Hai
Hari Isnin baru ni saya baru melahirkan hasil karya yang bertajuk "BUKAN SEMPURNA" di Wattpad. Sesiapa yang ada account Wattpad boleh rajin-rajin singgah baca cerita saya. Memandangkan ini cerita pertama yang saya published di Wattpad, jasa kalian amatlah diharapkan untuk comment apa-apa yang patut sebagai panduan dan untuk penambahbaikan.
Walaupun saya sudah lama meninggalkan alam persekolahan, tetapi saya menulis cerita mengenai remaja-remaja di zaman persekolahan mereka. Tentang kekeluargaan, persahabatan dan cinta. Berkisarkan "aku" seorang gadis bernama Ayla, yang kini bahagia bersama keluarga tetapi suka memendam perasaan. Sangat secretive dan kalang-kala mudah menghukum. Dia sangat takut dengan kata-kata orang lalu sukar menonjolkan siapa dirinya yang sebenar. Tindakannya dipengaruhi emosi yang bersangka-sangka.
Sebentar tadi saya baru sahaja published Bab 7 dan harap you guys enjoy.