Thursday 30 August 2018

Announcement : My First Novel in Wattpad

                                                                              Hai


                                                BUKAN SEMPURNA


Hari Isnin baru ni saya baru melahirkan hasil karya yang bertajuk "BUKAN SEMPURNA" di Wattpad. Sesiapa yang ada account Wattpad boleh rajin-rajin singgah baca cerita saya. Memandangkan ini cerita pertama yang saya published di Wattpad, jasa kalian amatlah diharapkan untuk comment apa-apa yang patut sebagai panduan dan untuk penambahbaikan. 

Walaupun saya sudah lama meninggalkan alam persekolahan, tetapi saya menulis cerita mengenai remaja-remaja di zaman persekolahan mereka. Tentang kekeluargaan, persahabatan dan cinta. Berkisarkan "aku" seorang gadis bernama Ayla, yang kini bahagia bersama keluarga tetapi suka memendam perasaan. Sangat secretive dan kalang-kala mudah menghukum. Dia sangat takut dengan kata-kata orang lalu sukar menonjolkan siapa dirinya yang sebenar. Tindakannya dipengaruhi emosi yang bersangka-sangka. 

Sebentar tadi saya baru sahaja published Bab 7 dan harap you guys enjoy. 


Tuesday 28 August 2018

Lovely Horribly [Korean Drama]

Hai!!

Image result for lovely horribly


Dah tengok drama Lovely Horribly yang Song Ji Hyo berlakon ni ke? Kalau belum, meh nak cerita sikit pasal drama ni. 

Tajuk drama : Lovely Horribly
Pengarah : Kang Min Kyung
Penulis : Park Min Joo
Jumlah episod : 32 episod
Genre : Romantic Comedy, Horror
Mula ditayangkan dekat Korea : 13/8/2018. Dekat Malaysia 14/8/2018. 
Tayangan dekat Korea hari Isnin dengan Selasa, tapi dekat Malaysia hari Selasa dan Rabu. 
Waktu ditayangkan (Malaysia) : 8.50 pm (2 episod/hari) 
Ditayangkan di KBS World. 


Watak :-
Park Si Hoo sebagai Philip
Song Ji Hyo sebagai Eul Soon
Lee Gi Kwang sebagai Lee Sung Joong 
Ham Eun Jung sebagai Shin Yoon A
Choi Yeo Jin sebagai Ki Eun Young

Sinopsis :

Drama ni cerita tentang Philip dan Eul Soon yang berkongsi takdir sejak kecil. Bila soorang sakit atau tak berjaya, seorang lagi akan sihat. Contohnya pokok epal di hadapan rumah diorang. Bila pokok epal depan rumah Eul Soon berbuah, buah pokok epal depan rumah Philip jadi buruk dan gugur. Nasib diorang bertukar ikut siapa yang pakai gelang azimat tu kalau tak salah. Masa diorang dah besar, Philip ni jadi pelakon dan Eul Soon ni jadi penulis skrip. Masa ni diorang tak kenal lagi satu sama lain. Skrip Eul Soon ni kena ambil dengan kawan dia Eun Young dan Sung Joong yang minat dekat Eul Soon ni selalu protect Eul Soon. Skrip latest yang Eul Soon tulis, secara tak langsung menceritakan pasal Philip dan kemalangan 8 tahun lalu. Dengan semangat roh (apa entah nama hantu tu), skrip tu macam hidup dan apa yang tertulis dalam skrip tu terjadi betul-betul di alam nyata. Jadi, adalah pembunuhan berlaku. 

Tak sabar nak tengok episod 9 dengan 10 malam ni. Dengar cerita rating tinggi dekat Korea. Sah-sah nanti Eul Soon kena tuduh plot kan semua kejadian bunuh tu. Ish ish ish. 

Lakonan Song Ji Hyo dengan Park Si Hoo memang kelakar. Believe me. 
Jom tengok!!
 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI