Tuesday 15 September 2015

The Ramadan Story (3)

         Diari 27 Ramadan.

Hari ni aku menelaah sekali lalu buku “290 Nasihat Untuk Muslimah” yang aku beli menggunakan BB1M dahulu. Pada pandangan aku, nasihatnya tidak sampai 290 sebab ada beberapa bab nasihat yang hampir sama seperti bab mengingkari kebaikan suami, meninggikan suara dan mengadakan majlis pernikahan di hotel. Terdapat beberapa nasihat yang masih boleh digabungkan dalam satu tajuk. Tetapi, ilmu baru yang dapat saya peroleh daripada penulisan buku tersebut adalah mengenai zakat, aurat, dan beberapa perkara lain lagi termasuklah berkaitan mandi wajib, haid dan nifas.




Buku ini turut menyatakan halangan dalam menggantung gambar bernyawa pada dinding rumah dengan disertakan beberapa riwayat. Kalau tanya saya riwayat sahih atau tak, saya tak dapat nak pastikan sebab saya tak arif bab-bab ni. Sabda Nabi S.A.W yang dinyatakan dalam buku tersebut ialah :
Malaikat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar.”
Hal ini kerana, gambar-gambar tersebut mungkin membangkitkan kesedihan atau rasa bangga diri. Katanya, kalau untuk kenang-kenangan, cukuplah sekadar simpan di dalam hati. Walaupun hati ini tidak berapa menyetujui kenyataan tersebut, tetapi saya hanya menyampaikan.

Dahulu saya tidak bersetuju jika ada pihak yang melarang remaja-remaja meminati artis Korea dan seangkatan dengannya kerana menyatakan mereka menyebarkan agama mereka melalui hiburan. Mungkin kenyataan itu benar, tetapi tidak kena dengan kefahaman yang saya mahukan. Tetapi sewaktu membaca buku ini, saya temui penjelasan yang saya mahukan. Apabila menyukai sesuatu yang akan membawa kepada sufur (membuka aurat), tabarruj (berhias berlebihan), dan pelbagai kerosakan moral yang lain, ia adalah dilarang. Jika menyukai atau menonton sesuatu yang dilarang Allah, lalu membawa kepada keinginan untuk melakukannya, ia adalah salah. Jika menyukai seseorang atau menjadikan seseorang itu idola sedangkan kita tahu dia tidak mematuhi perintah Allah, maka ia adalah kecintaan yang dilarang kerana ia timbul daripada pandangan yang disertai nafsu.

Fuhhh ayat, kalah ustazah. Nampak la macam lepas baca buku. =P

Aku memang pro menulis lepas baca buka. Ayat aku tiba-tiba jadi matang dan habit ini sangat membantu waktu aku SPM dulu. Setiap kali exam pertengahan ke, exam percubaan ke, aku akan baca novel atau apa-apa sahaja yang aku suka dan keesokan harinya aku boleh blend perkataan yang aku baca dalam penulisan esei aku. I like. 
Inilah rahsia kenapa esei aku jadi contoh waktu Form 5 dulu. *tak baik tau bangga* =P
*kalau guna "aku" ke "saya" ke sama saja kan maksudnya?Hehe*


2 comments:

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI