Wednesday, 20 May 2015

The 'Urat Keting' Soup Restaurant

Assalamualaikum...

Malam ni aku nak kongsikan satu tempat makan yang best bagi aku di Bangi ni iaitu Restoran Sup Urat Keting, Seksyen 7, Bangi. Aku telah beberapa kali singgah di restoran tersebut untuk menikmati makan tengah hari. Jadi kalau malam aku tak tahulah apa menu yang ada sebab aku belum pernah singgah di situ malam-malam. Memandangkan aku jenis yang memilih makanan, aku perlu pergi ke tempat yang menghidangkan nasi campur dengan pelbagai jenis masakan. Alhamdulillah, menu di kedai tersebut tidak mengecewakan dan sedap pada tekak aku. Bersesuaian dengan nama kedainya, mereka menyajikan pelbagai jenis sup terutamanya urat keting. Aku pun belum pernah cuba sup tu sebab tak pernah tahu rasa urat keting macam mana. Tapi supnya memang sedaplah. Ikan bakar yang menjadi kegemaran aku pun ada. Panas-panas lagi diangkat dari tempat bakar. Fuhhh...menjilat jari. Tapi jangan datang waktu anda semua kenyang sebab takut tak habis. Nanti ambil segala jenis makanan sebab nampak menyelerakan, lepas tu tak termakan, macam aku. *kadang-kadang. Pasal harga jangan risau sebab masih berpatutan dan ramai pelanggan yang datang.
Nak cari restoran ni senang saja. Dari jauh nampak signboard kedai yang bertulis "UK". Masuk saja simpang dekat Seksyen 7 tu, dah nampak. Sekitar tu banyak lagi restoran lain. Jadi kalau menu di UK tak sesuai dengan selera anda semua, bolehlah menjenguk ke restoran-restoran lain sekitarnya.
ni gambar yang di ambil dari Google. Depannya ada restoran, belakangnya pon ada restoran. Pilih saja.

*kenapa aku over sangat buat promosi ni?

The Mad Max Fury Road Movie

Assalamualaikum..

Siapa dah tengok cerita Mad Max Fury Road ? Kalau ada yang dah tengok, kita geng!! =D Sebenarnya, aku pergi tengok cerita tu tanpa tengok trailer dulu. Gatal sangat mata ni nak tengok wayang alang-alang pergi window shopping. Sekali tengok, haaa!!! kejap-kejap pejam mata. Bukannya cerita hantu tapi scary jugalah. Ala-ala psychopath juga maybe. Ceritanya begini.
Di sebuah kawasan yang kering-kontang, masyarakat di situ berebutkan sumber makanan dan minuman. Situasi tu menggambarkan keadaan dunia yang akan datang tanpa sumber dari Bumi. Max ni kena tangkap dan digunakan sebagai "blood bag" ala-ala kantung darah versi manusia kepada seorang War Boy yang bernama Nux. Nux ni sangat-sangat bersemangat dan setia kepada ketua dia yang kejam. Seorang perempuan berpangkat imperator, bernama Furiosa jadi orang kepercayaan ketua tetapi disebabkan dia mengimpikan untuk ke kawasan yang lebih subur, dia melarikan beberapa tentera yang gagah dan lima orang isteri ketua mereka. Segala jenis pergaduhan berlaku hinggalah Furiosa dan Max bekerjasama untuk ke "Green Place". Apabila mereka sampai ke destinasi........ sila tengok di pawagam. =P



Sewaktu aku dalam proses membeli tiket, trainee yang jaga kaunter tu promote dekat aku untuk join movie club dengan membayar RM 30, dapat dua tiket wayang, satu regular popcorn dan segelas air bersaiz regular. Aku ikutkan saja sebab aku pun belum daftar mana-mana movie club lagi. tapi prosesnya lama juga sebab dia terus daftarkan online dan data internet dekat situ slow. Kesian orang yang beratur belakang aku. Maaf sangat-sangat.

inilah antara kelebihan-kelebihan yang bakal diperoleh jika mendaftar movie club di TGV


 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI