Showing posts with label scary. Show all posts
Showing posts with label scary. Show all posts

Wednesday, 5 September 2018

Have Fun at Ghost Museum Penang

Hai!!
Assalamualaikum!

Bila korang pergi ke Penang, selain try makanan dekat sana, korang ada banyak tempat yang boleh dilawati. Ni haaa antaranya, Ghost Museum. Ini bukan rumah hantu, tapi muzium. Selalu tengok muzium simpan khazanah negara apa bagai kan, tapi muzium ni menceritakan pasal hantu. Kenapa kami pilih nak pergi sini berbanding tempat lain dekat Penang? Sebab ni rare, murah dan berbaloi. 

Gambar dari SINI sebab yang aku punya dah ter delete. Huwaaa!!
Untuk manusia penakut macam aku, walaupun tahu patung je semua tu, tapi still takut. Dengan sound effect segala suara jeritan tu, pakaian hantu, kedudukan hantu, semua buat aku takut. Nasib masuk 4 orang. Kalau dalam gambar dekat bawah nanti muka aku macam takut tu, serius bukan buat-buat. Memang aku takut. 

Dia ada bahagian-bahagian hantu. Ada Melayu, Cina, Jepun, dan lain-lain lagi lah. Ada description lengkap pasal sejarah hantu tu. Bolehlah baca kalau rajin. Kitorang sibuk bergambar je.


Can you see it? Yes.. Aku buat-buat berani tapi aku tak pergi telek muka dia. Tak Nak!!

Asalnya gelap gelita area ni.
Kawan aku suluh guna flashlight phone sebab aku penakut tapi tetap nak bergambar.
Hati tu berdebar-debar takut patung tu bangun or tiba-tiba keluar tangan dari celah kaki dia.

Sebelum aku muncul macam ni dalam perigi tu, aku suruh kawan aku telek dulu kot-kot ada yang tersembul nanti.
Nasib baik tak ada. Tu yang berani tu.

Hantu Arab ke apa ni. Apa orang panggil tu? Mumia kan.
Tergelak-gelak masa ambik gambar ni sebab kawan aku bersungguh berdiri atas keranda (ke meja) sebab nak ambil gambar ikut otak aku.

Takut tak? Saya datang menghantui hati awak. Cehhhh

We're the world's most scariest ghost

Yang baju biru tu my friend. Gambar ni cubaan kedua.
Sebab cubaan pertama aku menjerit takut dekat kawan sendiri.
Dah dia elok-elok berdiri tegak, tiba-tiba bergerak pusing dekat aku.
Mana aku tak menjerit. Mental breakdown

Sebelum sampai part ni, tiba-tiba lampu dekat screen kaca yang ada hantu kat dalamnya tu menyala. LOL.
Memang menjeritlah. Aku syak abang photographer tu yang pasang tutup lampu tu.
Sebab bila lalu semula, tak menyala dah.
Gambar yang di ambil oleh photographer boleh dibeli dekat kaunter.

Kitorang spend banyak masa dekat area ni sebab macam-macam benda boleh buat untuk bergambar dan area ni paling cerah. Dracula ni handsome. I confessed to him. =D

Nampak macam cinta tak diterima. =(

 
Dah dah la tu. Orang tak nak jangan di paksa. Tenung-tenung buat apa.

AWAS! Zombie mengganas!

Gambar ni paling payah nak jadi. Aku dah lah takut nak pandang cermin tu.
Kang muncul apa-apa dalam cermin tu, mati aku.
Angan-angan nak buat macam ni, gambar aku tengok kat Google. Tapi tak jadi.
Tangan belakang perempuan ni tak nampak kat dalam gambar aku tadi. Sobs Sobs. 

Awkward nya berdiri. Sebab aku dah tak boleh nak dekat lagi dah. Aku takut!!

Aah, korang duk main tuang-tuang air. Aku ketar lutut kat belakang tu.
Aku tak toleh wehhhh

Jangan ganggu aku! Seram pulak aku tengok gambar ni. 

Risau je aku kalau dia bergerak. Mana mau lari???

Bakal menjadi santapan nenek sihir.
Tak tahu lah nak mintak tolong ke tengah lemas tu. 
Itulah sahaja aksi-aksi tak semengah kami di Muzium Hantu, Pulau Pinang.

Alamat : 57, Lebuh Melayu, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang. (area lot kedai)

Harga tiket masuk : 

Gambar dari SINI
Kalau yang student tu, bawak la kad matrik ye. Dapat murah sikit.

Okay! Have fun!!
















Wednesday, 3 August 2016

Book Review : Kala Senja Dia Datang


Hai!!

Klik untuk gambar lebih jelas

Klik untuk gambar lebih jelas

Sebab utama aku beli novel ni ialah tajuk dia sendiri yang dah nampak mood seram tu. Sekali tengok, memang teballah novel ni (lebih 700 muka surat). Aku memang suka novel tebal-tebal sebab rasa puas bila baca. Novel ni ade 3 cerita yang berkait dan ditulis oleh 3 orang penulis. A. Darwisy, Zaifuzaman Ahmad dan Saidee Nor Azam. Paling aku minat, Zaifuzaman Ahmad. 

Cerita 1 : Kala Senja Dia Datang ("Anak mak cik tiba-tiba ghaib! Tolong mak cik, nak!")

Bahagian ni mengisahkan Azman yang selalu larang anak-anaknya keluar rumah pada waktu senja terutama anak sulungnya, Akil. Semua larangan itu disebabkan oleh kisah silam keturunan Azman sendiri. Sejak dari dulu kala lagi, ramai kanak-kanak hilang disebabkan hantu Geuntut dan sekarang anak-anak Azman pula bakal jadi mangsa seterusnya. Azman berusaha pulihkan keadaan sebab semua ini berlaku bermula dari sumpahan keturunannya. 

Dalam bahagian ni turut diselitkan kewujudan watak-watak di bahagian kedua dan ketiga sebagai watak sampingan. Banyak tanda tanya dalam bahagian pertama ni terutamanya siapa sebenarnya Geuntut tu. Paling menarik ialah apabila semuanya disimpulkan dalam satu plot keturunan yang lengkap dari zaman Ratna ke zaman Azman dan anaknya, Akil. Kesimpulannya, jangan merayau waktu senja sebab banyak syaitan berkeliaran. 

Cerita 2 : Marina ("Barang milik orang jangan kita ganggu")

Marina sering dibuli sejak dia mula masuk ke kolej. Selepas dia menjumpai seutas rantai emas dan mengambilnya (walaupun telah ditegah oleh Asyikin, kawan Marina) dia sering diganggu makhluk halus. Sejak itu, perangai Marina berubah dan semua orang menjauhinya termasuklah Asyikin.  Tetapi, hanya seorang sahaja yang sudi berkawan dengan Marina iaitu Jamaliah. Siapa Jamaliah yang sebenarnya?

Bahagian ni menyelitkan watak Azman sebagai watak sampingan walaupun tidak digambarkan dengan jelas. Watak Majid (bahagian ketiga) banyak memainkan peranan dalam bahagian ini sebagai pemandu teksi kepada Marina, Asyikin dan Jamaliah. Pengakhiran bahagian kedua sangat menarik sebab watak Marina telah menyedari kesalahannya dan mengetahui siapa sebenarnya Jamaliah. Tetapi, dia tetap memakai gelang kaki tersebut dan berkawan dengan Jamaliah. Kesimpulannya, jangan ambil barang yang bukan milik kita. 

Cerita 3 : Penumpang Malam ("Wajahnya tidak kelihatan tapi bau-bauan sering menguasai teksinya")

Majid yang kesempitan wang terpaksa memandu teksi milik Joned untuk menambah pendapatan. Sejak itu, telah beberapa kali dia diganggu makhluk halus dan sering terdapat daun asam dalam teksinya. Disebabkan rasa ingin tahu, Majid menyelidiki kes kehilangan seorang gadis dan punca penyakit Joned. 

Plot di bahagian ketiga agak perlahan tetapi sangat menyeramkan. Kenyataan Marina (bahagian kedua) yang mengatakan dia sering melihat seorang wanita cantik dan seksi berbau lavender dalam teksi Majid merupakan babak menarik dalam bahagian ini. 



Memang tak rugi beli novel ni. Kalau dibandingkan dengan kualiti cerita yang gempak, harganya memang murah dan affordable

Selamat membaca. 


Monday, 25 January 2016

Ailurophobia


Hai!

Aku tak sangka kisah kucing semalam yang aku share DI SINI dapat menghiburkan ramai orang. Tak apa lah. Kalau orang lain suka, aku seorang je yang takut pon, tak apa. Malam semalam bila aku agak kucing tu dah tak ada, aku pergilah toilet. Kau tau, kucing tu ada dekat sinki depan toilet tu. Sabar je la. Aku dengan tak sempat fikir panjang dah, aku naik bilik air tingkat atas. Tak lama lepas tu, kucing tu naik juga tingkat yang sama. Apalah aura yang aku ada sampai kucing ni admire dekat aku. Aku dah tabah sikit dah kali ni. Aku buat tak tahu je tapi aku turun tingkat bawah ikut tangga lain. Alhamdulillah kucing tu ikut separuh jalan je. 

Malam tadi aku memang tak dapat nak tidur. Pukul 3.15 pagi macam tu baru aku rasa boleh terlelap. Aku still nervous bila fikir pasal kucing tu malam tadi. Macamlah ada buaya depan bilik aku. Kucing je. Adoi. Aku tak tahulah. Sebelum tidur tu dalam pukul 1 lebih aku dengar bunyi something cakar-cakar belakang meja study aku. Aku terus fikir ada kucing lagi dalam bilik aku. Kalau ada seekor lagi tertinggal dalam bilik aku, memang pengsan lah. 

Alhamdulillah aku ok lagi sampai pagi ni. Nak keluar pergi toilet pagi tadi kucing tu dah tak ada. Fuhhh. Harap-harap dia pergi bermastautin dekat tempat lain. I bukan tak nak share rezeki or apa-apa je dengan you, kucing. Tapi aku takut. Bukan takut, nervous. Entahlah. Aku pon tak tahu. 

Kalau aku jadi budak baju hijau ni, aku rela pengsan. Huhu.
Aku agak fobia aku makin teruk.
.Waktu nak cari gambar ni, aku tak boleh tengok gambar kucing yang real.
Kucing real yang comel boleh lagi kot.
Apa nak jadi.
Dah besar pon takut kucing lagi.

Sunday, 24 January 2016

Kucing Buat Aku Menangis


Aku baru balik dari berjalan tadi. Waktu nak masuk ke blok kolej aku, tiba-tiba seekor kucing bulu coklat-coklat oren follow aku. Gesel-gesel badan dia dekat kaki aku. Ya Allah. Hati aku berdebar-debar tak payah cerita la. Aku memang takut kucing. Kalau pencinta kucing tak faham kenapa manusia spesis aku ni takut dekat kucing, tak apa. Aku nak cerita je. 

Aku boleh cool lagi masa ni. Sampai depan pintu bilik aku, dia terpacak depan pintu. Aku memang tak jadi la buka pintu bilik. Aku jalan ke pintu aras blok aku dan kebetulan kucing tu keluar ikut pintu aras tu. Aku terus tutup pintu tu. Tapi masalahnya, pintu tu tak boleh tutup kemas sebab dah rosak. Aku pon tahan la pintu aras tu. 

Dah agak-agak kucing tadi dah malas nak bergaduh dengan aku, aku pon lepaskan pintu tadi. Terus aku lari ke pintu bilik aku. Kau tau, tak sempat aku nak buka pintu bilik lagi, kucing tu dah ada dekat belakang aku. Serious aku lemah semangat dengan makhluk ni. Aku jalan turun ke aras bawah, dia ikut jugak. Aku nak cari orang yang boleh tolong aku tapi tak ada siapa-siapa. Untuk pengetahuan, aku tak tahu bilik mana ada orang untuk minta tolong pegang kucing tu. Kan sekarang ni musim orang balik rumah. Cuti sem kan. 

Aku pon dapat akal untuk ambil penyapu dalam bilik aku dan halau je kucing tu. Aku buka pintu bilik, berdesup kucing tu masuk. Nak dijadikan cerita, kucing ni tak takut penyapu. Aku dah la takut nak kuis-kuis dia dengan penyapu tu. Dia pulak buat keras statik je. 

Masalah lain timbul bila aku tiba-tiba rasa nak pergi toilet. Sabar je la. Kucing tu dah naik atas meja study aku. Kuis biskut atas meja. Aku agak dia lapar. Aku ambillah biskut tu nak bagi dekat dia. Mata dia statik pandang aku. Takut wehhh. Aku bawalah biskut keluar dan dia pon ikut keluar. Aku happy lah dia keluar. Bila aku letak je biskut dekat lantai, dua ekor lagi kucing datang.

Serious aku tak tahu nak buat apa. Kucing-kucing tu main tenung-tenung satu sama lain. Apa masalah haiwan-haiwan ni? Aku dah lah rasa nak terkucil dekat situ. Bolah pulak dia tenung-tenung macam nak rebut kawasan. Aku give up nak lawan 3 ekor kucing tu. 

Sambil nangis-nangis ni aku masuk bilik. Aku decide nak buat tak tahu je sebab dia kucing kan. Bukannya haiwan bahaya. Nampak tak nak buat-buat berani tu. Tapi kucing oren tadi masuk bilik aku buat macam rumah sendiri. Kucing lain duduk dekat luar bilik aku je. Yang seekor ni naik atas meja, atas katil, cakar-cakar board study aku, masuk dalam almari. Aku memang hilang sabar tapi tak boleh buat apa. 

Tengah menangis tu aku call rakan seperjuangan aku. Dia pulak cuak dengar aku nangis macam kena kejar penjenayah rupanya ada kucing je. Atas nasihat rakan seperjuangan aku, aku tolak juga kucing tadi dengan penyapu. Dalam 10 ke 15 minit juga aku main tolak-tolak. Takutnya tak payah cerita la. Kalau check heartbeat aku rasanya dah paras bahaya dah. 

At last kucing tu aku berjaya tolak keluar. Sampai patah batang penyapu tu sebab aku ketuk-ketuk lantai nak bagi dia takut. Dia tak takut langsung. Buat penat je aku ketuk. Sampai sekarang aku tak keluar bilik lagi. Aku takut kucing tu ada lagi dekat luar. Aku dah tak sanggup nak bergaduh lagi. 

Ok dah. Jangan gelakkan aku yang penakut ni. Aku tengah stabilkan jantung aku ni tau. Subuh esok pon aku sanggup tunggu untuk pergi toilet. Biarlah nak batu karang ke, batu api ke, batu permata ke. Aku tak nak keluar bilik. 
 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI