Sunday, 3 July 2016

First Time Interview


Hai!!

23 Jun hari tu aku ada interview dekat PPUKM. Naik KTM je dari KTM UKM ke BTS. Lepas tu naik teksi. Ada je bas tapi nak senang naik teksi je la. Bayar dalam RM 8.++.

Ada 8 orang yang datang nak IV tapi dengarnya interviewer nak pilih 5 orang je. Dalam 8 orang tu, aku dengan classmate aku yang paling muda. Hoho. Siap ada yang dalam umur 30 lebih dah. Semangat nak compete dengan orang yang berpengalaman ni merudum jatuh la. Rasa nak balik je. Haha.



Masa masuk bilik IV tu, ada 3 orang interviewer termasuk psychologist. Mereka minta sijil-sijil, result setiap sem, dan yang seangkatan dengannya. Lepas perkenalkan diri, presentation 5 minit. Soalan IV berdasarkan presentation dan dokumen-dokumen tadi. Social skill, communication skill, experience, how to handle in this or that situation, opinion, 5 to 10 years plan, strength and weakness etc. Ada soalan dalam Bahasa Melayu, ada yang dalam English. Masa IV dalam 20-30 minit. Nampak macam lama tapi masa tengah kena IV tu, tak rasa lama sangat pon.

Lepas siap IV, jalan-jalan PPUKM dulu. Alang-alang dah sampai kan. Berangan nak pergi tengok bilik yang ada baby tapi takut + tak tahu dekat mana. Dah lah bukan waktu melawat masa tu walaupun dah sampai dah bahagian O&G. Hehe.

Apa feeling lepas IV? Rasa macam aku tak cukup prepare dan banyak lagi requirements yang diminta aku tak ada. So sekarang ni, kalau dapat, alhamdulillah. Kalau tak dapat, tahun depan cuba lagi. InsyaAllah.


4 comments:

  1. goodluck! insyallah dapat. kalau tak dpt jgn putus asa okay? chayok chayok!

    ReplyDelete
  2. Insya Allah.. semoga ada rezeki..

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI