Thursday, 5 May 2016

Salam Noodles Restoran Cina Muslim

Hai!!

Lepas exam Plant Biotech malam semalam, masing-masing sibuk nak isi perut. Tak sempat makan sangat sebab nak study kononnya. Haha. Aku dah makan dah sebelum pergi exam tu tapi dah member ajak, on je. Aku tak pernah makan dekat Salam Noodles sebelum ni tapi rasanya famous restoran ni sebab nampak gambar JJCM dekat pintu masuk. Dekat je rupanya dengan Restoran Urat Keting area Seksyen 7 Bangi. Masa sampai tu tak ramai orang dan kebetulan pulak jumpa Prof yang ajar Plant Biotech dekat situ. Haha. Jodoh. Prof dengan anak dia masa tu. Kami pon nak buat perangai merepek-repek ni segan sikitlah. Haha. Tapi gambar tetap ambik. Siap welfie lagi tu. =P

Macam-macam jenis mi ada.

Bukan mi je, nasi pon ada.
Style order dekat sini, tick menu apa yang you all nak dekat kertas menu yang dah disediakan atas meja dan pergi bayar dekat kaunter. Nanti sampailah makanan yang dipesan. Makanan memang panas berasap lagi tau. Mi pon lembut licin menuju ke tekak. Haha. Tak ada member aku yang complain pasal makanan tadi. 

Aku order S9. Braised Chicken Soup Noodle.

Gambar ni my friend (Dila) yang ambik.
Hidangan makanan dekat sini memang besar gedabak.
Air boleh refill dan macam-macam air ada. Aku bajet-bajet nak minum air teh cina tapi memang tak lah. Lidah aku suka yang manis dan sedap je. Yang sihat-sihat ni lidah aku tak layan. Haha. Rasa menyesal pulak tak habiskan air teh cina tadi sebab bukan selalu aku minum. 

Sempat lagi ambil gambar dengan Prof. Zamri sebelum Prof balik
Tak ada apa yang aku tak suka dekat restoran ni jadi aku bagi 5/5 bintang. Nak datang lagi ke tak? InsyaAllah kalau ada orang nak bawak. =D 

Lepas makan, kami jalan-jalan dekat uptown Jalan Reko dan melepak dekat Bukit Ampang. Dah sesat sampai ke Puchong. Haha. Mengarut betul. Aku tak pernah pergi Bukit Ampang dan aku ingat tempat tu macam tempat lepak dekat Putrajaya. Lain rupanya. 

Pemandangan dari Bukit Ampang
Ok la, jangan lupa try menu dekat Salam Noodles tau. =D
Dekat Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. FB Salam Noodles
Makan kenyang-kenyang.
Daa~~





















3 comments:

  1. menarik nak cuba tapi jauh pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti bila dtg sini singgah la =D

      Delete
  2. nampak macam best, sbb mmg suka makanan yg panas2 ni... bleh la cuba nnt

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI