Showing posts with label episod akhir. Show all posts
Showing posts with label episod akhir. Show all posts

Friday, 15 April 2016

Descendant Of The Sun Final Episode + 3 Special Episodes

Hai!! Annyeonghaseyo. 

Semalam episod akhir Decendants Of The Sun dah ke udara. Part Song Joong Ki sihat walafiat lepas kena tembak tu aku stress jugak lah. Ada calar sikit je dekat muka. Ceh. Lepas tu ada lah part tangan patah. Kira ok la jugak. Apa-apa pon, aku admire dekat second couple tu. Suka, suka, suka. Dramatik betul kisah cinta dua orang tu. Part escort VIP tu lawak. VIP konon. Sekali Mo Yeon bengang, terus tak mengaku ada boyfriend. Haha. Alasan askar-askar ni nak cover salah memang win. Bila Yoo Shi Jin cakap dia dah naik pangkat, terus tersengeh je Mo Yeon. Comel. Couple nurse-doctor tu pon sweet jugak. Rupanya doktor tu dah lama admire dia. Siap ada folder gambar dia dari kecik sampai ke tua lagi tu. Fuhh. Ending drama ni style sebab doktor dengan askar tu cool je bila ada berita pasal volcano. Padahal orang lain kalut lari. =D Jangan lupa tengok tau.

Setiap minggu ramai yang ternanti-nantikan drama yang gempak ni. Janganlah sedih ye bila drama ni dah tamat sebab nanti 20-22 April akan ada special episodes 3 hari berturut-turut. Pada 20 dan 21 haribulan, akan disiarkan highlight episodes. Pada 22 haribulan, akan disiarkan a making-of epilogue.

Bye bye DOTS.

Tonton onlineDOTS EP 16


Song-Song Couple datang semula dekat kapal ni dalam episod akhir.

Wednesday, 16 March 2016

Episod Akhir Signal Kurang Memuaskan

Hai!! Hello!

Aku baru tengok episod akhir drama Korea Signal ni. Geram pulak rasa hati sebab macam tak habis je. Sabar je la. Aku dah review drama ni DI SINI. Plot drama ni seriously best. Complicated, suspense dan tak membosankan. Setiap kes tu saling berkait dan macam berpusing-pusing.

Dalam episod akhir ni Park Hae Young kena tembak sebab nak selamatkan Cha Soo Hyun dan dia sepatutnya mati. Masa ni Cha Soo Hyun tu dah tahu dah pasal kewujudan walkie-talkie yang boleh menghubungkan dengan masa lalu (zaman Lee Jae Han hidup lagi).

Lee Jae Han ni dah tahu yang dia akan mati dekat mana, pukul berapa, berapa haribulan sebab Cha Soo Hyun terbagitahu melalui walkie-talkie tu. Disebabkan dia nak tahu macam mana dia mati, dia pergi tempat tu. Terkantoilah siapa yang nak bunuh dia sebenarnya dekat situ. Ahn Chi Soo dengan orang-orang suruhan dia yang nak bunuh Lee Jae Han ni. Waktu Lee Jae Han nak kena tembak, polis pon datang. So, dia tak mati hari tu.

Disebabkan masa lalu dah berubah, masa depan (zaman Park Hae Young) pon berubah. Park Hae Young tak jadi mati lepas kena tempak tu. Hanya Park Hae Young dengan Cha Soo Hyun je yang tahu masa depan tu berubah. Orang lain semua tak tahu. Tak pasal-pasal mak Park Hae Young hidup lagi, officemates dia tak kenal dia, macam-macam lah.

Walaupon Lee Jae Han tu hidup, tapi dia menghilang lepas beberapa hari tu. Dekat nak akhir episod, Park Hae Young dengan Cha Soo Hyun on the way pergi hospital yang berkemungkinan jadi tempat persembunyian Lee Jae Han. Tapi orang jahat pon ada dekat hospital tu. Lepas tu tiba-tiba drama ni habis bila tunjuk memang Lee Jae Han hidup dan ada dekat hospital tu.

Aku geram sebab nak tahu orang jahat ke Park Hae Young yang jumpa Lee Jae Han dulu. Lepas tu ahli politik yang jahat tu kena tangkap betul-betul ke tak. Macam mana reaksi Park Hae Young dan Lee Jae Han bila jumpa dekat alam realiti. Drama ni patut sambung lagi 15 minit untuk lengkapkan yang gimik akhir tu. Hehe.

Apa-apa pon aku bagi 4.56 bintang untuk drama ni. 

Tonton onlineepisod akhir Signal

Park Hae Young (kiri) dan Lee Jae Han (kanan) dengan walkie-talkie misteri tu.

Friday, 11 March 2016

Episod Akhir Moorim School Korea Drama

Hello!
Hai!!

Masa Moorim School mula ditayangkan dulu, aku ada buat REVIEW MOORIM SCHOOL dan ramai juga yang search drama ni dekat blog aku. Jadi, aku berbesar hati nak tulis pasal ending nya pulak. Sepatutnya drama ni ada 20 episod tapi hari tu ada berlaku konflik sikit, jadi drama ni jadi 16 episod sahaja. 

Dalam episod akhir ni, Chi Ang bersungguh nak dapatkan kunci Chintamani tu untuk ayah dia. Tapi, dalam masa yang sama, dia tak nak sakitkan Shi Woo dan Soon Duk. Chae Yoon, ayah kepada Shi Woo dan Sun Ah selamatkan Principle yang Sun Ah anggap sebagai ayah selama ni. Kunci Chintamani tu terpisah kepada 3. Satu dekat ayah Chi Ang. Satu lagi dekat Shi Woo. Yang terakhir ada dekat lantai Moorim School. Ayah Chi Ang bagi kunci tu dekat Chi Ang. Shi Woo bagi kunci tu dekat Soon Duk. Kunci terakhir, Chae Yoon pulak pegang. 

Chi Ang jumpa Soon Duk sebab nak ajak Soon Duk join dia. Kalau Soon Duk tak join dia, dia takut ayah dia akan apa-apa kan Soon Duk. Tapi Soon Duk tak nak khianati Shi Woo. Shi Woo datang dan cakap yang dia akan bagi kunci tu dekat Chi Ang asalkan dia tak ambil Soon Duk. 

Kunci terakhir pon Shi Woo bagi dekat Chi Ang masa dua orang ni jumpa dekat Moorim Peak keesokan hari nya. Chi Ang siap buat drama nak terjun gunung bagai lagi depan ayah dia. Dia suruh ayah dia pilih, kunci tu atau dia. Last nya, ayah dia pilih Chi Ang. 

Lepas 7 tahun tu, Shi Woo still jadi artis dan akan kahwin dengan Soon Duk. Chi Ang couple dengan Sun Ah. Sun Ah jadi dekan dekat Moorim School tu ganti ayah angkat dia. Chi Ang uruskan syarikat ayah dia dan masih sponsor Moorim School. 

Yang unexpected scene pada aku ialah, bukan ayah Chi Ang tu yang bakar rumah Shi Woo masa kecik tu. Mati-mati aku ingat ayah Chi Ang tu punya kerja. Ayoyo. Nasib baik ingatan Chae Yoon datang tepat pada waktunya masa episod 15 tu. Hehe. 

Tengok dua episod last tu boleh faham jalan ceritanya tapi feeling tu tak deep sangat. Maybe sebab banyak scene kena cut ke apa tak tahulah. Tapi best lah plot drama ni. Lain dari yang lain. 

Tonton online:
Episod 16

Banyak kali Shi Woo tukar style rambut dalam drama ni. Ihiks. =D
 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI