Showing posts with label RAM. Show all posts
Showing posts with label RAM. Show all posts

Wednesday, 5 October 2016

Imaginasi [Book Review]

Hai!
Assalamualaikum






Seekor singa putih yang dijaga oleh Arwah Alang Kassim 'diwariskan' kepada anaknya, Suhaila. Singa tu muncul waktu bulan mengambang dan ada sesetangah haiwan ternakan penduduk kampung dimakannya termasuklah ternakan Pak Budin. Persoalannya, betulkah singa itu saka atau jelmaan?

Pak Budin mempunyai anak perempuan bernama Juita yang diminati Abam. Abam seorang yang lurus bendul dan bekerja sebagai penjaga ternakan Pak Budin. Sikap Abam berubah setelah dia berjumpa dengan singa putih itu. Apakah yang terjadi? Siapa Abam sebenarnya?

Suhaila mempunyai seorang anak bernama Hafiz dan mereka telah lama terpisah setelah Suhaila dituduh membunuh arwah suaminya. Hafiz jatuh cinta pada Citra sewaktu berada di luar negara. Mereka pulang ke tanah air untuk melangsungkan pernikahan tetapi hajat mereka tidak kesampaian. Hafiz dan Citra tidak mungkin boleh berkahwin. Mengapa?

Kamil yang merupakan bekas banduan bekerja di kawasan milik Suhaila. Kamil telah lama menyukai Suhaila sejak Suhaila berada di bank yang sama Kamil merompak. Mampukah Kamil membantu Suhaila memulangkan singa putih itu ke tempat asalnya?

Dah berzaman nak review novel Ramlee Awang Murshid tajuk Imaginasi ni. Baru sekarang ada masa. Bagi aku, mood novel ni macam lain dari yang lain. More to love story with a little bit suspense. Kehidupan masyarakat yang suka membuat cerita dan memandang rendah kepada orang lain juga diketengahkan dalam novel ni. Seronok baca novel ni sebab tak heavy sangat sambil merungkai misteri singa putih tersebut.

Kalau nak review pasal novel ni lebih detail, boleh baca Blog Lensahatikenitra

Selamat membaca. 

Tuesday, 12 April 2016

[Review Novel] Sunan Cinta Nan Sakti


Hai!!

Review novel Sunan Cinta Nan Sakti ni adalah sambungan kepada NOVEL SUNAN-Nanggroe Sang Kembara yang telah di'review' baru-baru ni. 



Sinopsis :

CINTA menuntut seluruh pengertian. Saifudin dan Ratna Sang Ratu Sulaman menyulam cinta dalam kancah pertempuran, permusuhan dan perjuangan. Cinta – tidak terlafaz dalam lisan. Hanya suara hati yang melagukannya biar dilandai krisis paling parah. Cinta – bakal diakhiri dengan peperangan. Mengorbankan insan tersayang. Apakah semua ini mahar untuk sebuah pernikahan?
Wali Sufi – melarang cinta Saifudin dan Ratna Sang Ratu Sulaman atas alasan yang berbeza. Cintai Penciptamu terlebih dahulu nescaya cinta fitrah suci bakal dikurnia-NYA.
Maharani - menegah cinta Sang Ratu atas sebab... cinta itu melumpuhkan sifat serikandi seorang pejuang.
“Aku akan kembali mendapatkanmu, Saifudin. Akan kuhancurkan kau dalam gumpalan tanah negerimu sendiri. Akan aku pastikan kuburanmu tidak bertanda. Akan kupastikan kematianmu tidak diratapi... apatah lagi untuk dikenang. Seluruh marga negerimu akan kuseksa. Kujadikan negerimu sebuah neraka dunia!” - Ratna Sang Ratu Sulaman.
“Sebagai manusia... aku sayang padamu.” Saifudin dengan gelar Laksamana Sunan.
Dalam kancah peperangan dan permusuhan yang sedang rancak bergolak, maka...
Di sinilah... lahirnya seorang legenda.
Di sini jugalah zahirnya sebuah cinta.
RAMLEE AWANG MURSHID mengekalkan rentak cinta dan aksi dalam alur cerita karyanya kali ini. Nanggroe Sang Kembara menempuhi banyak gendala dalam perjalanan meraih Cinta Nan Sakti. Perjuangan tidak mengenal erti lelah biarpun hampir tewas. Kebangkitan merupakan kemuncak sebuah hakikat dalam layar sebuah hikayat.
Siapa yang bakal belangsukawa? Pencinta atau yang dicintai?


Review :

Novel ni bermula dengan pembunuhan Engku Aminah  oleh Sang Ratu di hadapan Saifudin. Saifudin telah beberapa kali terselamat daripada dibunuh oleh Sang Ratu, orang kenit, Raja Tambuakar, Nyi Burga Kelara dan sebagainya. Kisah cinta Saifudin dengan Sang Ratu pun sedih juga. Maharani dan Wali Sufi "menjampi" Sang Ratu dan Saifudin dengan cara yang berbeza tetapi tujuan yang sama, lupakan cinta. Wali Sufi nak Saifudin lebih mengenali cinta Allah berbanding cinta fitrah dan Maharani nak Sang Ratu jadi kejam tanpa rasa cinta. Ada plot twist dalam percintaan abang kepada Saifudin, Megat dengan Seroja dan satu lagi kisah cinta sedih dalam novel ni antara Jaka dan seorang nenek. Novel ni lagi gempak dua kali ganda berbanding novel Sunan dan menyebabkan aku rasa nak ada sambungan lagi dan lagi. Kalau yang dah baca novel-novel Laksamana Sunan sebelum ni, memang akan automatically refresh scene-scene dulu. Lepas tu rasa, "ooo, macam ni ke yang menyebabkan jadi macam tu,". Ada beberapa ayat yang selalu Saifudin guna dalam dialog dia mula tercipta dari novel Sunan Nanggroe Sang Kembara dan Sunan Cinta Nan Sakti. Bangak tips islamik yang dapat dikutip dari novel berkisahkan Laksamana Sunan ni. Aku pon boleh terikut-ikut dengan bacaan ayat Al-Quran yang Saifudin baca waktu dia dalam kesusahan. Kadang-kadang, penulisan RAM dapat membuatkan seseorang tu rasa insaf dan menusuk kalbu. Heee. Tahniah. 


Dapatkan novel ni sekarang sebab nanti novel baru, Imaginasi nak keluar pulak. Selamat membaca.

Thursday, 7 April 2016

[Review Novel] SUNAN Nanggroe Sang Kembara


Hai!!

Sudah 8 buah Novel Ramlee Awang Murshid yang menceritakan kehebatan dan jalan hidup Laksamana Sunan dikeluarkan dan novel SUNAN adalah salah satu daripadanya. Apa yang uniknya novel ini ialah ia mengisahkan permulaan hidup Laksamana Sunan di pertengahan siri. Faham ke? Jom baca sinopsis dulu dan aku akan terangkan nanti.

RM23.00


Sinopsis (dari KelabRAM) :

DEK kerana fitnah dan dihukum bapa sendiri, Saifudin menjadi perantau di bumi Serambi Mekah - Aceh. Banyak ranjau yang terpaksa dilalui sebelum bermukim di situ. Saifudin diangkat menjadi anak asuhan kepada Wali Sufi. Memilih mendalami agama Islam berbanding seni persilatan. 

Ajaran agama Islam banyak membentuk caranya bertingkah laku. Sentiasa mengiringi Wali Sufi ke mana-mana dalam menyelesaikan urusan. Hatta, sering menjadi mangsa buli Djailuh dan Sadik di gelanggang persilatan. 

Kemunculan Ratna Sang Ratu Sulaman yang menyusup ke bumi Aceh dengan satu tujuan - membunuh Wali Sufi untuk menghancurkan keampuhan Aceh daripada serangan Kerajaan Pulau Utara. Namun Ratna gagal melakukannya. Justeru, anak asuhan Maharani itu menyasarkan Saifudin dalam perjuangannya. Membunuh Saifudin dipercayai bakal membunuh semangat juang Wali Sufi. 

Engku Aminah, anak kerabat Istana Pagar Ruyong yang rupawan mula jatuh kasih pada Saifudin biarpun dalam tempoh yang singkat. Malangnya, Ratna menjadi batu penghalang. Ada sekelumit rasa cemburu membajai jiwanya.

Review :

Novel ini melengkapkan lagi jalan hidup seorang Sunan yang bernama Saifudin. Novel sebelum ini daripada Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Sutera Bidadari, Cinta Sufi dan Sunan Musafir menceritakan Sunan sewaktu dewasa hingga ke anak cucu keturunannya. Tetapi novel Sunan yang dikeluarkan dipertengahan siri ini menceritakan bagaimana Saifudin ketika lahir sehingga cintanya berputik pada Sang Ratu. Bagaimana kehidupan Saifudin sebelum menjadi hebat seperti Laksamana Sunan dan kisah di sebalik kependekaran yang dipelajari dari Wali Sufi. 

Sunan yang dikenali sebelum ini adalah Sunan yang hebat, mudah mengalahkan musuh selepas membentangkan tawaran. Tetapi, Sunan yang diceritakan dalam novel ini adalah kanak-kanak juga remaja biasa yang tak lepas dari kekhilafan serta godaan nafsu. Luna Si Bangsa Polip sentiasa mengawasi Saifudin tanpa pengetahuannya. Ratna Sang Ratu mangagumi kebaikan Saifudin tapi terpaksa memusuhinya. Tapi siapa Engku Aminah yang Ratna tidak akan sesekali bunuh sebelum rancangannya berhasil? Nak tahu, kena baca. 

Turut diselitkan juga dalam novel ini detik Maharani mengambil Ratna Sang Ratu sebagai anak angkat, penderitaan hidup keluarga Saifudin akibat fitnah, kisah taghut laknatullah dan Gimbaran, 

Siapa yang dah jatuh cinta dengan Laksamana Sunan, mesti baca novel ni untuk tahu kisah dia masa muda-muda. Siapa nak tahu kenapa orang boleh jatuh cinta dengan Saifudin, kena baca novel-novel sebelum ini. 

Pengajarannya, kita tak dilahirkan sempurna melainkan didikan agama dalam diri hari demi hari mengajar kita jadi lebih baik dari semalam. Kepercayaan terhadap Allah, kesabaran dan keikhlasan tu penting dalam mengukuhkan iman. 

Nantikan review Sunan Cinta Nan Sakti pula nanti ok? 

=D



 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI