Saturday, 4 June 2016

Pengaruh Drama Reply 1988

Hai!!



Hujung tahun lepas drama REPLY 1988 release. Masa tu aku bookmark je untuk tengok tapi tak ada masa lagi nak tengok. Baru-baru ni aku download lah drama tu, terus maraton. Drama ni memang banyak tonjolkan nilai kekeluargaan dan persahabatan. Salute lah. Banyak isu yang biasa berlaku dalam keluarga, zaman remaja, ditunjukkan dalam drama ni. Tapi pelakon yang aku fokus, Park Bo Gum. Sebelum ni aku tak faham kenapa orang minat dia tapi lepas tengok drama ni, aku sekali terminat dia. Aku approve lah talent dia jadi pelakon, penyanyi, pengacara dan aku tengok dia ni pandai jugak menari. Dalam drama ni dia jadi macam budak yang tak pandai apa-apa selain main baduk. Dia suka dekat heroin drama ni, Hyeri. Cuma aku tak faham kenapa dia merokok dalam drama ni. Aku tengok Behind The Scene Reply 1988 pon sebab dia jugak. Hehe. Lepas tengok Reply 1988, aku download drama Hello Monster, filem Coin Locker Girl dan show Youth Over Flower Africa sebab Park Bo Gum lah. Lepas ni aku harap dia bawaklah watak yang banyak tonjolkan ekspresi muka sebab aku tengok dah macam orang tak ada perasaan je. Dia senyum comel kot. Bila bawak watak psiko dalam Hello Monster, nampak expressionless je. 

















#ParkBoGumFan


8 comments:

  1. Hensem pelakon reply 1988 nie.. ehehe

    ReplyDelete
  2. masa drama ini bersiar, kita memang ikut sampai habis dari awal sampai akhir *online* memang melting tengok Bo Gum ini.. comel~ ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel kan. sya bru ada masa nk tngok..huhu

      Delete
  3. Peminat drama korea lah ni. Hehe. Ramadhan kareem :D

    ReplyDelete
  4. senyuman dia memang bikin cair kan.. hehehe..

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI