Sunday 23 December 2018

Temuduga dan Mock Teaching


Beberapa hari lepas aku menerima panggilan temuduga di sebuah sekolah agama sekitar Selangor. Pemberitahuan tersebut aku terima sehari sebelum hari temuduga. Ini kali pertama aku pergi temuduga kerja dan perlu melakukan mock teaching. Aku sampai pada pukul 9.00 pagi iaitu 30 minit awal dari waktu temuduga. 

Proses temuduga : 

1) Isi borang maklumat diri
- Tulis dengan kemas dan sediakan gambar passport (jika perlu)
- Kepilkan bersama resume (jika diminta)

2) Menjawab soalan-soalan bertulis
- Tulis Surah Al-Fatihah tanpa sebarang rujukan
- Isu dunia pendidikan masa kini dan bincangkan
- Soalan tajwid
- Bincangkan tentang Syiah
- Sebab mereka perlu mengambil anda bekerja

3) Sesi temuduga
- Perkenalkan diri
- Kenapa nak jadi cikgu?
- Subjek apa yang anda boleh ajar?
- Jika dikelilingi oleh orang-orang atau persekitaran yang negatif, apa tindakan anda?
- Jika ketua/rakan sekerja anda memarahi anda di hadapan orang ramai seperti sewaktu mesyuarat, apa reaksi anda?
- Jika rakan anda menceritakan keburukan ketua di hadapan anda, apa tindakan anda?
- Jika anda tidak tahu mengenai sesuatu hal berkaitan kerja, kepada siapa anda akan rujuk?
- Mengapa kami perlu mengambil anda bekerja?

4) Mock Teaching
Memandangkan ini pertama kali aku kena mock teaching dan tidak diberitahu perlu mengajar subjek apa, berapa minit kena teaching, slide/whiteboard etc, maka aku prepare slide untuk subjek Sains (3 pages je termasuk tajuk). Silap aku sebab tak tanya/tak tahu atau silap dia sebab tak inform maklumat tu. Takkan semua calon kena call dia tanya. Ke macam mana? Entahlahhhhh nak. Maybe kalau untuk jadi cikgu guna whiteboard, untuk jadi pensyarah baru prepare slides
So, aku kena mock teaching tanpa slide, tulis kat whiteboard, ajar dalam masa 5 minit di hadapan 2 orang interviewer. Fortunately aku hafal & print slide. Interviewer tu react macam student, buat-buat tak fokus, tak sihat etc. Layan kan sahaja lah labuuu. 

5) Baca Al-Quran
Bacalah dengan tertib, ikut tajwid. Kalau pandai tarannum lagi bagus. 


Sekian saja pengalaman pertama aku pergi interview nak jadi cikgu. 







Wednesday 19 December 2018

Kdrama Review The Guest

Hai!!


Lama dah tak review drama Korea. Drama ni best sangat. Sebab tu gigih juga nak share.

Image result for hand the guest review

Tajuk : The Guest (atau Hand:The Guest, atau Son:The Guest)
Pengarah : Kim Hong Seon
Penulis skrip : Seo Jae-Won, Kwon So-Ra
Episod : 16
Pelakon :
Kim Dong Wook sebagai Yoon Hwa Pyung
Kim Jae Wook sebagai Choi Yoon
Jung Eun-Chae sebagai Kang Kil Young

Sinopsis :

20 tahun lalu, masa Hwa Pyung kecil lagi, dia boleh nampak benda-benda ghaib. Kelebihan dia macam 'psychic'. Keluarga dia keturunan bomoh. Selalu ketuai upacara halau hantu, pemujaan dan macam-macam la. Sekali tu, Hwa Pyung kena rasuk. Mak dia mati terjun laut dan nenek dia mati gantung diri. Orang tuduh dia yang buat.

Lepas tu, hantu yang rasuk Hwa Pyung pergi rasuk abang kepada Choi Yoon pulak. Satu keluarga Choi Yoon mati. Masa kejadian pembunuhan keluarga Choi Yoon tu, mak Kil Young (detektif) pergi siasat apa jadi dekat rumah Choi Yoon. Detektif tu pun mati juga.

20 tahun kemudian, diorang bertiga ditemukan dalam kes-kes pelik di mana mangsa cucuk mata sebelum mati bunuh diri. Hwa Pyung seorang pemandu teksi yang percaya hantu yang rasuk dia tu atau orang kampung dia gelar "son" (Guest) bernama Park Il Do. Hwa Pyung dapat nampak kejadian sebelum orang yang dirasuk Park Il Do membunuh diri. Dia dengan bantuan Kil Young (detektif) dan Choi Yoon (priest) pergi selamatkan mangsa-mangsa di samping cari siapa sebenarnya Park Il Do.

Dalam cerita ni memang banyak part orang kena rasuk dan jampi-jampi daripada Catholic priest mengikut agama dia. Memang tak ada cinta-cinta romantik. Semua misteri, kekeluargaam, persahabatan, jenayah dan seram. (Spoiler : episod akhir baru tahu siapa Park Il Do). Sebelum episod akhir, jangan cuba agaklah siapa Park Il Do. Memang plot twist punya. 

Jangan lupa tengok!

Superb

Saturday 8 December 2018

Berhenti Percaya Mitos dan Produk Sampah. Percaya Fakta Bukan Auta.

Assalamualaikum!!

Hai semua!

Kebelakangan ni saya nampak dah semakin ramai golongan-golongan health professional seperti doktor dan jururawat yang bersuara tentang kesihatan. Bermula dengan penulisan buku seperti Diagnosis, membawa kepada program TV seperti My Doctor dan juga suara-suara doktor di sosial media. Pada saya perkembangan macam ni sangat bagus untuk memberikan ilmu dan kesedaran kepada masyarakat. Usaha memerangai mitos dan kepercayaan merepek serta usaha memerangi produk yang boleh merosakkan organ. 

Saya juga dulu seorang yang percaya kepada mitos seperti tak boleh minum air berais sewaktu datang bulan dan makan nenas boleh menyebabkan keguguran. Saya juga dulu tertarik dengan produk seperti jamu, ubat pintar, pil-pil supplement dan produk-produk detox. Saya seru kepada semua supaya dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil pil, ubatan, minuman tambahan dan sebagainya sebelum anda menelan bahan tersebut. Statement "Lulus KKM" sahaja tidak cukup untuk memastikan produk itu selamat untuk anda makan atau minum. Inikan pula diberi kepada orang yang sedang sakit contohnya pesakit kanser atau jantung. Saya faham anda sedang berikhtiar, mencari ubat untuk sembuhkan penyakit tersebut. Tetapi anda perlu tahu, anda bukan bahan uji kaji, bukan tikus makmal. 

Buat kajian kesihatan bukan dengan search Google, blog, IG, Facebook semata-mata. Tapi buka jurnal-jurnal. Paling kurang pun cari dekat PubMed atau Google Scholar. 

Tingkatkan pengetahuan anda, sayangi organ anda. Boleh follow IG Dr. Amalina Che Bakri, Dr. Rafidah (@Rafidah72) dan jururawat (@bel_nawhen) untuk dapatkan ilmu-ilmu kesihatan.  

Sama-sama kita tambahkan ilmu, terutama kaum wanita. Jangan rasa insecure. Buang perasaan tu jauh-jauh. Jangan mudah rendahkan diri dengan rasa tak cantik, gemuk, gelap, takut suami lari, takut tak ada lelaki nak buat isteri. NO! Super big NO! Awak gelap ke, awak gemuk ke, awak berjerawat ke, awak tetap cantik. Tak perlu takut suami lari dengan alasan awak tak cantik, selekeh. Dia lari sebab dia memang nak lari. Cantiklah macam Erra Fazira sekali pun. Tak perlu risau soal jodoh. Orang yang sayang awak, akan terima awak seadanya. Akan ajak awak senam sama-sama, diet sama-sama.  

Kalau nak tahu, awal tahun 2018 saya alami stress yang teramat sangat disebabkan breakout yang sangat teruk. Ditambah pula dengan kecaman yang saya terima dari keluarga, saudara, rakan dan orang yang saya langsung tak kenal. Yes! Rakyat Malaysia sangat prihatin terhadap kekurangan yang ada pada orang lain. Kerana itu, insan-insan yang dikecam merasa rendah diri, rasa kekurangan berbanding orang lain. Luckily, saya tidak cuba macam-macam jenis produk untuk ditelan. Saya pergi klinik dan ikut semua nasihat doktor. Sekarang breakout semakin kurang. Bagaimana saya hadapi kecaman? Saya tak hadapinya, saya menjauh. Walaupun keluarga sendiri. Akhirnya mereka faham sendiri yang saya tidak suka. Mereka harus diam jika ingin saya dekat kembali. Sekarang kalau ada yang kutuk, saya cuma fikir, "Well, I don't care. Yang penting sihat tubuh badan. Ada acne pun still cantik, kan?" =D

Ada satu saat, saudara saya yang selalu complain tentang wajah saya setiap kali saya bersalam dengan dia bertanya, kenapa saya sudah tidak datang ke rumah dia lagi. Saya hanya senyum. Jika dia ada common sense, dia sendiri tahu kenapa. Buat apa saya datang berjumpa dia hanya untuk dikutuk. Akhirnya saya yang depress. Avoid toxic people. Dekatkan diri dengan orang yang terima diri kita seadanya. Jaga pemakanan, senaman dan jangan rendahkan diri sendiri. Love yourself first. 


Bye! Fighting!

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI