Tuesday 19 February 2019

Kdrama Review Priest

Hai guys!!

Image result for priest drama korea


Aku baru je habis marathon drama Korea, Priest. Memang dah lama berniat nak tengok sejak drama ni mula ditayangkan November tahun lepas. Cerita dia pasal satu kumpulan Regia 643 yang diketuai paderi Moon. Anggota lain terdiri daripada seorang paderi muda nama, Oh Soo Min, detektif Koo, businesswoman Ms. Shin dan seorang hacker, Joon Yong Pil. Diorang nak tangkap syaitan yang masuk dalam badan manusia dekat satu hospital ni. Dekat hospital tu, ada seorang doktor perempuan, Ham Eun Ho. Kejadian rasukan syaitan tu berlaku di sekitar Ham Eun Ho dan rupanya syaitan tu ada kaitan dengan sejarah silam Eun Ho dan Soo Min. Dulu, hero dengan heroin tu hilang ingatan selepas Eun Ho lepaskan syaitan tu dari satu peti besi. Sebab tu Soo Min nak jadi paderi untuk tangkap syaitan tu. 

Drama ni punya plot twist memang tak di jangka. Tak percaya? Tengoklah dekat episod 16 (kalau tak salah). Dah nak ending tu pon ada lagi plot twist. Watak-watak dia suspicious walaupun muka orang kena rasuk tu tak terlalu menakutkan. Ada part-part romantik tapi tak banyak lah. 

Pelakon drama ni :-
- Yeon Woo-Jin sebagai Oh Soo-Min
- Jung Yoo-Mi sebagai Ham Eun-Ho
- Park Yong-Woo sebagai Moon Ki-Sun

Pengarah : Kim Jong hyeon
Penulis : Moon Man Sae
Genre : Horror , Medical, Supernatural, Thriller
Episod : 16 episod

Image result for priest korean drama
 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI