Friday 18 August 2017

T3 Mycin Clindamycin Lotion To Fight Acne


Hai!!



Sebelum bercerita pasal produk ni, nak habaq mai pasal skin condition saya dulu la. Because of some factors like unhealthy lifestyle, used wrong skincare products and some health problems, my skin breakout like crazy since I'm 18 y/o. Last month, a few unwanted super busybody people asyik duk tegur-tegur kulit muka saya makin teruk. Depressed wehhh. Makanya, lepas dapat motivasi balik tu, saya pergilah farmasi nak beli Dalicin T sebab ramai yang kata elok pakai produk tu. Eh, eh, habis pulak stok. Pharmacist tu kata T3 Mycin ni sama je fungsi dia dengan Dalicin T tu. Harga dalam RM 25-30 kot kalau tak salah.

Cara pakai : just dab dab dab dekat affected area twice a day.

Bau dia macam bau alcohol swap yang dekat Guardian tu. Alhamdulillah kuranglah sikit acne nya tapi tak tahulah kenapa untuk saya, tak berapa power sangat kesannya. Awal-awal tu elok je. Takkan lah cepat sangat resistance nya. Maybe kena try yang jenis gel tu kot sebab botol yang ni macam tak berapa hygiene. Surface yang sama dab dekat acne ni, surface tu jugak kita dab dekat acne lain. Risau hilang satu, muncul satu pulak nanti.


Recommended to read these websites http://sunshineinasia.blogspot.my/2012/07/acne-fight-team-t3-mycin-gel-oxy-5.html#.WZaiiPkjHIU and Clindamycin skin preparation for acne before you decide to buy it. Ingat tau, study first before you buy it. Peace. It's ok, you are beautiful. 

Wednesday 9 August 2017

School 2017 Korean Drama

Hai!!!




Lepas cerita pasal drama Criminal Minds, nak cerita pulak pasal drama School 2017. Siapa yang biasa tengok drama Korea, mesti dah tau kan yang drama ni salah satu daripada School series. Dulu ada School 2013, School 2015 dan macam-macam siri School lagi lah. Drama ni ada ditayangkan dekat KBS World pukul 8.55 p.m. Setakat ni dah ditayangkan sampai episod 7. Kim Se Jeong je watak utama yang aku kenal dalam drama ni sebab dia former member group IOI. Yang lain-lain tak kenal. 

Drama : School 2017
Pengarah : Park Jin Suk
Penulis : Jung Chan Mi & Kim Seung Won
Jumlah episod : 16 episod
Pelakon :
- Kim Se Jeong sebagai Ra Eun Ho
- Kim Jung Hyun sebagai Hyun Tae Woon
- Jang Dong Yoon sebagai Song Dae Whee
- Han Sun Hwa sebagai Han Soo Ji
- Han Joo Wan sebagai Sim Kang Myung

Sinopsis :

Ra Eun Ho ni antara pelajar tercorot dekat sekolah tapi dia nak masuk universiti yang sama dengan crush dia (cameo appearance : Min Hyuk CN Blue). Eun Ho pon berusahalah masuk pertandingan lukis webtoon ke komik something macam tu. Kalau menang, dia dapat la masuk universiti. Sekali tengah dia sesedap melukis dalam kelas, buku lukisan dia kena rampas. Malam tu dia curi-curi masuk bilik guru nak ambik balik buku lukisan dia, dia nampak student X tengah bakar kertas dalam bilik guru. Hyun Tae Woon ni pulak anak pemilik sekolah. Dulu dia kawan baik dengan Song Dae Wee tapi sekarang diorang asyik bergaduh je. Song Dae Wee ni tak kaya tapi pandai. Setakat ni Eun Ho dah tahu siapa student X dan dia pulak komplot dengan student X untuk tegakkan keadilan bagi murid-murid yang ditindas dekat sekolah tu. 

Watch online / downloadSchool 2017

Happy watching =D

Tuesday 8 August 2017

Criminal Minds Korean Drama

Hai!!



Lamanya tak menulis blog. Hari ni nak share pasal drama baru "Criminal Minds". Tajuk dia macam cerita Amerika punya tu sebab dia memang based on cerita tu. Setakat ni aku dah tengok sampai episod 4. Memang mantop!! 

Drama : Criminal Minds
Pengarah : Yang Yun Ho & Lee Jung Hyo
Penulis : Hong Seung Hyun
Jumlah episod : 20 episod
Pelakon : 
- Son Hyun Joo sebagai Kang Ki Hyung
- Lee Joon Gi sebagai Kim Hyun Joon
- Moon Chae Won sebagai Ha Sun Woo
- Yoo Sun sebagai Na Na Hwang
- Lee Sun Bin sebagai Yoo Min Young
- Go Yoon sebagai Lee Han

Sinopsis :

Cerita ni mengisahkan profilers yang menggunakan teori diorang untuk tangkap penjenayah-penjenayah. Masa episod mula-mula tu, Kim Hyun Joon ni dulu seorang profiler tapi dia stop jadi profiler bila dia tengok kawan sekerja dia mati depan mata. Kawan dia tu mati sebab salah potong wayar bom. Kim Hyun Joon salahkan Kang Ki Hyung sebab salah bagi arahan dan menyebabkan kawan dia mati. Tiba-tiba ada kes dan adik kepada arwah kawan dia tu kena culik. Kalau dia lambat selamatkan, perempuan tu mati. Kang Ki Hyung bagi teori dia dan perempuan tu dapat di selamatkan. So, Kang Ki Hyung recruit Kim Hyun Joon dalam team dia. Setakat episod 4 ni tak jelas sangat related nya watak-watak ni di masa lalu. Sebab Ha Sun Woo nampak file kes atas meja Kim Hyun Joon dan kes tu sama dengan kes yang dia siasat selama ni. Something like that la. Apa-apa pon aku rasa profiler ni style lah sebab guna segala ilmu psychology apa tah boleh teka character penjenayah tu. Daebak =D

Watch online / downloadCriminal Minds

Selamat menonton. Peace =)


 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI