Wednesday 30 March 2016

Mrs Cop (Season 2)

Hai!!

Dah tengok ke drama Mrs Cop 2 ni? Aku baru je ada masa nak tengok. Jadi tu yang lambat sikit nak buat review drama ni.

Tajuk : Mrs Cop (Season 2)
Episod : 20 episod
Tarikh disiarkan : 5 Mac - 8 Mei 2016
Waktu ditayangkan : Sabtu & Ahad (22:00)
Pengarah : Yu In Sik
Pelakon :
- Kim Sung Ryoung (sebagai Ko Yoon Jung)
- Kim Bum (sebagai Lee Ro Joon)
- Im Seul Ong (sebagai Oh Seung Il)
- Son Dam Bi (sebagai Shin Yeo Ok)

Sinopsis / review :

Episod awal drama ni tak laju macam drama SIGNAL tapi membuatkan orang tertanya-tanya siapa penjenayah sebenar. Ko Yoon Jung ni polis perempuan yang suka bergaya tapi hebat bab-bab tangkap penjenayah ni. Disebabkan suami (bekas suami) dia ni orang atasan, dicampur pulak dengan gaya dia yang tak macam polis tu, orang selalu pandang rendah dan mengumpat pasal dia. Tapi dia cool je. Dulu dia pernah selesaikan satu kes bunuh tapi dia tersalah tangkap penjenayah. Orang yang tak bersalah yang kena tangkap. Penjenayah sebenar hantar bukti dekat dia masa Ko Yoong Jung dekat oversea, ala-ala penjenayah tu nak serah diri. Suami Ko Yoon Jung halang dedahkan bukti tu sebab nak jaga reputasi. Ko Yoon Jung rasa bersalah, dan dia balik Korea untuk selesaikan kes tu.

Dia mula pilih teammates (4 orang) termasuklah Oh Seung Il dan Shin Yeo Ok. Untuk kes pertama team Ko Yoon Jung tu, Lee Ro Joon dituduh sebagai suspek utama. Padahal tak pon. Ro Joon nak elakkan nama dia tercemar + nak selamatkan bisnes dia, dia ugut Yoon Jung untuk cooperate tangkap penjenayah sebenar. Masa episod 5, barulah settle kes pertama tu. Agak slow jugaklah. Yang peliknya, kenapa penjenayah suka kumpul bukti dekat dalam rumah sendiri? Lepas tu sebab takut kena tangkap dengan polis, dia pilih nak bunuh diri. Ayoyo. Drama ni selitkan juga permainan politik dalam organisasi polis tu. Masing-masing nak jaga pangkat dan harta sendiri. Bukan nak kerja kuat tangkap orang jahat pon. Asyik mengampu je. Yang best nya, pegawai atasan jabatan Ko Yoon Jung  kerja tu support dia. Tak adalah cliche sangat.

Ro Joon dalam drama ni agak suspicious. Aku agak dia mental kot. Kim Bum berlakon jadi jahat dengan muka cute tu, ok lah. Nampak sinis tapi handsome. Hehe. Tak sabar nak tahu apa masalah Ro Joon dan watak sebenar dia dalam drama ni. Ro Joon dengan Yoon Jung memang style lah sebab pandai psiko orang dan genius. Cool yang teramat sangat. Aku tak tengok Mrs Cop (2015) dulu. Tapi faham je kalau tengok terus yang Season 2 ni.


Selamat menonton.

Tonton onlineKLIK SINI




GMO

Assalamualaikum. Hai!!


Kalau sebut pasal GMO, rasanya majoriti tahu kan pasal isu ni? Ramai yang menolak, ramai juga yang menyokong. Dalam kalangan pensyarah aku pon ada yang bantah dan ada yang sokong. Semua orang ada reason dan kepentingan sendiri untuk setuju atau tak setuju dengan perkara ni. 

GMO ialah organisma hidup yang diubah atau dimanipulasi genetiknya di dalam makmal melalui kejuruteraan genetik.  Scary ke maksud ni? =D

Ada seorang lecturer aku cakap, kes yang orang kata GMO menyebabkan kanser tu tak betul sebab eksperimen dia tu salah ke apa tah. Dia cakap orang yang bantah GMO ni mungkin nak jaga bisnes dia. 

Ada seorang lagi lecturer aku tu dia cakap, selagi kita cukup sumber makanan / tumbuhan / organisma yang normal macam sekarang ni, perlukah kita nak buat GMO? Tak perlu. Melainkan kita ni dekat negara darurat, hanya ada GMO products je untuk teruskan hidup. Sebenarnya kalau nak diikutkan, perubahan genetik dalam organisma macam tumbuhan tu berlaku je secara natural. Sebab tu kita belajar pasal evolusi. Tumbuhan tu berubah mengikut natural selection. Persekitaran yang menyebabkan tumbuhan tu terpaksa mengubah diri dia sendiri untuk adapt dengan sesuatu keadaan yang baru. Tapi bila GMO, dia perubahan yang diubah oleh manusia, nak-nak pulak dibuat dalam makmal. It's sounds scary, maybe

Tapi jangan risau, dekat Malaysia ni boleh dikatakan bebas GMO products lagi (tapi jagung dengan soya tak sure lah). Kita ada law, act, ethics semua tu. Banyak negara-negara maju pon tolak GMO products ni. Ia isu yang sangat besar sebenarnya. 

Kalau ada yang dimodifikasi macam untuk increase yield ke, slow kan proses buah tu masak ke, something like that, tu cuma bioteknologi tumbuhan. Bioteknologi tumbuhan banyak cabang selain GMO. Macam genetik jugak, ada banyak cabang. Ada seorang pak cik tu dia cakap aku belajar genetik sebab nak buat klon manusia. Haha. Klon ayam pon aku tak pandai nak buat. =P

Ok lah. untuk maklumat lanjut dan sahih, sila Google. Hehe. Aku tulis apa yang lecturer aku membebel dalam kelas je. Kalau salah, mohon tegur. 

Daaa~~~

Monday 28 March 2016

Top 3 Best Drama Lakonan Lee Seung Gi

Hai!!

Aku nak share tentang salah seorang pelakon Korea yang aku minat bukan sebab rupa tapi sebab lakonan dia iaitu Lee Seung Gi / Lee Seung Ki. Dia ni pandai belakon, menyanyi, jadi pengacara, kiranya serba awesome lah. Agak patah hati juga masa dia dikhabarkan dah confirm couple dengan Yoona Girl's Generation tu walaupun aku tahu memang dia admire giler dekat Yoona tu. Huwaaa ;( Tapi sekarang dah putus dah sebab masing-masing busy mungkin. Lee Seung Gi ni tak adalah handsome tahap Lee Min Ho tu, tapi ekspresi muka dia masa berlakon tu menyebabkan aku nak tengok drama lakonan dia. Tiga drama dia yang paling aku suka ialah Gu Family Book, My Girlfriend Is Gumiho dan Shining Inheritance/Brilliant Legacy. 


1) GU FAMILY BOOK (2013)

Drama ni aku ulang entah berapa kali tapi tak bosan. Memang dah hafal dah plot ceritanya. Bae Suzy, dengan Choi Jin Hyuk pon ada dalam drama ni. Lee Seung Gi jadi Choi Kang Chi dalam drama ni. Dia jadi half-human-half-mythical-creature sebab ayah dia (Choi Jin Hyuk) yang ada kuasa magik kahwin dengan manusia. Ayah Kang Chi mati kena bunuh dengan mak Kang Chi bila dia dapat tahu yang suami dia tu bukan manusia. Lepas beberapa tahun, ayah Kang Chi hidup semula sebagai syaitan lah lebih kurang. Kang Chi tersuka dekat Suzy tapi ada seorang pak cik (kawan ayah Kang Chi) kata, salah seorang antara Kang Chi atau Suzy tu akan mati kalau tak berpisah. Segala macam konflik berlaku dalam drama ni tapi paling best waktu Kang Chi cuba kawal kuasa magik dan perangai hyperactive dia  tu. =D 


2) MY GIRLFRIEND IS GUMIHO (2010)

Aku tak rasa perlu cerita banyak kot pasal drama ni sebab dah pernah ditayangkan dekat TV dulu rasanya. Dilakonkan oleh pelakon cantik Shin Min Ah sebagai gumiho. Cerita pasal gumiho ala-ala hantu yang nak jadi manusia. Waktu dia nak jadi manusia tu, dia minta pertolongan Lee Seung Gi (sebagai Cha dae Woong). Dalam waktu lah mereka fall in love. Konflik drama ni bila salah seorang akan mati kalau gumiho tu jadi/tak jadi manusia. Bila gumiho menangis je dalam drama ni, hujan pun turun. Aku suka lagu yang Lee Seung Gi nyanyi untuk OST drama ni, Losing My Mind. Siap hafal tau lepas tengok drama ni. Over sangat. Start tu lah aku minat lagu-lagu nyanyian Lee Seung Gi.

 

3) SHINING INTELLIGENCE / BRILLIANT LEGACY (2009)

Drama ni pon aku repeat juga tengok. Hehe. Pelakon drama ni memang best lah. Kisahnya, Han Hyo Joo (sebagai Go Eun Sung) ni anak orang kaya yang tiba-tiba muflis dan ada mak + adik perempuan tiri. Eun Sung juga ada seorang adik kandung lelaki yang OKU dan minat main piano. Bila nama ayah dia disenaraikan antara orang yang mati terbunuh dalam satu kebakaran, Eun Sung dengan adik lelaki dia kena halau dari rumah. Lepas tu adik dia hilang disebabkan oleh mak tiri dia yang tah apa-apa tu. Konflik berlaku masa dia nak cari adik dia. Waktu tu lah dia jumpa Lee Seung Gi (sebagai Sunwoo Hwan). Hwan ni cucu orang kaya dan pewaris kekayaan tu tapi pemalas dan berlagak. Nenek Hwan nak serahkan segala harta dekat Eun Sung kalau Hwan tak berubah. Hwan dah jumpa adik Eun Sung tapi dia tak tahu tu adik Eun Sung. Belit-belitlah tapi best sangat. Waktu Hwan mula berubah daripada jahat nak jadi baik tu best



Drama dia yang agak latest, You're All Surrounded (2014) pasal detektif-detektif gitu. Dalam The Producers (2015) hari tu pon dia ada tapi as cameo je.  Yang aku perasan, dia ni mesti berlakon dengan actress cun tak pon memang famous giler. Haha. Kalau dengar lagu dia, walaupun tak faham apa dia nyanyi, still rasa feel tu. Ewah. Kalau tengok dia nyanyi dengan Yoona lagu Alone In Love tu memang sweet lah. =D 


Ok dah. Stop. Daa~~

;D

PENCARIAN BLOGLIST BLOG TENGKUBUTANG.COM 2016

Hai!! Assalamualaikum~~



KLIK BANNER UNTUK SERTAI

Sunday 27 March 2016

1st Giveaway by Semanis Anggur

Assalamualaikum….

Atas permintaan rakan fa ni cik puan Semanis Anggur. Dengan lafas Bis'milahhirahmannirahim, fa melancarkan GA dari Semanis Anggur bermula hari ini. GA ni bertujuan mencari like dan follower yang ke 250..Harap korang sudi undi. Jommmm join GA !! #250


Hadiah :
Topup RM10 X 2 pemenang
Bloglist(May) Greenfarra X 5 blog
Bloglist(May) Semanis Anggur X 5 blog
BLOG REVIEW di Greenfarra X 2blog
BLOG REVIEW di Semanis Anggur X 2blog
*2 hadiah misteri kepada 2 pemenang misteri #250

Date : 24 Mac – 15 April 2016

KLIK BANNER UNTUK JOIN....

Produk Good Virtues Co. Bagus Atau Tidak?



Hai!!!

Hari ni aku nak review tentang 5 produk Good Virtues Co. iaitu :
1. Glowing & Goodness Brightening Day Cream
2. Glowing & Goodness Brightening Night Cream
3. Glowing & Goodness Brightening CC Cream
4. Helpful & Delightful Healthy Hair & Scalp Conditioner For All Hair Types
5. Helpful & Delightful Multiple Repair Hair Serum

Aku dah review produk nombor 1 dan nombor 3 tu di LAST LONGER MAKEUP tapi masa tu aku baru lagi pakai produk tu. Tak banyak beza pon perasaan masa baru guna dengan bila dah lama guna ni. 

CC cream & day cream
Hari aku tak lengkaplah tanpa day cream tu. Aku jadi familiar dah dengan bau dia yang wangi tu. Aku gantikan sunscreen dengan day cream ni sebab aku ada problem sikit dengan sunscreen. =D Yang aku tak minatnya day cream ni, dia tak absorb dengan cepat. Kalau waktu nak cepat tu, memang pakai dekat dengan kipas je. Haha.

CC cream tu pulak dia ok ikut keadaan. Kadang-kadang dia menyebabkan makeup tu jadi lawa, kadang-kadang dia clump jugak. Kalau nak ala-ala natural makeup untuk pergi kelas tu, sesuailah guna yang ni tapi kalau nak heavy makeup pergi event ke dinner ke, cc cream ni memang bukan pilihan. 

Untuk night cream pula, teksturnya lebih padat dan lebih cepat absorb dari day cream dekat muka aku. Dekat orang lain aku tak tahu. Hehe. Of course night cream ni pon wangi semerbak. Untuk penggunaan yang lebih baik, guna sekali dengan facial cleanser dan day cream dari Good Virtues Co. Aku tak perasan pulak aku makin putih ke tak lepas pakai night cream ni tapi dia tak bagi negative effect la dekat muka aku. Muka aku memang sensitif, so, jarang ada produk yang aku akan pakai sampai habis. Selalunya seminggu je pakai terus terbiar je (tunggu masa nak kena buang) ;-P 

Night cream

Set untuk rambut yang nombor 4 dan 5 tu aku baru je beli sebab tiba-tiba rambut aku buat hal seminggu dua ni. Disebabkan ramai yang syorkan dekat aku produk rambut dari Good Virtues Co. ni, aku pon belilah.
Hair serum

Conditioner

Both of them memang wangi. Tapi mungkin disebabkan aku tak pakai sekali dengan syampu jenama ni, effect dia tak memberansangkan sangat. Aku suka conditioner ni sebab bila dibilas tu, dia tak tinggalkan rasa greasy dekat rambut. Yes, rambut rasa macam soft & smooth tapi tak mengurangkan rambut gugur. Hair serum tu lebih kurang feeling macam pakai minyak rambut. Untuk beberapa saat awal tu, nampak macam berminyak tapi tak lama tu dia ok je. Untuk kurangkan rambut kusut, serum dengan conditioner ni sesuai bagi aku. Serum tu boleh diulang-ulang pakai waktu diperlukan. 

"All our products are infused with the purifying goodness of  Organic Habbatus Sauda Oil (Organic Black Seed Oil) which is recognised for its rich, natural nutrients, minerals and antioxidants that repair, restore and rejuvenate. They are also free from Mineral Oil, SLES, ALES, Parabens, synthetic colourants, and are not tested on animals. We only use 100% non-animal derived ingredients in our products."-Good Virtues Co.

Selepas baca apa aku tulis panjang berjela dekat atas tadi tu, decide lah ye produk ni bagus ke tak bagi awak awak semua. Pada saya produk ni bagus cuma mungkin perlukan penambahbaikan untuk produk-produk yang akan datang. 

Celebrate Your Noor =D

SearchGOOD VIRTUES CO.

Thursday 24 March 2016

FYP Part 8 : Learn From Mistake



Hai!!

Hari ni aku dengan seorang lagi group member aku je yang pergi lab. Lagi 2 orang tak dapat pergi. Selalunya buat lab berempat sebab steps lebih kurang sama je. Datang-datang tu, abang master tu tanya, "kamu dua orang je ke datang hari ni?". Tanya soalan siap pakej muka terkejut lagi. Aku ingat kenapalah dia terkejut sangat, rupa-rupanya steps untuk hari ni banyak yang amat sangat. Aku tengok dalam tesis yang aku rujuk tu, sikit je steps nya. Sekali kau, seharian duduk lab. Padan muka. 

Sebelum start tu, abang master tu dah bagi briefing dah. Aku faham masa dia cakap tu. Lepas dia pergi mana entah tu, kami pon buatlah macam yang dia suruh. Rupanya, aku tersalah faham apa dia cakap. Aku buat silly mistake yang hampir-hampir memusnahkan result FYP aku dan group member aku. Ya Allah. Nasib baik kami sedar awal yang kami tersalah tu. Kalau tak, membazir je bahan-bahan semua tu. 

Aku ingat nak give up dah untuk hari ni bila tersalah tu. Yela, aku dah rosakkan cell colonies kami. Tinggal cell colonies yang group member aku yang seorang tak datang tu je. Bila nak kena buat kan yang orang lain dan yang diri sendiri punya dah nazak, rasa ikhlas tu kurang 50% lah. Haha. Tapi abang master tu tak marah sangat + dia cakap dia bersyukur sebab sempat selamatkan lagi cells tu + dia suruh belajar dari kesilapan, so, aku bertabahlah sekejap. Member aku yang ikut sekali tu pon kata nak give up jugak. Kalau aku pon kata gitu, memang tak jalanlah kerja jawabnya. So, aku ambil role yang positive lah kononnya tadi. =P Padahal berapa kali mengeluh. Haha. Dah lah yang tersalah buat tu lebih kurang 40 colonies. Yang kena buat baru tu lebih kurang 20 colonies. Giler tak penat. 

Moral of the story : kalau tak faham atau kurang jelas, tanya sampai faham. Tulis tesis betul-betul sebab nanti junior akan datang nak rujuk senang. 

Goodluck untuk lab esok pulak. 

Wednesday 23 March 2016

Ada Lagi Orang Tulis Blog Zaman Sekarang Ni?


Hai!!

Masa dekat lab tadi, sambil-sambil tunggu sample siap incubate, aku bukak lah blog. Scroll scroll tengok entri orang lain. Tiba-tiba dua orang group members aku tengok sekali. 
A : Apa ni?
B : Ni lah blog. Najwa kan ada blog.
A : Blog? Ada lagi ke orang guna blog sekarang ni?
Aku : Ada. Ramai dan makin ramai. 

Aku faham kenapa dia pelik aku ada blog sedangkan sekarang orang pakai Instagram, Twitter bagai tu untuk upload atau share apa-apa. Lagi satu dia mungkin tak tahu yang blog ni bukan sahaja tempat untuk tulis hal personal macam diari. Tapi boleh buat macam-macam lagi. Pada aku, blog adalah satu platform yang kita boleh share ilmu, info atau isu tanpa "friend" atau "follow" seseorang tu. Tinggal "search" dan baca. Orang tak ada blog pon boleh dapat ilmu yang kita share tu. Satu perkara yang buat aku puas hati bila tulis blog ialah bila ada orang yang suka baca apa kita tulis. Walaupun kadang-kadang ada orang comment, kata "thanks for the info" atau "good sharing" tu hanya sekadar comment yang biasa, tapi pada aku, dia berusaha untuk comment pon aku dah hargai. Effort aku menulis tu dapat menggerakkan hati dia untuk comment. Tak adalah dia scroll scroll gitu je, dan pangkah. 

Zaman dulu, sekarang atau akan datang, 
teruskan kongsi ilmu yang ada 
agar dapat bagi manfaat kepada orang lain 
melalui pelbagai medium.

Monday 21 March 2016

Bakal Kaunselor Genetik Termuda




Gambar dekat atas ni classmate aku share dekat group Whatsapp. Aku mengakulah yang aku jealous dengan Tiara ni. Haha. Tapi jealous dari segi positiflah. I want to be like her. Walaupun aku dengan dia macam langit dengan bumi tapi aku nak jugak. =D Aku bersungguh tau Google pasal dia. Aku terjumpa video interview dia. Dulu dia student UM dan ada degree in Genetics and Molecular Biology. Lepas tu ambil master in Genetic Counseling. 

Nak kenal dengan lebih lagi tentang apa yang Tiara lakukan dalam bidang genetik kaunseling ni, boleh tengok video interview di sini :

Eksperimen Cap Jari Ala-Ala Forensik



Hai!!

Pagi tadi aku menderita 3 jam dalam lab sebab kerja mengecop jari sendiri je. Ingatkan senang. Entahlah kenapa jari aku bermasalah. Padahal orang lain cepat je siap. Tajuk eksperimen ni ialah analisis dermatoglifik. Pelbagai corak konfigurasi yang terbentuk dari garisan tapak tangan dan kaki tu lah yang dipanggil dermatoglifik. Walaupun orang tu kembar seiras, konfigurasi garisan tu tetap lain. Sebab tu boleh bezakan kembar seiras dengan cap jari mereka. Macam mana boleh jadi lain? Corak tu boleh berubah menjadi bentuk tertentu bila terdapat gangguan atau stress sewaktu perkembangan kaki dan tangan embrio. Setiap embrio menghadapi stress yang berbeza sewaktu dalam perut mak dia. Corak ni mula terbentuk masa umur fetus 6 minggu dan lengkap sebelum 6 bulan dalam kandungan. 

Jenis corak cap jari ada 3 iaitu arch, loop dan whorl. Loop ni ada dua iaitu ulnar loop dan radial loop.

Gambar dari Google Image

Lepas tu cuba tengok tapak tangan, ada 3 garis tengah tu kan? Yang orang selalu kata macam nombor 18 dan 81 dalam tulisan Arab atau macam bentuk rahim tu kan? Tu bentuk normal cap tapak tangan  tapi dalam kelas aku tadi, ada seorang yang bentuk dia lain. Dia ada simian line. Nampak satu line je dekat tapak tangan dia. Selalunya simian line ni dikaitkan dengan orang yang down syndrome. Tapi classmate aku tu normal je. Unik betul. 

Gambar dari Google Image

Sangat interesting sebanarnya kalau study pasal fingerprinting ni. Seriously aku jealous dengan orang yang ambil forensik. Aku minta forensik kot masa isi UPU, tapi tak dapat. Haha. Tak apa, genetik pon boleh belajar jugak. Cuma tak mendalam sangatlah. Classmates aku ramai dapat praktikal dekat PDRM sebab masing-masing minat forensik. Aku minat belajar je tapi nak menghadap kes macam-macam tu tak mau lah. Haha. 

Ni yang aku buat dekat lab tadi. Habis hitam tangan. Tak menjadi jugak.
Nak tengok triradius lah, kira ridge lah, apalah. Stress mak nak oiii. Haha.

Sunday 20 March 2016

Masa Lower Form Aku Minat Dia

Assalamualaikum. Hai!!!

Aku ingat lagi masa Form 2 aku start minat mamat ni. Classmates aku lah yang ajar. Lepas tu siap pergi CC lagi print gambar dia. Geli pulak rasa. Haha. Tah kenapa lepas bertahun lamanya baru aku ingat semula yang aku pernah minat dia. Kakakaka. Sekarang dia tak handsome sangat dah macam dulu. Kalau dulu, tahap handsome dia kalah Kim Hyun Joong. Over tak?

Penyebab aku hilang minat dekat dia antaranya ialah aku semakin busy nak PMR masa tu, dah makin matang kot (poyo sangat) dan tak ada internet macam sekarang. Dulu, meh nak cerita meh, aku laptop pon tak ada. Jangan kata wifi segala bagai ni. Memang tak adalah. So, minat dekat dia tu pergi begitu sahaja. Gituhh. End with no hard feeling.

Masa tu drama Korea dengan drama Taiwan ni memang jadi kegilaan group classmates aku lah. Hari-hari kalau tak bercerita pasal drama tu semua, tak sah. Mula dengan drama Devil Beside You, lepas tu Why Why Love dan drama dia terakhir aku tengok Bull Fighting atau Hooping Dulcinea.



Gambar ni lah aku print dulu. 
Ada lagi rasanya gambar ni kalau aku selak celah buku dekat rumah tu. Haha.
Ni dia dalam drama Devil Beside You. 

Dia yang belah kanan tu. Dalam Why Why Love. 
Pelakon yang sama je dengan Devil Beside You.

Ni dia dalam Bull Fighting. Semangat aku nak balik hostel lambat sebab nak tengok drama ni. Jealous betul dengan member yang tak duduk hostel masa tu. Haha.

Handsome kan? Handsome kan? Nama dia Mike He. Sekarang dia dah tua dah. Umur dalam 30-an macam tu. Kenapa aku tiba-tiba cerita pasal dia? Sebab aku tengah tengok drama Devil Beside You semula. Hahahaha. =P Maratonnnn!!!

BG-2 ERNA: Bloglist-walking April-Mei 2016



KLIK BANNER UNTUK JOIN

Saturday 19 March 2016

Aku Cop Awal-Awal Tarikh Kahwin

Assalamualaikum.
Hai!!!

Pesanan ye, jangan bagi parents aku baca entri ni. Haha. Nanti parents aku ingat anak dia ni dah merenyam nak kahwin pulak. *Tapi sebenarnya memang pon. Haha. Aku nak kahwin tapi nak duduk dengan mak ayah aku, aci tak? Sebab aku tak tahu kena buat apa. Tak kan kejap-kejap nak call mak aku lepas ni buat apa, lepas tu buat apa. Aku tengok mak ayah aku tak duduk diam buat kerja. Aku pon tak faham apa yang parents aku buat. Haha. Kalau mak aku, dari bangun pagi sampailah tidur semula malam nanti dia buat kerja. Menjahit, memasak, tanam-tanam pokok, apa benda entah lagi. Aku? Aku of course lah spesis robot. Buat apa yang disuruh je. Aku jarang ada inisiatif sendiri untuk buat sesuatu dekat rumah tu kecuali kalau benda tu aku yang punya. Bilik aku, almari aku, rak buku aku, makanan aku, aku buatlah sendiri. Tapi kalau untuk ramai-ramai ahli keluarga aku, aku jenis ikut apa mak aku suruh je. Bertindak mengikut arahan. Haha. 

Jadinya, aku rasa bila aku dah boleh buat benda tanpa disuruh, aku dah tahap boleh kahwinlah tu kot. =P Aku kan, aku berangan kan, aku nak kahwin tarikh cun 22 / 2/ 2020. Kenapa tak 20. 02. 2020? Sebab 20 haribulan tu hari Khamis. 22 haribulan tu hari Sabtu. Jadi, jangan ada classmates atau kawan-kawan aku yang mengada nak tiru ye. Aku cop 4 tahun awal dah ni. Kakakaka. Maka, jom lah sama-sama kita kumpul duit dari sekarang. Majlis kahwin biar berjimat tahap dewa, tapi honeymoon kita pergi Korea. Oyeh. 

Berangan tu satu cara untuk aktifkan semangat yang semakin menjunam dari diri aku ni tau. Dream high bebeh. Dapat ke tak tu lain cerita. 

Ok dah. Doakan ye impian ni terlaksana. 

Kompang di palu~~
Pengantin baru~~

=D

Ni boleh letak dalam blog je sekadar hiasan. 
Di alam nyata tak dapatnya. Haha.

Tarikh dekat phone pon dah mark dah. 
Nanti kalau tak jadi kahwin hari tu, bunyi alarm pon jadilah. Haha.

Nak buat tarikh ni pon lawa. 02. 02. 2020. Style kan? Tapi hari Ahad. Kalau kawan-kawan dekat Johor, Terengguanu etc tu tak dapatlah nak datang. Lagipon nanti Isnin tu ramai yang kena masuk kerja. Kesian kawan-kawan yang datang jauh-jauh tu. =D Caring sangat.


Friday 18 March 2016

Ke Mana Takdir BB1M Aku

Assalamualaikum.
Hai!!!

Semalam aku dah ambil dah baucer buku dekat fakulti. Aku suka style tahun ni sebab tak perlu tulis nama dengan no. IC dekat baucer tu. Haha. Nama aku dah lah panjang. Nak tulis untuk 5 baucer. Tambah lagi dengan no. IC. Malas betul. Kesian orang belakang tunggu aku siap tulis nama. Kakakaka. Selain tu, kalau tak tulis nama ni, bolehlah buat sistem barter dengan orang lain sebab baucer tu tak bernama. Oyehhh. 

Minggu ni Pusanika penuhlah dengan students. Ada PC fair lagi tu. Baucer ni kalau tukar ke duit, dapat RM 200 atau Rm 210 je. Kalau guna dekat PC fair / book fair, nilai dia macam duit lah. Tak ada riba'-riba' ni. Cuma kena pandai pilihlah. Tapi kalau guna untuk beli pakaian, setiap RM 50 baucer tu, nilainya hanya RM 40. Kira dapat RM 210 lah daripada RM250 baucer yang kita ada tu. 

Tadi aku pergi Pusanika sebab nak bayar yuran pengajian dekat ATM Bank Islam. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang jual-jual sim card ni promote dekat aku apa benda entah. Aku ni mudah blur kalau orang tiba-tiba cakap dengan aku. Aku tak faham pon apa dia explain sebab dia ada slanga bahasa dia. Aku angguk-angguk je la. Dah lah ramai orang sekeliling dekat PC fair tu. Macam-macam ada. Patutnya bukan baucer buku, baucer gadjet sebenarnya. Heeee. 

Balik dari kelas tadi, aku lalu lagi Pusanika. Adoi. Tak dapat nak kawal dah keinginan shopping aku. Makanya, terbelilah sepasang kasut dan sepasang sandal. =D Dah lama aku belek sandal ni tau. Akhirnya, jadi milikku juga. Haha. Mula-mula tu ingat nak guna baucer buku, tapi rasa macam aku bagi keuntungan banyak sangat je dekat tuan kedai tu. Jadi, aku guna duit je, senang. Baucer tu aku sayang. Nak guna untuk benda yang aku tak kan menyesal kalau beli. Benda apa? Tak tahu lagi. Ikut takdirlah nanti. Haha. Poyo sangat. 

Gunakan dengan bijak.
*bijaklah sangat aku ni.

The Body Shop Online Must-Have Products

                                                                Assalamualaikum.
Hai!!

Hari ni aku nak share 3 produk dari The Body Shop yang famous dengan produk berasaskan bahan semulajadi. Kalau beli produk kecantikan atau set penjagaan diri, apa yang kita inginkan ialah natural and save ingredients, affordable price, lovely scents, quality and give great results. So, girls, don't miss this opportunity to grab these three products HERE

1. Moisturizer 

Kalau tanya tips kecantikan actress Korea, mereka mesti akan jawab jaga pemakanan, minum air banyak, pakai sunscreen dan lembabkan kulit setiap satu jam. Tak kisahlah guna face mist atau moisturizer. Nak-nak pulak dengan cuaca panas sekarang ni. Tapi selalunya orang yang oily skin akan elakkan guna moisturizer sebab takut jerawat naik membangun. Oleh itu, aku syorkan guna Vitamin E Moisture Cream dari The Body Shop ni. Produk ni sesuai untuk semua jenis kulit. Tekstur nya pula ringan dan mudah menyerap. Bila kulit lembap, nak apply make-up akan jadi lebih mudah.


2. Hand Lotion

Selain daripada penjagaan wajah, kelembutan dan kelembapan tangan pon kenalah jaga. Nak bersalam dengan orang (baca : mak mertua) tak adalah segan. Haha. "Tak apa kasar pon, nampaklah banyak buat kerja". No. No. No. Tangan pon aset seorang wanita tau. =D Aku tertarik dengan WILD ROSE HAND CREAM SPF 15. Sebab utama haruslah kandungan SPF yang sedia ada, rose fragrance and cute packaging. Pinky pinky. Set Wild Rose ni ada hand cream, hand wash, hand butter dan hand oil. 
Wild Rose Hand Cream


The Body Shop Trio Hand Cream

3. Shower Gel

Pemilihan shower gel ni ikut taste masing-masing juga sama ada nak fragrance, unfragrance, antibacterial etc. Aku suka tiga-tiga. Haha. Ikut mood. Harus diingatkan kalau guna shower gel yang berbau wangi tu, kurangkan atau tak perlu pakai perfume dah lepas tu. Nanti pelik jadi bau nya. Personally, kalau The Body Shop dekat area sini ada jual EARTH LOVERS™ UNFRAGRANCED SHOWER GEL, aku nak beli. Hehe. Kenapa? 100% biodegradable, no sulphates, parabens or colourants and of course unfragranced. Kalau tak ada, aku pilih Moringa Shower Gel. 

Click for enlarged view
Moringa Shower Gel

Produk-produk ni boleh didapati di The Body Shop Online Must-Have Products di Zalora. Dunia di hujung jadi. Grab cepat-cepat!! Be a wise customer. =D
Saranghaeyo.

Ni Ke Maksud Chia Chia Chia?


Hai!!

Aku jumpa post ni dekat FB tadi. Kawan aku yang share. Setahu aku chia chia chia ni datang dari satu program lawak negara kita. Tiba-tiba dikatakan maksud dia berkaitan Yahudi. 


If and only if memang maksud dia macam tu, secara logik nya, logik ke? *Kan dah berbelit ayat aku. Haha. Cia = saya sayang yahudi. Cia-cia = yahudi kesayanganku. Cia cia cia = syiah syiah syiah. Kenapa perkataan yang sama membawa maksud berlainan? Kalau ayat "saya nak makan" = "I want to eat". Bukannya "eat eat eat". Bahasa baby mungkin. Entahlah. Spekulasi semata-mata tanpa sumber rujukan yang sahih. BTW, ikut masing-masinglah nak tafsir macam mana. Ok. Daa~~

Thursday 17 March 2016

Hidup : Rooms For Rent and Roommates


Hai!!

Sekarang ni aku tengok ramai yang share pasal satu laman web baru ni HIDUP.MY. Aku pon usha-usha jugak apa benda yang hidup nya. Rupa-rupanya laman web cari bilik untuk disewa. Memandangkan aku nak praktikal tak lama lagi (habis semester ni), aku rasa laman web ni membantu insan-insan macam aku ni. Heee. 


Tapi HIDUP.MY utamakan carian bilik di Lembah Klang dan sekitarnya. Bangi dengan Kajang dikira sekitar Lembah Klang jugak kan? Haha. Sebab aku search tu, jumpa sebijik dekat Kajang. =P 

Yang best nya ada peta disediakan + boleh pilih harga (RM 2000 ke bawah) + boleh cari housemate. Siap ada detail lagi housemate tu macam mana. Merokok ke tak, kahwin ke belum, pet owner ke tak, contact no. etc. Senang la sikit nak cari yang sekufu sebab kalau aku, aku tak minat yang spesis merokok dengan yang selalu ada overnight visitors ni. Nak-nak pulak kalau visitors tu lelaki. I can not. I can not. Haha. Ha!! Kalau tekan dekat bilik yang kita search tu, adalah dinyatakan sekali details pasal bilik tu. 

Dekat LAMAN WEB NI ada dua pilihan : 
a) People looking for a room
b) People looking for a tenant
So, ia sangat bagus untuk penyewa dan tuan rumah. Hidup.my ni mobile-friendly. Jadi, tak perlu download apa-apa apps ye. 

Bolehlah search dekat HIDUP.MY kalau nak tahu lebih detail. Kena sign in dulu ke baru boleh search? Tak tak tak. Aku search je sebab aku jenis search dulu, rasa ok, baru sign in. Hehe. Kalau nak "list your room" tu kena sign in la tau. Satu lagi, boleh pilih nak dalam BM atau BI. 

Goodluck. Harap membantu. 


Wednesday 16 March 2016

Beauty Stuff Giveaway by Sally Samsaiman


Hai!!


KLIK BANNER UNTUK SERTAI

"Kenapa Sally perlu berikan barangan SimplySiti @ Nature Republic kepada saya?"

Sebab / Alasan / Jawapan :

Set SimplySiti tu yang membuatkan saya tertarik untuk join segmen ni cepat-cepat. Tak ada bookmark-bookmark dulu dah. Hehe. I really love beauty stuff (typical girl sangat ni). Set SimplySiti My First Makeup ni memang sesuai sangat-sangat untuk remaja-dewasa macam saya ni. Ihiks. *Malu-malu rabbit sekejap. Saya pon tak pernah try lagi Nature Republic punya produk tapi excited nak try. Produk ni memang famous dekat Korea setahu saya. Suka, suka, suka. Produk kecantikan Korea selalunya advance dan terlajakkk larisss. Haha. 

BTW, goodluck.




Episod Akhir Signal Kurang Memuaskan

Hai!! Hello!

Aku baru tengok episod akhir drama Korea Signal ni. Geram pulak rasa hati sebab macam tak habis je. Sabar je la. Aku dah review drama ni DI SINI. Plot drama ni seriously best. Complicated, suspense dan tak membosankan. Setiap kes tu saling berkait dan macam berpusing-pusing.

Dalam episod akhir ni Park Hae Young kena tembak sebab nak selamatkan Cha Soo Hyun dan dia sepatutnya mati. Masa ni Cha Soo Hyun tu dah tahu dah pasal kewujudan walkie-talkie yang boleh menghubungkan dengan masa lalu (zaman Lee Jae Han hidup lagi).

Lee Jae Han ni dah tahu yang dia akan mati dekat mana, pukul berapa, berapa haribulan sebab Cha Soo Hyun terbagitahu melalui walkie-talkie tu. Disebabkan dia nak tahu macam mana dia mati, dia pergi tempat tu. Terkantoilah siapa yang nak bunuh dia sebenarnya dekat situ. Ahn Chi Soo dengan orang-orang suruhan dia yang nak bunuh Lee Jae Han ni. Waktu Lee Jae Han nak kena tembak, polis pon datang. So, dia tak mati hari tu.

Disebabkan masa lalu dah berubah, masa depan (zaman Park Hae Young) pon berubah. Park Hae Young tak jadi mati lepas kena tempak tu. Hanya Park Hae Young dengan Cha Soo Hyun je yang tahu masa depan tu berubah. Orang lain semua tak tahu. Tak pasal-pasal mak Park Hae Young hidup lagi, officemates dia tak kenal dia, macam-macam lah.

Walaupon Lee Jae Han tu hidup, tapi dia menghilang lepas beberapa hari tu. Dekat nak akhir episod, Park Hae Young dengan Cha Soo Hyun on the way pergi hospital yang berkemungkinan jadi tempat persembunyian Lee Jae Han. Tapi orang jahat pon ada dekat hospital tu. Lepas tu tiba-tiba drama ni habis bila tunjuk memang Lee Jae Han hidup dan ada dekat hospital tu.

Aku geram sebab nak tahu orang jahat ke Park Hae Young yang jumpa Lee Jae Han dulu. Lepas tu ahli politik yang jahat tu kena tangkap betul-betul ke tak. Macam mana reaksi Park Hae Young dan Lee Jae Han bila jumpa dekat alam realiti. Drama ni patut sambung lagi 15 minit untuk lengkapkan yang gimik akhir tu. Hehe.

Apa-apa pon aku bagi 4.56 bintang untuk drama ni. 

Tonton onlineepisod akhir Signal

Park Hae Young (kiri) dan Lee Jae Han (kanan) dengan walkie-talkie misteri tu.

kalau hati : muzik



Tuesday 15 March 2016

Adik Dan Tundukkan Playboy Itu


Hai!!

Tadi aku tiba-tiba dapat mesej dari mak. Peliklah pulak sebab mak selalunya pukul 10.30 malam macam tu dah beradu dah. Lepas tu dapat call dari nombor mak. Bila angkat je, dengar suara adik. Pehal minah ni tiba-tiba call. Dah lah guna phone mak. Ceh. Haha. Rupanya suruh aku download drama Tundukkan Playboy Itu dari episod 7 sampai 14. Apa bendalah. Aku dah lah tak tengok drama tu. Tak ambil kisah pon siapa berlakon, plotnya macam mana, best ke tak. Tak tahu apa pon. Dia cakap dia suka tengok sebab ada pelakon lelaki tu (apa tah namanya). Ayoyoyoyo. Layankan je la adik perempuan ku yang satu tu. Korea layan, Melayu layan. Bila study nya? Haha. Akak kau ni tak pernah download drama Melayu. Nanti aku rajin aku download. Haha. 

*Kalau siapa-siapa ada link untuk download drama ni, komen ye. Thanks =D

Adik dan TV berpisah tiada. Buku campak ke mana-mana tah.

Levitation Photography



Hai!!

Levitation (from Latin levitas "lightness") is the process by which an object is held aloft, without mechanical support, in a stable position. 

Sekarang kan style ambil gambar yang terbang-terbang, lompat-lompat tu. Meh nak share gambar dan trick fotografi macam tu.










Sekarangkan musim orang kahwin. Kalau tengok dekat FB tu, bersusun gambar orang kahwin. Mentang-mentanglah cuti sekolah. I jealous ok. Haha. Tetiba. Senior aku pon baru je kahwin 11 & 12 Mac baru ni. Tapi aku tak pergilah. Dia punya wedding photoshoot yang gempak. Gambar dia tu jadi sumber inspirasi aku buat entri ni. 

Ada orang yang buat original. Lompat sendiri, try terbang sendiri. Tapi ada yang guna support macam tangga, bangku etc untuk nampak rare sikit. Yang penting ekspresi muka dan pergerakan objek sekeliling kena nampak logik. Arah angin tu kena betul. Jangan satu objek terbang ke kiri, satu lagi ke kanan. Ok? Baru nampak real

Untuk lebih faham, baca dekat sini :-


Untuk yang pro, kalau saya salah, mohon betulkan. Peace.

Sumber gambar dari Google Image. Thanks pada pemilik gambar yang awesome. 
 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI