Wednesday 31 August 2016

Habis Dah Praktikal


Hello!!

Semalam last day aku dekat tempat praktikal. Merdeka!! Dalam entri ni aku belanja gambar je la.

Sampling kelulut dekat Sepang.

Banyak sangat log kelulut dekat sini dan memang terurus.

Antara samples yang diambil. Beratus kot nak kena ambil. Fuhhh.

Kelulut berkeliaran dekat pintu masuk log dia.

Hasil tangkapan. =D

Tak tau la kolam ke paya ke apa. Tapi aku suka tengok teratai kembang banyak-banyak tu. Cantik sangat-sangat. Ni masa pergi sampling dekat Jelebu.

Hasil tangkapan dah dibuang abdomennya untuk di extract.

Bila bosan, mula lah buat benda tak berfaedah.

First time buat bead purification. Jakun sikit.

Last protocol aku kena buat hari isnin baru ni. 3 plates kena buat. 1 plate ade 96. Bertabahlah.

Lepas isi segala benda dalam plates tu, masukkan dalam mesin ni. Siap.

Kesayangan yang terpaksa dibuang. Huhu. Penat tau buat.

Belanja sikit gambar lab.

Memandangkan aku sorang je student praktikal dekat lab tu, aku selfie dengan benda-benda ni je la. Pity me.

Ni masa raya hari tu. Buat-buat baik tolong hias benda ni.

Hadiah dari tempat praktikal. Thanks ye.

Salah satu makanan yang SV bagi aku. Tak terkira dah berapa kali dapat makanan. Thanks.
Saya memang suka makan. Tau-tau je.

Thank you sangat-sangat untuk orang-orang yang dah banyak tolong saya sepanjang praktikal ni. Banyak skills yang saya develop dekat sini. Dari sekecil-kecil benda macam nak label tubes sampai sebesar-besar benda saya belajar masa praktikal ni.
My SV and I macam magnet yang sama kutub. Sometimes we talked with our eyes. Aku talkative, SV aku pon talkative. Tapi bila kami sama-sama, dua-dua banyak diam dan cakap benda penting je. Mungkin sebab aku kot yang develop barrier tu. Maybe. Masa salam-salam nak balik semalam tiba-tiba rasa sayang pulak. OMGBTW, love you all. =D



Happy Independence Day Malaysian


Alhamdulillah.

Image result for kemerdekaan malaysia 2016 ke 59
Sumber : SINI

Sehati Sejiwa

Saturday 27 August 2016

Segmen Bloglist By Akupenghibur.com

Hai!!
Assalamualaikum.



{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :
 Bloglist untuk blog akupenghibur.com selama 1tahun
1 Blogger bertuah Feed Blog di Blog akupenghibur.com

Mula : 25 Ogos 2016 | Tamat :1 Sept 2016


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Bloglist By Akupenghibur.com

2. Letakkan blog acik di bloglist blog kamu

3. Follow instagram  :
@acik21

4. Copy code di blog acik dan paste ke ruangan html di blog kamu


Happy holiday!!




Segmen Bloglist Azhafizah.com Sep & Oct 2016


Hai!!

Assalamualaikum.


Segmen bloglist Azhafizah.com Sep & Oct 2016 kembali untuk lagi untuk menggantikan bloglist bulan Julai & Ogos. Bagi yang tak sempat sertai bulan Jun hari tu, boleh cuba sertai bulan Ogos ni. Kalau sudi, berminat dan nak memeriahkan segmen ni jemputlah sertai ramai-ramai ye. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

KLIK BANNER UNTUK SERTAI SEGMEN

TAMAT : 29 OGOS 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Sep & Oct 2016
2. Copy coding yang disediakan dan paste di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Sep & Oct 2016

Terima kasih atas sokongan semua ^__^
Read more: http://www.azhafizah.com/2016/08/segmen-bloglist-azhafizahcom-sep-oct.html#ixzz4IUEzxrLw

Mini Segmen Blogwalking Santai Bulan Kemerdekaan


Klik SINI untuk join sekali ye.
Fuhhh, dah lama tak join segmen segmen ni.

Friday 19 August 2016

Sedang Mencari Rumah Untuk Disewa


Hai!!

Aku adalah manusia yang tak pernah lagi tinggal dekat rumah sewa. Asyik duduk kolej je sepanjang study dekat uni ni. Lepas tu nak masuk master, mulalah menggagau nak belajar cari rumah sewa sebab dah mohon kolej tapi tak dapat. 

Ciri-ciri rumah sewa yang aku cari ;-
1) Dekat dengan PPUKM
2) Mudah untuk dapatkan public transport especially bus (kalau jauh sikit dari PPUKM)
3) Sewa murah dan dah termasuk bil air dan elektrik (RM250 ke bawah, maklumlah student je)
4) Kekosongan untuk 2 orang 
5) Ada kemudahan asas dalam rumah 
6) Suasana rumah macam tempat tinggal manusia (sebab aku penakut kalau rumah macam pelik je)

Tu je kot untuk sementara ni. Tak demand sangat, kan? Heee. Aku ada cari dekat ibilik. Jumpa la dua tiga buah yang sesuai. Harap-harap semuanya dipermudahkan. 


Please comment if you have any suggestion, tips or advertisement related to this entry. Thank you. 

Practical Evaluation Day


Hai!!

Aku ada lebih kurang dua minggu lagi praktikal dekat sini (tempat adalah rahsia, ada bagitahu dekat entri dulu-dulu rasanya). Semalam giliran aku untuk dinilai oleh pensyarah dan penyelia tempat praktikal. 

Perkara yang dinilai ;-
1) Lab book
2) Practical report
3) Project presentation
4) Attitude, skills etc

Masa aku bentang projek tu, ok lagi la walaupun banyak benda yang pensyarah tanya aku macam tak pasti jawapan aku betul ke tak. Buku makmal aku semua ok. Tak dapat apa-apa komen negatif. Tiba-tiba penyelia kata dia tak puas hati dengan laporan praktikal. Dalam laporan tu aku kena masukkan sikit ringkasan tentang syarikat dan aku ambik maklumat tu dekat website syarikat. Cut je yang mana aku tak nak masukkan. Lepas tu aku tak ubah apa-apa ayat dah. Tak pasal-pasal kena tuduh plagiat. Astaghfirulah. Aku tak ada niat pon. Aku betul-betul lupa. Almaklumlah buat saat-saat akhir. It's hurt my pride as a blogger. Lepas tu aku kena repeat buat laporan. Tak ada la sampai kena tindakan apa-apa. Komen yang aku dapat ialah aku kena lebih proaktif dan bina rasa ingin tahu. Adoi. Benda ni memang aku tahu lama dah tapi aku tak tahu macam mana nak betulkan. I'll fix it step by step. InsyaAllah. BTW, thanks to lecturer and supervisor for your advice. 



Gambar dari Google Image. Quotes ni memang meresap ke sanubari gitu. =D


Saturday 6 August 2016

Medical Checkup Di Megaklinik Zahran, Bangi


Hai!

Lepas dapat offer sambung master, aku kena buat pengesahan terima atau tolak offer tu. Untuk terima, aku kena upload sekali dokumen medical checkup. Masalahnya aku tak sedap hati nak minta cuti dengan SV tempat aku intern tu kalau nak pergi weekdays. Kalau pergi yang kerajaan kan murah sikit tapi tu la, kena pergi weekdays

Jadi aku decide untuk pergi Az-Zahrah Bangi sebab aku dapat info kalau buat test dekat situ, result keluar dalam sejam ke dua jam. Sampai je dekat klinik tu, tanya dekat kaunter, rupanya rawatan untuk pesakit luar dah pindah ke Zahran. Dekat Az-Zahrah tu untuk emergency, something like that. Tak jauh pon Zahran dengan Az-Zahrah. Belakang bangunan tu je. Dekat dengan Bangi Sentral.



Pergi dekat kaunter Megaklinik Zahran, encik tu soal and explain la apa yang patut. Anggaran bayaran RM 120. Tunggu sekejap, dia panggil nama, pergi urine test. Miss dekat kaunter makmal tu explain procedure semua, then buat urine test. Pengguna tandas sebelum aku mungkin kanak-kanak or manusia tak bertamadun sikit kot. Tak apa lah, aku tolong flush kan. Urgh. 

Lepas tu pergi bahagian X-ray. Tunggu sekejap, bila nama dipanggil, masuk bilik X-ray. Miss tu explain kena buat apa dan tukar ke pakaian khas untuk X-ray. Berdiri dekat mesin, miss tu akan keluar ke bilik khas dan beri arahan dengan mic. Sebab bahaya radiation X-ray tu. Arahan ni aku macam tak dengar sangat and blur gitu sebab tak biasa kan. Mic macam bergema sikit.  

Bila dah siap X-ray, tunggu dalam 20 ke 30 minit. Nama kena panggil, masuk bilik rawatan. Check mata. Tutup sebelah mata, sebut huruf sampai mana yang nampak. Tutup lagi sebelah, sebut lagi huruf. Lepas tu timbang berat, ukur tinggi dan check tekanan darah. 

Tunggu lagi sekejap. Nama dipanggil, masuk bilik doktor. Doktor tanya itu ini, tulis-tulis, tanda bla bla bla dekat borang. Tulisan doktor tu aku boleh baca. Bagus. Selalu jumpa doktor yang tulisan pon kita tak dapat baca. Doktor cakap berat aku kurang. Eh? Aku sekali terkejut yang berat aku turun. Maybe makan tak terurus kot lately or sebab aku baru habis puasa enam. Doktor cakap la apa yang patut pasal result test aku. Aku pon angguk-angguk burung belatuk. Faham ok. Bukan angguk saja-saja. Hehe. 

Pergi bahagian bayaran tu, tunggu sekejap. Nama dipanggil, buat bayaran. Total, RM 84. Ambil resit and sampul result, balik. 

Aku suka sebab semuanya settle tak sampai 2 jam. Aku sampai situ pukul 7 malam. Memang waktu tak sesuai langsung nak berurusan dan aku risau tak sempat sembahyang Maghrib. Tapi sempat. Dalam 8.10 ke 8.20 malam tu dah siap semuanya. Dekat dengan Zahran tu ada masjid Al-Hasanah kalau tak silap namanya. Dalam Zahran pon ada surau tapi macam muat untuk 2 ke 3 orang sekali sembahyang. So, aku bagi ruang untuk staf dekat situ solat lah sebab dia nak kejar masa buat kerja, layan pesakit bagai lagi. 

Antara perkhidmatan yang ada dekat Megaklinik Zahran :

• Konsultasi Penyakit
• Suntikan Ubat/ Antibiotik
• Rawatan Dehidrasi
• Cuci/Jahit Luka
• Program Imunisasi Kanak-Kanak & Dewasa (Vaksinasi)
• Suntikan Umrah/Haji/Perniagaan Makanan
• Rawatan Nebulizer/Asma
• Farmasi
• Berkhatan untuk bayi perempuan oleh Pegawai Perubatan
• Berkhatan untuk kanak kanak lelaki/dewasa oleh Pegawai Perubatan.
• Pembedahan Kecil
• Ultrasound/Scan/Pap Smear
• Pengambilan ubat yang tidak memerlukan preskripsi terus melalui kaunter farmasi
• Pengimejan (X-Ray)
• Pemeriksaan Kesihatan (Pra Persekolahan Berasrama, Pra Universiti, Pra Kerjaya)
• Pemeriksaan Ibu & Anak
• Pendaftaran Temujanji Melalui Telefon
• Program Sunathon Musim Cuti Persekolahan
• Pemeriksaan Pap Smear
• Program Pemeriksaan Kesihatan Masyarakat (mobil)

Info lanjut : ZAHRAN


Friday 5 August 2016

Age Of Youth Korean Drama

Hai!!

Hello!!

Drama Korea yang ni lain sikit dari drama yang aku share sebelum sebelum ni. Drama bergenre komedi romantik ni dah ditayangkan bermula 22 Julai lepas. Hari Jumaat dan Sabtu. Ramai pelakon drama ni yang aku tak kenal. Tapi cerita dia best and sempoi. 

Pelakon Age of Youth : 

- Han Ye Ri sebagai Yoon Jin Myung
- Han Seung Yeon sebagai Jung Ye Eun
- Park Eun Bin sebagai Song Ji Won
- Ryu Hwa Young sebagai Kang Yi Na
- Park Hye Soo sebagai Yoo Eun Jae

Sinopsis / review :

Drama ni kisahnya pasal 5 orang perempuan berbeza personaliti, dating style, taste in men, and area of expertise yang tinggal dalam satu rumah. 


Jin Myung ni asyik kerja je untuk sara diri sampai lebih dua tiga kerja dia buat dalam seminggu. Adik lelaki dia sakit dan dah koma 2 tahun. Chef tempat Jin Myung kerja minat dekat dia.


Ye Eun pulak terlalu jaga hati boyfriend dia melampau-lampau sampai sanggup menipu. Tapi kalau dengan housemates, dia boleh je kata 'tak' untuk benda yang dia tak suka. Ye Eun ni friendly dan banyak cakap. 



Ji Won ni happy-go-lucky je tapi dia asyik kena reject dengan lelaki. Dia cakap yang dia boleh nampak hantu.



Yi Na ni cantik, seksi, pandai bergaya, pakai barang mahal-mahal je. Boyfriend keliling pinggang. Hidup dia senang-lenang je tapi dia selalu jealous dengan Jin Myung. Yi Na selalu bertekak dengan Ye Eun sebab dia care pasal Ye Eun.



Eun Jae pulak naif kekampungan dan suka lelaki yang weird. Ahli baru dalam rumah tu.

Setiap episod menceritakan kisah remaja-remaja ni deal dengan personaliti masing-masing dan hadapi masalah dengan orang sekeliling. Akhir setiap episod akan ada interview dengan watak drama ni tentang kehidupan dia, kenapa buat macam tu macam ni etc. Masa tengok drama tu penonton rasa tertanya-tanya dan the end of it, penonton dapat jawapannya. Rasa lain lah bila tengok drama ni. Drama ni macam main dengan psikologi penonton tau. Kita boleh relate kan diri dan kehidupan kita dengan watak drama ni especially as a student. Dalam drama ni tak tunjuk sangat suasana kampus tu tapi lebih fokus kepada rumah tempat 5 watak ni tinggal dan social life mereka. Best tau =D


Tonton online / downloadAge Of Youth

Selamat menonton. 

Wednesday 3 August 2016

Book Review : Kala Senja Dia Datang


Hai!!

Klik untuk gambar lebih jelas

Klik untuk gambar lebih jelas

Sebab utama aku beli novel ni ialah tajuk dia sendiri yang dah nampak mood seram tu. Sekali tengok, memang teballah novel ni (lebih 700 muka surat). Aku memang suka novel tebal-tebal sebab rasa puas bila baca. Novel ni ade 3 cerita yang berkait dan ditulis oleh 3 orang penulis. A. Darwisy, Zaifuzaman Ahmad dan Saidee Nor Azam. Paling aku minat, Zaifuzaman Ahmad. 

Cerita 1 : Kala Senja Dia Datang ("Anak mak cik tiba-tiba ghaib! Tolong mak cik, nak!")

Bahagian ni mengisahkan Azman yang selalu larang anak-anaknya keluar rumah pada waktu senja terutama anak sulungnya, Akil. Semua larangan itu disebabkan oleh kisah silam keturunan Azman sendiri. Sejak dari dulu kala lagi, ramai kanak-kanak hilang disebabkan hantu Geuntut dan sekarang anak-anak Azman pula bakal jadi mangsa seterusnya. Azman berusaha pulihkan keadaan sebab semua ini berlaku bermula dari sumpahan keturunannya. 

Dalam bahagian ni turut diselitkan kewujudan watak-watak di bahagian kedua dan ketiga sebagai watak sampingan. Banyak tanda tanya dalam bahagian pertama ni terutamanya siapa sebenarnya Geuntut tu. Paling menarik ialah apabila semuanya disimpulkan dalam satu plot keturunan yang lengkap dari zaman Ratna ke zaman Azman dan anaknya, Akil. Kesimpulannya, jangan merayau waktu senja sebab banyak syaitan berkeliaran. 

Cerita 2 : Marina ("Barang milik orang jangan kita ganggu")

Marina sering dibuli sejak dia mula masuk ke kolej. Selepas dia menjumpai seutas rantai emas dan mengambilnya (walaupun telah ditegah oleh Asyikin, kawan Marina) dia sering diganggu makhluk halus. Sejak itu, perangai Marina berubah dan semua orang menjauhinya termasuklah Asyikin.  Tetapi, hanya seorang sahaja yang sudi berkawan dengan Marina iaitu Jamaliah. Siapa Jamaliah yang sebenarnya?

Bahagian ni menyelitkan watak Azman sebagai watak sampingan walaupun tidak digambarkan dengan jelas. Watak Majid (bahagian ketiga) banyak memainkan peranan dalam bahagian ini sebagai pemandu teksi kepada Marina, Asyikin dan Jamaliah. Pengakhiran bahagian kedua sangat menarik sebab watak Marina telah menyedari kesalahannya dan mengetahui siapa sebenarnya Jamaliah. Tetapi, dia tetap memakai gelang kaki tersebut dan berkawan dengan Jamaliah. Kesimpulannya, jangan ambil barang yang bukan milik kita. 

Cerita 3 : Penumpang Malam ("Wajahnya tidak kelihatan tapi bau-bauan sering menguasai teksinya")

Majid yang kesempitan wang terpaksa memandu teksi milik Joned untuk menambah pendapatan. Sejak itu, telah beberapa kali dia diganggu makhluk halus dan sering terdapat daun asam dalam teksinya. Disebabkan rasa ingin tahu, Majid menyelidiki kes kehilangan seorang gadis dan punca penyakit Joned. 

Plot di bahagian ketiga agak perlahan tetapi sangat menyeramkan. Kenyataan Marina (bahagian kedua) yang mengatakan dia sering melihat seorang wanita cantik dan seksi berbau lavender dalam teksi Majid merupakan babak menarik dalam bahagian ini. 



Memang tak rugi beli novel ni. Kalau dibandingkan dengan kualiti cerita yang gempak, harganya memang murah dan affordable

Selamat membaca. 


 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI