Wednesday, 5 October 2016

Imaginasi [Book Review]

Hai!
Assalamualaikum






Seekor singa putih yang dijaga oleh Arwah Alang Kassim 'diwariskan' kepada anaknya, Suhaila. Singa tu muncul waktu bulan mengambang dan ada sesetangah haiwan ternakan penduduk kampung dimakannya termasuklah ternakan Pak Budin. Persoalannya, betulkah singa itu saka atau jelmaan?

Pak Budin mempunyai anak perempuan bernama Juita yang diminati Abam. Abam seorang yang lurus bendul dan bekerja sebagai penjaga ternakan Pak Budin. Sikap Abam berubah setelah dia berjumpa dengan singa putih itu. Apakah yang terjadi? Siapa Abam sebenarnya?

Suhaila mempunyai seorang anak bernama Hafiz dan mereka telah lama terpisah setelah Suhaila dituduh membunuh arwah suaminya. Hafiz jatuh cinta pada Citra sewaktu berada di luar negara. Mereka pulang ke tanah air untuk melangsungkan pernikahan tetapi hajat mereka tidak kesampaian. Hafiz dan Citra tidak mungkin boleh berkahwin. Mengapa?

Kamil yang merupakan bekas banduan bekerja di kawasan milik Suhaila. Kamil telah lama menyukai Suhaila sejak Suhaila berada di bank yang sama Kamil merompak. Mampukah Kamil membantu Suhaila memulangkan singa putih itu ke tempat asalnya?

Dah berzaman nak review novel Ramlee Awang Murshid tajuk Imaginasi ni. Baru sekarang ada masa. Bagi aku, mood novel ni macam lain dari yang lain. More to love story with a little bit suspense. Kehidupan masyarakat yang suka membuat cerita dan memandang rendah kepada orang lain juga diketengahkan dalam novel ni. Seronok baca novel ni sebab tak heavy sangat sambil merungkai misteri singa putih tersebut.

Kalau nak review pasal novel ni lebih detail, boleh baca Blog Lensahatikenitra

Selamat membaca. 

4 comments:

  1. Best novel ni! Lain daripada lain dan penuh misteri sehingga ke akhir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. agree. lain dari yg lain. santai sikit

      Delete
  2. sebenarnya nak cari entry pasai surat pu utk mira filzah kalau sy x silap tngk, tp x jumpa. tjumpa plak entry ni. sy dah baca novel imaginasi ni, x sangka plak si Abam tu ye 😄 diam2 berisi. kesian Suhaila & Hafiz. Geram dgn Citra x bterus terang

    ReplyDelete
    Replies
    1. done comment the link at your blog post. tq visit my blog. yeah. watak Abam tu mmg susah dijangka tp dri situ kita blajar jgn judge org dari luaran je. kan

      Delete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI