Monday 2 May 2016

Deerland Park, Lanchang Pahang

Hai!!

Semalam (30 April 2016), students STAB3023 PEMULIHARAAN & PENGURUSAN SUMBER GENETIK ada field trip di Lanchang, Pahang. Kami pergi Deerland Park dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang. Lebih kurang 2 jam lebih baru sampai sebab ada berhenti dekat Genting Sempah untuk sarapan.

Sebelum masuk melawat haiwan-haiwan di situ, kami diberi taklimat oleh pengusaha Deerland Park, En. Abdullah. Beliau banyak menyelitkan ilmu-ilmu Islam dalam taklimatnya. Di Deeland Park ini bukan sahaja ada rusa, tetapi banyak lagi haiwan unik yang lain. Kami diberi peluang untuk pegang beberapa haiwan yang tidak membahayakan.


Bahagian hadapan Deerland Park

Yang baju biru tu owner tempat ni, En. Abdullah

Kami diberi peluang untuk memberi makan kepada rusa-rusa di situ












Di dalam Deerland Park ni turun disediakan tandas awam dan sinki untuk basuh tangan lepas pegang-pegang haiwan tu. Ada juga kedai cenderamata dan tabung derma. 

Tabung untuk derma kepada pekerja dan haiwan di situ. 

Yuran masuk ke sini sebanyak RM 6 dan ia berbaloi. Sesuai untuk bawa kanak-kanak sebab teduh dan tak sesak dengan manusia. Jadi kanak-kanak boleh mengenali haiwan dengan lebih dekat. Tempat ni lebih kurang FITC tapi lagi best dan murah. Pelancong dari luar negara pon datang dekat sini sebab dah alang-alang nak melawat gajah dekat Kuala Gandah. 

Untuk lawatan ke Kuala Gandah tu, aku cerita di entri lain ye. 

Daa~~





No comments:

Post a Comment

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI