Assalamualaikum..
Musim-musim nak
final exam tanpa
study week ni, menggagau la masing-masing cari masa nak
study. Aku pun samalah. Tak cukup dua tangan, satu otak, dua mata, nak buat semua kerja. Mana nak
study lagi, tengok
past year question, assignment, group work,lab report etc. Rasa macam nak minta pada Allah bagilah sehari tu 48 jam. Hehe. Sebab kita manusiakan. Siapa yang ada masa lapang 10 jam, dia
study tak berhenti 10 jam? Tak adakan. Mesti ada time rehat-rehat, makan, dan sebagainya untuk hilangkan lenguh dan ringankan otak yang semakin penuh ilmu. =P Oklah, di sini aku nak kongsikan serba sedikit tip untuk belajar dan mudah ingat. Walaupun aku bukan budak genius ke pandai ke, tapi apa salahnya
share ilmu. Cara
study masing-masingkan lain sebab ikut tahap kepandaian dan kepantasan mengingat fakta bagi kami orang Bio ni. Memandangkan aku seorang yang lambat mengingat dan susah fokus dalam kelas, aku buat cara ini. :-
1) Datang kelas
Walaupun kerja ponteng kelas ni aku banyak kali juga buat, tapi selagi boleh datang, aku datang. Kalau kelas elektif tu, aku datang kalau rajin. Kelas subjek major, mesti datang kalau tak balik rumah. Aku bukan fokus sangat apa yang lecturer ajar sebab aku jenis belajar
face-to-face, baru cepat faham. Aku susah nak
interupt lecturer depan orang ramai. Tak kan setiap kali aku tak faham, aku nak angkat tangan. Bila nak habis
syllabus. jadi, apa yang aku buat?
2)
Record
Kalau dapat
lecturer yang suara kuat, senanglah nak rakam kuliah dia. Tak perlulah sampai buat video macam nak letak dalam Youtube.
Sound record pun dah cukup. Jadi, kalau dalam kelas aku tak sempat nak salin atau tak berapa fokus, recorder tu boleh jadi bahan rujukan. Aku bukan seorang yang rajin nak belek buku tebal-tebal bila dah puas Google tapi tak jumpa. Lagipun, apa yang
lecturer cakap mesti keluar
exam. Kalau dapat
lecturer suara
slow tu, pesanlah dekat beliau awal-awal untuk guna
mic. Rakaman yang kita buat tu boleh dengar waktu nak tidur, sambil jalan-jalan atau waktu nak pergi jawab
exam. Kalau nak membaca waktu nak pergi
exam, rasanya semua terbang melayang macam tu saja. Tapi ada sesetengah orang cakap, kalau nak rakam suara cikgu mengajar kena minta izin dia dulu sebab nanti tak berkat ilmu yang kita dapat tu. Jadi, untuk keselamatan, mintalah izin ataupun bila kelas
last tu, minta maaf dan minta halalkan ilmusemua yang dia bagi.
3) Tidur
Pastikan dapat tidur yang secukupnya. Jangan kurang, jangan terlebih. Maklumlah sebagai
student ni, ramai yang tidur lewat. Lepas tu, tidur lepas Subuh. Aku jarang sangat buat macam tu kalau dekat kolej. Kalau dekat rumah, memang tak ada kerja nak buat, aku tidur sajalah. Kurangkan pengambilan
caffeine ok. Walaupun semua nak tidur lewat untuk siapkan segala
assignment dan
caffeine pun ade kelebihan juga. Tidur yang cukup baik untuk kesihatan kita. Badan lebih segar, kurang stres dan lebih bersedia untuk ke kelas bila bangun awal pagi.
4)
Last minute
Aku tak berapa suka nak buat kerja
last minute kalau kerja tu bukan kerja
group. Kalau kerja dengan orang lain, kita kenalah
match masa kita dengan dia pula. Jadi, aku akan
settle kan kerja individu dulu dan bila nak dekat
final, tak adalah kelam-kabut dengan
assignment yang remeh-temeh. Tinggal nak
complete kan mana yang patut saja. Bolehlah fokus untuk
study.
5) Makan
Pemakanan mestilah kene jaga dengan baik. Aku bukan cakap pasal diet nak kurus ye dekat sini tapi pemakanan seimbang untuk kehidupan yang lebih efektif. Aku merupakan individu yang kurang minat makan sayur tapi suka sangat makan buah. Jadi aku
balance kan pengambilan makanan aku dan tak semua sayur yang aku tak makan. Otak yang cerdas dibantu oleh pemakanan yang baik. Makanlah juga makanan sunnah seperti madu, kismis, habbatus sauda dan kurma untuk tingkatkan lagi ingatan.
6) Senaman
Nasihat ni untuk aku juga sebab aku tak minat bersukan macam main futsal atau
jogging. Tapi aku suka senaman yang boleh dilakukan secara
indoor seperti senamrobik,
skipping, regangan,
jump squad, atau gunakan kerusi dan tangga. Kalau malas sangat nak bersenam, silalah berjalan kaki pergi dan balik dari kelas. Selain dapat melihat gelagat manusia dan mengambil udara yang bersih, dapat juga menurunkan kalori dan menyegarkan minda.
7) Jaga hubungan dengan Allah
Aku rasa yang ni paling penting walaupun aku sangat culas bab ni. Allahuakbar. Aku pun sedang berusaha untuk perbaiki hubungan aku dengan Yang Maha Esa. Berusahalah bangun solat Tahajud, Dhuha pun kalau boleh jangan tinggal kalau hari cuti tu. Kita nak minta tolong Dia macam-macam, tak kan sikit saja masa untuk menghadap Dia kita tak boleh luangkan. Bukan hanya masa
exam kita berusaha dekat dengan Allah, tapi sepanjang masa. Moga Allah bantu kita untuk permudahkan perjalanan hidup kita.
8) Hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan
Jaga hubungan dengan ibu bapa dan adik-beradik sebab doa mereka amat membantu kita untuk hidup yang lebih berkat. Siapa lagi yang sudi doakan kita kalau bukan ahli keluarga. Dengan kawan-kawan pun jaga pertuturan dan perbuatan kita. Aku pun kadang-kadang bergurau melebih juga jadi sebelum
final ni, 0-0 lah ye masing-masing. Kalau ada kerja dengan kumpulan, mohon bagi kerjasama walau semangat macam mana pun kita nak dapat 4.0, ok? Kita mudahkan kerja orang, InsyaAllah, Allah permudahkan kerja kita. Semoga ilmu yang kita dapat diberkati-Nya. Amin.
9)
Challenge your mind
Amboi, tip memang macam tip-top kan. Haha. Aku ambil situasi aku lah senang sikit nak
explain. Sebagai
student yang menghadap ayat-ayat Biologi,
pathway, scientific terms dan seangkatan dengannya, sangat-sangat memenatkan dan kadang-kadang datang juga bosan tu. Jadi, aku akan main
game yang memerlukan fokus, menarik dan menghubungkan sel-sel otak aku. Aku suka
math game and searching hidden objects game. Pada aku
game macam tu dapat cerdaskan lagi minda dan kurangkan rasa mengantuk waktu
study. Sudoku pun disarankan main bagi yang berminat tapi aku kurang minat sebab aku suka
game yang cepat naik
level =P
10)
listen to music
Ha, bila suruh dengar muzik ni, janganlah yang sampai bergegar otak kalau dengar tu. Cukuplah sekadar dengar
instrumental melody atau radio yang dipasang perlahan supaya kurangkan mengantuk dan sebagai hiburan waktu
study. Aku selalunya perlukan suasana yang senyap kalau nak fokus study tapi kalau nak buat
shortnote, aku perlu dengar muzik yang
slow sebab aku cepat bosan kalau tulis nota.
Setakat ini sahaja bebelan saya. Apa-apa pun, ini sekadar tip sahaja. Berkesan atau tidak, bergantung pada sifat masing-masing. Sekian.