Thursday, 1 March 2018

Unexpected Visit : Balai Seni Negara

Assalamualaikum. Hai!!

Semalam saya dengan Emma pergi Balai Seni Negara lepas balik dari Hospital Kuala Lumpur. Boleh jalan kaki je ikut jalan pintas nak ke KTSN UKM. Tujuannya nak cari lukisan pakcik Emma dekat situ. Alang-alang masuk percuma, sepuluh kali pergi pon tak apa. Kebetulan masa kami datang tu, ada pameran KL Biennale. Boleh rujuk KL Biennale untuk maklumat lanjut pasal tu. Bertemakan Be Loved : Alami Belas. Pameran tu akan tamat pada 30th March 2018. Masih sempat lagi untuk pergi tengok lukisan-lukisan unik dekat situ. Since kami berdua ni bukan orang seni, tak berapa faham sangatlah apa yang dilukis. Baca description tepi-tepi gambar je untuk faham. Dekat bawah ni antara gambar-gambar di Balai Seni Negara atau dikenali sebagai Balai Seni Visual Negara sejak 2011. 



Bunga teratai jadi simbol untuk pameran ni. Ada dua tiga la gambar teratai dalam galeri tu. 

Setiap bilik pameran ada tema berlainan. Tema Alam, Haiwan dengan Insan best. Pada saya la. 


Background belakang saya tu bermaksud hidup atau mati (lebih kurang gitu tajuk dia). Saya rasa dia maksudkan rumput yang dah layu dengan yang masih hijau. Kot. 

Ni pasal gajah yang hampir pupus. Setiap satu gajah yang bertaburan dekat lantai tu bertulis faktor yang menyebabkan dia makin pupus. Sedih.


Emma acting je ni

Teka ni apa. Air keluar dari gelung paip, ikan melimpah-limpah. Maksud? I don't know. Agak je.

Tak faham pun gambar apa ni tapi saya suka warna dia. Pink pink gitu. Hehe

Yang ni tengok depan-depan lukisan tu, nampak scary. Tapi menarik. 

Tak faham sangat function cassava ni. Kalau tak salah untuk simpan memori ke apa tah. Rasa memerlukan seseorang untuk terangkan pasal ni. ada paku banyak-banyak cucuk kat cassava tu. Scary pulak tengok. 

Ni sampel batuan dan air kat Malaysia kalau tak salah. Dekat balang air tu ada tampal la suhu apa semua. Budak geologi fahamlah kot benda-benda gini.

Siap ukur lagi teratai tu berapa cm. Aigooo. Ada bunga lain juga macam bunga raya dengan orkid.


Emma beside kyrizon. Yang ni style. Baca DI SINI


Zygote mungkin.

Teka ni apa. Cacing? No no no. 

Ni gambar paling meriah rasanya dekat dalam tu. Macam-macam warna ada. Gambar apa tak tahu.

Ni cantik. Ada satu lagi gambar, dia tinggal tali je. Dah tak ada sampan tu.

Gambar ni tengok real cantik, dalam camera tak lawa.... Pasal angin api air tanah.

Ni air la kot rasanya. Tang mana angin pon tak tahu la. Orang buta seni macam ni la nak oiii.

Emma kata ni kedai ubat cina. Tin terbakar. Tah betul ke tak, tak tahu. Ye ye je la.

Ada explanation pasal life cycle apa tah dekat gambar-gambar tu

Ni pon teratai lagi


A story, I guess. Gambar dalam piring tu pasal cerita ni la





Dalam ruang tu cerita pasal Merah, si kucing. Tuan kucing tu mati akhirnya. Sobs sobs.

Burung gi ada sekali dalam gambar pasal gajah hampir pupus tadi

Ada label "enjoy your dinner". Seafood mungkin.





Gambar teratai lagi. Label : Two lilies. Bright Sun. Radiant. Untouched. (Eric Peris)

Yang ni rasa nak bawak balik hias dekat rumah. Cantikkkkk

Gambar ni patriotik tapi tulisan-tulisan dekat situ memang banyak yang kelakar. Boleh ambil masa baca satu-satu. Rakyat Malaysia ni pandai buat lawak.





Yang ini pon pasal pupus. Simbolik kot. Nampak budak tu pegang bumi.

Yang ni ada dekat penjuru dinding. Kecikkkk je. Kena suluh dan tengok guna kanta pembesar. 

Rasa nak pening tengok la tulisan ni lama-lama. Bergerak sebenarnya tulisan ni. Kiri kanan kiri kanan. Pasal sains.



Settler in the hill 1059







Plan nak buat juga dekat rumah. Vintage style gituuuu. Ambik segala tin sardin, susu etc, tampal gambar. Senang. Tak perlu beli frame gambar dekat kedai dah.

Ledang rasanya ni. (Emma kata =P)



Arabic words

Tak tahu gambar pasal apa tapi nampak 3 ke 4 orang ambil gambar ni, ikut jugak lah ambik. Haha.


Lepas 2 jam melilau dalam Balai Seni Negara tu, kami pon balik. Tak jumpa pon lukisan pakcik Emma. Emma plan nak pergi lagi sekali masa tak ada pameran bertema macam ni. 

Waktu Operasi Galeri
Setiap Hari :
10.00 Pagi – 6.00 Petang
9.00 Pagi – 5.00 Petang (Bulan Ramadhan sahaja)


Have a nice day


1 comment:

  1. woww seronoknya pergi balai seni negara.. the arts there were very unique and express something hidden only the creator know whats behind it :D love to see them.
    follow sini #317

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI