Tuesday 31 March 2015

The DSLR story

malam-malam buta ni, aku ada cerita yang nak dikongsi. memandangkan ada lagi 23 jam 45 minit sebelum GST bermula, aku tak charge entri ni (gurau je)... takde kaitan pun.
aku ada 2 perkara yang nak diluahkan. 

1) DSLR
aku sudah selamat membeli sebuah kamera DSLR sebelum GST bermula. memandangkan aku seorang yang ada diverse interests, aku telah pun berangan nak membelinya sejak semester lepas tetapi aku mampu menahan kehendak yang satu itu. waktu tu aku hanya fikirkan DSLR sebagai kehendak yang masih belum menjadi kepentingan. 
semester  ini aku mengambil subjek Pilihan Bebas (Fotografi) kerana aku ingin mendalaminya juga menemani rakan yang sangat suka fotografi. proses memilih DSLR yang berkenan di hati tidaklah terlalu sukar kerana aku masih baru dalam bidang ni. jadi aku hanya gunakan 3 langkah.
     i) tanya pada rakan yang mahir (pro @ semi-pro) aku ada seorang rakan yang menjadi photographer untuk majlis kahwin. jadi aku tanya kan pada dia DSLR yang sesuai untuk beginner macam aku dalam bajet RM1500. aku tak boleh letak bajet tinggi sebab nanti aku mesti beli yang mahal sikit dari bajet tu. memang itulah perangai aku. rakan aku suggest Canon 1100D. aku pun dengan otak kosong pergi kedai kamera di The Mines, Serdang. pusing punya pusing, aku hanya masuk 4 kedai je sebab The Mines banyak kedai phone. mungkin ada kedai yang aku terlepas pandang. kedai mula-mula tu aku masuk, tokey tak layan pun. mungkin sibuk. aku yang blur ni, malas nak berlama-lama. aku turun ke tingkat 1. masuk SenQ, pun blur jugak. lagipun, rakan aku syorkan masuk kedai yang jual kamera je. bukan kedai campur-campur. takut lain yang nak beli, lain yang dibelinya nanti. hehe....
maka, sampailah aku ke Fotokem. tapi aku tanya-tanya harga je. buat muka macam paham apa yang tokey tu kata. padahal apa pun tak paham. lepas tu aku melangkah ke CamWorld. memang bulat mata tengok macam-macam jenis kamera. auntie tu pulak pandai promote. 
    ii) langkah kedua, tanya tokey kedai. aku yang blur ni tanya la soalan yang aku tak berapa faham. dia suggest Canon 700D. tapi harga dia lebih dari bajet aku. aku pun kata aku nak balik fikir-fikir dulu. memang tokey tu akan pujuk sampai kita beli tapi acting pun penting. adik aku nasihat, buat muka macam tahu semua pasal apa yang kita nak beli. acah-acah tak berapa berkenan nak beli. nanti ada la discount. hehe...
    iii) tanya pak cik Google. bandingkan apa yang tokey suggest dengan barang yang lebih baik. tengok harga, pro n cons, dll. 

keesokan harinya aku ke kedai CamWorld lagi dengan bajet yang baru. aku hadkan RM2300 sebab aku aim untuk beli semi-pro punya kamera. maka, aku dapatlah membeli Canon700D dengan harga RM2k something. auntie tu promote lagi filter and memory . tapi aku hanya upgrade memory. nanti lebih bajet sangat pula kalau layan auntie tu. 

2) cerita seterusnya, aku khatam Al-Quran lagi untuk kali yang entah ke berapa pada hari yang sama aku beli DSLR. moga dosa-dosa yang lalu diampuni Ilahi dan peroleh hidayah-Nya. 

Friday 6 March 2015

The dreams and mission

Berdebu, berhabuk, berkepuk dah blog aku ni. Tiba-tiba hati ni rasa perlukan ruang untuk luahkan segala isinya. Terlalu banyak perkara yang terjadi.
Oh ya,,, rasanya aku belum perkenalkan diari lama aku lagi. Nama dia "Mutiara". Tapi diari kesayangan aku tu dah rosak masa kena banjir besar baru-baru ni. Sedih bukan kepalang. Tapi aku terpaksa bakar sebab terlalu banyak rahsia yang aku nak ingat tapi rasanya lebih baik lupakan.

Sejak akhir-akhir ni, naluri kewanitaan aku semakin menjadi-jadi. Nak shopping, make up, hair treatment, spa, dll. Ya Allah.... Nasib baik dapat dikawal lagi nafsu tamak ni. Kebelakangan ni memang pantang tengok orang pakai cantik-cantik, mesti nak jugak. Duit je tak ada lagi.

Semester lepas, aku memang bersemangat nak buka kedai kek @ cakery.  Semangat nak jadi usahawan tu berkobar-kobar. Tapi, sesungguhnya aku tak pandai buat kek dan tak berapa suka bau kek @ biskut yang dibakar dalam oven. Pening kepala. Tapi niat yang murni ni mesti tetap diteruskan. Bila cuti semester baru ni, aku tanya mak aku "mak pandai buat donat tak?".. Cuba teka mak aku jawab apa? jeng, jeng, jeng....... "kalau nak makan pergi je beli,".... Maka dengan itu, gugurlah niat aku nak belajar buat kek dari mak aku. Donat pun mak malas nak ajar. Mak mesti tak percaya aku nak belajar masak-masak kek ni.

Susahnya nak susun ayat untuk tulis blog ni pasal diri aku sebab aku pun tak tahu nak terangkan macam mana sifat aku ni. Tak tetap pendirian.
Aku rasa macam nak belajar semua benda, nak tahu semua benda tapi aku jenis yang takut untuk mencuba. Tabiat apakah ini?

Aku bercadang nak buka kedai buku atau kedai kek. Dua options tu untuk setakat ini. Sekarang aku tengah survey dulu apa yang patut aku buat sebab aku tak pandai nak terkam je buat tanpa plan.

Untuk setakat ni dulu kisah nya.... Nanti sambung lagi. Annyeong.
 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI