Saturday 15 October 2016

Hidup Rumah Sewa [Part 1]

Assalamualaikum.

Hai!!

Post kali ni lebih kurang diari pon ada. Sebulan lebih dah aku duduk rumah sewa. Banyak yang lain dari hidup aku yang dulu-dulu. Bukan nak kata jadi lebih matang ke apa ke. Tapi sekarang aku buat banyak benda yang aku tak suka buat sebelum ni. Sangat bercanggah dengan karakter aku tapi ni lah yang orang panggil adaptation, kan. Kalau cerita dekat mak aku pon dia tak percaya aku buat. 

1) Berkongsi

Hari tu masa aku balik rumah, tiba-tiba aku nampak pinggan aku ada orang guna dan tak dibasuh. Terbiar atas meja. Meletop sikitlah dalam kepala ni. Yeah. Nak guna tak perlu minta izin tapi berpadalah. Lepas guna basuh. Aku jadi ok sebab kawan aku kata "adatlah rumah sewa". Aku kena adapt lah kan. Sampai sekarang dah tak ada dah kejadian macam tu. Mungkin orang tu dah insaf. Hehe. Aku belajar kongsi macam-macam dekat sini sedangkan dulu bilik pon aku tak nak share dengan adik aku. =D

2) Memasak

Aku bukan benci ke apa bab-bab memasak ni tapi aku rasa malas yang teramat sangat. Aku ada interest nak try menu tu, menu ni tapi MALAS tahap langit ke tujuh tu tak dapat nak lawan. Disebabkan nak berjimat, aku dengan roommate aku, Si Emma (guess I'll talk about her a lot after this, haha. She requested) start lah masak-memasak ni. Dia pon jenis suka try menu tu menu ni. Apa lagi, memang try and error je la. Mulut sendiri nak makan, tibai je. =P . Hati ni rasa kembang setaman lah bila Si Emma kata 'sedap'. Fuhhh. Kalau dia masak, semua sedap je pada aku. =D . Aku tak pandai bab-bab rasa ni. Boleh telan, tak mentah, tak over masin, ok la tu. Sekarang ni aku dalam proses belajar basuh/bersihkan ikan, ayam dan yang seangkatan dengannya. Kalau mak aku tahu ni, mau nya dia buat kenduri kesyukuran 3 hari 3 malam. =)


Masuk rumah semalam, ada nota ni. Haha.
Part sapu rumah je aku tak buat setakat ni.
Basuh dapur, basuh bilik air, sapu bilik dah.

Ok, nanti cerita pulak ye.


3 comments:

  1. Syukur housemates saya batch ni memang bagus giler

    ReplyDelete
  2. sy pun jenis asal makanan tu boleh makan, tak basi.. sy telan je. tak kisah sgt rasa dia

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  3. duduk serumah dgn kawan mmg best. tp biasalah, mesti ada serba tak kena. sy paling tak suka kalau org guna barang tak mintak izin. dan kalau dah pinjam, barang mesti dlm keadaan yg sama. bkn dlm keadaan rosak or kotor etc. geram jugak kalau kena mcm tu. sabar je mampu huhuhu.

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI