Showing posts with label mind talk. Show all posts
Showing posts with label mind talk. Show all posts

Saturday, 8 December 2018

Berhenti Percaya Mitos dan Produk Sampah. Percaya Fakta Bukan Auta.

Assalamualaikum!!

Hai semua!

Kebelakangan ni saya nampak dah semakin ramai golongan-golongan health professional seperti doktor dan jururawat yang bersuara tentang kesihatan. Bermula dengan penulisan buku seperti Diagnosis, membawa kepada program TV seperti My Doctor dan juga suara-suara doktor di sosial media. Pada saya perkembangan macam ni sangat bagus untuk memberikan ilmu dan kesedaran kepada masyarakat. Usaha memerangai mitos dan kepercayaan merepek serta usaha memerangi produk yang boleh merosakkan organ. 

Saya juga dulu seorang yang percaya kepada mitos seperti tak boleh minum air berais sewaktu datang bulan dan makan nenas boleh menyebabkan keguguran. Saya juga dulu tertarik dengan produk seperti jamu, ubat pintar, pil-pil supplement dan produk-produk detox. Saya seru kepada semua supaya dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil pil, ubatan, minuman tambahan dan sebagainya sebelum anda menelan bahan tersebut. Statement "Lulus KKM" sahaja tidak cukup untuk memastikan produk itu selamat untuk anda makan atau minum. Inikan pula diberi kepada orang yang sedang sakit contohnya pesakit kanser atau jantung. Saya faham anda sedang berikhtiar, mencari ubat untuk sembuhkan penyakit tersebut. Tetapi anda perlu tahu, anda bukan bahan uji kaji, bukan tikus makmal. 

Buat kajian kesihatan bukan dengan search Google, blog, IG, Facebook semata-mata. Tapi buka jurnal-jurnal. Paling kurang pun cari dekat PubMed atau Google Scholar. 

Tingkatkan pengetahuan anda, sayangi organ anda. Boleh follow IG Dr. Amalina Che Bakri, Dr. Rafidah (@Rafidah72) dan jururawat (@bel_nawhen) untuk dapatkan ilmu-ilmu kesihatan.  

Sama-sama kita tambahkan ilmu, terutama kaum wanita. Jangan rasa insecure. Buang perasaan tu jauh-jauh. Jangan mudah rendahkan diri dengan rasa tak cantik, gemuk, gelap, takut suami lari, takut tak ada lelaki nak buat isteri. NO! Super big NO! Awak gelap ke, awak gemuk ke, awak berjerawat ke, awak tetap cantik. Tak perlu takut suami lari dengan alasan awak tak cantik, selekeh. Dia lari sebab dia memang nak lari. Cantiklah macam Erra Fazira sekali pun. Tak perlu risau soal jodoh. Orang yang sayang awak, akan terima awak seadanya. Akan ajak awak senam sama-sama, diet sama-sama.  

Kalau nak tahu, awal tahun 2018 saya alami stress yang teramat sangat disebabkan breakout yang sangat teruk. Ditambah pula dengan kecaman yang saya terima dari keluarga, saudara, rakan dan orang yang saya langsung tak kenal. Yes! Rakyat Malaysia sangat prihatin terhadap kekurangan yang ada pada orang lain. Kerana itu, insan-insan yang dikecam merasa rendah diri, rasa kekurangan berbanding orang lain. Luckily, saya tidak cuba macam-macam jenis produk untuk ditelan. Saya pergi klinik dan ikut semua nasihat doktor. Sekarang breakout semakin kurang. Bagaimana saya hadapi kecaman? Saya tak hadapinya, saya menjauh. Walaupun keluarga sendiri. Akhirnya mereka faham sendiri yang saya tidak suka. Mereka harus diam jika ingin saya dekat kembali. Sekarang kalau ada yang kutuk, saya cuma fikir, "Well, I don't care. Yang penting sihat tubuh badan. Ada acne pun still cantik, kan?" =D

Ada satu saat, saudara saya yang selalu complain tentang wajah saya setiap kali saya bersalam dengan dia bertanya, kenapa saya sudah tidak datang ke rumah dia lagi. Saya hanya senyum. Jika dia ada common sense, dia sendiri tahu kenapa. Buat apa saya datang berjumpa dia hanya untuk dikutuk. Akhirnya saya yang depress. Avoid toxic people. Dekatkan diri dengan orang yang terima diri kita seadanya. Jaga pemakanan, senaman dan jangan rendahkan diri sendiri. Love yourself first. 


Bye! Fighting!

Saturday, 16 December 2017

Misi Menyelamatkan Kucing Siri 2


Hai

Sambungan daripada kisah DEKAT SINI. Sepanjang malam, kucing tu tidur je & nafas dia pon macam dah stabil. Aku pergi check nafas dia dalam sejam sekali sebab aku yang tidur paling lambat malam tu. Kucing tu kami bagi nama "Accifound" means accidentally found. Merepek. Dalam pukul 9 pagi, kawan aku bawa pergi vet dan aku tak ikut sekali. Kucing tu kena hospitalize dan doktor tak sampai lagi masa dia hantar kucing tu. Dalam pukul 11, pembantu klinik tu call, bagitahu yang kucing tu dah nazak dan doktor akan cuba buat yang termampu je la. Keesokan harinya, aku teman kawan aku singgah klinik tu ambil kucing. Dia nampak macam ok sikit dari lepas accident tu. Siap boleh angkat kepala. Kami hantar dia ke vet lain atas nasihat pembantu klinik tu sebab kena buat X-ray apa semua. Maka kami pon hantarlah ke V Care Klinik Haiwan. Agak mahal dekat sini tapi better lah. Doktor kata rahang kucing teralih dan kena hantar ke klinik dekat UMK. Memandangkan hari dah petang sangat, kami decided untuk hospitalize je dulu kucing tu semalaman. Dilema nya masa ni ialah, lagi berapa hari je kami dah kena balik KL. Kalau hantar UMK, siapa pula nak ambil dia semula nanti. Lepas tu kos rawatan lagi. Kami yang student ni tak termampulah nak membayarnya. Jadi, keesokan harinya tu, kami ambil semula kucing dari V Care untuk dihantar ke tuan dia. Suddenly, kucing tu boleh mengiau, tergedik-gedik macam dah sihat. Terkejut oi. Ingatkan dah tak panjang dah umur dia. Kami pon bawalah dia semula ke kawasan yang kami jumpa dia kena langgar tu. Pergi satu rumah ke satu rumah, tanya siapa ada hilang kucing, tahu ke tak ni kucing siapa. Dalam 3 ke 4 buah rumah singgah, jumpa terus dengan owner dia. Lepas terangkan everything dekat tuan kucing tu, maka bye-bye lah Accifound.

Masa lepas kena langgar. Ni pon dah cuci darah-darah yang ada.

Collar dia. Tak bagi balik dekat owner sebab tertinggal. Maklumlah, kelam kabut sangat

Dia tidur masa hantar balik dekat owner. Ni depan rumah owner dia dah.

Tamatlah sudah misi kebajikan kami. Harapnya owner teruskanlah rawatan untuk Accifound ye. 



Tuesday, 21 November 2017

I learned something from great people I met today

Assalamualaikum. Hai!


Aku rasa diri aku di kelilingi aura positif dan dapat pengalaman baru sepanjang hari ni. 

Keluarga pertama yang kami jumpa, dua anak kembar mereka meninggal dan lahir pra matang. Anak kedua mereka mempunyai penyakit genetik (baca : keturunan) yang masih tidak diketahui diagnosis nya (baca : nama penyakit dia). Sebelum ni kami tahu yang ibu tersebut mengandung anak ketiga. Tiba-tiba masa datang tadi, mereka bagitahu yang kandungan tu dah keguguran. Ya Allah. Tenang je aku tengok parents tu. Dah la result ujian yang dibuat untuk anak kedua diorang tak dapat-dapat lagi. Ada masalah teknikal sikit. Kami risau sebab kalau apa yang berlaku dalam keluarga tu berkaitan dengan keturunan dan the parents plan to have another child, result genetic testing kena dapat cepat. Kalut lah kami minta maaf sebab diorang dah susah-susah datang tapi tak ada result lagi. Ayah tu pon cakap, "Tak pe, take your time. Kami ok,". Dia pulak yang tenangkan kitaorang. Mana lah diorang ni dapat kekuatan dan ketenangan macam tu. 
Kes kedua ni, anak kepada pakcik tu didiskriminasi dekat sekolah. Pakcik tu berusahalah cari sekolah yang sesuai untuk anak dia. Anak dia ada learning difficulty and behavioural issue disebabkan masalah genetik yang dia ada. Tapi tak semua orang boleh terima anak-anak special ni. Anak tu selalu dipersalahkan kalau ada apa-apa jadi. Selalu diletakkan dekat hujung kelas. Apa yang ibubapa rasa bila tengok anak dia dibuat macam tu? Kalau jadi dekat anak kita, kita suka ke? Jadi, kenapa buat dekat anak orang macam tu? Sebab dia istimewa? Bukan dia nak ada penyakit tu dan dia tak boleh nak bela diri dia pon bila orang buat macam-macam dekat dia. Entahlah. Fikir-fikirlah sendiri.  
Pernah dengar pasal Down Syndrome (DS)? Tadi ada seorang kanak-kanak perempuan yang DS. Selalu nya aku jumpa pesakit DS yang slow learner, tak boleh berdikari dan macam-macam lagi. Ni first time aku jumpa pesakit DS yang aktif, ceria, independent and so cute. Facial appearance dia memang nampak DS tapi general health looks okay. Allah tak bagi ujian yang parents tu tak dapat tanggung. Sebab parents tu dah ada anak sulung yang istimewa (ada masalah pertuturan, jalan pon tak stabil dan penyakit genetik yang tak ada diagnosis lagi). Jadi, anak DS yang happy-go-lucky tu macam penawar untuk parents tu. 
I learned about life from these amazing people. You may be frightened, surprised, weird and all kinds of feelings are mixed when you look at these special people. At first, I was like that too. After that I realized, they are also human. They have feeling like others too. They got hurt and sad. Maybe the way they express it is different. So, treat them as one of us. Just do not look at them instead of looking at them with a negative gaze. 


With love. Heart. Heart. 

Wednesday, 24 May 2017

Kaunseling Genetik Ni Belajar Pasal Apa?

Hai! 

Assalamualaikum. 


Hari tu ada yang tanya, "kursus Kaunseling Genetik (in English, Genetic Counseling. Nak bagi simple, saya guna GC) ni belajar tentang apa". "Ada peluang kerja ke". "Apa requirements yang diperlukan". "Agak-agak saya sesuai tak belajar course ni". Meh nak cerita secara ringkasnya. 

Belajar pasal apa? 

1) Genetic Counseling : Belajar pasal teori, komunikasi, kaunseling, psikologi, dan yang seumpamanya

2) Human Genetic : Learn about DNA, chromosome, all the biomolecule as a whole and deeper

3) Clinical Genetic : Look like mixture of Genetic Counseling + Human Genetic. Also mix with clinical part but still in theory (pedigree, policies, gene therapy, cancer)

4) Clinical Practice : Go to clinical attachment (like practical) to certain clinics related to genetic. 

5) Dissertation

Ada peluang kerja ke?

Haha. I don't know. Sama je macam ambil master course lain, kalau dapat kerja, dapatlah. Bila you ambil course ni, you akan jumpa dua pihak. Satu, pihak yang cakap peluang kerja untuk genetic counselor banyak sebab tak ramai genetic counselor dekat Malaysia. Banyak klinik atau makmal yang perlu genetic counselor. Sebab? Sebelum buat genetic test, kena lalui genetic counseling process to make sure those patients or clients make the decision after they are fully informed. Pihak kedua ialah, pihak yang akan cakap "awak nak kerja apa nanti? Nak kerja dekat mana?". That moment, you need to be strong. 

Requirements?

Sama je macam ambil master lain. Pointer masa degree, apa semua tu, just follow UKM punya requirements. My suggestion, ia akan memudahkan proses pembelajaran, kalau you ada basic science especially genetic atau medical/clinical background atau counseling background. Dengan background yang you ada, you akan hadapi different challenges in this course. Unless you ada semua tu. Heee. Macam saya, saya cuma ada basic genetic. Jadi, kalau bab counseling and medical, memang kena usaha lebih sikitlah. Macam a few of my classmates, diorang ada background clinical, kerja nurse macam tu, diorang memang strong lah bab-bab clinical & medical. Tapi ada masalah nak faham konsep genetik pulak (dengan segala transcription, translation, DNA repair etc tu). Jadi, ikut nasiblah. 
Bonus kalau ada good communication skill. Bukan jenis becok tak bertempat tu, ni bercakap benda yang ilmiah dan bersesuaian. Boleh bergaul dengan manusia tak kira bangsa atau usia. But, it's ok. Bak kata my lecturer, "kita sama-sama belajar untuk improve and complement each other". 

Sesuai ke tak?

Depends. Selalunya jawapan saya, "kalau minat, apply lah". Pada saya, minat tu penting sebab cabaran dia besar. Minat tu salah satu motivasi untuk teruskan walaupun susah. Ok?

Good luck. 

Tuesday, 28 February 2017

Nak berhenti belajar ke tak?

Hai!! Assalamualaikum!!


Sejak sambung master ni, dah berpuluh kali fikir "betul ke apa aku buat ni", "betul ke pilih course ni", betul ke itu, betul ke ini. (Saya belajar Kaunseling Genetik). Saya fikir benda yang sama sejak hari daftar sampailah sekarang, same question. "Betul ke? Boleh ke?" I know the reason I'm thinking this kind of question is I can't see the future. Macam telur di hujung tanduk. Gitu. Jatuh ke, kukuh ke. Bila kita tak yakin, masalah kecil pon boleh buat kita putus asa. Some of my problems are financial, medical field and self-confidence. Kewangan tu tolak tepi dulu sebab saya bukan orang yang uruskan hal tu. Bila ambil course under Fakulti Perubatan, nak tak nak memang akan related dengan medical apa semua tu walaupun bukan nya student Medic. Dari Form 5 sampailah degree, memang elak isi UPU ambil jurusan perubatan ni. Sekali kau, master kena jugak belajar. Menangis. Haha. Nak gelak pon tak mampu. Everything's fast, need to stay alert and think smart. Iols ni bukannya pandai nak faham benda-benda tu semua. Huwaaaa. Disebabkan inilah, saya rasa saya dah ter-develop low self-confidence. It's really annoyed me when I had this mind set. "Why I can't be like them?" "Why I can't remember that?" and so on

Even though, there are thousands reasons for me to quit this study but there're also reasons for me to stay till the end. Hopefully. First, this is the course that I want to study. Saya yang pilih. Tak ada siapa paksa. My own desire. "This is what you want, Najwa". Keduanya, harapan mak dan ayah saya. Mereka tak paksa tapi saya boleh nampak yang harapan tu ada. Fighting! Yeah! Ketiganya, masyarakat. I keep remind myself, you do this for our community, for patients, for our next generations. Kalau bukan kami, siapa? Someone need to start this

*Sebenarnya, jurusan ni baru lebih kurang 2 tahun ditubuhkan. Sebab tu saya kata ia "telur di hujung tanduk". Dah berpuluh tahun berkembang di oversea. Malaysia baru nak start. Kalau dulu, nak tengok pesakit genetik memang susah. Sekarang ni, bila masyarakat semakin pandai, maklumat di hujung jari, semua orang aware tentang penyakit genetik ni, pesakit makin ramai. Kalau dekat klinik, setiap minggu ada new cases. Benda yang kita labelled "RARE" dulu sekarang dah "COMMON".  


Sebab tu, walaupun rasa nak give up sangat-sangat, I'll stay. For you


Oh yeah. Wish me luck. 




Wednesday, 14 December 2016

Susahnya Nak Bertaubat

Assalamualaikum.

Hai. Good morning.




Hari ni aku nak buat luahan hati, kongsi pengalaman dan pendapat pasal susahnya nak bertaubat. Bukannya nak bagi tazkirah atau ceramah. =D Apa yang menyebabkan hati ni susah sangat nak berubah jadi baik? Kenapa suka sangat buat dosa sedangkan dah tahu benda itu dosa? Sentap pulak hati ni bila jawab , hati dah hitam. Bila masih ada rasa bersalah, masa ada rasa ingin berubah, masih adalah hidayah Allah untuk kita. 

Perasan tak, waktu kita buat dosa, hidup nampak mudah je. Duit masuk bertimbun-timbun, pass exam, semua yang kita nak tiba-tiba dapat, macam tak ada masalah sangat. Tapi bila hati nak berubah, sikit-sikit masalah datang. Itu ujian namanya. Langkah pertama, buang rasa takut dengan ujian yang datang di waktu kita nak berubah. 

Tapi, buat dosa tu seronok kan? Enjoy, puas, nikmat, rilex je, tak perlu fikir apa, dosa ke pahala ke, mati ke tak ke, yang penting puaskan nafsu. Sebab itu dunia. Yang nikmat itu dosa, yang penjara itu jalan ke Syurga. Kuat ke hati ni nak berubah tinggalkan kenikmatan dunia untuk terpenjara menuju syurga? Kalau kuat, sampai bila rasa kuat tu? Sampai bila mampu istiqamah? 

Bila kita berubah, bukan sahaja datangkan kesan pada diri kita, ia memberi kesan pada orang sekeliling kita juga. (Sama juga macam bila kita buat dosa, perempuan terutamanya. Bukan bagi dosa pada kita saja, tapi pada ayah dan saudara lelaki kita juga.) Dugaan dalam diri dah lepas. Dugaan dari orang sekeliling macam mana? Ya. Orang kata jangan hirau orang nak cakap apa. Tapi, tak semudah tu. Ujian di mana hati untuk berubah lagi kuat atau hasutan sekeliling lagi kuat. Kalau betul nak berubah dan istiqamah tapi ujian di sekeliling sangat kuat, berhijrahlah. Cari suasana baru yang boleh bergerak seiring dengan perubahan diri kita. Dunia ini luas. Keluar dari kelompok yang negatif. Bukan menjauhi kerana membenci tapi untuk kukuhkan iman di hati. Berhijrah sama-sama lebih baik. 

Bila dah berubah, tapi tergelincir lagi dan lagi. Semangat untuk berubah tu pudar. Salahkan takdir, salahkan nasib, salah kan itu ini, orang tu orang ni. Senyap sekejap. Muhasabah. Di mana silap kita? Islam kata taubatlah dengan taubat nasuha. Bukan taubat untuk hilangkan rasa bersalah dalam hati sebab dah buat dosa. Bukan taubat yang kita tahu kita akan ulangi lagi dosa tersebut dan akan bertaubat semula. Taubat nasuha dengan niat yang kita MEMANG TAK AKAN ULANG LAGI. 

Tapi tergelincir juga? Pintu taubat masih terbuka dan usaha lagi. Teruskan dengan taubat nasuha. Catat peringatan "Taubat Nasuha" di mana-mana. Wallpaper phone, whiteboard, notebook atau sebagainya supaya membantu kita sedar kita dalam usaha untuk bertaubat. Tiap kali pandang reminder note tu, teringat dosa yang dah dibuat, terampun atau tidak. =( Tingkatkan amal ibadah, penuhkan yang wajib, perbanyakkan yang sunat. Bukan mudah. Tapi kita usaha sama-sama. InsyaAllah. Semangat!!


Monday, 12 December 2016

Membakar Syurga Mengguyur Neraka : Novel review

Assalamualaikum


Hello!!



Sinopsis :

Najiha, seorang kaunselor yang juga merupakan anak seorang ustaz ada dua orang kawan baik, Dona (perempuan berbangsa Cina + India) dan Fahmi (motivator yang bernafsu songsang). Najiha juga ada dua orang housemates, Lily (wartawan yang berkarakter tomboy) dan Insyirah (muslimah yang bermulut laser). Setiap watak dalam novel ni saling berkait dan complicated. Novel ni juga menjadikan laman forum sebagai medium menyampaikan ilmu dan berdiskusi. Jadi, banyak ilmu dapat dimasukkan dalam novel ni tanpa menyelitkan dalam setiap plot cerita. Hanya perlu masukkan ilmu perbincangan tersebut dalam sesi forum antara watak. Setiap watak menggunakan nama samaran dalam forum tersebut dan tidak mengenali antara satu sama lain. Padahal di dunia nyata mereka sebenarnya kenal.
Najiha membantu Dona mendalami Islam dan menemani Dona di sisa-sisa terakhir hidupnya kerana Dona menghidap kanser. Dona menerima Fahmi (nama Forum : Mujahid) sebagai suami walaupun dia tahu sejarah silam Fahmi. Rahul (nama Forum : MindTeaser), abang kepada Dona mendekati Najiha (nama Forum : FredKougar) menggunakan bermacam cara sedangkan dia sangat paranoid terhadap Melayu dan Islam setelah putus cinta dengan Insyirah. Dia menggunakan kepakarannya sebagai hacker untuk mengetahui tentang Najiha dan dia mengenali ahli-ahli forum tersebut. Najiha seorang yang menjaga batas pergaulan hampir tewas dengan hasutan syaitan apabila dia mencintai Rahul. Hadi atau Eddy (nama Form : CicakKobeng) seorang gay yang telah bertahun lamanya hidup dalam kegelapan sentiasa menggoda Fahmi yang sudah bertaubat. Dia menggunakan Najiha untuk mendapat perhatian Fahmi tetapi perkenalannya dengan Najiha membuka hatinya untuk berubah. Insyirah si mulut laser sering memfitnah Rahul di hadapan Najiha sehingga Najiha meninggalkan Rahul tanpa penjelasan. Najiha terpaksa memilih antara Rahul atau Hadi yang masing-masing mengharapkannya untuk mengguyur neraka mereka. 

Aku nak jugak review novel ni padahal novel ni dah berzaman keluar. Sebenarnya ni lah kali pertama aku baca novel dari Hana Ilhami sebab aku tak pernah baca novel Perempuan Lindungan Kaabah dari penulis yang sama. Aku tengok drama dia je. Heeee. Ini pon pinjam dekat library. Mula-mula tu rasa weird nak baca sebab apa benda "mengguyur" pon aku tak tahu. Rupanya "menyiram" maksud dia. Pendekatan forum tu unik sebab aku tak pernah baca novel yang gunakan forum sebagai medium menyampaikan ilmu kepada pembaca. Jadi tak bosan sebab macam baca dialog juga, bukannya tulisan tazkirah yang panjang berjela. Novel ni banyak menceritakan tentang gejala LGBT, pendapat mengenainya menurut sains dan Islam. I guess banyak benda kena study untuk siapkan satu novel ni. It's worth. Banyak kata-kata nasihat dalam novel ni yang menyentapkan hati aku. Thanks penulis. You wake me up. =D Alhamdulillah. 

Friday, 4 November 2016

Dugaan Ambil Master

Assalamualaikum.
Hai!!


Walaupun baru dua bulan lebih, bersusun juga lah dugaan ambil master ni. Tapi masih mampu bertahan lagi buat masa ni. Sebab aku bertahan? Of course sebab harapan keluarga aku. Kalau ikut semangat aku yang kejap turun kejap naik ni, memang tak ke mana la. 

Dugaan pertama, kewangan lah pastinya. Aku tak panggil ni masalah tapi dugaan / ujian. I don't see this as a problem. Aku bersyukur sebab lahir dalam keluarga yang sederhana. Ramai lagi orang yang lagi susah nak belajar. Cuma aku kena adapt dengan keadaan ni dan belajar untuk lebih berjimat. Tapi selalu jugak stress bila kena tahan perasaan nak membeli apa hati aku nak. Sabar. Sabar. InsyaAllah aku akan balas jasa semuanya selagi sempat. 

Dugaan keduanya ialah tanggapan / perspektif / pandangan orang. 

"Kenapa nak belajar course ni? Tahu ke nak kerja apa nanti? Dulu kan ambil genetik, kenapa tak kerja bahagian makmal? Buat research."

Satu benda yang aku nak orang faham kenapa aku belajar benda-benda ni ialah aku memang nak belajar. Penat dah belajar semata-mata untuk dapatkan sesuatu. Bagi peluang untuk aku belajar dengan niat memang aku nak menuntut ilmu. Masa darjah 6, UPSR kena buat elok-elok untuk masuk sekolah menengah bagus-bagus. Masa PMR pon sama. SPM / STPM / matrik / asasi etc kena score bagi senang masuk U. Degree kena buat betul-betul bagi cerah peluang kerja. 
Sekarang aku nak rasa pergi kelas sebab memang untuk menuntut ilmu bukan sebab attendance ke apa. Belajar untuk diamalkan dan untuk bantu orang lain. The feeling is different
Kalau semua orang nak duduk lab buat research, siapa nak counsel patient or patient's family with genetic problem? A lot of people need us. Ramai juga lagi yang belum aware tentang genetic disease. I will help as much as I can. 

Kalau seorang je tak apa yang tanya macam tu. Ni tak. Dah letih dah nak jawab soalan yang sama. Tapi terima kasih juga sebab prihatin. I know you love me. Gituuuu. 

Lastly, dugaan ni tak ada lah besar sangat tapi stress jugak. Bila pergi clinical attachment (ala-ala praktikal dekat klinik), orang mesti fikir aku doktor. Kalau tak doktor, pesakit. Yela, aku tak pakai uniform macam staff. Dua pilihan je orang tengok. Doktor ke pesakit. Ayoyo. Pakai kad pelajar pon kad tu kadang-kadang terpusing ke belakang. Orang tak nampak pon. Mulalah dipanggilnya kita ni doktor. Aku ni medical term pon tak faham, nak jadi doktor. Segan weh. Saya bukan doktor. 



Enjoy your day. 
Daa~~~


Thursday, 3 November 2016

Buah Hati Di NASOM


Hai!!

Dah berapa hari nak cerita pasal buah hati aku ni tapi tertangguh je kerjanya. Masa mula-mula jumpa tu, jujur aku agak takut. Macam-macam aku fikir sebab tak pernah jumpa. Nak handle lagi lah tak tahu. Aku buat je la muka calm and cool bajet tak takut duduk dekat-dekat. Lepas tu, maybe dia rasa selesa ke suka ke apa aku tak pasti, dia makin datang dekat dengan aku. Nervous lah weh. Aku try tanya soalan simple tapi tak berjawab. Tiba-tiba dia pandang mata aku. Aku pon automatik pandang tempat lain. Dua tiga kali jugak dia nak pandang mata. Aku bukan tak suka tapi nervous. Masa nak balik tu baru aku rasa selesa sikit nak rapat dengan dia.  

Kali kedua jumpa, aku rasa macam dah lama kenal. Dia pendiam, kadang-kadang keluar unique habit dan suka menyanyi walaupun aku tak pasti lagu apa yang dinyanyikan tu. Tapi sedih sabab tak dapat say goodbye. Last day aku dekat situ dia tak ada. Si Cristine. =)

Oh ya, NASOM tu nama panjangnya The National Autism Society of Malaysia. Kalau tak salah, ada lebih kurang 20 centres NASOM di Malaysia. NASOM yang aku pergi tu fokus kepada Early Intervention Program (EIP). Maksudnya yang fokuskan pendidikan awal kanak-kanak autism. Macam melentur buluh biarlah dari rebungnya. =D . We need to teach them like other kids but using different techniques


Tempat makan yang banyak memori.
Ada yang susah nak makan, makan memilih.
Ada yang kuat makan sampai comot-comot
Cikgu kejar-kejar nak suap suruh anak murid makan.
Macam-macam lagi la.

Mainan yang aku suka berebut dengan seorang kanak-kanak lelaki ni.
Mulalah dia jerit "Aaaa~~ !!". Haha.
 

Ruang tamu tempat budak-budak tunggu parents datang ambil.
Puas cikgu suruh duduk diam sebab masing-masing dah terlebih boring pergi sekolah. Hehe.


Macam-macam kejadian yang berlaku masa aku dekat NASOM tu. Siap dapat tengok student mengamuk bila dia stress. Serious kesian dan tak tahu nak buat apa. Setiap Rabu students dekat situ pergi taman permainan. Macam-macam yang students ni dapat belajar bila buat outdoor activity. Contohnya social skills, interaction / communication, motor skills etc. Kalau dia tak nak main, memang kena paksa jugak. Mainlah kejar-kejar ke apa ke janji dia buat sesuatu.

Banyak pulak aku cerita. Kalau nak tahu lebih lagi tentang NASOM, apa itu autism, apa services yang ada dan dekat mana NASOM centres, boleh rujuk http://www.nasom.org.my/


Love. Love. =D







Saturday, 15 October 2016

Hidup Rumah Sewa [Part 1]

Assalamualaikum.

Hai!!

Post kali ni lebih kurang diari pon ada. Sebulan lebih dah aku duduk rumah sewa. Banyak yang lain dari hidup aku yang dulu-dulu. Bukan nak kata jadi lebih matang ke apa ke. Tapi sekarang aku buat banyak benda yang aku tak suka buat sebelum ni. Sangat bercanggah dengan karakter aku tapi ni lah yang orang panggil adaptation, kan. Kalau cerita dekat mak aku pon dia tak percaya aku buat. 

1) Berkongsi

Hari tu masa aku balik rumah, tiba-tiba aku nampak pinggan aku ada orang guna dan tak dibasuh. Terbiar atas meja. Meletop sikitlah dalam kepala ni. Yeah. Nak guna tak perlu minta izin tapi berpadalah. Lepas guna basuh. Aku jadi ok sebab kawan aku kata "adatlah rumah sewa". Aku kena adapt lah kan. Sampai sekarang dah tak ada dah kejadian macam tu. Mungkin orang tu dah insaf. Hehe. Aku belajar kongsi macam-macam dekat sini sedangkan dulu bilik pon aku tak nak share dengan adik aku. =D

2) Memasak

Aku bukan benci ke apa bab-bab memasak ni tapi aku rasa malas yang teramat sangat. Aku ada interest nak try menu tu, menu ni tapi MALAS tahap langit ke tujuh tu tak dapat nak lawan. Disebabkan nak berjimat, aku dengan roommate aku, Si Emma (guess I'll talk about her a lot after this, haha. She requested) start lah masak-memasak ni. Dia pon jenis suka try menu tu menu ni. Apa lagi, memang try and error je la. Mulut sendiri nak makan, tibai je. =P . Hati ni rasa kembang setaman lah bila Si Emma kata 'sedap'. Fuhhh. Kalau dia masak, semua sedap je pada aku. =D . Aku tak pandai bab-bab rasa ni. Boleh telan, tak mentah, tak over masin, ok la tu. Sekarang ni aku dalam proses belajar basuh/bersihkan ikan, ayam dan yang seangkatan dengannya. Kalau mak aku tahu ni, mau nya dia buat kenduri kesyukuran 3 hari 3 malam. =)


Masuk rumah semalam, ada nota ni. Haha.
Part sapu rumah je aku tak buat setakat ni.
Basuh dapur, basuh bilik air, sapu bilik dah.

Ok, nanti cerita pulak ye.


Saturday, 30 July 2016

Zaman Intern Tak Terurus


Yuhuu~~ Hai!!

Masuk minggu ni, dah 5 minggu aku praktikal. Jadinya, 5 minggu la hidup macam apa pon tau tak nak cerita. Nasib tak ada anak + suami lagi. Kalau tak, lagi huru-hara. Bangun pagi bapak la segala malas malaun mana yang hasut tak tau. Dulu kelas jarang-jarang pukul 8 pagi. Kalau start pukul 8 pon, pukul 9 ke 10 habislah. Dalam kelas pon melangut je, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Haha. 

Sekarang start pukul 8.30 pagi habis 5.30 petang. Memanjang buat kerja. Kalau tak buat kerja pon, otak dan badan kena sentiasa ready untuk kerja especially bila SV tanya lab work progress and result. Lab aku pulak sejuk bukan main. Dah boleh feeling-feeling macam winter dah. Balik kerja, masuk bilik, mengeluh. Bilik nauzubillah macam kena rompak. Biasalah pagi-pagi kalut dengan pilih baju, iron baju, sarapan, kemas barang kerja, make-up bagai, tinggal macam tu je. Balik tu mulalah stres. 

Malam-malam gigihlah kemas bilik yang aku dah tau tak sampai 24 jam akan bersepah lagi. Mata ni pulak kalau tak pukul 12 ke atas, tak reti nak tidur. Pagi nanti mulalah tak puas tidur. Hish. Kalau tertidur sebelum pukul 12, nanti dalam pukul 1 ke 2 pagi terjaga pulak. Dah susah nak lelap balik. Hujung minggu lah baru nak kemas bilik sekemas-kemasnya macam tempat manusia tinggal, basuh baju bagai. Aku rasa sebab mak aku tau aku macam ni, dia tak bagi aku kahwin lagi. Siap pesan suruh habiskan belajar dulu. Haha. 

Tapi memang best intern dekat sini walaupun aku sorang-sorang je dekat lab tu (tak ada kawan intern lain. Huhu). Banyak ilmu, skills, experience etc yang aku dapat dekat situ. Aku suka sebab kerja nya lebih kurang macam masa aku FYP. So, tak adalah blur sangat. Tapi possibility projek aku siap sebelum aku habis intern memang low sebab banyak lagi steps kena buat. Repeat. Repeat. Repeat. Biasalah, lab work. Result kena konsisten baru boleh prove kajian tu betul.


Habis dah bebel. =P

Have a happy weekend =D


Saturday, 2 July 2016

Finding My Passion


Hai!!

Aku rasa waktu umur macam sekarang ni memang masa untuk fikir pasal masa depan kot. For the past few years, I thought that I will just go with the flow. Grab everything in front of my eyes and I'm not interest to think about future. I used to think I'm the type of people that will be successful when I start doing something with effort + work hard. I have a lot of interest in many things but it is not passion. It is just interest. Without determination or enthusiasm. Boleh faham ke apa aku membebel ni? Haha. Aku memang complicated sikit kadang-kadang. Kenapa aku nak cari bidang/kerja yang aku ada passion untuk buat? Sebab ini plan untuk jangka masa yang panjang. Dulu tak kisah sebab dua tiga tahun habis lah. Suka ke tak suka ke, sabar sekejap, then habis. Kena ambil masa muhasabah diri rasanya ni. Aku ingat nak menganggur setahun untuk fikir dan mula dari awal plan hidup aku. Haha. Fighting!!





Thursday, 28 April 2016

Dilema Tahun Akhir


Hai!!

Aku rasa ramai yang alami dilema macam aku ni bila dah tahun akhir. Aku fikir punya fikir sampai tumbuh dah encik J dekat muka ni. Dah lah yang sedia ada tak berkurang lagi. ;( Nampak tak stress tu tahap apa. =P 

Apa yang dilema sangatnya? 

Aku tengah confuse nak sambung belajar atau nak kerja. Kalau nak kerja, nak kerja dekat mana? Kalau nak sambung belajar, nak sambung bidang apa? Dekat mana? Part-time ke full-time? Mana nak dapat sumber kewangan untuk sambung tu? Research ke course work ke mix mode

Jangan bagi jawapan, Kahwin je lah senang. Haha. Kahwin lagi susah. Kalau boleh cekup anak raja, anak Dato' mana-mana tak apa jugak. Tinggal masuk rumah lap kaki je. 

Apa-apa pon, banyak lagilah persoalannya. Aku setakat ni memang nak fokus untuk sambung dalam bidang genetik kaunseling tapi sayangnya sebab aku akan bazirkan lab skills aku. Tapi aku akan develop social and communication skills pula untuk bidang ni. Future? Kerja apa? Luas ke peluang pekerjaan dalam bidang ni? No. Aku tak confident untuk kata lepas habis master, zapppp terus kerja jadi genetik kaunselor. Kalau dalam masa 2-4 tahun lagi bidang genetik kaunseling akan jadi meluas dekat Malaysia, insyaAllah. Aku nak sambung ni untuk puaskan hati aku sebab aku buat apa aku nak buat. Dah lama aku mengidam nak study dalam bidang ni. Harap-harap tercapai. 

Cuma masalahnya, mana nak cari duit oiiii. Haha. Mak aku cakap "rezeki ada dekat mana-mana je". Simple betul. Harap jalan aku ni dipermudahkan. Amin...

Before choosing your path, choose your destination first. 
There's no wrong or right. It's yours.


Good luck



Tuesday, 26 April 2016

Malam Gala Genetik 2016

Hai!!

Malam Gala Genetik ni merupakan dinner untuk students Genetik bagi sesi 2015/2016. Dibuat pada hari yang sama dengan Family Day iaitu pada 23 April 2016 baru ni. Majlis dimulakan dengan ketibaan VIP iaitu Ketua Program Genetik dan mantan Ketua Program Genetik, nyanyian lagu Varsiti Kita dan bacaan doa. Diikuti dengan ucapan dari YDP Kelab Genetik, gimik dan perasmian, bacaan doa makan dan MAKAN!!! Dimeriahkan dengan penyampaian hadiah sukaneka untuk Family Day, persembahan silat serta nyanyian, sesi tukar-tukar hadiah dan sesi penghargaan untuk final year students. Klimaks majlis haruslah penyampaian hadiah prince and princess of the night. =D Majlis diakhiri dengan pembubaran AJK sesi 2015/2016 dan diikuti oleh perlantikan AJK Kelab Genetik yang baru bagi sesi 2016/2017. Sebelum balik, tak lengkap kalau tak ada sesi fotografi dengan semua yang hadir termasuklah lecturers

Kami adakan majlis ni di Bangi Golf Resort, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi. 

Keadaan pentas setelah dihias oleh AJK yang terlibat

Suasana dalam dewan sebelum majlis
Final year students.
Tema majlis formal + masquerade.

Yang pakai tudung pink tu mantan Ketua Program Genetik, Prof. Madya Dr. Mahanem.

Hiasan meja tetamu

Sesi potong kek (final year students with lecturers)

Ucapan dari Ketua Program Genetik, Prof. Madya Dr. Endom

Gambar bersama semua tetamu yang hadir. Sikit je students Genetik dekat sini.
Tapi, ini pon tak semua datang.

Ucapan dari YDP Kelab Genetik, Syah.

AJK di sebalik tabir
Final year students only.

Prince of the night, Hawari.

Persembahan silat dari Misma

Another picture of final year students

MC untuk majlis, Azam

Welfie with lecturer

Potong kek

Gambar memang tak ikut susunan perjalanan majlis and sorry tak ada gambar makanan. Hehe. 
 Gambar dari : Syazalina dan Syafiq Zawawi


Thanks juniors. Love.



Monday, 11 April 2016

Ramah Mesra Bersama Naib Canselor


Hai!!


Dalam program ni, NC tekankan tentang "payung merah". Students UKM memang dah biasa dengan talk dari NC pasal "payung merah" ni. 

Gambar dari Google Image

Kalau tengok dari gambar ni, the red umbrella nampak lonely kan? Tak ada siapa yang nak sama dengan dia. Actually, dialah yang paling menonjol. Apa yang membezakan awak dengan graduan-graduan yang beribu lagi tu. Itulah maksud nya. NC minta beberapa orang pelajar yang rasa diri dia tu red umbrella untuk share pengalaman atau cerita dengan kami semua. Adalah dalam empat orang yang cerita apa yang membezakan dia dengan orang lain. 

Kalau dilihat, semua orang ada ciri-ciri red umbrella tu tapi "how red it is" yang paling penting. Macam mana nak tonjolkan diri tu yang penting. Skills ada tapi tak tahu macam mana nak highlight kan nya. Itu masalah sekarang ni. Take your time, observe, discuss with others and improve your effort. Masih ada masa. Do now or never. 

NC ada minta semua students tutup mata dan angkat tangan kalau jawapan kami "ya" bagi soalan dia. Macam-macamlah yang ditanya. Lepas tu, NC minta lecturers buat konklusi selepas observe apa yang students fikir. Ada lecturer yang kata, we have a lot of doubts to ourselves. Kisahnya, ada students yang tak angkat tangan untuk soalan, "adakah awak rasa pengetahuan awak semakin meningkat selepas masuk ke universiti?". Students tu rasa rendah diri, rasa macam banyak benda lagi dia tak tahu, something like that. You tak boleh rasa macam tu. Yes, memang makin kita belajar, makin banyak kita tak tahu. Tapi, yakin pada diri, yang kita ni semakin berpengetahuan berbanding 3 ke 4 tahun dulu. Ok? We're improved but don't realize it. 

Thanks NC. 

Apa-apa pun, goodluck to final year students. 

Tuesday, 5 April 2016

Susah Nak Buat Baik, Susah Lagi Nak Buat Jahat



Hai!!

Semalam aku alami konflik jiwa sikit. Hehe. Kisahnya, ada si A ni minta something dari aku. Tapi benda tu aku dapat dengan susah payah dan aku tak rasa nak share dengan sesiapa. Nak-nak pulak kalau dia bersenang lenang je dapat, main mintak macam tu je. Aku cuba berkias-kias yang aku tak nak bagi tapi dia tak faham, maybe. Aku minta pendapat rakan seperjuangan aku dengan senior aku, both of them kata tak payah bagi. Masalahnya, aku tak sampai hati. Aku tak selesa. Takut dia kata aku kedekut ke apa ke. Tapi kalau nak bagi, aku tak dapat nak ikhlaskan atau halalkan macam tu je. Faham tak situasi aku sekarang ni? Haha. Mungkin aku susah nak bagi sebab cara dia minta tu tak kena dan aku susah nak dapat kan benda tu. Pagi tadi, aku tanya seorang lagi kawan aku, patut ke aku bagi? Dia cakap, bagi je la. Akhirnya, aku bagi cuma aku tak tahu hati aku rasa apa. Aku cuma harap, perkara baik akan dibalas baik. Aku buat tugas aku, dan harap Allah datangkan pertolongan waktu aku susah. Tu je. Waktu ni aku sedar yang walaupun nak buat baik tu rasa susah, susah nak ikhlas, tapi nak buat jahat tu lagi susah sebab rasa bersalah tu kekal lama sangat dalam hati. Buatlah baik dan belajar untuk ikhlas. 

Sunday, 3 April 2016

3 Tips Penting Review Blog


Hai!!

Aku nak share tentang pendapat aku mengenai tips untuk review blog seseorang atau mungkin juga boleh apply untuk review produk dan sebagainya. Tanggungjawab menulis review ni berat sebenarnya. Nak-nak pula kalau kita dibayar atau itu adalah reward kepada pemenang segmen kita. Jadi, diharapkan tips di bawah ni dapat membantu.

1. Study

Pada aku, ni langkah utama sebelum review blog tersebut. Pergi ke link blog tersebut, stalk beberapa entri di blog itu, tengok details penulisnya, entri tentang apa yang selalu ditulis, gaya penulisan dan sebagainya. Tak susah pon. Kebanyakan blog ada 'label', tak pon 'menu bar' / 'dropdown menu'. Dari situ je dah dapat banyak info tentang blog tersebut. 


Dengan merujuk dua bahagian seperti di atas ni dah boleh tahu fokus penulisan dalam sesuatu blog tersebut. Tak susah kan nak study?

2. Passion

Tunjukkan semangat, kesungguhan, keikhlasan dalam penulisan. Tulis macam mana kita nak orang tulis tentang blog kita. Bila kita review sesuatu, maksudnya kita memperkenalkannya kepada orang lain. Jadi, bila review sesebuah blog, dari tajuk hinggalah ayat terakhir, tulis dengan baik sampai buat penulis blog tersebut rasa nak review balik tentang blog kita. Sampai dia rasa dihargai bila kita sudi review blog dia. Apa yang kita tulis, menggambarkan diri kita. Tulis dari hati untuk sampaikan ke hati yang lain. Bolehkan?

3. Lebihkan yang positif

Setiap sesuatu tu tak akan sempurna sebab ia buatan manusia. Tapi kalau boleh, cari sudut positif dalam blog tu dan nyatakan dalam review. Kalau nak mention 5 perkara tentang blog tersebut, 4/5 haruslah yang baik-baik. 1/5 tu bolehlah tulis sekadar nasihat kasih-sayang untuk dibaiki oleh blogger berkenaan.  Masukkan juga perkara yang unik tentang blog tu. Apa kelainan blog tersebut yang kita suka dan rasa bermanfaat untuk dikongsi. Ok?

Setakat ini je perkongsian tips dari aku. Kalau ada tips lain yang nak ditambah atau cerita review-me'review' yang nak dikongsi, sila taip diruangan komen. =D Boleh ke BLOG INI untuk rujuk cara Kataubaid review sesebuah blog. I'm not saying it's perfect but it's attractive to read.

Boleh Google je 'Kataubaid Review Blog'



Selamat mencuba. Thank you

*Jutaan terima kasih kepada beberapa blogger yang telah sudi me'review' blog The Putra Diverse ni. Jasamu dikenang. =D

Saturday, 2 April 2016

We Know Them Better Now


Hai!!

Pernah tak rasa, makin awak kenal kawan tu, makin nampak perangai dia yang kita tak berkenan? 
Pernah tak rasa, suami awak berubah selepas kahwin?
Pernah tak rasa, makin lama berkenalan dengan si dia, makin nampak yang dia dah lain dari mula-mula kenal?

Kalau pernah, jangan fikir yang bukan-bukan dulu. Jangan anggap yang dia tu talam dua muka, jangan anggap dia berpura-pura, jangan anggap dia dah tak sayang kita, jangan anggap dia dah tak cinta, jangan. Itu tandanya, kita makin kenal siapa dia. Kita makin dekat dengan diri dia. Dia comfortable dengan kita untuk tunjuk siapa dia yang sebenar. We just know them better now. Kita tak jadi gila-gila kan dengan orang yang kita baru kenal? Tapi kita buat suka-suka hati je dekat bestfriend kita. Gelak tak tahu segan. Bergurau mengutuk bagai. Sebab kita kenal, faham dan selesa antara satu sama lain. Jadi, jangan fikir mereka berubah.  Terima seadanya dan cermin juga diri kita. Dia berubah mungkin juga sebab kita yang dah berubah dulu. 




Saranghaeyo =D
 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI