Monday 18 December 2017

Kelantan Trip 2 (D&D Budget Inn)


Hai!!

As promised, aku nak share hotel bajet yang kami tinggal untuk 2 minggu selama dekat Kelantan. Since kami dapat tahu kena pergi HUSM ni dah last minute, Jumaat nak pergi, Isnin baru tahu, so, memang rushing lah nak booking hotel. Selagi boleh nak yang murah dan selesa. Memang dah plan tak nak stay homestay sebab agak mahal + bukan nak masak pon dekat sana. Google punya Google, jumpa 2 hotel yang bagi harga berpatutan. Salah satunya, D&D Budget Inn. Untuk 15 hari, dapat harga RM 380. Siap free wifi, bilik aircond, dobi layan diri, TV, attached bathroom dan 4 katil single. Sebelum sampai hotel tu, aku memang tak expect apa-apa sebab murah kan harga dia. Sekadar ada pon tak apa. 

Hotel tu sebelah kedai ni. Ada tempat parking dekat depan dan belakang hotel.

Sejadah, kerusi, sinki, tuala, selimut, penyangkut baju, surah Yassin pon ada

Shower cream, shampoo, conditioner disediakan

Cebok, baldi, tisu tandas, berus tandas disediakan.
Ada bocor sikit siling bilik air yang kami duduk ni especially masa hujan lebat

Pandangan dari depan pintu bilik air. Yang meja dekat luar bilik tu ala-ala receptionist punya meja especially untuk yang dah booking. Dekat penjaga kaunter tu lah kami mintak nak itu ini. hehe.




Kalau nak top-up air ke, nak iron baju ke, semua ada dekat depan kaunter receptionist tu. Nak mintak penyapu ke, vacuum ke, mintak je. Kami siap mintak iron board + iron bawak masuk bilik.

Seriously, service memang tip top. Tak sangka bilik lawa + lengkap. Kami siap mintak selimut lebih sebab Kelantan sejukkkk amat. Nak mandi pon sejuk oi. Owner siap bagi ampaian letak dalam bilik sebab musin hujan + banjir masa kami pergi sana. Kalau nak basuh baju, boleh minta staff basuhkan tapi bayar dekat dia RM1 (service) + RM1 (sabun) kalau tak salah. Kami beli sabun basuh sendiri, basuh pon sendiri. Senang. Lepas tu pergi keringkan dekat dobi lain, bayar RM5. Sobs sobs. Banyak dobi, kedai makan dengan kedai komputer/printer etc dekat situ. Dekat dengan Mydin, Watson, Guardian, Domino's pizza, bank apa semua ada lah. Yang tak berapa ok ialah kau boleh dengar alarm jiran sebelah lagu baby shark + anak dia menangis. Heh. Aku tidur mati, tak dengar apa. =P Classmates aku yang cerita. 

Sebelah hotel tu ada kedai nasi kerabu famous. Lauk kambing bakar, daging bakar, ayam bakar. Ada sekali tu, owner belanja kami sarapan. Pepagi buta makan nasi kerabu. Tak ada lah pagi sangat, pukul 9 dah masa tu. Last-last, terbiasa makan nasi pagi-pagi. Masa last day, melantak nasi ayam pedas + daging bakar untuk sarapan dekat kedai tu. Ada orang bawak list penuh kertas A4 kawan-kawan dia tempah makanan. 


Recommended. 


Tel. No. : Cik Dah (019-9377566)

Better whatsapp je la. Senang Cik Dah nak reply

Kelantan Trip 1 (introduction)


Hai!

Trip ni dah nak basi dah ceritanya tapi aku baru ada masa nak tulis dekat blog. =) Aku ada subjek Elektif untuk semester ni. Ala-ala praktikal tapi 2 minggu je. So, aku pilih nak pergi HUSM, Kubang Kerian. Since aku tak berapa pandai drive, aku in charge as manager. Segala perbelanjaan dan tempat tinggal, aku yang uruskan. Bukan bayar kan =D Aku punya personal budget untuk 2 minggu dekat sana lebih kurang RM600 termasuk makan, minyak kereta, penginapan, tol dan lain-lain. Aku pergi dengan lagi 3 orang classmates. Naik Myvi je sebuah. 

Belanja untuk 2 minggu (share 4 orang):-

Minyak kereta : ~RM230 
Penginapan :- RM 380 (termasuk deposit RM100)
Tol :- ~RM100

Total yang aku belanja termasuk makan, jalan-jalan, souvenir etc : RM 569
Aku banyak habiskan duit part makan since harga makanan dekat Kelantan murah kalau nak banding dengan KL, memang aku kerja makan aje la. Kereta pon tak pakai sangat dekat sana sebab pergi HUSM jalan kaki. Tak nak bayar parking dekat HUSM sebenarnya. =D

HUSM

Ni kitorang tolong buatkan lab work orang lain sebab tak ada kerja




Sebenarnya apa yang aku belajar sekarang ni tak related dengan kerja-kerja lab pon tapi masa dekat HUSM ni diorang bagi peluang buat lab. Teringat pulak zaman degree. Dah lama tinggal. 

Nanti aku buat specific entri untuk penginapan dengan tempat yang kitorang pergi + makanan. =D . Ni intro je. 

Saturday 16 December 2017

Misi Menyelamatkan Kucing Siri 2


Hai

Sambungan daripada kisah DEKAT SINI. Sepanjang malam, kucing tu tidur je & nafas dia pon macam dah stabil. Aku pergi check nafas dia dalam sejam sekali sebab aku yang tidur paling lambat malam tu. Kucing tu kami bagi nama "Accifound" means accidentally found. Merepek. Dalam pukul 9 pagi, kawan aku bawa pergi vet dan aku tak ikut sekali. Kucing tu kena hospitalize dan doktor tak sampai lagi masa dia hantar kucing tu. Dalam pukul 11, pembantu klinik tu call, bagitahu yang kucing tu dah nazak dan doktor akan cuba buat yang termampu je la. Keesokan harinya, aku teman kawan aku singgah klinik tu ambil kucing. Dia nampak macam ok sikit dari lepas accident tu. Siap boleh angkat kepala. Kami hantar dia ke vet lain atas nasihat pembantu klinik tu sebab kena buat X-ray apa semua. Maka kami pon hantarlah ke V Care Klinik Haiwan. Agak mahal dekat sini tapi better lah. Doktor kata rahang kucing teralih dan kena hantar ke klinik dekat UMK. Memandangkan hari dah petang sangat, kami decided untuk hospitalize je dulu kucing tu semalaman. Dilema nya masa ni ialah, lagi berapa hari je kami dah kena balik KL. Kalau hantar UMK, siapa pula nak ambil dia semula nanti. Lepas tu kos rawatan lagi. Kami yang student ni tak termampulah nak membayarnya. Jadi, keesokan harinya tu, kami ambil semula kucing dari V Care untuk dihantar ke tuan dia. Suddenly, kucing tu boleh mengiau, tergedik-gedik macam dah sihat. Terkejut oi. Ingatkan dah tak panjang dah umur dia. Kami pon bawalah dia semula ke kawasan yang kami jumpa dia kena langgar tu. Pergi satu rumah ke satu rumah, tanya siapa ada hilang kucing, tahu ke tak ni kucing siapa. Dalam 3 ke 4 buah rumah singgah, jumpa terus dengan owner dia. Lepas terangkan everything dekat tuan kucing tu, maka bye-bye lah Accifound.

Masa lepas kena langgar. Ni pon dah cuci darah-darah yang ada.

Collar dia. Tak bagi balik dekat owner sebab tertinggal. Maklumlah, kelam kabut sangat

Dia tidur masa hantar balik dekat owner. Ni depan rumah owner dia dah.

Tamatlah sudah misi kebajikan kami. Harapnya owner teruskanlah rawatan untuk Accifound ye. 



Saturday 2 December 2017

Misi Menyelamat Kucing di Hari Maulidur Rasul

Assalamualaikum

Salam Maulidur Rasul

Hari ni sepatutnya kami berjalan-jalan sekitar Kelantan (pergi tempat yang tak banjir je la). Tapi hari ni cuti umum. So, banyak sangat kedai tutup. Tambah pulak hari Jumaat, banyak kedai tutup masa solat Jumaat dan bukak lepas 2.30 petang macam tu. So, sebelum pergi lunch dekat satu kedai yang kami dah plan nak pergi dari beberapa hari lalu, aku dengan classmates lagi 3 orang pergi ke Pantai Cahaya Bulan. Masa on the way tu, entah jalan mana Google maps bawa, kami sampai ke satu kampung ni. Dah dekat nak sampai area pantai, terjumpa kucing terbaring tengah jalan. Usually, kalau jumpa biawak ke, ular ke terkontang kanting tengah jalan, aku buat tak kisah je. Tapi masa tu classmate aku yang drive dan dia cat lover. Dalam hujan tu jugak dia stop kereta, pergi dukung kucing tu. Aku sebagai insan yang takut kucing, hanya mampu tolong pegangkan payung je la. Nafas kucing tu tersekat-sekat, darah keluar ikut hidung. Tak ada injury luaran. Kucing tu memang terbaring longlai. Darah jangan cakap la. Ada klinik desa dekat situ. Kami jalan kaki pergi klinik tapi tutup. Pergi rumah nurse ke doktor yang tinggal dekat klinik tu, dia tengah dalam pantang. Kami decide untuk bawa ke vet clinic dan ambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai. Campur dengan jalan sesak sebab orang baru balik solat Jumaat. Masa tu rasa macam apasal lah aku tak belajar pasal nak rawat haiwan (Jangan kata haiwan, pertolongan cemas untuk manusia pon tak tahu). Sampai je dekat klinik tu, tutup pulakkkk. Call segala vet clinic terdekat yang dapat search di internet, tutup! Rasa macam nak bawak pergi hospital kerajaan terus pergi kecemasan. Kang pelik pulak doktor kat situ. Cari klinik swasta biasa untuk manusia pon tutup. Aigooo. So, kami bawak kucing balik bilik hotel dan tunggu esok untuk pergi vet clinic. Buat apa yang termampu je la setakat ni. Bagi glucose water, selimut kan dia, keep it warm, cuci darah. Semua tu classmate aku yang buat. Aku buat balik tabir je. Setakat ni dah 12 jam kami jaga dia dan dia masih bernafas. Hopefully dia ok. Rasanya kucing ni ada tuan sebab ada 'collar' dekat leher dia. Kepada tuan kucing tu, kami akan cuba selamatkan kucing awak ye. Nanti dah ok, kami hantar dia balik. 


Hari ni kami dah plan baik punya nak try makanan Kelantan dari pagi sampai malam. Kita hanya merancang, Allah dah tentukan. 


Tuesday 21 November 2017

I learned something from great people I met today

Assalamualaikum. Hai!


Aku rasa diri aku di kelilingi aura positif dan dapat pengalaman baru sepanjang hari ni. 

Keluarga pertama yang kami jumpa, dua anak kembar mereka meninggal dan lahir pra matang. Anak kedua mereka mempunyai penyakit genetik (baca : keturunan) yang masih tidak diketahui diagnosis nya (baca : nama penyakit dia). Sebelum ni kami tahu yang ibu tersebut mengandung anak ketiga. Tiba-tiba masa datang tadi, mereka bagitahu yang kandungan tu dah keguguran. Ya Allah. Tenang je aku tengok parents tu. Dah la result ujian yang dibuat untuk anak kedua diorang tak dapat-dapat lagi. Ada masalah teknikal sikit. Kami risau sebab kalau apa yang berlaku dalam keluarga tu berkaitan dengan keturunan dan the parents plan to have another child, result genetic testing kena dapat cepat. Kalut lah kami minta maaf sebab diorang dah susah-susah datang tapi tak ada result lagi. Ayah tu pon cakap, "Tak pe, take your time. Kami ok,". Dia pulak yang tenangkan kitaorang. Mana lah diorang ni dapat kekuatan dan ketenangan macam tu. 
Kes kedua ni, anak kepada pakcik tu didiskriminasi dekat sekolah. Pakcik tu berusahalah cari sekolah yang sesuai untuk anak dia. Anak dia ada learning difficulty and behavioural issue disebabkan masalah genetik yang dia ada. Tapi tak semua orang boleh terima anak-anak special ni. Anak tu selalu dipersalahkan kalau ada apa-apa jadi. Selalu diletakkan dekat hujung kelas. Apa yang ibubapa rasa bila tengok anak dia dibuat macam tu? Kalau jadi dekat anak kita, kita suka ke? Jadi, kenapa buat dekat anak orang macam tu? Sebab dia istimewa? Bukan dia nak ada penyakit tu dan dia tak boleh nak bela diri dia pon bila orang buat macam-macam dekat dia. Entahlah. Fikir-fikirlah sendiri.  
Pernah dengar pasal Down Syndrome (DS)? Tadi ada seorang kanak-kanak perempuan yang DS. Selalu nya aku jumpa pesakit DS yang slow learner, tak boleh berdikari dan macam-macam lagi. Ni first time aku jumpa pesakit DS yang aktif, ceria, independent and so cute. Facial appearance dia memang nampak DS tapi general health looks okay. Allah tak bagi ujian yang parents tu tak dapat tanggung. Sebab parents tu dah ada anak sulung yang istimewa (ada masalah pertuturan, jalan pon tak stabil dan penyakit genetik yang tak ada diagnosis lagi). Jadi, anak DS yang happy-go-lucky tu macam penawar untuk parents tu. 
I learned about life from these amazing people. You may be frightened, surprised, weird and all kinds of feelings are mixed when you look at these special people. At first, I was like that too. After that I realized, they are also human. They have feeling like others too. They got hurt and sad. Maybe the way they express it is different. So, treat them as one of us. Just do not look at them instead of looking at them with a negative gaze. 


With love. Heart. Heart. 

Tuesday 31 October 2017

Fikir Dulu Before Book Tiket



Hai.
Assalamualaikum!

Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Anda boleh bercuti ke mana mana sahaja yang anda mahu untuk menghilangkan stress anda. Kawasan tanah tinggi, taman rekreasi air terjun, tempat peninggalan sejarah, taman tema, pulau-pulau yang cantik dan macam-macam lagi. Melancong sudah jadi trend di kalangan rakyat Malaysia tak kira samada destinasi dalam dan luar negara. Bila ke luar negara, aspek pertama yang dikaji ialah harga tiket kapal terbang. Semua pelancong cuba mendapatkan tiket yang murah tapi ramai yang tidak tahu bagaimana. Sebab dengan tiket flight yang murah, impian nak menjelajah ke dunia luar menjadi nyata. 

Syarikat penerbangan ni memang hendak orang tahu mereka buat promosi tiket murah. Supaya tiket murah ini cepat habis dan boleh start jual tiket mahal pula. Semua orang tahu. Jadi pada siapa yang akan mereka promosikan terlebih dahulu ? Tentulah pada keluarga, saudara dan kenalan mereka yang sign-up newsletter. Yang pastinya kena rajin bukan email. 

Berdasarkan pengalaman, korang kena tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh korang nak terbang. Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalam sistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh. Jadi, di dalam sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang sangat murah. Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal. Pendek kata, sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan margin yang syarikat itu mahukan semasa mereka hendak terbang dari Kuala Lumpur ke London.

Kebanyakan syarikat penerbangan akan tawarkan 'Best Deal' kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. Jadi, korang kena rajin periksa harga tiket dalam tempoh ini. Ada lagi yang anda tidak tahu tentang cookies . Sila buang cookies pada komputer riba, telefon pintar dan pc korang sekiranya korang dah melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Sebab melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan andaikan yang korang sudah tengok laman web mereka berulang kali. Jadi, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang kali. Kadang-kadang, harga naik lagi ada! Jadi, korang amalkan tabiat padam cookies pada internet browser korang tu. Kalau tak tahu nak delete sila tanya Encik Google! 

Jangan malas untuk google dan bandingkan harga tiket yang korang mahukan dekat laman-laman web yang lain. Jangan hanya tertumpu pada satu laman web sahaja. Korang akan terkejut sebab kadang-kadang akan jumpa ada harga tiket yang lagi murah daripada syarikat penerbangan yang sama. 

Sebagai galakan, biasanya pembeli tiket pergi/pulang (return ticket) akan ditawarkan harga lebih rendah. Tetapi ada masanya, jumlah harga tiket sehala (pergi) dan tiket sehala (pulang) itu lebih rendah dari membeli tiket return. Mengapa boleh jadi demikian? Sebab kebanyakan promosi tiket adalah untuk sehala. Tiket dijual secara promosi supaya tiket itu boleh habis terjual. Contohnya tiket dari KL ke Penang sedang promosi (mungkin kuota tiket murah masih ada), tetapi jarang pula tiket dari Penang ke KL dijual secara promosi (kerana permintaan tiket Penang ke KL tinggi). 

Tambang tiket flight dipengaruhi oleh beberapa faktor. Selain dari jarak destinasi, airport yang digunakan juga memberi kesan kepada harga tiket. Kena tahu juga macam mana airport buat duit. Airport akan mengenakan pelbagai caj kepada syarikat penerbangan. Cukai, parking, keselamatan, ruang pejabat, landasan dan banyak lagi perkhidmatan yang disediakan airport kepada syarikat penerbangan. 

Syarikat penerbangan sering menawarkan tiket promosi ke airport yang popular. Ini kerana faktor persaingan dan mahu hak mendaratkan pesawat. Contohnya, penerbangan dari London ke Singapore adalah lebih murah berbanding ke K.Lumpur. Di airport Charles du Gaulle Paris pula, kebanyakan tikat tidak dijual secara promosi murah melampau kerana ia destinasi pelancongan yang popular. Mahal pun orang beli derr… so korang tunggu apa lagi 

Saturday 9 September 2017

Lawatan Ke Muzium Negara dan Bangunan Sultan Abdul Samad

 Assalamualaikum. Hai!

Entri ni boleh dikatakan throwback moment jugak lah sebab ni kisah beberapa hari sebelum negara kita menyambut Hari Kemerdekaan ke-60. Misi menjejak bangunan-bangunan bersejarah ni asalnya nak menggunakan bas KL hop on hop off tu tapi plan berubah di saat akhir. Kita naik MRT dan LRT saja lah ye. Memandangkan sekarang MRT Muzium Negara dah ada, lagi mudahlah nak ke sana. Waktu lawatan dari pukul 9 pagi sampai pukul 6 petang. 


Ni laluan kalau naik bas tu. Cadang nya nak ke Muzium Negara, Tugu Negara, Masjid Negara dengan Dataran Merdeka.
Gambar dari Google


Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Kita ke Muzium Negara dan Bangunan Sultan Abdul Samad je ye. Dari MRT Muzium Negara tu boleh terus ke KL Sentral. Dari KL Sentral, naik LRT Kelana Jaya Line untuk ke Masjid Jamek.

Bila dah sampai depan pintu tu, maka tersergam indahlah Muzium Negara yang menempatkan segala macam barangan tinggalan masyarakat terrrdahuluuuu kala. 

Kita kasi gambar malu-malu harimau Malaya sikit sebab bergambar tepi jalan raya dengan kereta lalu lalang.

Kebetulan pulak ada pameran Sukan SEA masa ni. Dah dijangka tapi excited jugak sebab spesis tak Google dulu apa yang ada, terus terjah je.

Jom kita tengok apa ada dekat dalam. Dulu masa kecik je pergi sini, dah ingat-ingat lupa dah.

Ni je gambar yang agak sesuai untuk dipertontonkan di khalayak ramai. Heh. Sebab yang lain gegar la, tak sopan la, tak cantik la. Stress mak. 
Dalam bangunan tu ada 4 galeri. Dari zaman purba, kerajaan Melayu, penjajahan sampailah zaman sekarang. Bayaran masuk RM2 sahaja.
(Gambar dari Google)

Harga tiket Muzium Negara (gambar dari website Muzium Negara)


Suka bahagian ni. Kerajaan-kerajaan Melayu. Ada ukiran (mural kot, entahlah namanya apa) Hang Tuah lagi tau. "Ta' Melayu Hilang Di-Dunia".

Lepas dah jelajah 4 galeri tu, pergilah sekejap tengok kedai cenderamata kot-kot ada yang berkenan nak dibuat kenangan. Ada jual duit-duit lama dekat situ dengan harga yang lebih tinggi la (of course). Masa ni ingatkan dah habis dah la kawasan muzium tu. Tiba-tiba je terjumpa bahagian pameran dekat belakang muzium. Masa tu ingatkan tempat tu tak boleh masuk ke apa sebab tak nampak orang lalu. Nasib baik penyambut tetamu jemput kita masuk. 

Ada pameran pakaian Primadona Saloma. Kita yang buta fesyen ni tengok aje la. Bila tengok Saloma pakai tak nampak pelik tapi bila tengok baju saja, pelik la jugak.

Am I beautiful as you? (Ahaksss)

Sebelah pameran Saloma, ada pameran SEA games. Ni main style bola jaring. LoL. Boleh try golf, takraw, tinju dan bola keranjang dekat sini. 

Lumba lari dengan siapa pon tak tau lah.

Benda dalam kaca jangan diusik lah. Ish ish ish dia ni. Nak jugak merasa pegang obor.

Nampak muka abah-abah di sebalik kaca. Uuuuu~

Tayangan bersama Mr. Harimau. Tak ingat dah apa yang ditayang sebab kepenatan bersukan.
Dekat sekitar bangunan muzium tu, ada muzium lain lagi tapi tak masuk hari tu sebab dah tutup. Pergi lambat sangat. Huhu. Tapi ada banyak pameran lain lagi kat luar-luar tu. Ada kereta api (lokomotif wap), kereta kebal, tiang pengebumian, istana satu, dan segala macam lagi lah. 

Kalau naik bas hop on hop off tu, dia akan stop dekat area pintu gerbang ni.

Dekat sebelah pintu gerbang tu, ada lokomotif wap ni. Tak tau la boleh test drive ke tak =P

Alkisahnya, bila kepenatan, muka macam cekodok basi jadi nye.

Kalau ke Bangunan Sultan Abdul Samad + Dataran Merdeka, naik je LRT ke Masjid Jamek. Jalan sikit, dah sampai. Tak adalah sampai masuk dalam bangunan tu, tengok dari luar je la. 

Sambil-sambil jalan tu, singgah kejap dekat Masjid Jamek. Dekat masjid ni ada orang yang bagi jubah warna merah macam dekat Masjid Putrajaya (maybe untuk lebih menutup aurat).

Kalau datang sini, tak sah kalau tak ambil gambar payung gergasi ni. Payung ni hasil inspirasi daripada payung gergasi di Masjid Nabawi, Madinah.



Untuk yang belum tahu, bangunan di belakang itu lah Bangunan Sultan Abdul Samad.

Ni gambar dari belakang je. Sebab bahagian depan nye (Dataran Merdeka) sedang sibuk dengan persiapan sambutan Hari Kemerdekaan.

Counting days to celebrate our Independence Day.


Begitulah saja misi melawat bangunan bersejarah kita. Lain kali lah naik bas tu. Nak try jugak, tak kira. Ok. Have a nice day. Daa~~

Friday 8 September 2017

Novel Dendam Ratu Ular [review]



Assalamualaikum. Hai!

Dah lama tak review buku. Hari ni nak share pasal novel karya Annur Shanana berjudul Dendam Ratu Ular yang diterbitkan pada tahun 2013. Novel bergenre seram ni mengisahkan tentang seorang gadis bernama Kaira yang tinggal bersama neneknya, Nek Lijah. Nek Lijah lah yang menjaga Kaira sejak Kaira kecil lagi. Bapa Kaira telah meninggal dunia dan ibunya membenci Kaira disebabkan kecacatan yang dialaminya lantas melarikan diri. Anggota badan Kaira di sebelah kanan cantik seperti manusia lain, tetapi anggotanya sebelah kiri cacat dan menjijikkan. Disebabkan itu, Kaira sering diejek oleh penduduk kampung. Kalsum yang berdendam dengan keluarga Kaira telah bersubahat dengan Daud yang gilakan wang untuk membakar rumah Kaira. Dalam kebakaran tersebut, Nek Lijah meninggal dunia. 

Kaira membawa diri ke hutan dan terjatuh ke dalam sebuah perigi yang dijaga oleh Raja Ganerin. Raja Ganerin menggunakan tipu muslihat dan memerangkap Kaira dengan sebuah janji. Kaira akan cantik selamanya tetapi dia tidak boleh bercinta dengan manusia. Akibat dendam, Kaira terikat dengan janji muslihat Raja Ganerin. Kaira berpura-pura hilang ingatan dan menjadi anak angkat Kalsum dengan menggunakan nama Hanum. Hanum digilai jejaka-jejaka kampung tersebut termasuklah Daud. Tetapi, dia dipandang serong oleh gadis-gadis di kampung tersebut termasuklah Fatimah sehinggakan Fatimah menggunakan ilmu hitam untuk memusnahkan Hanum. Hanum dan Fatimah menyukai jejaka yang sama iaitu seorang guru agama bernama Rafli. 

Hanum terpaksa menyembunyikan perasaannya itu disebabkan perjanjian yang telah dibuat dengan Raja Ganerin. Dia mengikut Sofea, anak tiri Kalsum ke bandar. Hanum menjaga Sofea dan menyakiti sesiapa sahaja yang berbuat jahat terhadap Sofea. Ini kerana, Sofea sentiasa berbuat baik kepadanya walaupun sewaktu dia hodoh dahulu. 

Rafli yang baru kematian ibu bapa nya membawa ibu dan bapa saudaranya ke kampung untuk meminang Hanum. Ketika inilah terbongkar siapakah ibu kandung Kaira, mengapa Raja Ganerin memilih Kaira dan identiti Hanum yang sebenar. 

Jalan cerita novel ni menarik minat saya untuk terus membaca sehingga akhir walaupun roughly boleh agak apa akan jadi. The best part mestilah ending yang ditunggu-tunggu. Rafli is so sweet sebab dia terima je Kaira tu walaupun hodoh ke cantik. Part yang cool mestilah waktu Hanum tu kenakan orang-orang jahat yang nak sakitkan Sofea. Novel ni juga masukkan part hati Kaira berbolak balik antara kejahatan dan kebaikan. Naluri Kaira sememangnya ke arah kebaikan tetapi raja ganerin sengaja mengapi-apikan lagi bara dendam yang ada dalam hati Kaira. Tapi akhirnya Kalsum dan Kaira kembali ke pangkal jalan. 

Recommended. 


Giveaway by Alia Farhan



KLIK DI SINI




 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI