Friday, 4 November 2016

Dugaan Ambil Master

Assalamualaikum.
Hai!!


Walaupun baru dua bulan lebih, bersusun juga lah dugaan ambil master ni. Tapi masih mampu bertahan lagi buat masa ni. Sebab aku bertahan? Of course sebab harapan keluarga aku. Kalau ikut semangat aku yang kejap turun kejap naik ni, memang tak ke mana la. 

Dugaan pertama, kewangan lah pastinya. Aku tak panggil ni masalah tapi dugaan / ujian. I don't see this as a problem. Aku bersyukur sebab lahir dalam keluarga yang sederhana. Ramai lagi orang yang lagi susah nak belajar. Cuma aku kena adapt dengan keadaan ni dan belajar untuk lebih berjimat. Tapi selalu jugak stress bila kena tahan perasaan nak membeli apa hati aku nak. Sabar. Sabar. InsyaAllah aku akan balas jasa semuanya selagi sempat. 

Dugaan keduanya ialah tanggapan / perspektif / pandangan orang. 

"Kenapa nak belajar course ni? Tahu ke nak kerja apa nanti? Dulu kan ambil genetik, kenapa tak kerja bahagian makmal? Buat research."

Satu benda yang aku nak orang faham kenapa aku belajar benda-benda ni ialah aku memang nak belajar. Penat dah belajar semata-mata untuk dapatkan sesuatu. Bagi peluang untuk aku belajar dengan niat memang aku nak menuntut ilmu. Masa darjah 6, UPSR kena buat elok-elok untuk masuk sekolah menengah bagus-bagus. Masa PMR pon sama. SPM / STPM / matrik / asasi etc kena score bagi senang masuk U. Degree kena buat betul-betul bagi cerah peluang kerja. 
Sekarang aku nak rasa pergi kelas sebab memang untuk menuntut ilmu bukan sebab attendance ke apa. Belajar untuk diamalkan dan untuk bantu orang lain. The feeling is different
Kalau semua orang nak duduk lab buat research, siapa nak counsel patient or patient's family with genetic problem? A lot of people need us. Ramai juga lagi yang belum aware tentang genetic disease. I will help as much as I can. 

Kalau seorang je tak apa yang tanya macam tu. Ni tak. Dah letih dah nak jawab soalan yang sama. Tapi terima kasih juga sebab prihatin. I know you love me. Gituuuu. 

Lastly, dugaan ni tak ada lah besar sangat tapi stress jugak. Bila pergi clinical attachment (ala-ala praktikal dekat klinik), orang mesti fikir aku doktor. Kalau tak doktor, pesakit. Yela, aku tak pakai uniform macam staff. Dua pilihan je orang tengok. Doktor ke pesakit. Ayoyo. Pakai kad pelajar pon kad tu kadang-kadang terpusing ke belakang. Orang tak nampak pon. Mulalah dipanggilnya kita ni doktor. Aku ni medical term pon tak faham, nak jadi doktor. Segan weh. Saya bukan doktor. 



Enjoy your day. 
Daa~~~


10 comments:

  1. InsyaAllah saya pun ingat nak sambung master kot lepas ni :) chaiyo2
    mellyacrayola.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. wahh dah smbg master. nak jugakk nanti, lg satu sem utk habiskan ijazah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah boleh. hbis kan final year dlu

      Delete
  3. semoga kekal tabah...u can do it!
    cabaran dia memang tinggi tapi itulah yang akan membantu kita utk jadi yg terbaik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah! tQ. insyaAllah i'll try my best

      Delete
  4. Nanti saya baca.
    Nak gi makan dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan lah dulu. kang tercekik

      Delete
    2. Malam ni saya nak baca tentang cerita dugaan ambik master. Harap2 saya tak ada dugaan baca cerita tu.

      Sambil blogwalking:
      http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

      Gambar profile cantik.

      Delete
    3. Malam ni saya nak baca tentang cerita dugaan ambik master. Harap2 saya tak ada dugaan baca cerita tu.

      Sambil blogwalking:
      http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

      Gambar profile cantik.

      Delete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI