Sunday 29 November 2015

Phewit! Nak Join Bloglist arepnakbebel.com (2016) - Season 3



Actually ni first time aku join segmen macam ni. Sebab simple. Heeee.  
Untuk join, klik di sini .
Goodluck and have fun!

Saturday 28 November 2015

The Q4 : Tip Pilih Tempat Praktikal



1) Apply guna sistem
Aku rasa mostly uni ada sistem ni. Kalau sistem UKM , SLAI. Kalau UTHM, eLI rasanya. Kalau UTM, ITS UTM. Kan? Aku rasa apply guna SLAI senang dari apply manual.

2) Sesuai dengan jurusan
Pilihlah tempat LI yang berkaitan dengan bidang. Macam bidang Genetik ni, boleh pergi biotek, kultur tisu, stem cell etc. Pilih la yang mana sesuai dan minat.

3) Lokasi (rumah/Uni)
Lokasi pon penting juga especially yang tak ada transport atau susah nak adapt dengan tempat baru. Kalau macam tu, pilihlah yang dekat dengan rumah, kawasan universiti ataupun yang berdekatan dengan public transport.

4) Ada kawan
Selalunya orang cakap jangan ikut kawan untuk pilih tempat LI. Ye, betul tu tapi perlu ada kawan juga untuk sama-sama bayar sewa rumah, pergi LI sama-sama.Tak adalah rasa pelik sangat pergi tempat baru dengan suasana baru sorang-sorang.

5) Google
Cari maklumat tempat LI yang berkenan tu sebanyak-banyaknya. Apa specialty, department apa yang ada, ada disediakan hostel ke tak, etc.

6) Tanya pendapat orang lain (lecturer/senior)
Pendapat orang yang berpengalaman pon penting ok. Pihak sana bagi kerja apa je dekat senior dulu, macam mana mereka nilai, tempat mana yang sesuai untuk bidang yang diminati, dan sebagainya. Macam lecturer aku tak bagi minta LI dekat hospital daerah sebab mungkin genetic research ada dekat hospital besar atau research uni punya hospital je.

7) Set mind nak kerja
Sepatutnya waktu pilih tempat LI ni kena anggap macam nak minta kerja dah. Hantar resume professional. Ni tak. Ada yang letak gambar selfie je dalam resume. Pilih tempat yang kita nampak peluang kerja dalam tu. Jangan fikir, "ala, LI je kan". Lepas tu pergi sana, baru fikir "kenapa LI aku buat kerja ni? Nanti masa kerja bukan kena buat ni pon." Salah siapa?

8) Resume lengkap
Boleh faham kan lengkap tu macam mana. Jangan risau dengan result. Yang penting tulis resume kemas, nampak intelektual. Aku ada baca yang ada majikan kata part skill dalam resume dia tak pandang sangat sebab skill boleh develop waktu kerja. Tapi bergantug pendapat masing-masing juga.Yang penting kita dah tulis lengkap.

9) Elaun
Ada orang yang kisah ada elaun ke tak tempat LI tu. Jadi, call dulu pihak LI untuk tahu baru apply. Janganlah call sebab nak tanya tu je. Pandai-pandailah berbasa-basi sikit. Nanti nampak sangat materialistiknya. Aku nak elaun tapi tak kisah ada ke tak. Sebab malas nak fikir pasal elaun. Dapat tempat LI pon dah bersyukur.

10) Follow up
Rajin-rajinlah call untuk tahu apa perkembangan resume yang kita hantar tu. Dah tengok ke, hilang ke apa ke. Nanti sampai ke sudah terperap atas meja HR kalau tak follow up.

Ok la, ni je nak nasihat. Aku ni pon baru belajar nak apply, tapi gedik nak nasihat orang. Tak pe la, kita belajar sama-sama ok. Goodluck.

The Q3 : Rimas tapi Rindu



Hai. Aku nak buat entri cintan-cintan sikit ni. Jangan loya tekak pulak. Kisah ni banyak aku dengar dari kawan-kawan aku yang perempuan ke yang lelaki ke. Si A ni minat sangat dekat si B. Mula-mula B memang tak minat dekat si A langsung tapi still layan si A ni mesej, call, Whatsapp etc. Lepas tu si B mula nak membebel yang dia rimas bila si A asyik contact je. Tapi bila si A ni tak contact, merajuk, mulalah dok tercari-cari si A tu. Apa masalahnya sekarang ni? Haha.  Rimas ke? Dah mula suka ke?Nak buat apa ni?

1) Tanya hati
Aku rasa semua orang akan bagi nasihat yang sama macam aku. Tanya hati kita, nak ke tak nak sebenarnya. Kalau nak, tak apa la layan. Kalau tak nak, STOP. Jangan mainkan hati orang. Ni tak, tahu tak nak tapi layan. Lepas tu bagi harapan tapi tak suka pon. Jangan, jangan, jangan.

2) Jangan kesian
Memang la kita rasa kesian nak bagitahu yang kita tak suka sebenarnya tapi dah terlayan. Cakap elok-elok kalau tak suka. Bagi dia faham betul-betul. Cari masa yang sesuai. Seeloknya jangan guna orang tengah sebab takut jadi lain nanti. Lain yang kita nak cakap, lain yang disampaikan. Cakap hati ke hati dan akhirkan dengan perdamaian untuk kedua-dua pihak.

3) Tak faham-faham
Ni yang buat panas ni kan. Bila kita dah bagitahu tak suka, dia TAK FAHAM weh. Siap bagi ayat manja-manja, bagi gambar. Apa masalah pulak la dia ni kan? Kalau jadi macam ni, ingatkan balik yang you tak suka dia. Mana tau dia saja nak test kot-kot hati you boleh cair balik. Kalau dia degil juga, pandai-pandai klik "block". Hehe.

4) Suka tapi rimas
Ada yang suka tapi rimas dengan perangai dia yang over, mengada, asyik contact 24 hours, nak tunggu sampai ke tua, semangat nak redah lautan api bagai. Haha. Bagilah tahu yang awak tu suka dia tapi tak suka certain perangai dia, Minta dia kurangkan perangan macam tu. Slow-slow nanti dia akan faham dan berubah. Mostly dia macam tu sebab baru kenal dan takut kena sambar dengan orang lain. Lama-lama nanti dia pon jadi malas nak contact 24 hours. Don't worry. 

5) Suka tapi tak nak kahwin lagi
Ni pon satu, suka tapi tak fikir ke arah kahwin lagi dengan si dia tu. Senang je. Jangan layan. Bila ada hajat nak kahwin baru cari. Jangan nak mengada layan orang tu, layan orang ni. Amboi.

Ni je rasanya nak membebel. Kalau ada apa-apa lagi, nanti aku update. Sorry kalau terkasar bahasa,tersentap, ter apa-apa je la. Daa.



The Korean Variety Show

Hai. Morning!!

Aku dah memang tak ada kerja ke apa ni nak bercerita pasal variety show Korea pulak. Semalam dah cerita pasal Korea Medical Drama. Korea memang banyak sangat variety show dan ia berkembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Ha, gituhhh. Sama juga macam idol group. Aku dah tak terikut dah Korea punya muzik Kpop. Ahli-ahli dalam group tu kalau tak menonjol sangat, memang aku tak kenal. Aku dulu masa Form 2 aku minat Korea tapi tak fanatik sangat sebab duduk hostel. So, tak berapa tahu sangat la pasal apa lagu latest ke apa kan. Masa tu musim SS501, Super Junior, TVXQ etc kalau tak salah aku. Lepas tu dah suam-suam kuku. Tiba-tiba masa awal-awal masuk Uni ni, abang aku yang start cerita pasal Kpop semua dekat aku. Aku pon apa lagi, mula la minat balik. Haha. Ok, dah. Berbalik semula pasal variety show. Yang aku list dekat bawah ni variety show yang aku tengok dan pernah tengok. Hehe. 

1) Running Man

As expected, aku tengok show ni. Show ni la yang abang aku promote dekat aku suruh tengok. Lawak katanya. Dulu aku tak faham sangat lawak dalam show ni sebab tak pandai BI kan. Lama-lama aku dah pandai dah. Haha. Aku belajar BI dari show-show macam ni la kalau nak tahu. Running Man ni orang yang tak minat Korea pon boleh layan. Setiap ahli dalam ni ada watak masing-masing yang hampir serupa dengan watak asal kehidupan sebenar mereka. Cuma kalau dalam variety show ni, mereka exagregate je. Setiap episod ada tema dan mesti selesaikan misi di setiap check point gitu untuk dapatkan clue.  Clue tu penting untuk misi terakhir. Tapi selalunya tak tetap juga game show ni. Mereka pelbagaikan cara untuk lebih menghiburkan orang. Pada asalnya, Song Ji Hyo bukan ahli dalam Running Man ni. Mula dari episod berapa entah, Ji Hyo start jadi ahli. Mula-mula dulu ada Song Joong Ki. Tapi sebab dia busy dengan kerja, kena masuk military service (army) semua tu, dia dah tak jadi ahli dah. Aku kumpul variety show ni dari episod 1 sampai yang latest. Hehe.


2) We Got Married
Show ni memang dah tua sangat dah kalau tak salah aku. Dah macam-macam konsep dah tukar. Dah macam-macam pasangan artis dah yang join show ni. Dulu aku suka tengok sebab couple yang baru kenal tu macam segan-segan gitu. Sekarang aku tak berapa rajin nak tengok sebab over sangat. Show ni ada yang Global Edition punya. Maksudnya artis Korea dengan artis luar dari Korea jadi couple. Boleh pergi link ni untuk tahu couple yang ada. Pandai-pandai la pilih mana yang best. Taste masing-masing. Hehe. Aku suka tengok TaEun, Jjongah, JoonMi, Lettuce, YongSeo, dengan KhunToria. 

3) Roommate


Roommate Season 1

Roommate Season 2
Show ni ada dua seasons je. Kisah artis yang tinggal dekat rumah parent, tinggal sorang-sorang dan tinggal dengan kawan-kawan dikumpul dalam satu rumah. Dari situ mereka belajar nak interaksi, tanggungjawab, semua buat sendiri tanpa parent tolong dan lain-lain. Masa 1st season tu ada Ga Yeon. Dia ni female fighter. Kira lain prefession la dari orang lain. Orang lain semua penyanyi pelakon macam tu. Masa episod akhir kalau tak salah aku Season 1 tu, Ga Yeon menang lawan dengan sorang female fighter Jepun. Dasyat, dasyat. Season 2 macam mana pula? Tengoklah. Heee.

4) Happy Together
 
Show ni dah berzaman dah tapi still rating dia tak turun sebab Jae Suk jadi host dalam show ni. Dah sampai 400 lebih episod. Musim ke 3 dah pon. Setiap minggu ada tema dan artis yang dijemput berkaitan dengan tema tu. Lepas tu berceritalah pasal tema tu. kalau nak tengok semua episod, boleh muntah. Pandai-pandai la pilih episod yang ada artis yang diminati atau topik yang fun untuk tengok. Kalau dekat sini, dia dah buat cover episod tu dengan muka artis yang dijemput minggu tu. Jadi, senanglah nak pilih. 

5) The Return of Superman
 
Show ni cute weh. Pasal ayah yang kena jaga anak dia. Dulu aku minat tengok Choo Sarang tapi sekarang dia dah besar sikit dah. Aku minat tengok Triplet dengan Twin tu pulak. Dulu ada Haru. Episod berapa entah. Kalau macam Sarang dengan Twin tu, dari awal show ni dah ada. Yang lain-lain tu je betukar-tukar. 
Comel tak Triplet ni? Macam-macam perangai ni. Best

Aku tak larat nak cerita satu-satu. Aku list kan link je ok? Ke nak aku ceritakan juga? Kalau ada request baru aku cerita.

i) Brave Family
viii) Beauty Bible

Ni je la yang aku rasa patut disyorkan untuk tengok. Semuanya dalan KshowOnline je. Ok, daaa...









Friday 27 November 2015

The 5 Korea Medical Dramas

Hai!!! Aku saja nak list kan drama Korea genre medical. Sebab aku minat cerita gitu walaupon bukan ingat pon nama-nama penyakit yang pelakon tu sebut. Korea punya cerita pasal doktor-doktor nampak real tau cara bedah ke apa ke. Pada mata orang bukan medic macam aku la. Kalau aku ni doktor betul, mesti la aku tahu pelakon tu buat salah ke tak. Ni dia senarai drama medical Korea yang aku pernah tengok dan akan aku tengok kalau ada masa:

1) Good Doctor
 
Joo Won yang ada stethoscope dekat leher tu ada syndrome apa tah tapi genius. Waktu pembedahan pesakit, dia macam nampak apa dalam badan pesakit tu. Dekat mana nak cari organ yang bermasalah dalam badan pesakit tu. Tapi, disebabkan kecacatan dia, ramai orang yang pertikaikan kebolehan dia. Doktor yang agak tua sebelah perempuan baju kuning dalam gambar tu yang mula-mula perasan kebolehan Joo Won tu. Macam-macam konfliklah yang jadi dalam cerita ni. Last nya, Joo Won ni couple dengan doktor perempuan dalam gambar tu. Yang best nya ada Joo Sang Wook berlakon. Hebat weh dia berlakon. 

2) Blood
 
Cerita ni pasal vampire yang jadi doktor. Aneh-aneh. Doktor lelaki dalam gambar tu vampire. Doktor perempuan tu spesis arrogant gituh. Doktor perempuan tu syak macam-macam pasal doktor lelaki tu sejak dia nampak luka dekat muka doktor lelaki tu sembuh tiba-tiba. Start tu la dia selidik-selidik dan tahu pasal lelaki tu. Bila dia tahu, tah kenapa dia jadi care dekat lelaki tu. Lelaki tu nak cari pembunuh mak ayah dia. Tapi, ada sorang ketua vampire dalam hospital tu yang tengah sebarkan wabak vampire untuk ramaikan lagi anggota dia. Doktor lelaki ni dengan team dia nak cuba selamatkan orang-orang yang tak bersalah daripada jadi vampire. Nak tahu caranya macam mana? Tengoklah. 

3) Emergency Couple
 
Song Ji Hyo jadi heroin cerita ni. Siapa yang tengok Running Man mesti kenal Song Ji Hyo kan? Kisahnya, Choi Jin Hyuk si hero ni dengan Ji Hyo kahwin muda. Disebabkan masalah tekanan dari keluarga dengan kurang kesefahaman gitu, Ji Hyo bercerai dengan Jin Hyuk. Lepas beberapa tahun tu, mereka jumpa semula waktu sama-sama jadi intern dekat satu hospital ni. Dari situ la cinta berputik kembali gituh. Macam-macam jadi masa ni dengan masalah kerja, cinta tiga ke empat segi, rahsiakan hubungan dari orang ramai lagi, macam-macam la. Boleh la tengok. 

4) Obstetrics and Gynecology Doctor
 
Tajuknya nak menyebut pon berbelit. Senang nak panggil "obgyn" je. Kisah pasal ibu mengandung dan masalah-masalah perempuan ni la. Ada part sedih bila baby yang lahir tu cacat, bila parent tak nak anak dia sebab anak cacat, macam-macam. Dalam cerita ni tunjuk kisah tipikal manusia bila hadapi masalah rumah tangga berkaitan anak dan penyakit. Perkara macam nak insuran bila isteri meninggal, nak bagi anak dekat orang lain bila lahirkan anak luar nikah, marah pihak hospital bila anak yang dilahirkan cacat dan sebagainya. Banyak moral of the story yang boleh dipelajari. Ada Song Joong Ki tau berlakon. Tengok, tengok. 

5) Medical Top Team
 
Cerita ni aku tak tengok lagi tapi rating drama ni tinggi jugak. Ada Kwon Sang Woo dengan Choi Min Ho wehhhh. Kisahnya, satu kumpulan doktor yang hebat nak bagi servis terbaik launtuk pesakit mereka tapi doktor-doktor tu pon ada kekurangan masing-masing. Jadi, boleh ke mereka bergabung untuk rawat pesakit mereka dengan rawatan terbaik? Cerita ni ada 20 episod. Aku tak dapat nak komen panjang sebab tak tengok lagi. Hehe. 

5 drama je dulu tau aku share. Aku selalu tengok dekat Dramabay atau Youtube je. Ok la. Daa.









Thursday 26 November 2015

The News : Umi, Poster and Lab



Ada beberapa berita yang aku nak catatkan dalam entri ni.

1) Semalam umi meninggal. Aku pernah cerita tentang umi dekat entri UMI. Ni kali pertama aku ada rasa sedih bila orang yang aku kenal meninggal. Moga umi ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

2) Pagi tadi aku dah siap bentang poster saintifik. Aku ingat nak buat entri tip-tip buat poster saintifik ke apa ke, tapi tunggu free dulu. Biasalah hujung sem ni, segala assignment tiba-tiba menjelma. Hari tu awal-awal sem tak nak bagi kerja. Haish, membebel pulak. Alhamdulillah ok la presentation aku. Tak kena teruk macam beberapa orang classmates aku. Kalau dapat examiner cerewet, memang meraung aku.

3) Esok dah boleh start lab!! Orang lain dah buat lama dah lab. Aku and the geng baru dapat permission buat lab. Tu yang over excited tu. Harap-harap semuanya ok esok. Amin.



Sunday 22 November 2015

The Sungai Chiling Campsite


Hai. Aku tengah menggigihkan jiwa dan raga update pasal program Genetik yang diadakan pada 22 Nov 2015 di Santuari Ikan Sg Chiling, Kuala Kubu Bharu. Kalau aku update lambat nanti, feel tu hilang. Haha. Kami bertolak awal juga pagi tu dalam pukul 8 lebih. Sampai sana dalam pukul 11 macam tu kalau tak salah aku, sebab ada berhenti rehat juga dekat area Rawang. Bila sampai tu, berjalanlah kaki ke kawasan perkhemahan dengan bawa beg bagainya. Jauh juga la. Dalam 5 minit macam tu. Teruja juga sebab nampak air sungai sepanjang perjalanan nak ke tapak perkhemahan. Dah sampai dekat tapak khemah tu, kami pasang khemah masing-masing, susun buat macam bulatan. Ada dua je wakaf dekat situ. Ada satu kedai jual air, keropok, etc dekat dengan surau dan bilik air. Bilik airnya memang tak berapa menyenangkan. Surau pula share lelaki perempuan.

Lepas settle hal khemah, kami makan solat semua, baru start aktiviti suai kenal. Biasa la, akak dan abang senior tak berapa kenal adik-adik junior. Lepas tu bahagi kumpulan dan main game. Yang aku ingatnya, aku kena makan peria. Tolong la. Tapi besar hujung kuku je aku gigit. Yang lain aku bagi orang lain. Sawi pon aku tak makan. Inikan pula peria. OMG. Dalam pukul 4 lebih tu, masing-masing terlebih happy macam budak tadika jumpa buaian bila nak terjun sungai. Apa lagi, TERJUN!! Memang lama la kami mandi. Siap ada sesi luahan hal personal lagi. Adoi. Dah petang sikit tu, kami bagi makan ikan dan main terjun-terjun. First time aku buat perangai gitu sejak hidup 21 tahun ni.

Siap mandi bilas semua tu, aku dengan 2 orang kawan aku minta pak cik jaga kaunter pendaftaran tu tolong buka spotlight sebab dah nak gelap. Dekat kawasan tu guna tenaga solar bukan elektrik. Pak cik tu cakap untuk jimat tenaga solar, lampu surau dan bilik air kena tutup kalau tak guna. Tak sampai 3 minit cakap dengan pak cik tu, hujan dah start turun. Berlari la masuk dalam khemah. Tiba-tiba khemah pon dah mula menitik-nitik macam nak bocor, terus kemas-kemas barang sumbat dalam beg. Hujan memang dah lebat sangat-sangat. Aku, Jihah, Pikort dengan Puteri yang satu khemah ni dah berhijrah ke wakaf terdekat dengan beg-beg sekali. Wakaf ni kecik sikit dari wakaf yang lagi satu. Tak lama tu, yang lain-lain pon start berhijrah ke wakaf yang besar tu. Wakaf besar tu dekat dengan spotlight, wakaf kecik ni tersorok sikit.  Lepas tu, AJK check siapa yang ada siapa yang tak ada. Kot-kot tertinggal dalam surau ke bilik air ke. Kami pon duduk la dekat wakaf tu. Fikir macam mana nak tidur dengan khemah basah, baju ada yang basah. Aku nasib baik dah balut baju dengan plastik, bawak payung, sekali baju hujan aku bawak.

Sepatutnya malam tu kami buat BBQ. Tapi AJK bagi kami makan nasi goreng cina dulu sementara tunggu AJK buat BBQ. Hujan dah reda sikit waktu tu. Kami yang 3rd year ni start la masak megi. Sebab yang junior duduk dekat wakaf besar. Kami pulak melepak dekat wakaf kecik tu. Sambil makan megi, sambil makan ayam BBQ yang dah siap masak. Disebabkan kesian tengok AJK bertungkus-lumus buat BBQ walaupun hari hujan, kami masakkan megi untuk AJK. Dalam pukul 11 lebih, aku solat Isyak dan tidur dekat surau. Sejuk weh.

Pagi tu dengar orang ambil wudhuk dekat toilet, terus bangun. Ye la, orang nak guna surau. Sejuk weh air pagi tu. GIGIL. Lepas dah bersiap untuk ke waterfall tu, kami sarapan dulu. Senaman sekejap dan mulakan ekspedisi dalam pukul 8 lebih. Pagi tu aku memang dah tengok arus sungai yang kami mandi petang semalamnya tu memang deras sangat. Mungkin sebab hujan. Tapi kami teruskan perjalanan. Aku baca dekat blog sebelum ni pasal Sg. Chiling, tak ada yang cakap jalan dia susah. Tapi waktu kami jalan tu, pergh. Memang hidup dan mati la nak lawan arus tu. Silapnya sebab kami tak ada orang guide. Sebab tak sangka susahnya macam tu sekali. Last-last kami bergantung dengan satu team ekspedisi yang baik hati. Pak cik-pak cik dan akak-akak team tu yang tolong kami dan dibantu jejaka-jejaka gagah Genetik. Dengan ada yang nak hanyutnya, seluar koyak bagai. Macam-macam la. Aku ni berapa kali terumbang-ambing dalam air tu. Aku nasihatkan, pakai kasut hiking. Tak pon kalau tak sayang kaki, kaki ayam je terus.

Ada 6 halangan semuanya bermula dengan jambatan dekat tapak perkhemahan. Nak ke halangan kedua tu, jauh juga la. Yang lain dekat-dekat je. Laluan kedua banyak batu tapi arus tak deras sangat lagi. Masuk yang ketiga,memang tak terlawan arus. Sangat extreme. Yang keempat tu, lalu atas titi. Time ni aku memang kaki ayam je sebab kalau jatuh, arus bapak la segala derasnya. Dengan batu-batu besar. Cuak. Cuak. Laluan kelima dengan keenam tu tak sedasyat yang ketiga tapi teruk juga la.

Bila dah sampai waterfall tu, teruja juga sebab cantik pemandangan tapi aku letih giler. Tak larat dah weh. Dengan orang ramainya, kawasan mandi kecik sebab arus deras lagi bahagian tepi-tepi tu. Ada yang main terjun-terjun, bagi makan ikan, menikmati pemandangan ciptaan tuhan etc. Sejuk memang ke tulang sum-sum aku kata. Pukul 12 tengah hari tu kami gerak balik ikut team pak cik tadi. Disebabkan dah tahu keadaan air macam mana, batunya macam mana, dah prepare juga la mental dan fizikalnya. Tak susah macam waktu pergi tadi.

Dah sampai semula tapak perkhemahan tu, makan tengah hari dulu. Baru la terjun sungai semula. Haha. Then, bilas-bilas, solat, kemas barang, bahagi hamper dan balik.

Susunan khemah kami. Bajet nak buat camp fire dekat tengah tu. 

Pertama dan terakhir makan ramai-ramai ala kenduri macam ni. Lepas tu dah makan asing-asing dah. 

Ape la abang dan akak senior ni bincang. 

Ni la jambatan laluan 1 tu. 

Ni yang start sweet-sweet pegang tangan waktu laluan 2 sebab takut jatuh dan hanyut. 

Ni yang extreme laluan 3. Tengok la arus tu. Memang kena bergantung dekat tali. Nasib baik pak cik tu ada. 

Ni titi yang laluan 4. 

Lepas laluan 5 & 6, sampai lah waterfall!!!

Ok, itu sajalah pengalaman ke Sg Chiling. Datang lagi? Heeeee. Macam tak sanggup dah. Seram. Tapi yang best, ikan memang banyak. Nama pon santuari ikan. Elok bahagia je ikan-ikan lalu dekat kaki bagai. Nak-nak pula kalau tabur makanan. Best!!

Ok, daa. =D

Wednesday 18 November 2015

The Village : Achiara's Secret

Hai!!
Aku dari semalam maraton drama The Village : Achiara's Secret. Baru sampai episod 11 aku tengok. Semuanya ada 16 episod. Cerita dia best tapi complicated. Cerita pasal seorang perempuan nama dia Han So Yoon (nama sebenar Moon Geun Young) yang balik negara asal dia untuk cari keluarga yang dia rasa wujud tapi tak pernah jumpa. Dia mulakan pencarian dari sebuah kampung nama Achiara. Dekat kampung tu dia jadi cikgu Bahasa Inggeris. Hari pertama dia mengajar tu, dia terjumpa mayat yang dah lama. Kecohlah sekampung. Mayat tu rupanya mayat Kim Hye Jin (nama sebenar Jang Hee Jin) yang dah lama menghilangkan diri. Yang peliknya, tak ada siapa kisah pasal kehilangan Kim Hye Jin. Macam-macam benda jadi waktu So Yoon cari keluarga dia tu sampailah dia dapat tahu yang Hye Jin tu kakak dia yang dah tukar nama. Pertalian family dalam cerita ni memang berbelit. Tapi buatkan aku tak sabar nak tahu siapa pembunuh Hye Jin tu. Lepas tu, ada pembunuhan lain juga berlaku dekat kampung berdekatan dengan Achiara tu. Ramai orang mati untuk halang So Yoon jumpa jawapan siapa keluarga dia. Harap-harap ending cerita ni tak buat aku geram. Haha.

Astaka Morocco Putrajaya


Hai. Nak sambung cerita lepas pergi Aquaria KLCC hari tu. Petang tu kami pergi Astaka Morocco. Aku ni asyik dok pikir ejaan dia "Astana" bukan Astaka. Confuse. Dengar nama macam North African punya istana je =P. Dalam perjalanan pergi tu, hujan lebat. Tapi nasib baik masa sampai dekat parking Astaka Morocco tu hujan dah renyai-renyai dah. Puas juga nak mencari dekat mana tempatnya. Rupanya dekat Taman Botani je. Sebelum ni pergi Taman Botani tak pernah tahu pula ada Astaka Morocco tu.  Bila hujan dah macam nak berhenti tu, kami pergi la bergambar depan pintu gerbang Astaka Morocco tu. Ada dua pasangan pengantin yang rajin photoshoot time-time hujan hari tu. Dengan beberapa orang bridesmaids. Tempat tu aku rasa lawa kalau bukan lepas hujan. Aku jalan jauh sikit dari Astaka Morocco sebab malas nak kacau orang photoshoot. Tengok tasik yang dah tak berapa lawa dekat jambatan tu. Mungkin sebab lepas hujan ke apa, sampai daun-daun bagai berkumpul dekat situ. Ade la ikan dengan kura-kura timbul. Comel, comel. Disebabkan dah petang sangat sebab lama tunggu hujan berhenti, kami tak melawat lama sangat astaka tu. Ambik gambar pon nampak tak berapa lawa. Nanti ada masa aku nak pergi lagi sebab tak puas hati. Heeee.

Ambil gambar dekat Google Image je. Sebab gambar aku ambil tak lawa. Haha. 

Lawa kan tempat ni. Macam oversea. Credit to Google Image.




Ni la gambar yang kawan aku ambil waktu lepas hujan tu. Boleh la buat perbandingan gambar ni dengan gambar yang atas. Jadi, sebelum pergi photoshoot dekat sini, tengok ramalan cuaca dulu. Hehe.

Ok, tu je nak cerita. Daaa.


Sunday 15 November 2015

The Aquaria KLCC



Alamak!! Lupa nak cerita. Hari Sabtu minggu lepas (7 Nov 2015) aku pergi KLCC dengan kawan sekampung. Kami kenal pon bila sama-sama masuk matrik. Aku bawak dia jalan-jalan sekitar UKM ni. Lepas fikir punya fikir nak bawak dia pergi mana, aku pilih pergi Aquaria KLCC. Sebabnya dia tak nak pergi shopping dekat mall. Dah bosan sebab dekat mana-mana ada mall. Dia nak pergi tempat yang dekat sini je ada. Jadi, KLCC la yang ada dekat sini je. Haha. Makanya, pagi-pagi Sabtu pukul 8 lebih tu kami dah terpacak dekat bus stop kolej nak ke KTM UKM. Dari KTM UKM, terus ke KL Sentral. Barulah ke KLCC. Ni kali ke dua aku ke KLCC naik public transport. Jadinya, blur jugak nak mencari mana Aquaria. Sampai-sampai tu, memang terus masuk ke Avenue K. Beli buah kejap buat isi perut. Lepas tu, keluar dari bangunan tu, terus ke Suria KLCC. Satu hal pulak nak melintas jalan. Aku memang lemah bab-bab nak melintas jalan ni. Seram. Dah sampai dalam Suria KLCC tu, mana ceruk pulak Aquaria ni. Waktu tu dah pukul 10 lebih kot kalau tak salah. Aku nak kejar waktu "Feeding Times" dekat Aquaria tu. Then, aku nampak ada kolam dekat luar. Ingat nak selfie ke apa dekat situ baru start cari mana Aquaria. Tiba-tiba dekat pintu keluar ke kolam tu, ada signboard ke Aquaria. Aku pon follow la signboard tu. Sampai la dekat satu bangunan ni. Tengok peta dekat bangunan tu. Confuse. Tak jumpa pon mana tempatnya sebab mungkin aku terikut jalan belakang ke apa tak tahu la. Aku dengan kawan aku ni follow la satu family tu sebab akak tu kata dia nak pergi Aquaria jugak. Lepas jalan punya jalan, sampai la. Mak aiii ramai betul kanak-kanak tadika ke sekolah rendah ke tak tau la.

Aku bayar RM92 untuk dua orang dewasa yang ada MyKad. 
Sebelum dapat masuk tu, kena ambik gambar dulu. Pandai betul buat bisnes. Aku jadi kurang excited sebab susah nak lalu bila penuh kanak-kanak. Kalau orang tua aku boleh fikir nak main selit-selit ke, terjah je ke. Tapi ni kanak-kanak. Kang terpenyet anak orang, tak ke haru. Aku check jadual feeding time yang aku dah save dalam phone aku, then pergi dekat tempat yang dah ditetapkan. Tempat pertama, The Stream.
Dekat sini ada memerang yang comel dan pandai.
Sempat jugak aku rakam video memerang tu ambil bola, makan semua tu. Comel!! Lepas tu petugas dekat situ maklumkan sesi seterusnya. Dia cakap dekat Aquatheater pukul 12. Aku pon sambil mencari celah mana Aquatheater tu sambil tengok hidupan laut dekat situ. Sangat best bila lalu bawah terowong tu. Cuma lama-lama jadi bosan. Panjang weh terowong tu. Best bila ada jerung lalu atas kepala. Tetiba happy macam budak-budak dapat gula-gula. Haha. Sebelum masuk terowong pon ada sesi ambil gambar lagi. Tapi yang ni untuk yang sudi je. Tak ada paksa-paksa. Keluar dari terowong tu, jumpa la Aquatheater tu. Tepat-tepat je pukul 12. Memang ramai amat manusia. Dua orang professional divers bagi makan ikan-ikan dalam akuarium tu. Seorang petugas perempuan jadi jurucakap bagitahu apa nama ikan tu, dia makan apa. Tapi aku rasa dia ulang je ayat yang sama cuma tukar BM ke BI. Lepas tu ulang balik untuk pengunjung yang baru sampai. Lepas berapa minit tu, kami ke belakang nak bagi orang lain pulak tengok. Jalan punya jalan, bila la nak sampai pintu keluar ni. Haha. Aku jelas malas nak berjalan lama-lama. Lepas tu jumpa la kedai cenderamata. Eh. Ada orang jual gambar yang ambik dekat pintu masuk tadi. Yang kecik RM40++, yang besar RM60++ kalau tak silap. Aku pon malas nak beli sebab dah bersepah gambar selfie. Haha.

Bila dah keluar dari Aquaria tu, makan dan ambik-ambik gambar lagi. Baru balik. Dah tak jumpa pulakkkk jalan nak balik yang berpusing-pusing masa datang tadi. Tu la masa datang tadi main menonong je ikut family akak tu. Maka, berjalan je la ikut mana kaki melangkah. Tiba-tiba, eh, sampai mall. Tengok map mall, jumpa la pintu keluar. Fuhhh. Settle pasal berjalan dekat Aquaria.

Boleh tengok dekat laman web ni ni untuk tahu "Feeding Times" dan maklumat-maklumat lain. Info ni penting untuk pengembaraan yang meriah. Haha.

Tengok la gambar tanpa caption bawah ni.






Ada feel tak nak pergi? 


Saturday 14 November 2015

The Girls Nowadays



Hai. Aku tak ada apa nak cerita pon cuma nak meluahkan apa yang aku fikir. Dalam satu group Whatsapp ni, ada seorang akak tu cakap yang zaman sekarang ni kita kena isi jiwa anak-anak dengan ilmu Islam untuk elakkan jiwa mereka dipenuhi dengan benda dunia. Betul apa yang akak tu cakap dan aku percaya dia mampu buat sebab dia memang pro bab-bab agama. Tapi aku pandang diri aku lepas baca apa yang dia tulis. Mampu ke aku? *Jauh aku fikir sebab join group dengan orang-orang berusia ni =P



Kalau nak penuhi jiwa anak-anak dengan Islam, jiwa kita penuh ke? Macam mana nak penuhkan jiwa mereka kalau hati dan jiwa kita pon kosong. Kita tak tahu apa-apa. Ya. Sekurang-kurangnya kita boleh hantar mereka belajar di kelas-kelas agama. Tapi seeloknya kita jadi contoh terbaik untuk mereka. Bukannya kita suruh, tapi kita pon tak buat/ malas nak buat/ lewat-lewatkan. Kang ustaz ustazah ajar anak-anak dekat sekolah, tapi anak tengok mak ayah dia tak buat pon. Acano?? Zaman sekarang ni orang dah tak segan dah nak buat benda tak elok. Bangga lagi ada. Isu sekarang pasal vape. Yang perempuan pon dengan bangganya post gambar dia hisap vape. Yang cantik ke, pakai tudung ke, apa ke, tak ada dah nak segan ke apa. Ada yang buat video lagi tu. Aku malas nak cerita pasal bahaya ke, bahan-bahan dalam vape ke, nak banding dengan rokok ke. Malas. Maklumat tu ada merata-rata. Cuma nak ambil kisah atau tak saja. Aku cuma harap perempuan yang hisap vape ke rokok ke tu ada reason yang munasabah untuk dia buat macam tu. Setiap benda yang kita buat mesti ada sebab kenapa kita buat. Aku harap sebab tu munasabah. Satu lagi, kalau nak post gambar ke video ke hisap vape tu, fikir dulu apa akan jadi, apa perasaan family bila tengok, apa orang kata dekat mak ayah kita bila gambar tu jadi viral. Fikir jauh. Kenapa aku bebel pasal perempuan je? Bias betul. No. Bukan macam tu. Cuma aku sayang kaum Hawa ni. Kira macam girl to girl talk gituhhh. Haha. Ok la, moga kita dalam rahmat dan keampunanNya.


Tak salah jadi wanita moden, up-to-date, intelektual, bekerjaya tapi biar masih di jalan yang diredhai-Nya. 

Sama-sama kita perbaiki diri.

Sayang semuanya =)



The Landslides



Hai. Aku baru sampai Bangi ni lebih kurang pukul 10 malam semalam. Sepatutnya aku naik bas dari Pahang pukul 10 pagi semalam. Tapi disebabkan ada tanah runtuh dekat Lebuhraya KL-Karak, ditambah pula dengan banjir kilat, makanya laluan bas terhalang. Pihak bas yang aku selalu naik tu tak putuskan lagi untuk lalu dekat laluan alternatif. Pak cik bas yang jaga kaunter tiket tu kata dia pon tunggu arahan orang atasan dia ke apa tah. Aku dah macam "ergh". Stress tapi terpaksa redha je la. Dah tak kan aku nak terbang pulak. Tapi at the end, ayah aku decide dia hantar aku balik U. Kalau aku tak balik U dengan alasan ada tanah runtuh tu, kelas dan due date assignment tetap sama. At last, aku yang tertinggal kelas segala bagai. Maka, jutaan terima kasih dekat mak dan ayah sebab hantarkan walaupun jauh perjalanan dan mak ayah pon banyak kerja jugak. Dah la nyaris-nyaris nak kemalangan dekat satu simpang 3 semalam. Dekat jugak la nak sampai U waktu tu. Masa tu ayah main terus je sebab dia tak nampak lampu merah. Maybe penat ke apa, dia confuse pula waktu tu. Kereta lagi satu bawak laju sebab dia nak kejar lampu hijau. Nasib baik dua-dua kereta sempat break. Last-last, semua kereta berhenti. Masing-masing terkejut, cuak bagai. Dua-dua salah sebab waktu tu turn lorong lagi satu yang jalan. Kereta yang kejar lampu hijau tu tak marah  sebab aku rasa dia ingat tu salah dia mulanya. Mungkin dia ingat memang turn ayah aku yang jalan waktu tu. Macam-macam mana pon, syukur alhamdulillah dapat balik dengan selamat.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari berita di Astro Awani atau mana-mana laman web yang boleh dipercayai.

Thursday 5 November 2015

The Reply 1988 Drama

Hai!! Siapa pernah tengok drama Reply 1997 atau nama lainnya Answer Me 1997? Ala, yang Jung Eunji, Seo Inguk dengan Hoya berlakon tu. Lepas tu, siapa yang dah tengok Reply 1994? Yang pelakon cantik molek Go Ara tu berlakon? Kalau tak tengok lagi, tak apa. Bukan bersambung pon. Lagipun, esok (6 November 2015) keluar pulak Reply 1988 dekat Dramabay. Kali ni Lee Hyeri pulak yang berlakon.  Pada tahun 1988 tu, ada Seoul Olympics, 1988 College Festival dan untuk pertama kalinya rakyat Korea boleh berjalan keluar dari Korea Selatan. Tahun tu jugak, tahun yang gah untuk permulaan muzik Korea terutamanya K-pop. Jadinya, siri Reply yang ketiga ni berkisahkan tahun bersejarah tu. Tahun 1988. Ceritanya setiap Jumaat dan Sabtu pukul 8.40 p.m.



Sinopsis atas tadi tu aku translate dari Dramabay punya sinopsis.

OK, jom tengok ramai-ramai esok.

The Pictures That Have Not Been Updated



Entri ni akan ada gambar je tau. Sebab story nya ada di sini dan situ.


Port posing dengan jubah 


Sempat la juga ambil gambar sebagai bukti. Aku nak naik pentas ambik gambar dengan ustaz semua tu, memang tak la. Sogan den. 
Akak senior yang grad

Classmate dan satu-satunya senior lelaki yang grad. 

Sorang lagi akak senior tertinggal nak ambik gambar tadi.

BTW, tak ada gambar aku. Segan. Heee. Tetiba segan. 

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI