Tuesday 28 April 2015

The Fire Drill

Assalamualaikum..

malam semalam setelah tertidur dengan lenanya bersama-sama pati prun yang berenang-renang di dalam perutku ini, aku dikejutkan dengan bunyi mercun dan electric shortcut . loceng bergema. apa lagi, bergegaslah ke tempat berkumpul untuk latihan kebakaran. setiap tahun pihak kolej akan mengadakan latihan ini. nasib baik tak lewat sangat mereka buat latihan itu semalam. lebih kurang pukul 1.30 pagi sahaja. kalau dibuatnya pukul 3-4 pagi, memang nak kena. hahaha.

macam-macam pakaian tidur yang dapat dilihat terutamanya yang pelajar perempuan pakai. lawak pun ada. tapi nak buat macam mana, kalau keadaan ni betul-betul berlaku, lagi la tak sempat nak pakai elok-elok. cuma dinasihatkan, jaga aurat. belum waktu darurat lagi. ok.

lepas tu, perut aku memang rasa tak sedap sepanjang latihan kebakaran hinggalah aku masuk tidur semula. tapi, tak adalah rasa nak membuang. cuma rasa bergelora saja dalam perut ini. mungkin Innershine tersebut sedang melakukan tindak balas kimia. ya, mungkin. aku perasan sesuatu. aku banyak melepaskan angin bom-bom atom sejak malam tadi. uppsss.. =) badan aku ni banyak sangat angin. jangan waktu interview angin ni gatal-gatal nak keluar sudahlah.

oklah. doakan aku.


Monday 27 April 2015

The Innershine.

Assalamualaikum..

hari ni buat pertama kalinya aku cuma Innershine Pati Prun dengan niat moga-moga kulitku cantik berseri. =) memandangkan aku bukanlah jenis gadis yang pandai bab-bab produk kesihatan ni, jadi aku tak tahu nak buat perbandingan dengan produk yang lain. kita lihat saja hasilnya nanti. tapi untuk hasil yang berkesan, kenalah guna dalam jangka masa yang panjang sikit. tapi itu bergantung pada bajet yang aku ada. aku student lagikan.

kalau dilihat pada rasa, memang masam sedikit tapi ok saja. tak adalah masam sangat. kalau tak tahan masam, tutup hidung sambil minum. telan. senang. haha. memandangkan harganya yang agak mahal untuk seorang pelajar, aku kena manfaatkan setiap titisan pati prun tu. hehe. jangan membazir tau. goncang dan minum terus. kalau penutup dia dah terbuka sebelum kita buka, jangan minum ok. bahaya nanti.

aku ada baca kenyataan testimoni yang mengatakan kalau minum Innershine ni, nanti detoxification process lancar. haiiii....jangan terlebih lawas esok pagi sudah. dah la ada interview.

doakan interview aku tau esok.

nak jadi testimoni jgk...... =P

Saturday 25 April 2015

The D-Day

Assalamualaikum....

memandangkan siang tadi telah berlangsungnya pertandingan Wajadiri, malam ni aku nak cerita serba sedikit tentang apa yang telah berlaku hari ini. tapi aku tak dapat nak update gambar banyak-banyak lagi sebab tunggu cameraman update dulu.
kami bertolak ke Kompleks Sukan MSN, KL pada pukul 7.20 pagi. aku menggunakan masa sepenuhnya untuk melelapkan mata sepanjang perjalanan. sesampainya kami di situ, kami bersiap-siap memakai uniform silat, majlis perasmian, sarapan dan melakukan sedikit warming up. pertandingan berlangsung pada jam 11.15 a.m. *lebih kurang la...
pertandingan dimulakan dengan pasangan pisau, diikuti dengan pasangan tongkat, pasangan kaki, buah jatuh, acara praktikal, umum, papan sekeping dan akhir sekali senaman asas serta buah jatuh kiri. Alhamdulillah team UKM dapat beraksi dengan baiknya walaupun terdapat sedikit kejadian yang tidak diingini.
akhirnya, kami berjaya membawa pulang 2 emas, 2 perak dan 1 gangsa.

gambar hari terakhir latihan bersama jurulatih

nervous nak buat persembahan depan jurulatih

muka di pagi hari pertandingan.....mengantuk uollz

persiapan  sebelum bergerak ke tempat pertandingan 

our manager

our team members

aku ingat nak upload video hari terakhir kami berlatih tu, tapi macam tak muat je nak masukkan dalam blog ni. tak apalah, tak ada rezeki.

Friday 24 April 2015

the day before the tournament

Assalamualaikum...
seperti yang telah aku maklumkan sebelum ini, esok merupakan hari Kejohanan Wajadiri Nasional. Petang tadi kumpulan kami telah mengadakan latihan terakhir dan sedikit taklimat. rasa gemuruh dan risau itu tak dapat disorokkan lagi. sungguh takut andai terjadi sesuatu di luar jangkaan kami. hanya pada Allah aku memohon perlindungan dan segalanya diserah pada kuasa Yang Maha Esa. kami telah usaha sedaya yang boleh dan hanya doa serta tawakal yang kami mampu lakukan.

tip-tip untuk mengurangkan rasa gemuruh :

1) tingkatkan keyakinan diri dengan usaha sehabis baik

kita akan rasa sangat nervous bila kita tahu kita masih belum bersedia tetapi keyakinan kita akan meningkat kalau kita telah usaha yang terbaik. contahnya macam kita nak exam , kita tahu banyak lagi topik yang belum kita ulang kaji, kita tak akan rasa yakin untuk masuk ke dewan peperiksaan. melainkan kita telah ulang kaji bersungguh-sungguh, buat mind map, hafal terminology, selak balik tutorial yang lecturer bagi, buat soalan-soalan past year, dll. InsyaAllah rasa yakin itu akan datang dengan sendiri. tetapi, jangan over confident. 

2) bergantung dengan Yang Maha Berkuasa, Allah SWT bagi umat Islam

sesungguhnya kita manusia biasa. sehebat mana pun usaha kita, hanya Allah yang tahu apa yang akan berlaku. jadi, berdoalah kepada-Nya agar segala usaha kita akan berhasil dan diberkati. andai kata usaha kita tidak membuahkan hasil, janganlah terlalu berduka cita kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. apabila kita ada tempat bergantung, nescaya hati ini akan lebih tenang dan yakin.

3) Mind set

mind setting ini salah satu cara untuk tingkatkan keyakinan diri. katakan pada diri yang kita mampu lakukan dan terus berfikiran positif. seperti dalam pertandingan yang akan aku sertai ini, aku terapkan dalam minda bahawa aku boleh lakukan dengan baik dan nothing to lose. aku lebih kepada tidak terlalu mengharap kerana kita akan sakit bila jatuh dari tempat yang terlalu tinggi. bukanlah tidak boleh mencipta harapan langsung tetapi berpada-pada. sesuaikanlah dengan usaha yang telah dilakukan.

4) jangan bandingkan dengan orang lain pada saat-saat akhir.

faham tak point ni? nak aku explain jugak? ok, ok, aku terangkan. macam ni, sebagai contoh, sebelum kita nak masuk dewan peperiksaan, kita pun bersembang pasal topik yang akan masuk exam dengan kawan-kawan kita, nak-nak pulak kawan yang top three genius. mulalah kita rasa macam kecikkkkkkkkk je kalau nak dibandingkan dengan ilmu yang mereka ada. JANGAN BANDINGKAN PADA SAAT AKHIR. kita akan gelabah kalau kita rasa banyak yang kita tak tahu. sebab tu aku tak bersembang sangat topik-topik exam sebelum masuk dewan exam. untuk pertandingan esok, jurulatih kami telah pesan supaya jangan sesekali membandingkan teknik yang kami gunakan dengan teknik-teknik pasukan lain walaupun kami anggap teknik mereka power yang teramat sangat. tersangatlah dilarang untuk mengubah teknik pada saat akhir.

setakat ini, hanya itu sahaja yang dapat aku kongsikan. doakan kejayaan pasukan kami.


Tuesday 21 April 2015

the benefits of eating chicken feets

Assalamualaikum..
petang ni dengan ditemani hujan lebat di luar dinding bilik (tetiba guruh berdentum, terkejut !!!) aku nak bercerita tentang manfaat makan kaki ayam. aku tak makan pun kaki ayam ni tapi aku selalu tengok artis Korea makan kaki ayam. *geli jugak nak makan. tadi masa tengok cerita " We Got Married", ada la seorang artis Korea tu kata kaki ayam ni baik untuk kulit sebab banyak kolagen. *Betul ke tidak??
aku pun Google la......as always..... ada jugak la maklumat yang mengatakan kaki ayam ni baik untuk tulang yang rapuh dan betullah ada kolagen. tapi aku tak jumpa lagi fakta saintifiknya. nanti aku kaji. hahaha.....kalau betul, kena makan banyak-banyak ni.. =D

inilah dia Dalkbal. makanan Korea berasaskan kaki ayam. nampak sedap? silalah makan =P

Sunday 19 April 2015

The Putra

Assalamualaikum...
aku baru menukar template blog dan title blog sebab dulu buat blog untuk subjek Penulisan Kreatif. sekarang blog dah jadi macam diari aku sebab diari yang lama telah mereput selepas dilanda banjir.
kalau ada yang perasan, aku dah tukar tajuk entri untuk 2015 ke dalam Bahasa Inggeris. reason? hanya untuk meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris aku yang tak berapa baik ini.
kenapa title blog " The Putra Diverse"? sebabnya aku akan mula berjinak-jinak dengan bisnes melalui FB dan bisnes tersebut ada kaitan dengan title blog aku. sekian.

The Martial Art Training

Assalamualaikum....
entri kali ini aku nak share tentang perjalanan silat aku. rasanya aku tak pernah cerita lagi yang aku join silat dalam blog ni.
ceritanya begini, aku mula join dari 1st year lagi. sebabnya? sebab aku ingat nak belajar seni pertahankan diri dan nak dapat merit. cliche tak? hahahhaha...tapi memang itulah niat asal aku.
tapi aku tak minat silat yang ade bunga sangat sebab.....entah. aku pun bukan tahu apa-apa pasal silat masa tu. aku pun Google la. Of course lah kan. maka, dari situlah aku perasan yang kaedah Seni Silat Cekak Hanafi ni tak ada bunga-bungaan sangat. macam senang sikit. *masa tu je rasa gitu. sekarang? hoho......
belajar punya belajar sampailah tamat. lama juga nak tamat sebab aku banyak ponteng. kuang3... nak buat macam mana, busy. alasan, kan? sebelum tamat (tahun lepas) , aku masuk Kejohanan Wajadiri di UMT. pertandingan apa tu? kalau nak tahu, pertandingan ni khusus untuk ahli-ahli Silat Cekak Hanafi sahaja dan disertai pelajar-pelajar sekolah juga IPT.
tahun ni aku tak nak masuk pada asalnya sebab penat yang teramat sangat dan masa yang terlalu padat untuk latihan, kuiz, assignment, tutorial, dll. kali ni BUSY bukan sahaja alasan tapi memang BUSY baq hang. tapi nak buat macam mana, khidmat aku sangat diperlukan sebab ahli kami tak cukup. nak tak nak, pergi juga berlatih walaupun kadang-kadang ponteng. 25 april 2015 ini kami akan bertanding.

kalian, doakan pasukan kami dapat bawa nama UKM dengan baik.
amin.....

Friday 17 April 2015

The high-angle shot

Assalamualaikum..
Teknik fotografi dalam entri ini adalah high-angle shot. high-angle shot merupakan teknik di mana kamera menunduk ke bawah untuk menangkap gambar objek dan objek kelihatan seperti ditelan.


lokasi : Sekitar Kolej Dato' Onn, UKM
ISO :400
shutter speed :1/500
aperture : 5.6



lokasi : Sekitar Kompleks Rumah Tumbuhan , UKM
ISO : 125
Shutter speed : 1/ 50
Aperture : 5.0


lokasi : Farm In The City
ISO :100
shutter speed :1/500
aperture : 6.3
lokasi : Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM
ISO :100
shutter speed :1/50
aperture : 5.4
lokasi : Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM
ISO :100
shutter speed :1/50
aperture : 5.4

lokasi : Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM
ISO :100
shutter speed :1/50
aperture : 5.4

lokasi : Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM
ISO :100
shutter speed :1/50
aperture : 5.4




lokasi : Sekitar DECTAR, UKM
ISO :400
shutter speed :1/500
aperture : 5.6



lokasi : FST baru, UKM
ISO :600
shutter speed :1/50
aperture : 5.4


lokasi : Sekitar FSSK , UKM
ISO : 125
Shutter speed : 1/ 100
Aperture : 5.6












The low-angle shot

Assalamualaikum.
Teknik fotografi low-angle shot merupakan teknik di mana kamera perlu didongakkan ke atas secara vertical dan teknik ini akan memberi kesan imej tersebut kelihatan berkuasa dan hebat.
lokasi : Pusat Pengurusan Akademik , UKM
ISO : 200
Shutter speed : 1/ 320
Aperture : 4.0

lokasi : Sekitar Kompleks Rumah Tumbuhan , UKM
ISO : 800
Shutter speed : 1/ 400
Aperture : 5.6

lokasi : Fakulti Sains dan Teknologi (FST), UKM
ISO : 800
Shutter speed : 1/400
Aperture : 3.5

lokasi : Berdekatan Kolej Burhanuddin Helmi, UKM
ISO : 800
Shutter speed : 1/400
Aperture : 3.5


lokasi : Masjid Putra, Putrajaya
ISO : 400
Shutter speed : 1/10
aperture : 5.6
after crop
lokasi : Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM
ISO : 800
Shutter speed : 1/400
Aperture : 5.4
lokasi : Pejabat Muzium Wasrisan Akademik, UKM
ISO : 600
Shutter speed : 1/200
Aperture : 3.5
lokasi : Kolej Dato' Onn, UKM
ISO : 400
Shutter speed : 1/200
Aperture : 3.5
lokasi : Kolej dato' Onn, UKM
ISO : 800
Shutter speed : 1/400
Aperture : 3.5

lokasi : FSSK, UKM
ISO : 600
Shutter speed : 1/200
Aperture : 5.4



The long shot

Assalamualaikum....
Gambar-gambar untuk teknik long shot ada di sini. Teknik ini digunakan untuk menunjukkan keseluruhan objek atau jumlah manusia dan biasanya bertujuan untuk menerangkan situasi melalui gambar.
lokasi : Pandangan Masjid UKM dari Canselori UKM
ISO : 600
Shutter speed : 1/500
Aperture : 5.4

lokasi : Kafe Kolej Dato' Onn , UKM
ISO : 400
Shutter speed : 1/500
Aperture : 5.6




lokasi : Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) , UKM
ISO : 100
Shutter speed : 1/250
Aperture : 10

lokasi :Loji Pendinginan Lingkungan - lingkungan 2  , UKM
ISO : 400
Shutter speed : 1 / 500
Aperture : 4.0

lokasi : Sekitar Tasik Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) , UKM
ISO : 400
Shutter speed : 1/ 500
Aperture : 3.5

lokasi : Sekitar Tasik Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) , UKM
ISO : 400
Shutter speed : 1/500
Aperture : 3.5


lokasi :Sekitar Kompleks Rumah Tumbuhan , UKM
ISO : 800
Shutter speed : 1/ 400
Aperture : 3.5

lokasi : Sekitar Kompleks Rumah Tumbuhan , UKM
ISO : 100
Shutter speed : 1/160
Aperture : 3.5


lokasi : jabatan perdana menteri, putrajaya
ISO : 100
shutter speed : 0"5
aperture : 4.5

lokasi : Jambatan Putrajaya
ISO : 400
shutter speed : 1/30
aperture : 5.6 







The medium shot

Assalamualaikum
Yang ini pula hasil untuk medium shot yang menggambarkan persekitaran UKM dan beberapa tempat lain.

lokasi : Pintu Gerbang Hutan Simpan Kekal , UKM
ISO : 100
Shutter speed : 1/ 125
Aperture : 5.6

lokasi : Bahagian Pengurusan Akademik , UKM
ISO : 100
Shutter speed : 1/ 160
Aperture : 4.0

lokasi : Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) ,UKM
ISO : 400
Shutter speed : 1/320
Aperture : 5.0

lokasi : Tasik FKAB , UKM
ISO : 400
Shutter speed : 1/500
Aperture : 5.6 

lokasi : Kompleks Rumah Tumbuhan , UKM
ISO : 100
Shutter Speed : 1/ 160
Aperture : 3.5

lokasi : Kompleks Rumah Tumbuhan , UKM
ISO : 100
Shutter Speed : 1/80
Aperture : 4.0

lokasi : Taman Herba , UKM
ISO : 200
Shutter Speed : 1/ 160
Aperture : 5.0

lokasi : Kompleks Rumah Tumbuhan , UKM
ISO : 400
Shutter Speed : 1/ 125
Aperture : 3.5

lokasi : Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya
ISO : 1600
shutter speed : 1/60
aperture : 4.5


lokasi : Farm In The City (FITC)
ISO : 400
shutter speed : 1/100
aperture : 5.6




lokasi : FITC
ISO : 3200
shutter speed : 1/60
aperture : 5.6

lokasi : FITC
ISO : 3200
shutter speed : 1/100
aperture : 5.6



lokasi : FITC
ISO : 400
shutter speed : 1/100
aperture : 5.6

lokasi : FITC
ISO : 400
shutter speed : 1/100
aperture : 5.6

lokasi : FITC
ISO : 400
shutter speed : 1/100
aperture : 5.6




 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI