Sunday 23 December 2018

Temuduga dan Mock Teaching


Beberapa hari lepas aku menerima panggilan temuduga di sebuah sekolah agama sekitar Selangor. Pemberitahuan tersebut aku terima sehari sebelum hari temuduga. Ini kali pertama aku pergi temuduga kerja dan perlu melakukan mock teaching. Aku sampai pada pukul 9.00 pagi iaitu 30 minit awal dari waktu temuduga. 

Proses temuduga : 

1) Isi borang maklumat diri
- Tulis dengan kemas dan sediakan gambar passport (jika perlu)
- Kepilkan bersama resume (jika diminta)

2) Menjawab soalan-soalan bertulis
- Tulis Surah Al-Fatihah tanpa sebarang rujukan
- Isu dunia pendidikan masa kini dan bincangkan
- Soalan tajwid
- Bincangkan tentang Syiah
- Sebab mereka perlu mengambil anda bekerja

3) Sesi temuduga
- Perkenalkan diri
- Kenapa nak jadi cikgu?
- Subjek apa yang anda boleh ajar?
- Jika dikelilingi oleh orang-orang atau persekitaran yang negatif, apa tindakan anda?
- Jika ketua/rakan sekerja anda memarahi anda di hadapan orang ramai seperti sewaktu mesyuarat, apa reaksi anda?
- Jika rakan anda menceritakan keburukan ketua di hadapan anda, apa tindakan anda?
- Jika anda tidak tahu mengenai sesuatu hal berkaitan kerja, kepada siapa anda akan rujuk?
- Mengapa kami perlu mengambil anda bekerja?

4) Mock Teaching
Memandangkan ini pertama kali aku kena mock teaching dan tidak diberitahu perlu mengajar subjek apa, berapa minit kena teaching, slide/whiteboard etc, maka aku prepare slide untuk subjek Sains (3 pages je termasuk tajuk). Silap aku sebab tak tanya/tak tahu atau silap dia sebab tak inform maklumat tu. Takkan semua calon kena call dia tanya. Ke macam mana? Entahlahhhhh nak. Maybe kalau untuk jadi cikgu guna whiteboard, untuk jadi pensyarah baru prepare slides
So, aku kena mock teaching tanpa slide, tulis kat whiteboard, ajar dalam masa 5 minit di hadapan 2 orang interviewer. Fortunately aku hafal & print slide. Interviewer tu react macam student, buat-buat tak fokus, tak sihat etc. Layan kan sahaja lah labuuu. 

5) Baca Al-Quran
Bacalah dengan tertib, ikut tajwid. Kalau pandai tarannum lagi bagus. 


Sekian saja pengalaman pertama aku pergi interview nak jadi cikgu. 







1 comment:

  1. First time test tarannum, xda basic tarannum. Abis tarannum, ust tanya "first time ke?" 😂

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI