Friday 11 March 2016

Episod Akhir Moorim School Korea Drama

Hello!
Hai!!

Masa Moorim School mula ditayangkan dulu, aku ada buat REVIEW MOORIM SCHOOL dan ramai juga yang search drama ni dekat blog aku. Jadi, aku berbesar hati nak tulis pasal ending nya pulak. Sepatutnya drama ni ada 20 episod tapi hari tu ada berlaku konflik sikit, jadi drama ni jadi 16 episod sahaja. 

Dalam episod akhir ni, Chi Ang bersungguh nak dapatkan kunci Chintamani tu untuk ayah dia. Tapi, dalam masa yang sama, dia tak nak sakitkan Shi Woo dan Soon Duk. Chae Yoon, ayah kepada Shi Woo dan Sun Ah selamatkan Principle yang Sun Ah anggap sebagai ayah selama ni. Kunci Chintamani tu terpisah kepada 3. Satu dekat ayah Chi Ang. Satu lagi dekat Shi Woo. Yang terakhir ada dekat lantai Moorim School. Ayah Chi Ang bagi kunci tu dekat Chi Ang. Shi Woo bagi kunci tu dekat Soon Duk. Kunci terakhir, Chae Yoon pulak pegang. 

Chi Ang jumpa Soon Duk sebab nak ajak Soon Duk join dia. Kalau Soon Duk tak join dia, dia takut ayah dia akan apa-apa kan Soon Duk. Tapi Soon Duk tak nak khianati Shi Woo. Shi Woo datang dan cakap yang dia akan bagi kunci tu dekat Chi Ang asalkan dia tak ambil Soon Duk. 

Kunci terakhir pon Shi Woo bagi dekat Chi Ang masa dua orang ni jumpa dekat Moorim Peak keesokan hari nya. Chi Ang siap buat drama nak terjun gunung bagai lagi depan ayah dia. Dia suruh ayah dia pilih, kunci tu atau dia. Last nya, ayah dia pilih Chi Ang. 

Lepas 7 tahun tu, Shi Woo still jadi artis dan akan kahwin dengan Soon Duk. Chi Ang couple dengan Sun Ah. Sun Ah jadi dekan dekat Moorim School tu ganti ayah angkat dia. Chi Ang uruskan syarikat ayah dia dan masih sponsor Moorim School. 

Yang unexpected scene pada aku ialah, bukan ayah Chi Ang tu yang bakar rumah Shi Woo masa kecik tu. Mati-mati aku ingat ayah Chi Ang tu punya kerja. Ayoyo. Nasib baik ingatan Chae Yoon datang tepat pada waktunya masa episod 15 tu. Hehe. 

Tengok dua episod last tu boleh faham jalan ceritanya tapi feeling tu tak deep sangat. Maybe sebab banyak scene kena cut ke apa tak tahulah. Tapi best lah plot drama ni. Lain dari yang lain. 

Tonton online:
Episod 16

Banyak kali Shi Woo tukar style rambut dalam drama ni. Ihiks. =D

2 comments:

  1. dah habis tengok gak drama moorim school ni cuma x sempat nak buat review lgi kat blog, drama ni lain dari yang lain cuma ada episod yang best dan ada episod yang sedikit boring.

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI