Thursday 16 April 2015

The volunteering work at Farm In The City

Assalamualaikum ....ehem3... *betulkan anak tekak sekejap

hari ni aku nak bercerita kisah kerja sukarelawan yang aku dan rakan-rakan subjek kemahiran insaniah (HHHC9301 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat) lakukan dengan penuh komitetnya. =D
*nampak tak betapa panjangnya nama subjek...
setelah berminggu-minggu program tu tertangguh disebabkan beberapa keadaan yang susah nak dielak, maka, takdir telah menetapkan aku menjejakkan kaki ke situ pada 11 April 2015. seperti yang dirancang, kami bertolak dari UKM ke Seri Kembangan pada pukul 7 pagi kerana kami perlu memulakan kerja pada pukul 9 pagi. *awal sangat ke pukul 7 tu?
haaaa.....awal sebab takut sesat. tak pernah pergi lagi tau tak
seperti yang diduga, kami tersesat. Adoii.....tapi tak adalah sesat jauh sangat. salah simpang je. nasib baik dapat sampai awal juga. kalau tak, bikin malu saja

dipendekkan cerita, aku jadilah tukang jaga kedai souvenir. memang blur tahap apa pun aku tak tau sebabnya aku tak pernah hayat kerja jaga-jaga kedai ni. tapi Alhamdulillah..... Allah tahu kesusahan aku. adalah seorang lelaki Cina yang baik hati kerja part time dekat kedai tu. dialah yang tunjuk ajar apa aku kena buat. Fuhhh.... thanks a lots.... aku ni memang spesis susah nak ercakap kalau dengan orang yang tak berapa rapat. nasiblah dia banyak tanya, jadi kerja aku jawab je. senang sungguh.

kawan-kawan aku ada yang jaga bahagian  entrance , jaga kura-kura, burung, dll. pengalaman yang baru dan penat yang berbaloi.

untuk jadi volunteer di situ tak perlu bayar dan dapat melawat kawasan sekitar seperti pelancong lain selepas kerja selesai. hari tu kami hanya kerja sampai pukul 2 petang sahaja. makanan juga disediakan.

waktu balik tu masing-masing tahan hidung je la. tapi kami singgah di Giant Seri Kembangan untuk solat dan mewangikan diri.. *nanti pengsan pulak bau macam-macam
FITC tak jauh dengan Giant dan The Atmosphere. aku dah pernah pergi The Atmosphere dulu. The Atmosphere . aku terfikir juga nak ajak kawan-kawan aku pergi bergambar dekat situ tapi masing-masing nak balik, penat, malaslah. mungkin lain kali.


nampak tak burung atas kepala dia? haaaa....tu yang specialnya FITC ni. pengunjung dapat memegang, memeluk dan memberi makan kepada haiwan-haiwan di situ. sampaikan kura-kura dekat situ jadi besar sangat-sangat. 

yang ni gambar mula-mula sampai. wangi lagi masa ni =P



bergambar dengan tag "staff". staff sangat. kami nak meniru gambar abang belakang tu. ihikss

demikian sudah kisah aku sebagai sukarelawan


2 comments:

  1. Tumpang tanya. Macam mana nak mohon jadi volunteer dekat sini? Or just pergi pagi tu untuk daftar? Mohon tunjuk ajar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. contact pihak fitc dulu sblm pergi. boleh email dkt contact no yg ada dekat website fitc atau boleh try contact ikut FB page di sini https://www.facebook.com/FarmInTheCityMalaysia/

      TQ =D

      Delete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI