Friday 16 October 2020

Checklist Persiapan Pertunangan Musim Covid-19


Hai everyone!!

This is just a simple sharing session untuk kenangan sampai anak cucu gitu. Untuk yang tak kenal saya, saya memang jenis semua benda nak kena plan dan plan saya mesti kena jadi. Kalau tak, memang berapi je la nanti. The moment I decided I wanna get married, wayyyyy before I graduated my master, saya dah plan sikit-sikit. Survey sana sini. Untuk majlis tunang, nikah, sanding, bertandang, all settled. Unfortunately, due to my carelessness (read : stupidity, hehe), laptop rosak. Kena format. All gone, including my research manuscript. Luckily dah grad lah masa tu. Kena lah buat semula checklist. Nasib baik ingat cuma malas nak taip semula semua benda.

Checklist untuk majlis tunang much more simpler than majlis kahwin, of course. Macam saya, saya suka buat jadual. Column mesti ada :-
  1. Bulan / tarikh nak tempah / beli 
  2. Perkara untuk dibuat
  3. Nota (reminder/butik/IG shop/FB page/warna/design yang diminati)
  4. Bajet 
  5. Bayaran booking & tarikh bayar
  6. Bayaran akhir & tarikh bayar
  7. Person In Charge
Okay. Sekarang kita proceed ke senarai yang perlu dititikberatkan. 

Tentukan tarikh, masa dan tempat majlis

Ini perkara basic. Nak buat dekat dewan ke dekat tepi pantai ke hotel ke, semua kena plan. Lebih senang buat tengahari ke petang ke lepas maghrib and so on pon mesti plan elok-elok. Di waktu Covid-19 ini melanda,  banyak yang perlu diambil kira. Pastikan ada back-up date or plan, in case apa-apa terjadi di kawasan anda sebelum majlis berlangsung. Mengikut pengalaman saya, seminggu sebelum majlis, terdapat kes di daerah saya yang menyebabkan semua majlis kenduri tidak boleh dilaksanakan. Oleh sebab itu, kami kurangkan jemputan dari 250 orang kepada lebih kurang 60 orang sahaja. Tetapi perlukan surat kebenaran polis untuk buat majlis. Terkilan juga sebab dah plan macam-macam tapi untuk tunda majlis adalah bukan satu pilihan. So, kita proceed je la kan. 

Tema majlis

Untuk sesetengah orang, majlis tunang ni nak simple tak perlu tema-tema sangat. It's up to you. Tapi pada pandangan saya, tema tu penting untuk memudahkan kita nak pilih semua barang-barang lain nanti. Kalau tak jadi caca marba, susah nak buat keputusan, jadi colorful sangat macam tadika. Hehehehe. Tak perlu lah tema garden ke english classic ke apa. Pilih tema warna pun cukup. For you and for your family members also. Senang diorang nak beli baju ikut tema. For my engagement, I chose black and gold/yellow

Hantaran

Ada dua benda berkaitan perkataan hantaran ni. "Duit hantaran" dan "Barang hantaran". Kedua-duanya kena decide lah antara pasangan dan kedua ahli keluarga. Duit hantaran nak minta berapa dekat pihak lelaki.  Nak suruh bawa separuh masa tunang separuh masa nikah ke, atau bagi sedebuk sebelum nikah ke. Ikut lah. Bincang. Lepas tu barang hantaran tu nak berapa balas berapa. 7 balas 5 ke, 9 balas 7 ke. Nak style hidden hantaran ke, nak open ke. Kalau sorang hidden sorang tak hidden, macam tak match kan. Better you plan lah sama-sama nak beli apa, nak bagi apa. Tak ada lah you beria-ria bagi dia barang berjenama, dia bagi buah pasar malam. Biar kena lah dengan effort satu sama lain. Walaupun selalunya masa tunang ni orang banyak bagi makanan untuk share sesama ahli keluarga. Barulah mengeratkan silaturrahim gituhhhh. 

Barang-barang hantaran kami :

Pihak perempuan : 

  • Sirih junjung
  • Kek
  • Tuala sulam
  • Sejadah + buku
  • Coklat
  • Sling bag + wallet + belt
  • Brownies

Pihak lelaki : 

  • Sirih junjung + cincin
  • Kek
  • Coklat
  • Kain pasang
  • Buah-buahan

Pakaian

Pakaian ni kena take note lah dari head to toe. Nak-nak pula perempuan. Dari crown, veil, tudung, anak tudung, baju, kain, stokin, kasut.  Nak pakai crown ke headpiece ke, veil style apa, bawal ke shawl ke bawal shawl ke, baju butik mana, harga semua kena ikut bajet. Nak matching dengan lelaki ke tak. Kadang ada warna sesuai dengan perempuan tak sesuai untuk lelaki. Kalau jenis rambang mata tengok design-design butik, boleh survey-survey, tunggu promo, cari tudung yang match, baru beli. Tak adalah dah beli, ehhh ada promo la. Menyesal beli awal. Tak pon dah beli baju baru sedar susah nak cari tudung yang sesuai dengan warna baju. Woman always complicated. Sediakan juga bajet untuk sponsor baju family members. Kalau tak mampu beli untuk semua orang, beli untuk mak ayah pon dah okay. Yang lain tu pandai-pandailah nak beli ke tak. Kikiki. 

Pelamin

Sesetengah orang tak nak ada pelamin. Tapi macam saya, mak saya memang request nak pelamin untuk bergambar apa semua tu.  Pelamin ni ada harga dari RM 180 sampailah beribu riban. Ikutlah bajet dengan taste masing-masing. Saya tempah mini pelamin sahaja untuk menunaikan permintaan mak. Boleh juga DIY kalau kreatif dan rajin. Saya tak DIY, risau runtuh pulak nanti =P. 

Makeup

Cari juru solek (MUA) yang sesuai dengan taste you. Survey dulu dekat socmed dia punya style makeup. Sekarang memang trend makeup natural or fresh look. Dah bukan zaman makeup tebal-tebal, banyak-banyak warna macam nak pergi ABPBH tu. Kalau tak nak fake lashes, bagitahu. Tak nak pakai lens pun bagitahu. Better inform awal jenis kulit you, masalah kulit berparut ke, cepat berminyak ke. It's okay. MUA akan faham dan suggest you untuk prepare your skin sebelum dia makeup

Bunga Tangan

Walaupun macam tak penting, tapi sedikit sebanyak bunga tangan ni membantu as a prop. Peneman atas pelamin tu. Sangatlah awkward sorang-sorang atas pelamin dan semua orang tengok. So, peganglah bunga tangan ni mencari kekuatan, gitu. Boleh sorok kipas kecil juga disebalik bunga tangan. Saya DIY je bunga tangan sebab macam over mahal je kalau beli yang dah siap padahal senang je nak buat. Ia menaikkan seri dan boleh guna as prop untuk posing-posing. Boleh cari dekat Kaison untuk bunga-bunga yang cantik, murah dan moden. 

Jumlah tetamu

Ambil kira jumlah jemputan pihak perempuan dan pihak lelaki. Plan untuk parking dan laluan keluar masuk kenderaan supaya tak berlaku kesesakan.  Disebabkan covid, kami terpaksa had kan jumlah tetamu dari kedua-dua pihak. Hanya adik-beradik dan saudara-mara terdekat sahaja yang dijemput. Jumlah tetamu juga menentukan jumlah makanan yang perlu disediakan. Juga doorgift, kalau ada. Boleh buat senarai jemputan jika risau ada yang tertinggal untuk dijemput. Fikirkan juga kediaman atau homestay untuk jemputan yang datang dari jauh. 

Menu

Penyediaan makanan secara rewang ataupun catering, perlu dirancang awal. Survey harga dan pakej. Pilih menu yang sesuai dengan waktu majlis dilaksanakan. Kalau majlis lepas Asar, boleh sediakan menu minum petang yang ringan. Kalau majlis tengahari, sediakan menu makan tengahari. Dalam setiap majlis, makanan tetamu adalah yang paling banyak perlu keluarkan bajet. Alhamdulillah, untuk majlis saya, ayah berbesar hati untuk sponsor. Kalau tak, kita buat majlis untuk 10 orang saja lah. Hihihihi. 

Cincin

Cincin ni penting sebagai tanda you hak orang. Bila tengok je, sedar diri sikit. Kikiki. Jaga tingkah laku. Sesetengah orang dah bagi cincin belah rotan waktu datang merisik. Ada orang bawa dua cincin (cincin belah rotan + cincin tunang) masa majlis tunang. Up to you. Cincin tunang ni cincin yang fesyen sikit lah, kalau bajet lebih beli yang ada permata tu. 

Wakil jurucakap

Awal-awal kena tempah wakil jurucakap ni terutamanyanya macam kami pilih tok empat kampung yang jadi wakil. Kena bagitahu awal. Nanti dia busy, tak bertunanglah saya. =P. Ada orang minta bapa saudara atau sesiapa yang lebih tua dalam keluarga untuk jadi wakil. Alah, zaman sekarang tak ada berpantun bagai. Cuma nak ikut adat ada pihak tolong cakapkan. Gituh. 

SOP

Musim Covid-19 ni kena aware dengan SOP. Cara serve makanan, tempat duduk tetamu, keluasan kawasan majlis, cara sambut tetamu, laluan keluar masuk tetamu, check suhu, buku kehadiran tetamu, hand sanitizer, scan code MySejahtera dan sebagainya.  

Contoh jadual senarai semak majlis pertunangan


Okay. Saya rasa itu je kot yang nak share pasal persiapan majlis pertunangan. Doakan semuanya berjalan lancar dan jodoh berpanjangan sampai Syurga. Aamiin. 

Daa~~~~

3 comments:

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI