Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Wednesday, 31 January 2018

Photography Time at MinNature Malaysia!!

Hai! Assalamualaikum!

Are you all familiar with MinNature at Summit USJ? It is Asia's largest indoor miniature exhibition. Super attractive place for children and adults. Skala saiz pameran adalah 1:87. Macam-macam benda dapat dilihat dalam saiz yang sangat kecil seperti pemandangan ladang kelapa sawit, sawah padi, gelagat manusia, haiwan-haiwan dan juga bangunan. Sesetengahnya dapat mengeluarkan bunyi jika butang tertentu ditekan. 

Nisbah saiz. Gambar dari SINI


Sewaktu saya pergi ke situ, tiada visitor lain melainkan saya dan rakan. It is like I rented the whole place and it's really fun. I can take as much time as possible to take pictures there. Lebih kurang 2 jam juga kami habiskan masa di situ. Ada juga staff yang datang bagi penerangan kepada kami tentang apa yang dipamerkan. Selain pamphlet mengenai MinNature, staff tersebut memberi kami sehelai kertas yang mempunyai senarai "Treasure Hunt" yang boleh kami cari di situ. Dengan adanya senari tersebut, kami secara tidak langsung menjadi lebih teliti apabila melihat pameran di situ semata-mata untuk mencari imej "Treasure Hunt" tersebut. Antaranya ialah Doraemon, zombi, Spiderman dan sebagainya. Mula-mula masuk tu akan nampak suasana kampung dengan ayam lembu semua tu. Lepas tu bergerak ke bahagian pelabuhan ala-ala Pelabuhan Klang dengan chalet atas air. Ada juga kawasan industri, taman tema, landasan keretapi, gunung berapi, Menara KL, Dataran Merdeka, Muzium Negara dan sebagainya. 

Sebelah pintu masuk

pokok-pokok ditebang

kereta mewah di kawasan kampung

pekerja buruh binaan

rumah kampung bersama lembu-lembunya

lembu kena langgar



wedding


taman tema air




 

cenderahati turut dijual berdekatan pintu keluar



It's a fun day!

Harga tiket : 
- Dewasa - RM28.00
- Kanak-kanak (Umur 4-12) - RM15.00
- Warga emas (>60) - RM15.00
- Percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun dan untuk pemegang pas OKU (mesti diiringi oleh ibu bapa atau penjaga yang membayar sepenuhnya)

Alamat : 
The Summit USJ, The Summit USJ,, 1, Persiaran Kewajipan, Usj 1, 47600 Subang Jaya, Selangor

No. Telefon : 
+603 8011 9372

Waktu operasi : 
buka setiap hari termasuk cuti umum dan cuti sekolah dari pukul 10 pagi sampai 10 malam

Facebook : MinNature Malaysia

Monday, 18 December 2017

Kelantan Trip 2 (D&D Budget Inn)


Hai!!

As promised, aku nak share hotel bajet yang kami tinggal untuk 2 minggu selama dekat Kelantan. Since kami dapat tahu kena pergi HUSM ni dah last minute, Jumaat nak pergi, Isnin baru tahu, so, memang rushing lah nak booking hotel. Selagi boleh nak yang murah dan selesa. Memang dah plan tak nak stay homestay sebab agak mahal + bukan nak masak pon dekat sana. Google punya Google, jumpa 2 hotel yang bagi harga berpatutan. Salah satunya, D&D Budget Inn. Untuk 15 hari, dapat harga RM 380. Siap free wifi, bilik aircond, dobi layan diri, TV, attached bathroom dan 4 katil single. Sebelum sampai hotel tu, aku memang tak expect apa-apa sebab murah kan harga dia. Sekadar ada pon tak apa. 

Hotel tu sebelah kedai ni. Ada tempat parking dekat depan dan belakang hotel.

Sejadah, kerusi, sinki, tuala, selimut, penyangkut baju, surah Yassin pon ada

Shower cream, shampoo, conditioner disediakan

Cebok, baldi, tisu tandas, berus tandas disediakan.
Ada bocor sikit siling bilik air yang kami duduk ni especially masa hujan lebat

Pandangan dari depan pintu bilik air. Yang meja dekat luar bilik tu ala-ala receptionist punya meja especially untuk yang dah booking. Dekat penjaga kaunter tu lah kami mintak nak itu ini. hehe.




Kalau nak top-up air ke, nak iron baju ke, semua ada dekat depan kaunter receptionist tu. Nak mintak penyapu ke, vacuum ke, mintak je. Kami siap mintak iron board + iron bawak masuk bilik.

Seriously, service memang tip top. Tak sangka bilik lawa + lengkap. Kami siap mintak selimut lebih sebab Kelantan sejukkkk amat. Nak mandi pon sejuk oi. Owner siap bagi ampaian letak dalam bilik sebab musin hujan + banjir masa kami pergi sana. Kalau nak basuh baju, boleh minta staff basuhkan tapi bayar dekat dia RM1 (service) + RM1 (sabun) kalau tak salah. Kami beli sabun basuh sendiri, basuh pon sendiri. Senang. Lepas tu pergi keringkan dekat dobi lain, bayar RM5. Sobs sobs. Banyak dobi, kedai makan dengan kedai komputer/printer etc dekat situ. Dekat dengan Mydin, Watson, Guardian, Domino's pizza, bank apa semua ada lah. Yang tak berapa ok ialah kau boleh dengar alarm jiran sebelah lagu baby shark + anak dia menangis. Heh. Aku tidur mati, tak dengar apa. =P Classmates aku yang cerita. 

Sebelah hotel tu ada kedai nasi kerabu famous. Lauk kambing bakar, daging bakar, ayam bakar. Ada sekali tu, owner belanja kami sarapan. Pepagi buta makan nasi kerabu. Tak ada lah pagi sangat, pukul 9 dah masa tu. Last-last, terbiasa makan nasi pagi-pagi. Masa last day, melantak nasi ayam pedas + daging bakar untuk sarapan dekat kedai tu. Ada orang bawak list penuh kertas A4 kawan-kawan dia tempah makanan. 


Recommended. 


Tel. No. : Cik Dah (019-9377566)

Better whatsapp je la. Senang Cik Dah nak reply

Friday, 8 September 2017

Novel Dendam Ratu Ular [review]



Assalamualaikum. Hai!

Dah lama tak review buku. Hari ni nak share pasal novel karya Annur Shanana berjudul Dendam Ratu Ular yang diterbitkan pada tahun 2013. Novel bergenre seram ni mengisahkan tentang seorang gadis bernama Kaira yang tinggal bersama neneknya, Nek Lijah. Nek Lijah lah yang menjaga Kaira sejak Kaira kecil lagi. Bapa Kaira telah meninggal dunia dan ibunya membenci Kaira disebabkan kecacatan yang dialaminya lantas melarikan diri. Anggota badan Kaira di sebelah kanan cantik seperti manusia lain, tetapi anggotanya sebelah kiri cacat dan menjijikkan. Disebabkan itu, Kaira sering diejek oleh penduduk kampung. Kalsum yang berdendam dengan keluarga Kaira telah bersubahat dengan Daud yang gilakan wang untuk membakar rumah Kaira. Dalam kebakaran tersebut, Nek Lijah meninggal dunia. 

Kaira membawa diri ke hutan dan terjatuh ke dalam sebuah perigi yang dijaga oleh Raja Ganerin. Raja Ganerin menggunakan tipu muslihat dan memerangkap Kaira dengan sebuah janji. Kaira akan cantik selamanya tetapi dia tidak boleh bercinta dengan manusia. Akibat dendam, Kaira terikat dengan janji muslihat Raja Ganerin. Kaira berpura-pura hilang ingatan dan menjadi anak angkat Kalsum dengan menggunakan nama Hanum. Hanum digilai jejaka-jejaka kampung tersebut termasuklah Daud. Tetapi, dia dipandang serong oleh gadis-gadis di kampung tersebut termasuklah Fatimah sehinggakan Fatimah menggunakan ilmu hitam untuk memusnahkan Hanum. Hanum dan Fatimah menyukai jejaka yang sama iaitu seorang guru agama bernama Rafli. 

Hanum terpaksa menyembunyikan perasaannya itu disebabkan perjanjian yang telah dibuat dengan Raja Ganerin. Dia mengikut Sofea, anak tiri Kalsum ke bandar. Hanum menjaga Sofea dan menyakiti sesiapa sahaja yang berbuat jahat terhadap Sofea. Ini kerana, Sofea sentiasa berbuat baik kepadanya walaupun sewaktu dia hodoh dahulu. 

Rafli yang baru kematian ibu bapa nya membawa ibu dan bapa saudaranya ke kampung untuk meminang Hanum. Ketika inilah terbongkar siapakah ibu kandung Kaira, mengapa Raja Ganerin memilih Kaira dan identiti Hanum yang sebenar. 

Jalan cerita novel ni menarik minat saya untuk terus membaca sehingga akhir walaupun roughly boleh agak apa akan jadi. The best part mestilah ending yang ditunggu-tunggu. Rafli is so sweet sebab dia terima je Kaira tu walaupun hodoh ke cantik. Part yang cool mestilah waktu Hanum tu kenakan orang-orang jahat yang nak sakitkan Sofea. Novel ni juga masukkan part hati Kaira berbolak balik antara kejahatan dan kebaikan. Naluri Kaira sememangnya ke arah kebaikan tetapi raja ganerin sengaja mengapi-apikan lagi bara dendam yang ada dalam hati Kaira. Tapi akhirnya Kalsum dan Kaira kembali ke pangkal jalan. 

Recommended. 


Friday, 18 August 2017

T3 Mycin Clindamycin Lotion To Fight Acne


Hai!!



Sebelum bercerita pasal produk ni, nak habaq mai pasal skin condition saya dulu la. Because of some factors like unhealthy lifestyle, used wrong skincare products and some health problems, my skin breakout like crazy since I'm 18 y/o. Last month, a few unwanted super busybody people asyik duk tegur-tegur kulit muka saya makin teruk. Depressed wehhh. Makanya, lepas dapat motivasi balik tu, saya pergilah farmasi nak beli Dalicin T sebab ramai yang kata elok pakai produk tu. Eh, eh, habis pulak stok. Pharmacist tu kata T3 Mycin ni sama je fungsi dia dengan Dalicin T tu. Harga dalam RM 25-30 kot kalau tak salah.

Cara pakai : just dab dab dab dekat affected area twice a day.

Bau dia macam bau alcohol swap yang dekat Guardian tu. Alhamdulillah kuranglah sikit acne nya tapi tak tahulah kenapa untuk saya, tak berapa power sangat kesannya. Awal-awal tu elok je. Takkan lah cepat sangat resistance nya. Maybe kena try yang jenis gel tu kot sebab botol yang ni macam tak berapa hygiene. Surface yang sama dab dekat acne ni, surface tu jugak kita dab dekat acne lain. Risau hilang satu, muncul satu pulak nanti.


Recommended to read these websites http://sunshineinasia.blogspot.my/2012/07/acne-fight-team-t3-mycin-gel-oxy-5.html#.WZaiiPkjHIU and Clindamycin skin preparation for acne before you decide to buy it. Ingat tau, study first before you buy it. Peace. It's ok, you are beautiful. 

Tuesday, 24 January 2017

Archi Noobs - Komik Budak Architecture


Archi Noob (critique session) ni siri pertama dalam komik ni. Baru start dalam bulan Ogos 2016 hari tu. Dekat mana nak baca komik ni? Dekat Insta @co.reng   @co.reng   @co.reng .Kemain ulang sampai 3 kali.  
Komik ni cerita pasal perjalanan hidup student architecture masa study, buat kerja dekat studio apa semua tu. Dekat bawah ni aku kasi tunjuk sikit ada apa dalam Archi Noobs ni (dengan izin pelukis)

Jeng!Jeng!Jeng! Of course lah mula-mula introduce dulu watak apa yang ada.
Watak-watak sampingan lain akan muncul seiring dengan perkembangan jalan cerita. 



Ni part awal-awal je aku tunjuk. Nak baca banyak lagi kena tengok dekat intagram @co.reng
Watak kesukaan aku of course lah si wartawan comel ni↴




Memandangkan komik ni baru lagi, jadi hopefully korang suka and support. Maybe ada part yang kita yang bukan ambik seni bina ni tak faham but it will getting better from time to time. Hopefully. 

Best of luck from me =D



 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI