Thursday, 31 December 2015

Kifarah Atau Kaffarah?


Selepas tamat majlis, selalu kita dengar pengacara majlis kata, "kita tutup majlis kita dengan tasbih _____ dan Surah Al-Asr". Tapi, orang selalu keliru nama tasbih tersebut. Kaffarah ke kifarah? Dua perkataan ini memberi makna yang berbeza. Kifarah itu denda, atau balasan Allah atas dosa-dosa kita. Kaffarah pulak bermaksud penghapus dosa. Jadi, yang tasbih yang dibaca selepas majlis tu namanya tasbih kaffarah. Kebaikannya adalah sebagai penghapus dosa sepanjang mengikuti majlis tersebut kalau-kalau ada tersalah cakap atau tingkah laku. 


Untuk info lanjut, boleh rujuk SINI

Lagu Gerua Filem Dilwale Tanpa CGI

Hai!! Mesti ramai yang dah tengok kan movie ni? Aku tak pergi tengok lagi sebab belum ada kesempatan. Yang online punya ada tapi tak ada subtitle. Tengok gambar tak faham apa dia cakap pon tak ada feel jugak. Masa tengok video lagu Gerua, aku memang ingat tu cuma tipu. Bukan real. Yela, dengan pakaian nipis tapi nyanyi dekat kawasan iceberg. Mana aku nak percaya tu real. Tapi sebenarnya, itu adalah real. Lakonan di Iceland tu real. Pergh! Tak percaya? Tengok ni.

"Kulit kami menjadi hitam dan biru semasa penggambaran scene ini akibat kesejukan. Dan kami memang terus bertukar kepada biru selepas itu. Habis saja rakaman, kami ditutup dengan lebih daripada tiga selimut, jaket, dan macam-macam lagi. Waktu itu memang terlampau sejuk," kata Kajol.



Shah Rukh Khan berkata, "Kaki kami sebenarnya diikat dalam scene ini. Kaki kami disematkan dengan tali supaya mendapat cengkaman dan mampu untuk melakukan pergerakan di atas bukit. Saya rasa itu sangat mencabar. Walaupun terdapat beberapa isu, segala langkah keselamatan telah diambil."


Memang style. Selayaknya filem ini diminati ramai. 
Sumber : SAYS

Segmen Bloglist & Blogwalking By Beautiful Of Iman



Untuk sertai, klik SINI

K-Drama Yang Bakal Ditayangkan 2016

1. Signal
File:Signal (Korean Drama)-p1.jpg
Pelakon : Lee Je Hoon sebagai Park Hae Young dan Kim Hye Soo sebagai Cha Soo Hyun.  
Genre : Aksi/ngeri, misteri/jenayah
Episod : 16 episod
Sinopsis : Detektif dari masa kini dan seorang detektif dari masa lalu berkomunikasi melalui walkie-talkie untuk menyelesaikan kes yang telah lama tidak dapat diselesaikan

2. Neighborhood Hero
Pelakon : Park Shi Hoo, Girl's Generation Yuri, dan Lee Soo Hyuk 
Sinopsis : Baek Shi Yoon (Park Shi Ho) seorang bekas ejen rahsia. Dia menyembunyikan masa lalu dia dengan membeli sebuah bar dikawasan kejiranan dia. Bila dia jadi bos dekat bar tu, dia rapat dengan regular customer yang datang dekat bar dia. Dari situ, dia rasa simpati dengan kesedihan dan kesakitan yang ditanggung jiran-jiran yang jadi pelanggan dekat situ. Lepas tu dia jumpa seorang lelaki muda yang bercita-cita untuk jadi polis (Lee Soo Hyuk). Dia pon latih lelaki tu untuk jadi ejen rahsia. Yuri berlakon jadi pekerja bar dalam cerita ni. 

3. Goodbye, Mr. Black
Pelakon : Moon Chae Won, Lee Jin Wook, Song Jae Rim dan Kim Kang Woo
Genre : Melodrama, jenayah/misteri
Episod :16 episod
Sinopsis : Berdasarkan cerita The Count of Monte Cristo. Seorang lelaki, Cha Ji Won yang dilakonkan oleh Lee Jin Wook membalas dendam kepada kawan baik dan teman wanitanya yang telah memerangkap dia untuk jenayah yang dia tidak lakukan. Lepas tu dia kahwin dengan Swan yang dilakonkan oleh Moon Chae Won. Perkahwinan ni palsu kerana ia sekadar untuk menyembunyikan identiti Cha Ji Won. Tapi, tiba-tiba dia jatuh cinta dengan Swan. 

4. Please Come Back, Mister
Pelakon : Rain, Lee Min Jung dan Oh Yeon Seo
Genre : fantasi, komedi
Sinopsis : Berdasarkan novel Jiro Asada. Orang yang mati hidup semula untuk buat apa yang mereka tidak sempat buat masa hidup. Lee Hae Joon seorang pengurus produk mati dan hidup semula. Rain memegang watak Lee Hae Joon yang dihidupkan semula ni. Lepas tu dia jatuh cintalah dengan dua heroin ni. Seorang manusia, seorang lagi roh yang dihidupkan semula. 

5. Uncontrollably Fond
Pelakon : Kim Woo Bin sebagai Shin Joon Young dan Suzy sebagai No Eul
Sinopsis : Seorang budak lelaki dan seorang gadis yang telah dipisahkan pada usia muda bertemu sekali lagi  as a top star (Kim Woo Bin) and a documentary producer (Suzy). Tak sabar nak tengok watak Suzy yang 180 darjah berbeza dengan diri dia. 
Will this make Suzy's love Lee Min Ho or Kim Woo Bin's newfound love Shin Min Ah jealous?

6. Moon Lover
Pelakon : Ji Soo, Kim Sung Kyun, Kang Ha Neul dan Nam Joo Hyuk (IU belum confirm lagi untuk jadi heroin)
Episod : September
Sinopsis : Remake of Bu Bu Jing Xin (Scarlet Heart)

7. Descendants of the Sun
Pelakon : Song Joong Ki sebagai Yoo Shi Jin dan Song Hye Gyo sebagai Kang Mo Yeon
Genre : Melodrama
Episod : 16 episod
Sinopsis : Kisah percintaan antara kapten Yoo Shi-Jin dan seorang doktor, Kang Mo-Yeon. 

8. Dear My Friends
Pelakon : Go Hyun Jung, Na Moon Hee dan Kim Young Ok (Lee Kwang Soo dan Jo In Sung akan tampil sebagai comeo).

Sumber : Google

The Wordless 7 Final Exam


 


It's okay to remember it but don't forget to forgive.

Jawab 10 Soalan


Hai!! Aku di tag oleh aienie untuk menjawab soalan-soalan ni :


Jawapan : (aku jawab dalam BM je lah ye. Hehe.)

1. Banyak benda yang aku buat dan banyak jugak yang dah lupa. Biasalah. Faktor usia. Haha. Yang terlintas di fikiran aku, blogging dan mengajar di tadika.  

2. Tak suka. Aku susah nak berkenalan dengan orang kalau orang tu tak mulakan dulu. Aku tak suka bagi tahu nama penuh aku sebab nama aku susah nak sebut. Confirm dia akan repeat soalan dia dan aku kena repeat jawapan aku. Malas. Kakaka.

3. Drama, variety show, dance and cosmetic. Aku suka soalan pasal Kpop ni. Haha. Aku bukan die hard fans Kpop sebab aku tak ada certain idol or group yang aku minat. Kalau aku suka, tak semestinya aku akan suka terus. Nampak tak yang aku tak tetap pendirian. =P Memandangkan aku minat Korea / Kpop sejak 2008, so, sekarang aku tak fanatik sangat dah. Dah tua-tua ni, tak larat dah nak fanatik. Kakaka. Dulu aku minat TVXQ, SS501, Super Junior dan yang paling latest aku minat CN Blue. =D

4. Of course. Bila tengok drama. Kalau music video aku layan kadang-kadang bila keluar lagu baru atau bila aku tiba-tiba terminat mana-mana idol dalam certain group tu. 

5. Aku belajar pasal budaya dan bahasa asing. Kadang-kadang buat aku fikir, tak semua benda tu baik dan tak semua benda tu buruk. *otak aku dah makin mengarut.

6. Belajar, parents, rakan seperjuangan. 

7. Simple, putih, Kpop. Hehe.

8. Boleh je kalau ada rezeki. Topik utama, Kpop. Haha.

9. Susahlah soalan ni. Banyak benda aku nak. Tapi aku harap, aku dapat grad 2016 ni. Amin. 

10. Range : 16-24. Hehe. >.O

Ok. Siap dah jawab. Makin lama, makin pendek pulak jawapan aku. Biasalah. Dah nak dekat pukul 2 pagi ni, otak aku makin habis bateri. 

Thanks for tagging me. Daaa~~~

Wednesday, 30 December 2015

6 Cara Buat Origami Bintang


Hai!! Sekarang kan dah nak buka sekolah. Nanti mesti cikgu suruh hias kelas. Nak-nak pulak guru tadika. Kawan aku kerja dekat tadika, bersungguh dia nak hias kelas bagi lawa. Bolehlah cuba buat origami bintang macam dekat bawah ni. Ibu-ibu pon boleh cuba buat untuk anak-anak dekat rumah. Aku selalu buat origami untuk bagi hadiah birthday atau celebrate something. Sebab senang dan nampak tulus ikhlas gitu. Tulis wish bagai di sebalik origami tu. Tak kisahlah bentuk bintang ke, reben ke. Ok lah. Jom tengok cara buat origami bintang. 

Yang ini lawa tapi macam complicated je. Tangan kena lembut. Kalau tak, susah nak buat step 4 tu.

Buat yang ni senang. Mula-mula buat satu-satu. Lepas tu gabungkan.

Yang ni pon senang. Boleh gantung dekat pintu. Haha.


Yang ini ada 6 bucu. Lekatkan 2 tiga segi tu ok.

Macam ninja je. Haha. Kanak-kanak mesti suka. Ala-ala Naruto gitu.

Yang ni memang aku pro. Haha. Buat dari sekolah rendah lagi. 


Comelkan bila dah siap banyak-banyak? Try lah buat. Boleh buat main game atau jadikan hadiah. Kalau nak buat game, tulislah soalan ke apa ke dalam lipatan tu. Best!


Selamat mencuba!
Credit to Google Image untuk gambar-gambar.

Hantaran Kaca / Transparent


Hai!! Dalam entri ni, aku nak share style hantaran kahwin yang aku suka. Hehe. Style kaca. Ala, yang letak dalam bekas kaca / transparent tu. Aku suka betul. Simple tapi nampak exclusive gitu. Gambar-gambar dekat bawah ni aku ambil dari Google Image. Credit to owner gambar. =D To my future husband, no matter where you are, read this ok? Saya nak macam ni tau nanti. Kikiki.

Yang di tak letak dalam balang kaca tapi base dia yang transparent. I like.

Yang ini pulak letak dalam bekas tu tapi kalau boleh tak mau bunga-bunga sangat tau untuk hantaran nanti. *mengadakan?

Yang ni lawa tapi macam tadi jugak, tak mau bunga sangat. Tapak dia macam gold diraja gitu.


Ni macam dalam mangkuk. Lawa kan? 

Ni mangkuk dia besar sikit. Ok dah ni tak banyak bunga. I like. Tapi jangan letak reben banyak tau nanti.

Ha! Buat macam ni tapi barang tu letak dalam bekas tu. Tak ada reben dan bunga sangat. Ok?

Yang ni style. DSLR la tu. Nak, nak, nak.

Colour dia lawa kan? Lembut je. Yang pink comel tu kamera polaroid kan? Boleh jugak kalau nak bagi. Hehe.

Itu sahaja nak kongsi. Angan-angan yang tak tahu bila tercapai. Ni baru satu tau angan-angan hantaran dan kahwin aku. Ada banyakkkkk lagi. Nanti kalau rajin aku share.  Daaaa~~

Tuesday, 29 December 2015

Year End + New Year Giveaway? By Aynal M


Untuk sertai, klik SINI.
Selepas di tag oleh 2 orang rakan blogger, aku buat keputusan untuk join. Hehe. Jadi, aku tag pulak 3 orang bloggerAina , Farahana , dan Namy. Selamat bersegmen.

The Winner : Pencarian bloglist fiaz diary untuk january 2016


Hai!! Aku diberitahu yang aku tergolong antara pemenang dalam segmen INI sebab Januari nanti tiba lah birthday aku. Bila tersenarai dalam bloglist Gentle Girl, rasa macam dapat hadiah birthday awal la pulak. Kikiki. Boleh check DI SINI untuk tengok senarai pemenang yang lain. 

Thanks to Gentle Girl sebab anjurkan segmen ni dan pilih blog ni antara pemenang segmen tersebut. Bolehlah ramai-ramai terjah BLOG GENTLE GIRL hari ni. Selamat berblogwalking ye.


Monday, 28 December 2015

Kolam Al Wadi Maahad Tahfiz


Baru-baru ni viral tentang perkongsian yang dibuat oleh Zaza Zehra  di laman Facebook beliau tentang Kolam Al Wadi Tahfiz. Ini yang dikatakan beliau dalam status tersebut :


Lebih 3 ribu orang yang share tentang kolam ni. Aku yang duduk Pahang pon baru tahu tempat ni wujud. Bolehlah pergi lepas ni sambil menyumbang sedikit bantuan untuk anak-anak tahfiz di sana.

Untuk yang masih bercuti sekolah tu, sempat lagi ni pergi. Hehe. =D

My 2 Big Decisions Today


Hai!! Hari ni naik lenguh pinggang kepenatan. Pagi tadi bangun pukul 5. Sebab apa? Sebab nak study. Tu je la kerja student macam aku. Kalau tak ada exam, tak ada nya aku bangun awal. Ish3. Lepas tu, pukul 12 tengah hari tadi exam Makanan dan Gaya Hidup. Senang jugak la sebab bukan subjek major. 
Siap exam, aku settle kan hal pilih tempat praktikal. Dalam ENTRI NI aku ada cerita pasal tempat praktikal yang aku dapat. Sampai lepas exam tadi pon, aku still confuse nak buat pilihan. Dah buat dah solat istikharah tapi aku tak tahu tu kehendak aku ke, petunjuk ke apa ke. Last nya, aku main dadu je. Aku pilih Malaysia Genome Institute sebagai tempat praktikal aku. Harap-harap betullah pilihan aku ni. 
Bila dah pilih, aku dah tak boleh tukar. Aku maklumkan dekat family, dan kawan-kawan yang rapat dengan aku. Macam-macam reaksi aku dapat. Tapi, terima kasih sangat-sangat untuk yang sokong pilihan aku tanpa banyak soal. Sebab aku pon tak pasti pilihan aku betul ke tak. Bukan senang aku nak buat keputusan. Kira macam aku kena pilih antara nak sayang mak ke nak sayang ayah. Huhu. Jadi, aku perlukan sokongan terutamanya dari orang-orang yang dekat dengan aku. Can you tell me that I've made the right choice? *muka sedih.
Lepas tu, aku pergi library. Bukan nak study, bukan nak pinjam buku. Aku nak mintak kerja part time dekat koperasi library. Ini keputusan paling besar aku yang kedua. Sesungguhnya, aku tak pernah kerja part time ke full time ke sebelum ni. Cuak jugak la. Entah dapat entah tak. Baru isi borang je tadi. Kalau dapat alhamdulillah. Dapatlah aku belajar benda baru. Kalau tak dapat, bukan rezeki aku dekat situ lah tu.

Ok lah. Dah dah la tu membebel nya Najwa. Doakan aku. =D
Fighting!

SEGMEN JOM TAMBAH FOLLOWER



Untuk sertai, klik SINI

Sunday, 27 December 2015

Dayana's Blog List Jan-Mar 2016




Dayana Zahari Banner
Untuk sertai, klik SINI
Goodluck.

RM 20 Untuk Setahun?



Hai. Ada comment menarik yang aku ambil dari FB.

Gurau Senda Musim Exam
#RoadToFinalExam
#EsokAdaPaper


Untungnya punyai isteri yang bijak berjimat 

Suami : Sayang, ni ada 20 ringgit.. ambik laa untuk buat belanja keperluan rumah untuk 3 hari ... Harap harap boleh cukup seminggu.


Isteri : Baiklah bang.. untuk setahun pun boleh pakai

Suami : Betul ke cukup sayang?...

Isteri : Insya'Allah cukup bang..

Suami : Nak belikan apa Sayang untuk cukup setahun tu?

Isteri :
Beli kalender... tahun 2016... boleh pakai untuk setahun.. 

Suami : ...................

SELAMAT~ TAHUN ~ BARU 2 0 1 6



 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI