Friday 24 April 2015

the day before the tournament

Assalamualaikum...
seperti yang telah aku maklumkan sebelum ini, esok merupakan hari Kejohanan Wajadiri Nasional. Petang tadi kumpulan kami telah mengadakan latihan terakhir dan sedikit taklimat. rasa gemuruh dan risau itu tak dapat disorokkan lagi. sungguh takut andai terjadi sesuatu di luar jangkaan kami. hanya pada Allah aku memohon perlindungan dan segalanya diserah pada kuasa Yang Maha Esa. kami telah usaha sedaya yang boleh dan hanya doa serta tawakal yang kami mampu lakukan.

tip-tip untuk mengurangkan rasa gemuruh :

1) tingkatkan keyakinan diri dengan usaha sehabis baik

kita akan rasa sangat nervous bila kita tahu kita masih belum bersedia tetapi keyakinan kita akan meningkat kalau kita telah usaha yang terbaik. contahnya macam kita nak exam , kita tahu banyak lagi topik yang belum kita ulang kaji, kita tak akan rasa yakin untuk masuk ke dewan peperiksaan. melainkan kita telah ulang kaji bersungguh-sungguh, buat mind map, hafal terminology, selak balik tutorial yang lecturer bagi, buat soalan-soalan past year, dll. InsyaAllah rasa yakin itu akan datang dengan sendiri. tetapi, jangan over confident. 

2) bergantung dengan Yang Maha Berkuasa, Allah SWT bagi umat Islam

sesungguhnya kita manusia biasa. sehebat mana pun usaha kita, hanya Allah yang tahu apa yang akan berlaku. jadi, berdoalah kepada-Nya agar segala usaha kita akan berhasil dan diberkati. andai kata usaha kita tidak membuahkan hasil, janganlah terlalu berduka cita kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. apabila kita ada tempat bergantung, nescaya hati ini akan lebih tenang dan yakin.

3) Mind set

mind setting ini salah satu cara untuk tingkatkan keyakinan diri. katakan pada diri yang kita mampu lakukan dan terus berfikiran positif. seperti dalam pertandingan yang akan aku sertai ini, aku terapkan dalam minda bahawa aku boleh lakukan dengan baik dan nothing to lose. aku lebih kepada tidak terlalu mengharap kerana kita akan sakit bila jatuh dari tempat yang terlalu tinggi. bukanlah tidak boleh mencipta harapan langsung tetapi berpada-pada. sesuaikanlah dengan usaha yang telah dilakukan.

4) jangan bandingkan dengan orang lain pada saat-saat akhir.

faham tak point ni? nak aku explain jugak? ok, ok, aku terangkan. macam ni, sebagai contoh, sebelum kita nak masuk dewan peperiksaan, kita pun bersembang pasal topik yang akan masuk exam dengan kawan-kawan kita, nak-nak pulak kawan yang top three genius. mulalah kita rasa macam kecikkkkkkkkk je kalau nak dibandingkan dengan ilmu yang mereka ada. JANGAN BANDINGKAN PADA SAAT AKHIR. kita akan gelabah kalau kita rasa banyak yang kita tak tahu. sebab tu aku tak bersembang sangat topik-topik exam sebelum masuk dewan exam. untuk pertandingan esok, jurulatih kami telah pesan supaya jangan sesekali membandingkan teknik yang kami gunakan dengan teknik-teknik pasukan lain walaupun kami anggap teknik mereka power yang teramat sangat. tersangatlah dilarang untuk mengubah teknik pada saat akhir.

setakat ini, hanya itu sahaja yang dapat aku kongsikan. doakan kejayaan pasukan kami.


No comments:

Post a Comment

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI