Sunday 18 September 2016

Andai Itu Takdirnya 2 [novel review]

Assalamualaikum.

Hai!!

Dalam novel Andai Itu Takdirnya 2 ini, Syed Aizril sekali lagi mempercayai hasutan manusia sekelilingnya yang berniat jahat, Datin Sharifah Rosnah dan Sharifah Azreen. Sikap kejam Syed Aizril terhadap Aleya dan anak-anaknya telah mengorban nyawa salah seorang anak mereka. Selain berlaku kejam, dituduhnya Aleya dan keluarga mertuanya hanya ingin menumpang kesenangan sahaja. Sombong dan ego Syed Aizril membutakan mata hatinya. Lalu, bila pintu keinsafan terbuka, sukar bagi Syed Aizril mendapatkan kemaafan dari Aleya, anak-anak dan keluarga mertuanya. Satu-persatu kesalahan Syed Aizril diungkit dan terlayar kembali. Masih adakah kemaafan untuk Syed Aizril terutama dari anak-anaknya?

Masa zaman sekolah menengah dulu, meraung-raung baca novel Andai Itu Takdirnya. Bila keluar versi ke-2, apa lagi, beli lah laju-laju. Siapa yang minat novel Andai Itu Takdirnya, mesti tahu betapa hebatnya impak novel tu sampai membawa nama penulis Siti Rosmizah ke puncak. Sentuhan Siti Rosmizah dalam melahirkan watak yang ekstrem sangat mengagumkan. Walaupun jalan cerita kekejaman Syed Aizril dan ending nya boleh diagak tapi penyampaian setiap scene tu sangat menarik. Part Syed Aizril kejam dengan part dia dah insaf memang match especially bila throwback satu-satu salah dia. Kalau tak faham apa yang aku maksudkan ni, kenalah baca. Aku pon tak pandai nak explain. Hehe. Syed Aizril ni bila jahat, memang jahat betul. Rasa nak tembak-tembak je. Tapi masa dia dah insaf, minta maaf, pujuk bagai tu, kesianlah pulak. Sedih masa anak dia tak terima ayah sendiri. =( Kalau ada Andai Itu Takdirnya 3, Syed Aizril tolonglah jangan jadi jahat lagi. Bagi Aleya pulak ke jadi jahat. =P . 

Ok lah, selamat membaca =D


SINOPSIS ANDAI ITU TAKDIRNYA 2
Klik untuk gambar lebih jelas

8 comments:

  1. Wahh , nak pinjam 😍

    ReplyDelete
  2. rajinnya review...

    psstt.. mia nak jemput untuk join ga.. http://www.mialiana.com/2016/09/giveaway-3d-gold-stemcell-serum-my.html

    ReplyDelete
  3. Tengah baca... Bengkak mata nangis.. Sedih sgt novel ni.. Lagik sedih dari no.1 dulu.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. sedih bebenor. sya yg 1st hari tu sedih melampau-lampau. 2nd dah cool dah. hehe

      Delete
  4. macam best ja novel ni,,, dah lama akk tak baca novel cinta2 ni,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. sya baca sebab nak santai2 je. penat belajar. rest sambil baca novel je la

      Delete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI