Showing posts with label Master. Show all posts
Showing posts with label Master. Show all posts

Monday, 18 December 2017

Kelantan Trip 1 (introduction)


Hai!

Trip ni dah nak basi dah ceritanya tapi aku baru ada masa nak tulis dekat blog. =) Aku ada subjek Elektif untuk semester ni. Ala-ala praktikal tapi 2 minggu je. So, aku pilih nak pergi HUSM, Kubang Kerian. Since aku tak berapa pandai drive, aku in charge as manager. Segala perbelanjaan dan tempat tinggal, aku yang uruskan. Bukan bayar kan =D Aku punya personal budget untuk 2 minggu dekat sana lebih kurang RM600 termasuk makan, minyak kereta, penginapan, tol dan lain-lain. Aku pergi dengan lagi 3 orang classmates. Naik Myvi je sebuah. 

Belanja untuk 2 minggu (share 4 orang):-

Minyak kereta : ~RM230 
Penginapan :- RM 380 (termasuk deposit RM100)
Tol :- ~RM100

Total yang aku belanja termasuk makan, jalan-jalan, souvenir etc : RM 569
Aku banyak habiskan duit part makan since harga makanan dekat Kelantan murah kalau nak banding dengan KL, memang aku kerja makan aje la. Kereta pon tak pakai sangat dekat sana sebab pergi HUSM jalan kaki. Tak nak bayar parking dekat HUSM sebenarnya. =D

HUSM

Ni kitorang tolong buatkan lab work orang lain sebab tak ada kerja




Sebenarnya apa yang aku belajar sekarang ni tak related dengan kerja-kerja lab pon tapi masa dekat HUSM ni diorang bagi peluang buat lab. Teringat pulak zaman degree. Dah lama tinggal. 

Nanti aku buat specific entri untuk penginapan dengan tempat yang kitorang pergi + makanan. =D . Ni intro je. 

Wednesday, 24 May 2017

Kaunseling Genetik Ni Belajar Pasal Apa?

Hai! 

Assalamualaikum. 


Hari tu ada yang tanya, "kursus Kaunseling Genetik (in English, Genetic Counseling. Nak bagi simple, saya guna GC) ni belajar tentang apa". "Ada peluang kerja ke". "Apa requirements yang diperlukan". "Agak-agak saya sesuai tak belajar course ni". Meh nak cerita secara ringkasnya. 

Belajar pasal apa? 

1) Genetic Counseling : Belajar pasal teori, komunikasi, kaunseling, psikologi, dan yang seumpamanya

2) Human Genetic : Learn about DNA, chromosome, all the biomolecule as a whole and deeper

3) Clinical Genetic : Look like mixture of Genetic Counseling + Human Genetic. Also mix with clinical part but still in theory (pedigree, policies, gene therapy, cancer)

4) Clinical Practice : Go to clinical attachment (like practical) to certain clinics related to genetic. 

5) Dissertation

Ada peluang kerja ke?

Haha. I don't know. Sama je macam ambil master course lain, kalau dapat kerja, dapatlah. Bila you ambil course ni, you akan jumpa dua pihak. Satu, pihak yang cakap peluang kerja untuk genetic counselor banyak sebab tak ramai genetic counselor dekat Malaysia. Banyak klinik atau makmal yang perlu genetic counselor. Sebab? Sebelum buat genetic test, kena lalui genetic counseling process to make sure those patients or clients make the decision after they are fully informed. Pihak kedua ialah, pihak yang akan cakap "awak nak kerja apa nanti? Nak kerja dekat mana?". That moment, you need to be strong. 

Requirements?

Sama je macam ambil master lain. Pointer masa degree, apa semua tu, just follow UKM punya requirements. My suggestion, ia akan memudahkan proses pembelajaran, kalau you ada basic science especially genetic atau medical/clinical background atau counseling background. Dengan background yang you ada, you akan hadapi different challenges in this course. Unless you ada semua tu. Heee. Macam saya, saya cuma ada basic genetic. Jadi, kalau bab counseling and medical, memang kena usaha lebih sikitlah. Macam a few of my classmates, diorang ada background clinical, kerja nurse macam tu, diorang memang strong lah bab-bab clinical & medical. Tapi ada masalah nak faham konsep genetik pulak (dengan segala transcription, translation, DNA repair etc tu). Jadi, ikut nasiblah. 
Bonus kalau ada good communication skill. Bukan jenis becok tak bertempat tu, ni bercakap benda yang ilmiah dan bersesuaian. Boleh bergaul dengan manusia tak kira bangsa atau usia. But, it's ok. Bak kata my lecturer, "kita sama-sama belajar untuk improve and complement each other". 

Sesuai ke tak?

Depends. Selalunya jawapan saya, "kalau minat, apply lah". Pada saya, minat tu penting sebab cabaran dia besar. Minat tu salah satu motivasi untuk teruskan walaupun susah. Ok?

Good luck. 

Tuesday, 28 February 2017

Nak berhenti belajar ke tak?

Hai!! Assalamualaikum!!


Sejak sambung master ni, dah berpuluh kali fikir "betul ke apa aku buat ni", "betul ke pilih course ni", betul ke itu, betul ke ini. (Saya belajar Kaunseling Genetik). Saya fikir benda yang sama sejak hari daftar sampailah sekarang, same question. "Betul ke? Boleh ke?" I know the reason I'm thinking this kind of question is I can't see the future. Macam telur di hujung tanduk. Gitu. Jatuh ke, kukuh ke. Bila kita tak yakin, masalah kecil pon boleh buat kita putus asa. Some of my problems are financial, medical field and self-confidence. Kewangan tu tolak tepi dulu sebab saya bukan orang yang uruskan hal tu. Bila ambil course under Fakulti Perubatan, nak tak nak memang akan related dengan medical apa semua tu walaupun bukan nya student Medic. Dari Form 5 sampailah degree, memang elak isi UPU ambil jurusan perubatan ni. Sekali kau, master kena jugak belajar. Menangis. Haha. Nak gelak pon tak mampu. Everything's fast, need to stay alert and think smart. Iols ni bukannya pandai nak faham benda-benda tu semua. Huwaaaa. Disebabkan inilah, saya rasa saya dah ter-develop low self-confidence. It's really annoyed me when I had this mind set. "Why I can't be like them?" "Why I can't remember that?" and so on

Even though, there are thousands reasons for me to quit this study but there're also reasons for me to stay till the end. Hopefully. First, this is the course that I want to study. Saya yang pilih. Tak ada siapa paksa. My own desire. "This is what you want, Najwa". Keduanya, harapan mak dan ayah saya. Mereka tak paksa tapi saya boleh nampak yang harapan tu ada. Fighting! Yeah! Ketiganya, masyarakat. I keep remind myself, you do this for our community, for patients, for our next generations. Kalau bukan kami, siapa? Someone need to start this

*Sebenarnya, jurusan ni baru lebih kurang 2 tahun ditubuhkan. Sebab tu saya kata ia "telur di hujung tanduk". Dah berpuluh tahun berkembang di oversea. Malaysia baru nak start. Kalau dulu, nak tengok pesakit genetik memang susah. Sekarang ni, bila masyarakat semakin pandai, maklumat di hujung jari, semua orang aware tentang penyakit genetik ni, pesakit makin ramai. Kalau dekat klinik, setiap minggu ada new cases. Benda yang kita labelled "RARE" dulu sekarang dah "COMMON".  


Sebab tu, walaupun rasa nak give up sangat-sangat, I'll stay. For you


Oh yeah. Wish me luck. 




Saturday, 10 December 2016

Kisah "pump" baby

Assalamualaikum.

Hai!!

Masa presentation dalam kelas Khamis baru ni, one of my classmates present tentang TRAP sequence. Aku pon first time dengar pasal TRAP sequence tu. Apa dia TRAP sequence ni? Nama panjang nya, Twin Reversed Arterial Perfusion Sequence. It is about twin baby that share same placenta. Placenta ni lah yang pisahkan sistem darah ibu dengan sistem darah anak tapi masil menghubungkan kedua-duanya. Ia dihubungkan kepada baby melalui uri untuk pastikan baby tu dapat oksigen, nutrient dan sebagainya. Tapi apa yang terjadi dengan baby yang mengalami TRAP sequence ni? 
Gambar dari Google

Keadaan twin tu macam dalam gambar ni. Seorang twin adalah normal dan dipanggil "pump" twin. Seorang lagi twin tidak mempunyai jantung / kepala / kedua-duanya. Lebih kurang senang cakap badan dia bahagian atas tak ada. Jadi, jantung "pump" twin akan bekerja lebih kuat untuk mengalirkan darah ke twin yang satu lagi. Semakin besar saiz abnormal twin, semakin kuat jantung "pump" twin perlu bekerja untuk support kedua-duanya. Ia akan mendatangkan risiko heart failure dekat "pump" twin. Inisiatif yang boleh diambil ialah block the blood flow to save the "pump" twin. Yang part ni doktor-doktor tau la. 

Tapi dalam kes yang classmate aku present tu, dua-dua baby tu meninggal dalam kandungan. Memang sedih yang teramat sangat masa dengar cerita tu. How strong the "pump" twin is to keep support another twin till the end. Takziah diucapkan pada keluarga twin tersebut. Allah lebih sayangkan twin tu. 

To know more about this, refer TRAP sequence
 

Tuesday, 29 November 2016

Prader-Willi Camp, Hospital Kuala Lumpur



Assalamualaikum. Hai!!!

26 Nov 2016 baru ni, aku jadi volunteer untuk Prader-Willi Camp dekat HKL. Apa dia Prader-Willi tu? Prader-Willi Syndrome (PWS) ni penyakit genetik yang boleh berlaku tiba-tiba je. Maksudnya, seorang anak tu boleh dapat penyakit ni walaupun mak atau ayah dia normal. Boleh terjadi dekat mana-mana keluarga, tak kira jantina dan tak dapat dijangka. Ia akan bagi kesan pada selera, tumbesaran, metabolisma, tingkah laku dan juga perkembangan seksual. PWS merupakan penyebab genetik yang biasa bagi obesiti. Untuk info lanjut, sila ke PWS Basic Fact

Dulu penyakit ni dalam kelompok "rare disease" tapi sekarang pesakit yang menghidap PWS semakin banyak yang direkodkan. Atas usaha sama doktor dan ibu bapa yang terlibat, Prader-Willi Society of Malaysia ditubuhkan. 

Masa camp ni, ibu bapa pesakit kena pergi seminar PWS dan kanak-kanak ditempatkan di dewan bersama volunteers dan penjaga. The activities for the children are simple dance and song session, games, magic show, coloring session and zumba/exercise. 

Program macam ni penting untuk temukan keluarga yang mengalami situasi yang sama supaya mereka dapat bertukar pandangan dan mungkin berkongsi emosi serta kekuatan. Hanya mereka yang memahami apa yang mereka lalui. Macam-macam boleh nampak dalam program tu samada reaksi positif atau negatif. Kadang-kadang aku fikir, kita sihat ni by chance je. Kagum aku tengok bila adik-beradik yang sihat sanggup jaga adik-beradik yang ada PWS ni sampai mereka tak boleh berenggang langsung. Walaupun masing-masing kecil lagi tapi rasa tanggungjawab tu tinggi. Kita masyarakat di sekeliling pesakit PWS ni pon kena ada kesedaran dan hulurkan bantuan mana yang patut terutamanya emotion support



Here we are!!

Support PWS patients.

Orange.

 Be strong!!




Monday, 28 November 2016

Penangguhan Pembayaran Balik PTPTN


Hai!!

Hari ni aku ke kaunter PTPTN di The Mines Serdang untuk proses penangguhan bayaran balik PTPTN. (Bagi yang tak perasan dekat mana kaunter tu, ha!! Sebelah Pizza Hut, dekat dengan cinema tu. Ok?) Aku nak tangguh bayaran balik PTPTN untuk pinjaman masa degree dan tak pasti lagi nak pinjam PTPTN lagi ke tak untuk master ni. Lepas aku bagitau situasi aku dekat staff PTPTN tu, dia kata, kalau tangguh, tunggakan bulanan masih ada cuma tak dapat notis dan tak di blacklist kan nama je. Kalau pinjam terus untuk master, tunggakan terhenti sementara sepanjang master tu, tapi kadar bayaran balik nanti memang banyak sangat-sangatlah. Fikir-fikirkanlah. Hehe.

Sumber maklumat di bawah daripada laman web rasmi PTPTN :-


Kriteria Penangguhan

Peminjam yang dah tamat pengajian sebelum ni dan nak sambung lagi pengajian secara sepenuh masa.

Peminjam yang perlu melanjutkan pengajian ke luar negara apabila mengikuti kursus berkembar secara 2+1 atau 2+2.

Peminjam yang extend semester.

Peminjam yang dah tamat pengajian tetapi masih belum bekerja (iaitu tiada pendapatan). 

Peminjam yang menerima penajaan lain. 

Peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan. 

Tempoh penangguhan yang dibenarkan


Kaedah permohonan penangguhan bayaran balik

Untuk maklumat lanjut, sila ke LAMAN WEB PTPTN-PENANGGUHAN BAYARAN BALIK


Terima kasih.









Thursday, 3 November 2016

Buah Hati Di NASOM


Hai!!

Dah berapa hari nak cerita pasal buah hati aku ni tapi tertangguh je kerjanya. Masa mula-mula jumpa tu, jujur aku agak takut. Macam-macam aku fikir sebab tak pernah jumpa. Nak handle lagi lah tak tahu. Aku buat je la muka calm and cool bajet tak takut duduk dekat-dekat. Lepas tu, maybe dia rasa selesa ke suka ke apa aku tak pasti, dia makin datang dekat dengan aku. Nervous lah weh. Aku try tanya soalan simple tapi tak berjawab. Tiba-tiba dia pandang mata aku. Aku pon automatik pandang tempat lain. Dua tiga kali jugak dia nak pandang mata. Aku bukan tak suka tapi nervous. Masa nak balik tu baru aku rasa selesa sikit nak rapat dengan dia.  

Kali kedua jumpa, aku rasa macam dah lama kenal. Dia pendiam, kadang-kadang keluar unique habit dan suka menyanyi walaupun aku tak pasti lagu apa yang dinyanyikan tu. Tapi sedih sabab tak dapat say goodbye. Last day aku dekat situ dia tak ada. Si Cristine. =)

Oh ya, NASOM tu nama panjangnya The National Autism Society of Malaysia. Kalau tak salah, ada lebih kurang 20 centres NASOM di Malaysia. NASOM yang aku pergi tu fokus kepada Early Intervention Program (EIP). Maksudnya yang fokuskan pendidikan awal kanak-kanak autism. Macam melentur buluh biarlah dari rebungnya. =D . We need to teach them like other kids but using different techniques


Tempat makan yang banyak memori.
Ada yang susah nak makan, makan memilih.
Ada yang kuat makan sampai comot-comot
Cikgu kejar-kejar nak suap suruh anak murid makan.
Macam-macam lagi la.

Mainan yang aku suka berebut dengan seorang kanak-kanak lelaki ni.
Mulalah dia jerit "Aaaa~~ !!". Haha.
 

Ruang tamu tempat budak-budak tunggu parents datang ambil.
Puas cikgu suruh duduk diam sebab masing-masing dah terlebih boring pergi sekolah. Hehe.


Macam-macam kejadian yang berlaku masa aku dekat NASOM tu. Siap dapat tengok student mengamuk bila dia stress. Serious kesian dan tak tahu nak buat apa. Setiap Rabu students dekat situ pergi taman permainan. Macam-macam yang students ni dapat belajar bila buat outdoor activity. Contohnya social skills, interaction / communication, motor skills etc. Kalau dia tak nak main, memang kena paksa jugak. Mainlah kejar-kejar ke apa ke janji dia buat sesuatu.

Banyak pulak aku cerita. Kalau nak tahu lebih lagi tentang NASOM, apa itu autism, apa services yang ada dan dekat mana NASOM centres, boleh rujuk http://www.nasom.org.my/


Love. Love. =D







Monday, 26 September 2016

SAMH Wisma Harapan, Kuala Lumpur

Hai!! Assalamualaikum!!


Tugasan pertama masa masuk master in genetic counseling ni ialah pergi community placement di tempat yang telah ditetapkan. Aku ditempatkan di Selangor And Federal Territory Association For The Mentally Handicapped (SAMH) Wisma Harapan. Centre ni turut ada di Jinjang North and Klang. Di Wisma Harapan ni,  anak-anak kurang upaya akal boleh mendapatkan pendidikan, latihan dan jagaan supaya mereka dapat mengenali potensi dan menguruskan diri. Ada beberapa program yang dilaksanakan di Wisma Harapan ni iaitu ;-

- Early Intervention Program [EIP] (for 0-6 y/o) : Penglibatan ibu/bapa/penjaga adalah diperlukan dan apa yang diajar boleh diaplikasikan di rumah.

- School Program (for 7-18 y/o) : Anak-anak akan diajar music and movement, self-help skills, simple hygiene etc. Pelajar dilatih makan bersama rakan-rakan dan guru untuk develop social skill dan hubungan persahabatan.

- Vocational Training Centre (18 y/o and above) : Terdapat beberapa unit latihan di bahagian ni iaitu carpentry, sewing, general craft and so on. Di bahagian kraf tangan, pelajar dilatih untuk buat bakul menggunakan gulungan kertas dan lilit tali pada tools yang disediakan.

- Sheltered Workshop : Menyediakan pekerjaan kontrak seperti packing, sorting, mailing etc mengikut kontrak yang pihak Wisma Harapan dapat.

Kalau nak buat volunteer, internship atau lawatan pon boleh dekat sini. Masa aku pergi sini selama 5 hari, ada guru-guru pendidikan khas dan juga pelajar-pelajar dari Australia datang buat lawatan. Pelajar-pelajar Wisma Harapan turut diajar berenang dan menunggang kuda pada hari-hari tertentu.

Kalau nak datang guna public transport, aku suggest naik monorel dan turun dekat Tun Sambanthan. Kalau nak turun dekat KL Sentral pon ok jugak tapi kena jalan jauh sikit. Nak solat pon senang sebab sebelah dengan Surau Brickfields Madrasathul Gouthiyah je. Kedai makan ada je dekat-dekat situ tapi kena jalan sikit. Pandai-pandailah pilih yang confident halal.

Info SAMH Wisma Harapan ;-

Wisma Harapan, 522, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Tel : 03-22741457/75
Faks : 03-22734933
Email : wisma_harapan@yahoo.com
Website : http://www.mentallyhandicapped-samh.org/

With Mrs Margeret, pengetua dekat sini

Ni yang aku cakap ikat tali dekat tools tadi tu.
Macam buat kerusi kot lebih kurang

Tempat anak-anak special ni lahirkan kreativiti

Hasil tangan mereka dipamerkan di sini untuk dijual.
Pelanggan boleh request nak bentuk apa, saiz macam mana.

Di EIP, pelajar diajar menggunakan komputer dan kemahiran mereka dinilai

Bermain pasir adalah salah satu cara untuk tingkatkan sensory skills

Muzik turut membantu dalam proses pembelajaran mereka

Bahagian hadapan SAMH Wisma Harapan
Hulurkan tangan kita untuk kanak-kanak ini.

SAMH Charity Carnival 2016
Sunday 27 November 2016
9 am - 4 pm
Venue : Wisma Harapan
Ticket : RM 2
Contact : 03-22741457/75


Monday, 12 September 2016

Officially Master Student

Assalamualaikum~~

Hai!!


Isnin minggu lepas (5 Sept 2016) aku officially registered as master student. Alhamdulillah. Pagi-pagi buta tu ada pendaftaran dekat Bangi dan petang pulak ada taklimat di fakulti. Walaupun masa daftar macam serabut sikit tapi alhamdulillah selesai juga. Make sure masa daftar tu bawa surat tawaran, salinan pembayaran yuran dan dokumen medical check-up. Masa turn aku, pendaftar tak minta pon salinan resit sebab dalam sistem dah update kot yang aku dah bayar. So, prepare je la. Just in case. Aku tak bawa dokumen medical check-up sebab dalam website tak pesan suruh bawak. Aku pulak lurus binti bendul. =P . Nasib baik dah upload segala dokumen medical check-up dekat website. Ayoyo. Dah siap daftar tu, bergeraklah ke fakulti untuk dengar taklimat fakulti pukul 2.30 petang.

Hari Selasa (keesokan harinya) ada taklimat course pukul 9 pagi. Jadi jumpalah lecturer and classmates. =D . FYI, course genetic counselling ni untuk 4 semester (2 tahun, 24 bulan). =P . Mesti full-time ok. Tapi atas budi bicara, mungkin boleh buat PJJ. Mesti ada background in science (medical, pharmacy, nursing, genetics, etc). Kalau boleh, nak ada experience in clinical or community work selama 3 bulan. Kalau nak lulus dengan cemerlang nya dalam course ni kena habiskan 43 jam kredit dengan minimum CGPA 3.0, lulus semua subjek dan settle pembayaran yuran apa semua tu.  Nak 3 pointer tu lah haiiii. *Menangis. Petang tu ada taklimat library. Lebih kurang sama dengan PTSL tapi advance lagi. Agaknyalah. Masa degree tak selalu pergi library, masa master ni insaf sikit kot nanti. =P . Maybe. Hehe. 

Untuk hari-hari seterusnya, sambung entri lain pulak. =D

Bila start master, maka tangan pon menggedik post dekat insta. Sebelum ni ada account je, tak post sehabuk pic pon. Hehe. So, rajin-rajin visit and follow my IG, @najwa_zahid.  Jangan lepas ni blog bersawang sebab dah update semua cerita dekat IG sudah. =D 


Salam Aidiladha =D

Friday, 19 August 2016

Sedang Mencari Rumah Untuk Disewa


Hai!!

Aku adalah manusia yang tak pernah lagi tinggal dekat rumah sewa. Asyik duduk kolej je sepanjang study dekat uni ni. Lepas tu nak masuk master, mulalah menggagau nak belajar cari rumah sewa sebab dah mohon kolej tapi tak dapat. 

Ciri-ciri rumah sewa yang aku cari ;-
1) Dekat dengan PPUKM
2) Mudah untuk dapatkan public transport especially bus (kalau jauh sikit dari PPUKM)
3) Sewa murah dan dah termasuk bil air dan elektrik (RM250 ke bawah, maklumlah student je)
4) Kekosongan untuk 2 orang 
5) Ada kemudahan asas dalam rumah 
6) Suasana rumah macam tempat tinggal manusia (sebab aku penakut kalau rumah macam pelik je)

Tu je kot untuk sementara ni. Tak demand sangat, kan? Heee. Aku ada cari dekat ibilik. Jumpa la dua tiga buah yang sesuai. Harap-harap semuanya dipermudahkan. 


Please comment if you have any suggestion, tips or advertisement related to this entry. Thank you. 

Saturday, 6 August 2016

Medical Checkup Di Megaklinik Zahran, Bangi


Hai!

Lepas dapat offer sambung master, aku kena buat pengesahan terima atau tolak offer tu. Untuk terima, aku kena upload sekali dokumen medical checkup. Masalahnya aku tak sedap hati nak minta cuti dengan SV tempat aku intern tu kalau nak pergi weekdays. Kalau pergi yang kerajaan kan murah sikit tapi tu la, kena pergi weekdays

Jadi aku decide untuk pergi Az-Zahrah Bangi sebab aku dapat info kalau buat test dekat situ, result keluar dalam sejam ke dua jam. Sampai je dekat klinik tu, tanya dekat kaunter, rupanya rawatan untuk pesakit luar dah pindah ke Zahran. Dekat Az-Zahrah tu untuk emergency, something like that. Tak jauh pon Zahran dengan Az-Zahrah. Belakang bangunan tu je. Dekat dengan Bangi Sentral.



Pergi dekat kaunter Megaklinik Zahran, encik tu soal and explain la apa yang patut. Anggaran bayaran RM 120. Tunggu sekejap, dia panggil nama, pergi urine test. Miss dekat kaunter makmal tu explain procedure semua, then buat urine test. Pengguna tandas sebelum aku mungkin kanak-kanak or manusia tak bertamadun sikit kot. Tak apa lah, aku tolong flush kan. Urgh. 

Lepas tu pergi bahagian X-ray. Tunggu sekejap, bila nama dipanggil, masuk bilik X-ray. Miss tu explain kena buat apa dan tukar ke pakaian khas untuk X-ray. Berdiri dekat mesin, miss tu akan keluar ke bilik khas dan beri arahan dengan mic. Sebab bahaya radiation X-ray tu. Arahan ni aku macam tak dengar sangat and blur gitu sebab tak biasa kan. Mic macam bergema sikit.  

Bila dah siap X-ray, tunggu dalam 20 ke 30 minit. Nama kena panggil, masuk bilik rawatan. Check mata. Tutup sebelah mata, sebut huruf sampai mana yang nampak. Tutup lagi sebelah, sebut lagi huruf. Lepas tu timbang berat, ukur tinggi dan check tekanan darah. 

Tunggu lagi sekejap. Nama dipanggil, masuk bilik doktor. Doktor tanya itu ini, tulis-tulis, tanda bla bla bla dekat borang. Tulisan doktor tu aku boleh baca. Bagus. Selalu jumpa doktor yang tulisan pon kita tak dapat baca. Doktor cakap berat aku kurang. Eh? Aku sekali terkejut yang berat aku turun. Maybe makan tak terurus kot lately or sebab aku baru habis puasa enam. Doktor cakap la apa yang patut pasal result test aku. Aku pon angguk-angguk burung belatuk. Faham ok. Bukan angguk saja-saja. Hehe. 

Pergi bahagian bayaran tu, tunggu sekejap. Nama dipanggil, buat bayaran. Total, RM 84. Ambil resit and sampul result, balik. 

Aku suka sebab semuanya settle tak sampai 2 jam. Aku sampai situ pukul 7 malam. Memang waktu tak sesuai langsung nak berurusan dan aku risau tak sempat sembahyang Maghrib. Tapi sempat. Dalam 8.10 ke 8.20 malam tu dah siap semuanya. Dekat dengan Zahran tu ada masjid Al-Hasanah kalau tak silap namanya. Dalam Zahran pon ada surau tapi macam muat untuk 2 ke 3 orang sekali sembahyang. So, aku bagi ruang untuk staf dekat situ solat lah sebab dia nak kejar masa buat kerja, layan pesakit bagai lagi. 

Antara perkhidmatan yang ada dekat Megaklinik Zahran :

• Konsultasi Penyakit
• Suntikan Ubat/ Antibiotik
• Rawatan Dehidrasi
• Cuci/Jahit Luka
• Program Imunisasi Kanak-Kanak & Dewasa (Vaksinasi)
• Suntikan Umrah/Haji/Perniagaan Makanan
• Rawatan Nebulizer/Asma
• Farmasi
• Berkhatan untuk bayi perempuan oleh Pegawai Perubatan
• Berkhatan untuk kanak kanak lelaki/dewasa oleh Pegawai Perubatan.
• Pembedahan Kecil
• Ultrasound/Scan/Pap Smear
• Pengambilan ubat yang tidak memerlukan preskripsi terus melalui kaunter farmasi
• Pengimejan (X-Ray)
• Pemeriksaan Kesihatan (Pra Persekolahan Berasrama, Pra Universiti, Pra Kerjaya)
• Pemeriksaan Ibu & Anak
• Pendaftaran Temujanji Melalui Telefon
• Program Sunathon Musim Cuti Persekolahan
• Pemeriksaan Pap Smear
• Program Pemeriksaan Kesihatan Masyarakat (mobil)

Info lanjut : ZAHRAN


 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI