Saturday 8 December 2018

Berhenti Percaya Mitos dan Produk Sampah. Percaya Fakta Bukan Auta.

Assalamualaikum!!

Hai semua!

Kebelakangan ni saya nampak dah semakin ramai golongan-golongan health professional seperti doktor dan jururawat yang bersuara tentang kesihatan. Bermula dengan penulisan buku seperti Diagnosis, membawa kepada program TV seperti My Doctor dan juga suara-suara doktor di sosial media. Pada saya perkembangan macam ni sangat bagus untuk memberikan ilmu dan kesedaran kepada masyarakat. Usaha memerangai mitos dan kepercayaan merepek serta usaha memerangi produk yang boleh merosakkan organ. 

Saya juga dulu seorang yang percaya kepada mitos seperti tak boleh minum air berais sewaktu datang bulan dan makan nenas boleh menyebabkan keguguran. Saya juga dulu tertarik dengan produk seperti jamu, ubat pintar, pil-pil supplement dan produk-produk detox. Saya seru kepada semua supaya dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil pil, ubatan, minuman tambahan dan sebagainya sebelum anda menelan bahan tersebut. Statement "Lulus KKM" sahaja tidak cukup untuk memastikan produk itu selamat untuk anda makan atau minum. Inikan pula diberi kepada orang yang sedang sakit contohnya pesakit kanser atau jantung. Saya faham anda sedang berikhtiar, mencari ubat untuk sembuhkan penyakit tersebut. Tetapi anda perlu tahu, anda bukan bahan uji kaji, bukan tikus makmal. 

Buat kajian kesihatan bukan dengan search Google, blog, IG, Facebook semata-mata. Tapi buka jurnal-jurnal. Paling kurang pun cari dekat PubMed atau Google Scholar. 

Tingkatkan pengetahuan anda, sayangi organ anda. Boleh follow IG Dr. Amalina Che Bakri, Dr. Rafidah (@Rafidah72) dan jururawat (@bel_nawhen) untuk dapatkan ilmu-ilmu kesihatan.  

Sama-sama kita tambahkan ilmu, terutama kaum wanita. Jangan rasa insecure. Buang perasaan tu jauh-jauh. Jangan mudah rendahkan diri dengan rasa tak cantik, gemuk, gelap, takut suami lari, takut tak ada lelaki nak buat isteri. NO! Super big NO! Awak gelap ke, awak gemuk ke, awak berjerawat ke, awak tetap cantik. Tak perlu takut suami lari dengan alasan awak tak cantik, selekeh. Dia lari sebab dia memang nak lari. Cantiklah macam Erra Fazira sekali pun. Tak perlu risau soal jodoh. Orang yang sayang awak, akan terima awak seadanya. Akan ajak awak senam sama-sama, diet sama-sama.  

Kalau nak tahu, awal tahun 2018 saya alami stress yang teramat sangat disebabkan breakout yang sangat teruk. Ditambah pula dengan kecaman yang saya terima dari keluarga, saudara, rakan dan orang yang saya langsung tak kenal. Yes! Rakyat Malaysia sangat prihatin terhadap kekurangan yang ada pada orang lain. Kerana itu, insan-insan yang dikecam merasa rendah diri, rasa kekurangan berbanding orang lain. Luckily, saya tidak cuba macam-macam jenis produk untuk ditelan. Saya pergi klinik dan ikut semua nasihat doktor. Sekarang breakout semakin kurang. Bagaimana saya hadapi kecaman? Saya tak hadapinya, saya menjauh. Walaupun keluarga sendiri. Akhirnya mereka faham sendiri yang saya tidak suka. Mereka harus diam jika ingin saya dekat kembali. Sekarang kalau ada yang kutuk, saya cuma fikir, "Well, I don't care. Yang penting sihat tubuh badan. Ada acne pun still cantik, kan?" =D

Ada satu saat, saudara saya yang selalu complain tentang wajah saya setiap kali saya bersalam dengan dia bertanya, kenapa saya sudah tidak datang ke rumah dia lagi. Saya hanya senyum. Jika dia ada common sense, dia sendiri tahu kenapa. Buat apa saya datang berjumpa dia hanya untuk dikutuk. Akhirnya saya yang depress. Avoid toxic people. Dekatkan diri dengan orang yang terima diri kita seadanya. Jaga pemakanan, senaman dan jangan rendahkan diri sendiri. Love yourself first. 


Bye! Fighting!

1 comment:

  1. sebab tu takutnya nak beli supplement yang entah pape.. hehe

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI