Tuesday 28 August 2018

Lovely Horribly [Korean Drama]

Hai!!

Image result for lovely horribly


Dah tengok drama Lovely Horribly yang Song Ji Hyo berlakon ni ke? Kalau belum, meh nak cerita sikit pasal drama ni. 

Tajuk drama : Lovely Horribly
Pengarah : Kang Min Kyung
Penulis : Park Min Joo
Jumlah episod : 32 episod
Genre : Romantic Comedy, Horror
Mula ditayangkan dekat Korea : 13/8/2018. Dekat Malaysia 14/8/2018. 
Tayangan dekat Korea hari Isnin dengan Selasa, tapi dekat Malaysia hari Selasa dan Rabu. 
Waktu ditayangkan (Malaysia) : 8.50 pm (2 episod/hari) 
Ditayangkan di KBS World. 


Watak :-
Park Si Hoo sebagai Philip
Song Ji Hyo sebagai Eul Soon
Lee Gi Kwang sebagai Lee Sung Joong 
Ham Eun Jung sebagai Shin Yoon A
Choi Yeo Jin sebagai Ki Eun Young

Sinopsis :

Drama ni cerita tentang Philip dan Eul Soon yang berkongsi takdir sejak kecil. Bila soorang sakit atau tak berjaya, seorang lagi akan sihat. Contohnya pokok epal di hadapan rumah diorang. Bila pokok epal depan rumah Eul Soon berbuah, buah pokok epal depan rumah Philip jadi buruk dan gugur. Nasib diorang bertukar ikut siapa yang pakai gelang azimat tu kalau tak salah. Masa diorang dah besar, Philip ni jadi pelakon dan Eul Soon ni jadi penulis skrip. Masa ni diorang tak kenal lagi satu sama lain. Skrip Eul Soon ni kena ambil dengan kawan dia Eun Young dan Sung Joong yang minat dekat Eul Soon ni selalu protect Eul Soon. Skrip latest yang Eul Soon tulis, secara tak langsung menceritakan pasal Philip dan kemalangan 8 tahun lalu. Dengan semangat roh (apa entah nama hantu tu), skrip tu macam hidup dan apa yang tertulis dalam skrip tu terjadi betul-betul di alam nyata. Jadi, adalah pembunuhan berlaku. 

Tak sabar nak tengok episod 9 dengan 10 malam ni. Dengar cerita rating tinggi dekat Korea. Sah-sah nanti Eul Soon kena tuduh plot kan semua kejadian bunuh tu. Ish ish ish. 

Lakonan Song Ji Hyo dengan Park Si Hoo memang kelakar. Believe me. 
Jom tengok!!

6 comments:

  1. kena tnggu banyak2 sket episode baru mula tengok.. ehhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha,,paham3. Nanti boleh maraton terus. Sya tiap kali tgok rsa suspen ape la jadi episod lpas ni

      Delete
  2. belum tengok lagi nampak gaya nak kena layan gak ni bila baca sinopsis best jer hahaha...

    ReplyDelete
  3. Wow ! Peminat cite koreaaaa..hehe..
    Nona x kenal semua tuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, sya mmg minat Kdrama. Song Ji Hyo tu ahli Running Man

      Delete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI