Saya sarankan untuk anda membawa keluarga tersayang melawat tempat-tempat menarik atau bersejarah di negara kita. Bukan hanya dapat menambah ilmu pengetahuan, bahkan dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahli keluarga dan meningkatkan semangat patriotik dalam diri anak-anak. Sebagai contohnya, muzium (terutamanya Muzium Negara), zoo (terutamanya Zoo Negara), Tugu Negara, Masjid Negara dan sebagainya.
Tempat yang paling saya gemari semenjak menuntut di Bangi ialah Masjid Putra, Putrajaya. Sudah tidak terkira berapa kali diri ini menjejakkan kaki ke sana. Sungguh damai dan menenangkan terutamanya pada waktu petang dan malam. Kita dapat melihat keluarga-keluarga bahagia yang bermain pelbagai permainan di situ. Menaiki Cruise Tasik Putrajaya dan bot Dondang Sayang memberikan pengalaman yang amat bermakna juga dapat mengutip sedikit pengetahuan mengenai bangunan-bangunan di sekitarnya. Dinasihatkan juga untuk menggunakan kad matrik bagi pelajar IPT kerana ada discount. =). Disitulah tempat saya menghilangkan tekanan juga mencari ketenangan.
Cruise Tasik Putrajaya |
bot Dondang Sayang |
Tempat kedua ialah Zoo Negara. Jika ingin melawat panda, sangat dialu-alukan.
ini petanya. http://www.zoonegaramalaysia.my/map.html
layari http://www.panomatics.com/nextgen/my/zoonegara/004/ untuk maklumat lanjut.
Saya telah meluangkan masa lebih kurang 3 jam untuk melawat zoo tersebut secara sepintas lalu. Jika ada yang berminat dengan haiwan, bolehlah datang daripada pagi hingga ke petang. Tapi, harus ingat juga, parking berbayar. =) . happy holiday !!
No comments:
Post a Comment
sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D