Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Sunday, 23 December 2018

Temuduga dan Mock Teaching


Beberapa hari lepas aku menerima panggilan temuduga di sebuah sekolah agama sekitar Selangor. Pemberitahuan tersebut aku terima sehari sebelum hari temuduga. Ini kali pertama aku pergi temuduga kerja dan perlu melakukan mock teaching. Aku sampai pada pukul 9.00 pagi iaitu 30 minit awal dari waktu temuduga. 

Proses temuduga : 

1) Isi borang maklumat diri
- Tulis dengan kemas dan sediakan gambar passport (jika perlu)
- Kepilkan bersama resume (jika diminta)

2) Menjawab soalan-soalan bertulis
- Tulis Surah Al-Fatihah tanpa sebarang rujukan
- Isu dunia pendidikan masa kini dan bincangkan
- Soalan tajwid
- Bincangkan tentang Syiah
- Sebab mereka perlu mengambil anda bekerja

3) Sesi temuduga
- Perkenalkan diri
- Kenapa nak jadi cikgu?
- Subjek apa yang anda boleh ajar?
- Jika dikelilingi oleh orang-orang atau persekitaran yang negatif, apa tindakan anda?
- Jika ketua/rakan sekerja anda memarahi anda di hadapan orang ramai seperti sewaktu mesyuarat, apa reaksi anda?
- Jika rakan anda menceritakan keburukan ketua di hadapan anda, apa tindakan anda?
- Jika anda tidak tahu mengenai sesuatu hal berkaitan kerja, kepada siapa anda akan rujuk?
- Mengapa kami perlu mengambil anda bekerja?

4) Mock Teaching
Memandangkan ini pertama kali aku kena mock teaching dan tidak diberitahu perlu mengajar subjek apa, berapa minit kena teaching, slide/whiteboard etc, maka aku prepare slide untuk subjek Sains (3 pages je termasuk tajuk). Silap aku sebab tak tanya/tak tahu atau silap dia sebab tak inform maklumat tu. Takkan semua calon kena call dia tanya. Ke macam mana? Entahlahhhhh nak. Maybe kalau untuk jadi cikgu guna whiteboard, untuk jadi pensyarah baru prepare slides
So, aku kena mock teaching tanpa slide, tulis kat whiteboard, ajar dalam masa 5 minit di hadapan 2 orang interviewer. Fortunately aku hafal & print slide. Interviewer tu react macam student, buat-buat tak fokus, tak sihat etc. Layan kan sahaja lah labuuu. 

5) Baca Al-Quran
Bacalah dengan tertib, ikut tajwid. Kalau pandai tarannum lagi bagus. 


Sekian saja pengalaman pertama aku pergi interview nak jadi cikgu. 







Sunday, 20 March 2016

Masa Lower Form Aku Minat Dia

Assalamualaikum. Hai!!!

Aku ingat lagi masa Form 2 aku start minat mamat ni. Classmates aku lah yang ajar. Lepas tu siap pergi CC lagi print gambar dia. Geli pulak rasa. Haha. Tah kenapa lepas bertahun lamanya baru aku ingat semula yang aku pernah minat dia. Kakakaka. Sekarang dia tak handsome sangat dah macam dulu. Kalau dulu, tahap handsome dia kalah Kim Hyun Joong. Over tak?

Penyebab aku hilang minat dekat dia antaranya ialah aku semakin busy nak PMR masa tu, dah makin matang kot (poyo sangat) dan tak ada internet macam sekarang. Dulu, meh nak cerita meh, aku laptop pon tak ada. Jangan kata wifi segala bagai ni. Memang tak adalah. So, minat dekat dia tu pergi begitu sahaja. Gituhh. End with no hard feeling.

Masa tu drama Korea dengan drama Taiwan ni memang jadi kegilaan group classmates aku lah. Hari-hari kalau tak bercerita pasal drama tu semua, tak sah. Mula dengan drama Devil Beside You, lepas tu Why Why Love dan drama dia terakhir aku tengok Bull Fighting atau Hooping Dulcinea.



Gambar ni lah aku print dulu. 
Ada lagi rasanya gambar ni kalau aku selak celah buku dekat rumah tu. Haha.
Ni dia dalam drama Devil Beside You. 

Dia yang belah kanan tu. Dalam Why Why Love. 
Pelakon yang sama je dengan Devil Beside You.

Ni dia dalam Bull Fighting. Semangat aku nak balik hostel lambat sebab nak tengok drama ni. Jealous betul dengan member yang tak duduk hostel masa tu. Haha.

Handsome kan? Handsome kan? Nama dia Mike He. Sekarang dia dah tua dah. Umur dalam 30-an macam tu. Kenapa aku tiba-tiba cerita pasal dia? Sebab aku tengah tengok drama Devil Beside You semula. Hahahaha. =P Maratonnnn!!!

Friday, 22 January 2016

Sekolah & Jumaat

Hai!

Hari ni aku nak mengimbau kenangan hari Jumaat masa sekolah dulu. Jumaat memang hari yang sangat-sangat ditunggu masa sekolah menengah. Kalau sekolah rendah tak feel sangat sebab petang kena pergi sekolah agama. Kalau sekolah menengah best sebab jadual sampai tengah hari lepas tu enjoy!!!

Setiap pagi akan ada perhimpunan pagi. Lepas tu alunkan Asma ul Husna dan bacaan doa. Aku buat apa masa ni? Aku duduk dekat bilik pengawas ataupon jadi MC. Aku memang suka jadi MC masa dulu. Sekarang memang tak lah.

Yang aku ingat, masa form five, setiap kali hari Jumaat, someone will give me Cadbury, Cornetto dan air kotak. Benda simple je tapi aku ingat sampai sekarang. Aku memang banyak cekadak sebab aku tak ambil benda yang aku tak suka. Aku bagi orang lain je kalau aku tak suka. Ok la daripada buang, kan? Bukan tak suka sebab benci ke apa, tapi aku memang tak makan benda yang aku tak minat. Especially jellyjelly things. Jadi, someone yang bagi setiap hari Jumaat tu dia bagi benda aku suka. Aku pon apa lagi, makan je la. I like.

Sekarang? Tak ada dah benda-benda tu semua. Aku rasa Cornetto favourite aku tu pon dah tak jumpa dah. Apa benda tah nama dia. Aku ingat dia punya design je.

Apa lagi yang best bila hari Jumaat? Menu dekat dewan makan. Aku suka bila menu sarapan nasi impit. Memang aku tak miss sarapan hari tu. Siap turun awal lagi sebab satu hostel aku rasa suka menu tu. Berderet orang beratur. Nasi impit dia sekali dengan rendang daging. Pedas meletop tapi perghhh, menjilat jari. Aku ingat lagi rasa dia. Terliur, terliur.

Masa dekat hostel dulu, aku boleh balik 2 minggu sekali. Kalau time balik excited juga tapi tak over sangat sebab rumah aku jauh. Feel tu hilang bersama jarak dan waktu gituhhh. Sementara tunggu parent aku ambil, aku dengan kawan-kawan aku keluar bandar dulu. Bukan pergi mana pon. Pergi cybercafe @ CC je. Tu pon dah suka sangat dah masa tu.

Best sebab masa tu budak-budak lagi. Sekarang kalau waktu free je, tengok movie, makan, tidur. Tu je la. Haha.

Kalau you all pulak, apa yang best bila Jumaat datang?



 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI