Monday 18 December 2017

Kelantan Trip 2 (D&D Budget Inn)


Hai!!

As promised, aku nak share hotel bajet yang kami tinggal untuk 2 minggu selama dekat Kelantan. Since kami dapat tahu kena pergi HUSM ni dah last minute, Jumaat nak pergi, Isnin baru tahu, so, memang rushing lah nak booking hotel. Selagi boleh nak yang murah dan selesa. Memang dah plan tak nak stay homestay sebab agak mahal + bukan nak masak pon dekat sana. Google punya Google, jumpa 2 hotel yang bagi harga berpatutan. Salah satunya, D&D Budget Inn. Untuk 15 hari, dapat harga RM 380. Siap free wifi, bilik aircond, dobi layan diri, TV, attached bathroom dan 4 katil single. Sebelum sampai hotel tu, aku memang tak expect apa-apa sebab murah kan harga dia. Sekadar ada pon tak apa. 

Hotel tu sebelah kedai ni. Ada tempat parking dekat depan dan belakang hotel.

Sejadah, kerusi, sinki, tuala, selimut, penyangkut baju, surah Yassin pon ada

Shower cream, shampoo, conditioner disediakan

Cebok, baldi, tisu tandas, berus tandas disediakan.
Ada bocor sikit siling bilik air yang kami duduk ni especially masa hujan lebat

Pandangan dari depan pintu bilik air. Yang meja dekat luar bilik tu ala-ala receptionist punya meja especially untuk yang dah booking. Dekat penjaga kaunter tu lah kami mintak nak itu ini. hehe.




Kalau nak top-up air ke, nak iron baju ke, semua ada dekat depan kaunter receptionist tu. Nak mintak penyapu ke, vacuum ke, mintak je. Kami siap mintak iron board + iron bawak masuk bilik.

Seriously, service memang tip top. Tak sangka bilik lawa + lengkap. Kami siap mintak selimut lebih sebab Kelantan sejukkkk amat. Nak mandi pon sejuk oi. Owner siap bagi ampaian letak dalam bilik sebab musin hujan + banjir masa kami pergi sana. Kalau nak basuh baju, boleh minta staff basuhkan tapi bayar dekat dia RM1 (service) + RM1 (sabun) kalau tak salah. Kami beli sabun basuh sendiri, basuh pon sendiri. Senang. Lepas tu pergi keringkan dekat dobi lain, bayar RM5. Sobs sobs. Banyak dobi, kedai makan dengan kedai komputer/printer etc dekat situ. Dekat dengan Mydin, Watson, Guardian, Domino's pizza, bank apa semua ada lah. Yang tak berapa ok ialah kau boleh dengar alarm jiran sebelah lagu baby shark + anak dia menangis. Heh. Aku tidur mati, tak dengar apa. =P Classmates aku yang cerita. 

Sebelah hotel tu ada kedai nasi kerabu famous. Lauk kambing bakar, daging bakar, ayam bakar. Ada sekali tu, owner belanja kami sarapan. Pepagi buta makan nasi kerabu. Tak ada lah pagi sangat, pukul 9 dah masa tu. Last-last, terbiasa makan nasi pagi-pagi. Masa last day, melantak nasi ayam pedas + daging bakar untuk sarapan dekat kedai tu. Ada orang bawak list penuh kertas A4 kawan-kawan dia tempah makanan. 


Recommended. 


Tel. No. : Cik Dah (019-9377566)

Better whatsapp je la. Senang Cik Dah nak reply

Kelantan Trip 1 (introduction)


Hai!

Trip ni dah nak basi dah ceritanya tapi aku baru ada masa nak tulis dekat blog. =) Aku ada subjek Elektif untuk semester ni. Ala-ala praktikal tapi 2 minggu je. So, aku pilih nak pergi HUSM, Kubang Kerian. Since aku tak berapa pandai drive, aku in charge as manager. Segala perbelanjaan dan tempat tinggal, aku yang uruskan. Bukan bayar kan =D Aku punya personal budget untuk 2 minggu dekat sana lebih kurang RM600 termasuk makan, minyak kereta, penginapan, tol dan lain-lain. Aku pergi dengan lagi 3 orang classmates. Naik Myvi je sebuah. 

Belanja untuk 2 minggu (share 4 orang):-

Minyak kereta : ~RM230 
Penginapan :- RM 380 (termasuk deposit RM100)
Tol :- ~RM100

Total yang aku belanja termasuk makan, jalan-jalan, souvenir etc : RM 569
Aku banyak habiskan duit part makan since harga makanan dekat Kelantan murah kalau nak banding dengan KL, memang aku kerja makan aje la. Kereta pon tak pakai sangat dekat sana sebab pergi HUSM jalan kaki. Tak nak bayar parking dekat HUSM sebenarnya. =D

HUSM

Ni kitorang tolong buatkan lab work orang lain sebab tak ada kerja




Sebenarnya apa yang aku belajar sekarang ni tak related dengan kerja-kerja lab pon tapi masa dekat HUSM ni diorang bagi peluang buat lab. Teringat pulak zaman degree. Dah lama tinggal. 

Nanti aku buat specific entri untuk penginapan dengan tempat yang kitorang pergi + makanan. =D . Ni intro je. 

Saturday 16 December 2017

Misi Menyelamatkan Kucing Siri 2


Hai

Sambungan daripada kisah DEKAT SINI. Sepanjang malam, kucing tu tidur je & nafas dia pon macam dah stabil. Aku pergi check nafas dia dalam sejam sekali sebab aku yang tidur paling lambat malam tu. Kucing tu kami bagi nama "Accifound" means accidentally found. Merepek. Dalam pukul 9 pagi, kawan aku bawa pergi vet dan aku tak ikut sekali. Kucing tu kena hospitalize dan doktor tak sampai lagi masa dia hantar kucing tu. Dalam pukul 11, pembantu klinik tu call, bagitahu yang kucing tu dah nazak dan doktor akan cuba buat yang termampu je la. Keesokan harinya, aku teman kawan aku singgah klinik tu ambil kucing. Dia nampak macam ok sikit dari lepas accident tu. Siap boleh angkat kepala. Kami hantar dia ke vet lain atas nasihat pembantu klinik tu sebab kena buat X-ray apa semua. Maka kami pon hantarlah ke V Care Klinik Haiwan. Agak mahal dekat sini tapi better lah. Doktor kata rahang kucing teralih dan kena hantar ke klinik dekat UMK. Memandangkan hari dah petang sangat, kami decided untuk hospitalize je dulu kucing tu semalaman. Dilema nya masa ni ialah, lagi berapa hari je kami dah kena balik KL. Kalau hantar UMK, siapa pula nak ambil dia semula nanti. Lepas tu kos rawatan lagi. Kami yang student ni tak termampulah nak membayarnya. Jadi, keesokan harinya tu, kami ambil semula kucing dari V Care untuk dihantar ke tuan dia. Suddenly, kucing tu boleh mengiau, tergedik-gedik macam dah sihat. Terkejut oi. Ingatkan dah tak panjang dah umur dia. Kami pon bawalah dia semula ke kawasan yang kami jumpa dia kena langgar tu. Pergi satu rumah ke satu rumah, tanya siapa ada hilang kucing, tahu ke tak ni kucing siapa. Dalam 3 ke 4 buah rumah singgah, jumpa terus dengan owner dia. Lepas terangkan everything dekat tuan kucing tu, maka bye-bye lah Accifound.

Masa lepas kena langgar. Ni pon dah cuci darah-darah yang ada.

Collar dia. Tak bagi balik dekat owner sebab tertinggal. Maklumlah, kelam kabut sangat

Dia tidur masa hantar balik dekat owner. Ni depan rumah owner dia dah.

Tamatlah sudah misi kebajikan kami. Harapnya owner teruskanlah rawatan untuk Accifound ye. 



Saturday 2 December 2017

Misi Menyelamat Kucing di Hari Maulidur Rasul

Assalamualaikum

Salam Maulidur Rasul

Hari ni sepatutnya kami berjalan-jalan sekitar Kelantan (pergi tempat yang tak banjir je la). Tapi hari ni cuti umum. So, banyak sangat kedai tutup. Tambah pulak hari Jumaat, banyak kedai tutup masa solat Jumaat dan bukak lepas 2.30 petang macam tu. So, sebelum pergi lunch dekat satu kedai yang kami dah plan nak pergi dari beberapa hari lalu, aku dengan classmates lagi 3 orang pergi ke Pantai Cahaya Bulan. Masa on the way tu, entah jalan mana Google maps bawa, kami sampai ke satu kampung ni. Dah dekat nak sampai area pantai, terjumpa kucing terbaring tengah jalan. Usually, kalau jumpa biawak ke, ular ke terkontang kanting tengah jalan, aku buat tak kisah je. Tapi masa tu classmate aku yang drive dan dia cat lover. Dalam hujan tu jugak dia stop kereta, pergi dukung kucing tu. Aku sebagai insan yang takut kucing, hanya mampu tolong pegangkan payung je la. Nafas kucing tu tersekat-sekat, darah keluar ikut hidung. Tak ada injury luaran. Kucing tu memang terbaring longlai. Darah jangan cakap la. Ada klinik desa dekat situ. Kami jalan kaki pergi klinik tapi tutup. Pergi rumah nurse ke doktor yang tinggal dekat klinik tu, dia tengah dalam pantang. Kami decide untuk bawa ke vet clinic dan ambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai. Campur dengan jalan sesak sebab orang baru balik solat Jumaat. Masa tu rasa macam apasal lah aku tak belajar pasal nak rawat haiwan (Jangan kata haiwan, pertolongan cemas untuk manusia pon tak tahu). Sampai je dekat klinik tu, tutup pulakkkk. Call segala vet clinic terdekat yang dapat search di internet, tutup! Rasa macam nak bawak pergi hospital kerajaan terus pergi kecemasan. Kang pelik pulak doktor kat situ. Cari klinik swasta biasa untuk manusia pon tutup. Aigooo. So, kami bawak kucing balik bilik hotel dan tunggu esok untuk pergi vet clinic. Buat apa yang termampu je la setakat ni. Bagi glucose water, selimut kan dia, keep it warm, cuci darah. Semua tu classmate aku yang buat. Aku buat balik tabir je. Setakat ni dah 12 jam kami jaga dia dan dia masih bernafas. Hopefully dia ok. Rasanya kucing ni ada tuan sebab ada 'collar' dekat leher dia. Kepada tuan kucing tu, kami akan cuba selamatkan kucing awak ye. Nanti dah ok, kami hantar dia balik. 


Hari ni kami dah plan baik punya nak try makanan Kelantan dari pagi sampai malam. Kita hanya merancang, Allah dah tentukan. 


 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI