Tuesday 12 April 2016

[Review Novel] Sunan Cinta Nan Sakti


Hai!!

Review novel Sunan Cinta Nan Sakti ni adalah sambungan kepada NOVEL SUNAN-Nanggroe Sang Kembara yang telah di'review' baru-baru ni. 



Sinopsis :

CINTA menuntut seluruh pengertian. Saifudin dan Ratna Sang Ratu Sulaman menyulam cinta dalam kancah pertempuran, permusuhan dan perjuangan. Cinta – tidak terlafaz dalam lisan. Hanya suara hati yang melagukannya biar dilandai krisis paling parah. Cinta – bakal diakhiri dengan peperangan. Mengorbankan insan tersayang. Apakah semua ini mahar untuk sebuah pernikahan?
Wali Sufi – melarang cinta Saifudin dan Ratna Sang Ratu Sulaman atas alasan yang berbeza. Cintai Penciptamu terlebih dahulu nescaya cinta fitrah suci bakal dikurnia-NYA.
Maharani - menegah cinta Sang Ratu atas sebab... cinta itu melumpuhkan sifat serikandi seorang pejuang.
“Aku akan kembali mendapatkanmu, Saifudin. Akan kuhancurkan kau dalam gumpalan tanah negerimu sendiri. Akan aku pastikan kuburanmu tidak bertanda. Akan kupastikan kematianmu tidak diratapi... apatah lagi untuk dikenang. Seluruh marga negerimu akan kuseksa. Kujadikan negerimu sebuah neraka dunia!” - Ratna Sang Ratu Sulaman.
“Sebagai manusia... aku sayang padamu.” Saifudin dengan gelar Laksamana Sunan.
Dalam kancah peperangan dan permusuhan yang sedang rancak bergolak, maka...
Di sinilah... lahirnya seorang legenda.
Di sini jugalah zahirnya sebuah cinta.
RAMLEE AWANG MURSHID mengekalkan rentak cinta dan aksi dalam alur cerita karyanya kali ini. Nanggroe Sang Kembara menempuhi banyak gendala dalam perjalanan meraih Cinta Nan Sakti. Perjuangan tidak mengenal erti lelah biarpun hampir tewas. Kebangkitan merupakan kemuncak sebuah hakikat dalam layar sebuah hikayat.
Siapa yang bakal belangsukawa? Pencinta atau yang dicintai?


Review :

Novel ni bermula dengan pembunuhan Engku Aminah  oleh Sang Ratu di hadapan Saifudin. Saifudin telah beberapa kali terselamat daripada dibunuh oleh Sang Ratu, orang kenit, Raja Tambuakar, Nyi Burga Kelara dan sebagainya. Kisah cinta Saifudin dengan Sang Ratu pun sedih juga. Maharani dan Wali Sufi "menjampi" Sang Ratu dan Saifudin dengan cara yang berbeza tetapi tujuan yang sama, lupakan cinta. Wali Sufi nak Saifudin lebih mengenali cinta Allah berbanding cinta fitrah dan Maharani nak Sang Ratu jadi kejam tanpa rasa cinta. Ada plot twist dalam percintaan abang kepada Saifudin, Megat dengan Seroja dan satu lagi kisah cinta sedih dalam novel ni antara Jaka dan seorang nenek. Novel ni lagi gempak dua kali ganda berbanding novel Sunan dan menyebabkan aku rasa nak ada sambungan lagi dan lagi. Kalau yang dah baca novel-novel Laksamana Sunan sebelum ni, memang akan automatically refresh scene-scene dulu. Lepas tu rasa, "ooo, macam ni ke yang menyebabkan jadi macam tu,". Ada beberapa ayat yang selalu Saifudin guna dalam dialog dia mula tercipta dari novel Sunan Nanggroe Sang Kembara dan Sunan Cinta Nan Sakti. Bangak tips islamik yang dapat dikutip dari novel berkisahkan Laksamana Sunan ni. Aku pon boleh terikut-ikut dengan bacaan ayat Al-Quran yang Saifudin baca waktu dia dalam kesusahan. Kadang-kadang, penulisan RAM dapat membuatkan seseorang tu rasa insaf dan menusuk kalbu. Heee. Tahniah. 


Dapatkan novel ni sekarang sebab nanti novel baru, Imaginasi nak keluar pulak. Selamat membaca.

No comments:

Post a Comment

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI