti ambil segala jenis makanan sebab nampak menyelerakan, lepas tu tak termakan, macam aku. *kadang-kadang. Pasal harga jangan risau sebab masih berpatutan dan ramai pelanggan yang datang.
Nak cari restoran ni senang saja. Dari jauh nampak signboard kedai yang bertulis "UK". Masuk saja simpang dekat Seksyen 7 tu, dah nampak. Sekitar tu banyak lagi restoran lain. Jadi kalau menu di UK tak sesuai dengan selera anda semua, bolehlah menjenguk ke restoran-restoran lain sekitarnya.
ni gambar yang di ambil dari Google. Depannya ada restoran, belakangnya pon ada restoran. Pilih saja.

*kenapa aku over sangat buat promosi ni?

The Mad Max Fury Road Movie

Assalamualaikum..

Siapa dah tengok cerita Mad Max Fury Road ? Kalau ada yang dah tengok, kita geng!! =D Sebenarnya, aku pergi tengok cerita tu tanpa tengok trailer dulu. Gatal sangat mata ni nak tengok wayang alang-alang pergi window shopping. Sekali tengok, haaa!!! kejap-kejap pejam mata. Bukannya cerita hantu tapi scary jugalah. Ala-ala psychopath juga maybe. Ceritanya begini.
Di sebuah kawasan yang kering-kontang, masyarakat di situ berebutkan sumber makanan dan minuman. Situasi tu menggambarkan keadaan dunia yang akan datang tanpa sumber dari Bumi. Max ni kena tangkap dan digunakan sebagai "blood bag" ala-ala kantung darah versi manusia kepada seorang War Boy yang bernama Nux. Nux ni sangat-sangat bersemangat dan setia kepada ketua dia yang kejam. Seorang perempuan berpangkat imperator, bernama Furiosa jadi orang kepercayaan ketua tetapi disebabkan dia mengimpikan untuk ke kawasan yang lebih subur, dia melarikan beberapa tentera yang gagah dan lima orang isteri ketua mereka. Segala jenis pergaduhan berlaku hinggalah Furiosa dan Max bekerjasama untuk ke "Green Place". Apabila mereka sampai ke destinasi........ sila tengok di pawagam. =P



Sewaktu aku dalam proses membeli tiket, trainee yang jaga kaunter tu promote dekat aku untuk join movie club dengan membayar RM 30, dapat dua tiket wayang, satu regular popcorn dan segelas air bersaiz regular. Aku ikutkan saja sebab aku pun belum daftar mana-mana movie club lagi. tapi prosesnya lama juga sebab dia terus daftarkan online dan data internet dekat situ slow. Kesian orang yang beratur belakang aku. Maaf sangat-sangat.

inilah antara kelebihan-kelebihan yang bakal diperoleh jika mendaftar movie club di TGV


Monday 18 May 2015

The Arabian House Restaurant

Assalamualaikum...

apa khabar semua? dah makan? Ha...cakap pasal makan ni, nak share sikit tempat makan yang aku pergi Sabtu baru ni. Petang Sabtu tu perut aku minta macam-macam. Nak ikan bakar la, steamboat la, pizza la, nasi arab, etc.  Mengalahkan orang mengidam. Untuk menyelamatkan perut aku dari meletup kalau melayan nafsu makan aku, maka aku memilih untuk makan nasi arab. Aku ni tak pernahlah lagi merasa nasi arab sebab sebelum ni tengok nasi arab tu macam biasa saja. Petang tu je aku buang tabiat sikit nak makan makanan yang aku tak pernah rasa pula. 
Pusing punya pusing nak mencari restoran nasi arab yang lecturer aku punya tapi tak berjumpa. nak jumpa macam mana, nama restoran pun tak tahu. menurut sumber, restoran tu ada area Seksyen 7, Bangi. tapi aku cari tak jumpa pun. Tiba-tiba aku ternampaklah signboard satu restoran arab ni dekat tepi jalan. Pergi sajalah, janji dapat makan. Parking memang depan-depan restoran tu tapi nampak macam mewah semacam saja. Almaklumlah, student ni duit ciput je. Kalau mahal, mana nak rompak duit. tak kan nak gadai harta benda dekat kedai tu semata-mata nak rasa nasi arab.  Aku pun dengan rasa separuh yakin, bergerak ke kedai berhadapan dengan restoran mewah tadi. Kedai tu pun ada jual nasi arab dan macam-macam menu lain menurut senarai menu yang ditampal di sekeliling kedai. Tapi, rakan aku merangkap pemandu aku yang tak ditauliah kata " dah alang-alang nak makan makanan arab, kita masuk sajalah restoran tu. kedai ni macam kedai mamak. tak specific jual makanan arab," Aku mulalah keliru jiwa dan raga nak pilih kedai makan mana. punyalah complicated. padahal nak makan je. Aku pun ikutlah kata rakan aku tersebut sebab kalau mahal pun tak adalah sampai beratus beribu kan. 
Ketibaan kami disambut penyambut tetamu lelaki *muka memang Arabian habis. Dia bagi salam dan tunjukkan meja untuk dua orang tapi empat kerusi. Tengok senarai menu, harga masih dalam bajet tapi tak faham apa. Nasib baik ada gambar. jadi aku pilih ikut pada gambar sajalah. =) 
Dalam 10-15 minit juga tunggu, makanan pun sampai. Aku order teh O ais limau suam yang berharga RM 3.50 dan Hanith Chicken Rice yang berharga RM 16.00. Rakan aku pula order Kabsah Chicken Rice dan Nescafe ais tapi aku tak ingat berapa harganya. Total harga makanan kami lebih kurang RM 38 sekali dengan GST. Rasa mengikut tekak aku tak berapa ok tapi mengikut tekak rakan seperjuangan aku, dia kata sedap saja. Biasalah tekak aku yang tak pernah makan makanan arab ni lain sikit. =P 

bolehlah singgah untuk peminat-peminat makanan Timur Tengah. Macam-macam ada. Tempat solat pun ada.
FB : Arabian House Restaurant
Alamat dan no. telefon ada tertera dalam gambar. 

Tuesday 12 May 2015

The Trypophobia

Assalamualaikum..

pagi tadi Mdm Norlaila minta students yang belum present hari Khamis minggu lepas untuk present hari ni. ada seorang student tu yang present tentang Trypophobia. mula-mula dia tunjuk bentuk bulat-bulat yang ada dekat batang kayu saja. aku ada rasa geli sikit dalam 2%. lepas tu dia tunjuk lagi gambar-gambar holes dekat kulit tangan dan segalanya. aku memang tak boleh terima. GELI!! aku memang terbayang-bayang benda tu. tolonglah, geli. student tu bagitahu cara nak cure fobia ni. dia cakap, orang yang ada fobia ni, kena lebih expose pada benda yang aku takut tu. jadi, lama-lama aku akan jadi tak takut. TAK NAK!! aku tak boleh nak tengok pun. cara ni lebih kurang "alah bisa tegal biasa". kena cari banyak maklumat tentang fobia tersebut. maksudnya, tak kenal maka tak cinta. kita akan get us to it kalau dah banyak maklumat tentang sesuatu perkara tu. nak cari maklumat macam mana kalau nak tengok pun takut. kedua, pergi dapatkan terapi. yang ni akan difikirkan kalau tahap teruk. cara terakhir ialah, think positive. macam kita takut dekat hantu contohnya, kita fikir, "tak apa, tak ada hantu dekat sini, kan ada orang lain juga dekat dengan kita". lebih kurang macam tu la. kena fikir yang those things tak bagi effect buruk pun dekat kita. fikir yang benda tu nampak cantik dan sebagainya. aku cakap pandai tapi aku pun takut.

aku tak letak gambar berkenaan tajuk dalam entri ni sebab nanti aku akan tertengok gambar tu setiap kali buka blog. mohon Google sendiri. kalau anda pun geli, maksudnya kita sama!!

Sunday 10 May 2015

The safety ways to walk by yourself

Assalamualaikum...

hari ini aku melepaskan stress dengan pergi shopping.typical girl, right? apa yang aku fikirkan sampai stress tu masih menjadi rahsia aku dan aku sahaja. lebih kurang pukul 1.00 p.m aku menaiki bas Rapid ke KTM UKM. dari KTM UKM, aku bergerak ke Serdang. kalau dah berhenti dekat Serdang, mall mana lagi yang patut di tuju. The Mines!! memandangkan aku hanya pergi sendirian, langkah berjaga-jaga harus diambil bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti kes ragut. walaupun aku tak pernah dengar lagi ada kes ragut di situ, tapi kita mesti berwaspada juga.

langkah berjaga-jaga untuk wanita kalau berjalan sorang-sorang :

1) pakai pakaian yang selesa untuk bergerak

memanglah semua yang kita pakai ni selesa pada kita tapi "selesa" di sini bermaksud, senang nak buka langkah kalau perlu selamatkan diri. jangan pakai kain sempit sampai nanti nak lari dari penjahat pun terkedek-kedek. kalau dalam silat cekak hanafi, rasanya masih boleh bagi "buah" dekat orang jahat tu walaupun pakai kain sebab kebanyakan guna tangan saja dah cukup padu kalau buat betul-betul. kalau nak pakai kasut tinggi tu, rasanya boleh dipertimbangkan. nanti terseliuh pula. dah jadi macam drama. kalau berlari je, mesti terjatuh.

2) bawa peralatan tajam tapi tidak berbahaya atau bawa pepper spray

maksud peralatan tajam tapi tidak berbahaya di sini ialah, pisau kecil yang boleh dilipat-lipat, gunting, pen dan sebagainya. janganlah pula bawa pisau tajam potong bawang tu. nanti tercucuk diri sendiri pula. paling senang pepper spray. kalau nak canggih lagi, bawa electric current shock pen. keberkesanannya aku tak pasti sebab aku tak pernah cuba. kalau dah bawa tu, janganlah pula letak dalam beg bahagian yang besar tu. nanti penjahat dah lari, kita tengah terhegeh-hegeh lagi mencari spray dan sebagainya. letak di tempat yang senang dicapai jika berlaku sesuatu.
pisau kecil yang harus dibawa
pepper spray dan pastikan letak di tempat yang mudah dicapai ok!! nanti tersalah, terambil perfume pula =P

pen ni aku pun tak tahu nak beli dekat mana

3) jalan berdekatan kumpulan atau couple

walaupun keluar berseorangan, selagi belum sampai ke destinasi yang dituju, berjalanlah berdekatan kumpulan lain atau pasangan lain yang nampak macam boleh dipercayai. janganlah berjalan dekat dengan orang yang rupa dan pakaian pun dah nampak macam ketua gangster. memanglah kita tak boleh nilai orang melalui pakaian sebab ramai saja yang pakai macam alim tapi perangai memgalahkan hantu. ikut naluri masing-masinglah kumpulan mana yang kalian rasa selamat untuk follow dekat dengan mereka. kalau nak follow tu, jangan jalan tengah-tengah group tu pula. jalan di hadapan mereka lebih baik tapi jangan jalan lambat sangat. ganggu perjalanan mereka pula nanti.

4) barang berharga dalam poket

selalunya, lebih afdal kalau letakkan smartphone, kad ATM yang paling banyak jumlah wang, dan duit ke dalam poket seluar. maksudnya, jangan letak semua benda berharga dalam handbag. jadikan handbag sebagai tempat letak alat make-up dan barang yang kurang penting sahaja. kalau duit ada RM500, jangan semuanya letak dalam purse sumbat dalam beg. 80% letak dalam poket. nanti dah sampai dalam mall baru letak banyak-banyak duit dalam purse.

5) jangan berhenti, masuk

kalau berjalan di kaki lima depan deretan kedai, jangan berhenti di hadapan kedai lepas tu terpacak je kalau tertarik dengan barang yang dijual oleh pekedai tersebut. masuklah ke dalam kedai agar keselamatan terjamin. kalau kita berhenti dan terleka, kesempatan itu akan diambil oleh penjahat untuk meneruskan niatnya.

6) jalan pantas

kalau jalan seorang diri, jalan berlenggang-lenggok. berjalanlah dengan pantas tetapi tidak terlalu laju. hal ini kerana, kalau kita berjalan lambat-lambat, masa untuk jenayah mungkin berlaku adalah lebih lama. kalau jalan laju sangat, nanti orang pelik pula. nak kejar apa? nanti sampai mall, berpeluh-peluh sudah. tengok-tengok juga kiri kanan kalau-kalau ada individu atau kumpulan yang mencurigakan. harus diingatkan juga, jangan berjalan di lorong-lorong yang tak ada orang lalu lalang. kalau jadi apa-apa, nak minta tolong siapa?

rasanya itu sahaja tip-tip yang aku nak kongsikan. jagalah diri masing-masing dan lebih baik mencegah dari mengubati.

aku pergi The Mines tadi sekadar nak tengok Avengers dan nak tambah stok Innershine aku. Alhamdulillah, setakat ni aku nak teruskan misi jadi testimoni produk tu. =) hehe.
aku pergi tengok Avengers tapi terlelap dalam cinema. buat bazir duit je. aku keluar lepas sejam setengah cerita tu ditayangkan. nampak tak betapa membazirnya aku hari tu? maybe aku penat sangat kot.


Friday 8 May 2015

The Annual Grand Meeting Silat Cekak Hanafi 2014/2015

Assalamualaikum...

Apa khabar pembaca blog TPD sekalian? Diharapkan kalian sihat sentiasa dan murah rezeki. Amin. Hari ni aku nak berkongsi kisah Annual Grand Meeting Silat Cekak Hanafi,UKM sesi 2014/2015 yang diadakan pada 6 Mei 2015 yang lalu. Pada tahun ini kami menguruskan program ini dengan lebih serius berbanding pada tahun lepas kerana kali ini kami menetapkan formal dress code dan terdapat beberapa gimik yang telah dirancang. Pada tahun sebelum ini, AGM hanya dilakukan sekadar pembentangan laporan tahuan dan kewangan, perlantikan AJK baru dan jamuan secara santai.
Program dimulakan dengan gimik persembahan silat oleh beberapa ahli silat, ucapan perasmi Drs. Rafei Hj. Mohammad dan diteruskan dengan agenda-agenda yang telah diatur oleh AJK terlibat.
Selepas jamuan bersama perasmi, kami meneruskan majlis dengan perlantikan AJK yang baru. Alhamdulillah semuanya nampak berkaliber untuk mengendalikan sesi yang akan datang. Yang Di-Pertua Persatuan Silat Cekak Hanafi,UKM sesi 2015/2016 ialah Mohamad Amirul bin Abdul Karim atau lebih dikenali sebagai Meon. Majlis diteruskan pula dengan ucapan-ucapan VIP yang hadir. Akhir sekali, gimik kedua kami iaitu celebrate senior-senior silat yang banyak berjasa dalam mengajar kami selama ini sampailah tamat. Memandangkan ada yang sudah graduate tetapi masih sanggup datang malam-malam walaupun masing-masing sibuk bekerja dan sambung Master. Alhamdulillah, moga ukhwah kekal selamanya. Hanya mampu belanja Secret Recipe saja untuk akak-akak dan abang-abang.

Program tanpa sesi bergambar adalah salah =P Lepas bersedih-sedih dengan senior yang terharu dengan kasih sayang kami, bermulalah sesi fotografi bersama alumni,senior dan jurulatih.

keluarga silat



The Geneticists' Family Day

Assalamualaikum..

haaa....aku nak sambung cerita apa yang berlaku pada 4 Mai 2015 baru-baru ini. pada pagi yang tenang hari Isnin yang lalu, kami geneticist-to-be bergerak ke Ulu Yam, Selangor untuk program Family Day. aku memang makan BBQ dua hari berturut-turut. penat pergi PD pun tak hilang lagi, ikut pula program genetik. kami konvoi dengan kereta sahaja sebab macam membazir saja kalau nak tempah bas. ahli-ahli kami sikit dan ada beberapa orang yang tarik diri saat-saat akhir. perjalanan ke Sg.Sendat, Ulu Yam dibantu dengan Waze dan alhamdulillah kereta yang dipandu classmate aku, Khairunnisa tak mengalami kesesatan =D setelah melalui jalan yang berliku macam jalan nak balik kampung aku, akhirnya sampailah kami ke destinasi tetapi................ TUTUP!! boleh pula kawasan rekreasi tu tutup. sebab apa aku tak berapa pasti. mungkin sebab nak membaik pulih. aku pergi check tandas sebab bagi aku, kalau kawasan tu tutup, kami masih boleh BBQ dan mandi manda di sekitar kawasan tersebut. yang penting tandas untuk tukar pakaian. tapi, malang tidak berbau, tandas pun dikunci. maka, batal???
oh no!!!!
kami menukar destinasi ke Hutan Lipur Sg. Tua. jauh jugalah nak patah balik dengan jalan bengkak-bengkoknya. tahan sajalah kalau pening. sesampainya kami di hutan lipur tu, Uncle Guard cakap kami tak boleh bergotong-royong dan BBQ di situ? terkejut aku. tapi fahamlah, maybe sebab tu hutan lipur. kami memang suka kalau tak bergotong-royong sebab semua fikir nak mandi dan makan saja. tapi kalau BBQ pun tak boleh, kami nak tukar lokasi mana pula? ketua program kami memutuskan untuk teruskan program di situ. lalu kami membayar RM1.00 setiap seorang dewasa. kalau kanak-kanak, 50 sen sahaja. kenapa kena bayar? alam ciptaan Allah kan...hehe... maybe sebab nak bayar pihak yang membersihkan kawasan tersebut.

masuk je, terus bergambar. posing dulu!! lepas cari tempat yang sesuai, kami pun memulakan aktiviti. ada je orang yang buat BBQ, kami pun tiru sajalah. air dekat situ bersih dan sangat sejuk. menggigil masing-masing mandi lepas Zohor tu. aku jadi cameragirl jelah. aku dah malas nak mandi. almaklumlah dah puas mandi dekat PD. lepas mandi tu, elok-elok berkemas nak balik, hari pun hujan. nasib baik tak hujan waktu bakar BBQ. kalau tak, melepas nak makan. apa-apa pun, perjalanan hari tersebut berakhir dengan kegembiraan. alhamdulillah.
geneticist-to-be
walaupun tidak dibenarkan gotong-royong, kami kena berlakon juga untuk pembuktian program. =D dalam berlakon-berlakon pun, lepas tu jadi betul-betul sebab banyak je sampah sebenarnya. 

masing-masing mengada nak main keretapi dalam air

main percik-percik air pun boleh...... =)

ni belum tahap close-up lagi

keratapi perempuan


Thursday 7 May 2015

The Labor Day Holiday

Assalamualaikum...

Ini first entri aku untuk bulan Mei ini. Setelah seminggu aku menyepi tanpa khabar berita. Hari ini aku nak bercerita macam-macam perkara.

2 Mei 2015

pada petang Sabtu itu, lebih kurang pukul 3 petang, aku dan rakan-rakan silat yang lain bersama-sama memerah keringat tulang empat kerat untuk persediaan makanan BBQ bagi program Family Day pada keesokan harinya. aku pula baru pertama kali belajar masak BBQ. Alhamdulillah dapat pengalaman baru. selalunya aku tahu makan saja. =P.
resepi perap ayam BBQ

aku rasa macam aku kurang membantu sangat untuk sesi masak-memasak ni jadi aku ambil inisiatif lain untuk membantu meraka. cuba teka apa yang aku buat???
ha ha ha......aku belanja mereka makan. ok. ini bukan nak menunjuk atau apa. tapi nak bagi tahu cara untuk ambil hati rakan-rakan. kalau kita tak boleh tolong, jangan pula kita susahkan orang atau hanya jadi kayu. apa salahnya, lepas orang lain berpenat lelah membasuh ayam ikan, kita hidang makanan free. hilang penat mereka. Alhamdulillah. tak perlu yang mahal-mahal, air sejuk pun dah mencukupi. nak senang lagi, order saja fast food. simple.
tempahlah Domino's Pizza

sampai ke malam kami prepare untuk program esoknya tu. segala idea dicurah untuk susun tentatif dan aktiviti sukaneka. antara idea sukanekanya adalah tuju bola, tuju selipar, super spontan, true or dare dll. aku pun dah lupa. =P

3 Mei 2015

lebih kurang pukul 9 pagi kami bertolak ke Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson. setelah pusing sana sini, akhirnya sampailah kami ke destinasi yang dinanti-nantikan. malangnya, keadaan tidak seperti yang aku fikirkan. melalui usaha aku search tentang tempat tu, cantik!! tapi, bila kami sampai, "under construction". nasib baik tandas masih boleh digunakan lagi. dapatlah kami salin pakaian, bilas badan dan ambil wudhuk. Alhamdulillah program hari tu berjalan dengan jayanya tapi macam-macam kejadian malang menimpa diri ini. kaki melecit, burung melepaskan najisnya di tudung dan bajuku, terpijak batu bekas tiram bermastautin, BBQ dalam hujan renyai-renyai dan terpaksa balik kolej dengan 4 orang lelaki dalam satu kereta. OMG!! sabarlah nak....

tapi, insyaAllah kalau dah siap segala mak nenek construction tu, aku nak datang lagi Pantai Cahaya itu sebab nak posing comel-comel atas jambatan ala-ala Nora Danish dalam cerita Aku Terima Nikahnya. =D malam tu aku sampai bilik dalam pukul 12 tengah malam. penatnya tak dapat diluahkan dengan ekspresi muka mahupun kata-kata. tengok cara aku tidur, dah dapat agar penatnya macam mana =P
macam inilah rupanya jambatan tu. tapi ini gambar yang aku ambil dari Google Image. gambar aku?? nanti......


4 Mei 2015

nantilah aku sambung cerita dekat entri lain.  =D


Friday 1 May 2015

The Interview and Exam

Assalamualaikum...

alhamdulillah, dapat juga aku update blog ni di pagi hari yang syahdu. di waktu orang lain tarik beg balik kampung sempena cuti Hari Buruh, aku tersadai di kolej sebab program bersusun kena sertai. dah berapa bulan aku tak balik rumah. cuti midsem baru ni pun aku tak balik. sayang betul aku dekat UKM ni. =D

alkisahnya aku nak cerita, hari Selasa baru ni bersamaan 28 April 2015, aku di interview oleh lecturer subjek workplace dari kelas lain. Workplace ni subjek BI yang merupakan ruang untuk kami belajar cara-cara untuk membuat resume, cover letter, interview and presentation. sewaktu interview tersebut, aku merupakan calon temuduga yang ke-2. Allah sahaja yang tahu gemuruh tu macam mana. tapi tak segemuruh pertandingan silat lagi. waktu pertandingan tu, aku dapat rasa jantung aku berdegup macam nak terkeluar dari rusuk.

habis segala kesopanan aku terkeluar waktu interview tu. aku bukan insan yang rajin menunggu tapi aku tetap tersenyum sambil tunggu penemuduga tu siap berbual di talian. sabar sajalah labuuuuu.
macam-macam dia tanya sampai aku jadi tak tahu dah nak jawab apa. semua skrip dalam BI yang aku dah siapkan aku balun saja. akhirnya aku terover cerita dekat dia sampai dia cakap aku blogger yang famous. maaflah, saya tak sempat nak betulkan pandangan tu. saya pun tengah nervous. lepas siap temuduga tu, lecturer tu pun kasi komen yang mantap dekat aku padahal aku macam tak berapa faham sangat apa yang dia cakap. dia cuma kata aku ni seorang yang pleasant dan kalau nak jawab soalan temuduga tu, straight to the point je, jangan pusing-pusing.

jadi, alhamdulillah semua selesai dengan baik.

semalam pula hari yang sangat memenatkan di mana aku kena menjawab dua exam. untuk subjek cytogenetics dan genetik kulat. dengan selsema dan air-cond segala mak neneknya, aku jawab semampu yang aku tahu. then, keluar. malas nak fikir banyak. aku tak selesa sangat-sangat bila selsama dalam dewan exam. mengganggu orang lain dah satu hal. jadi, ada baiknya aku keluar.

harap-harap masalah kesihatan tak menjejaskan markah.. amin...

pasal Innershine tu, aku minum sehari yang hari tu saja. lepas tu malam-malam mesti lupa nak minum. hehe...
 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI