Monday, 12 October 2015

The Cactus Cafe


Hai!!
Annyeonghaseyo!!

Terlebih excited pulak nak tulis blog. Yelah, 85% proposal settled. Apa yang susah sangatnya nak buat proposal ni sampai berminggu nak siap? Ha, nanti aku cerita ye tapi bukan dalam entri ni, ok?

Dalam entri ni aku nak cerita pasal makanan. Siapa yang tak suka makan? Tak kan lah tak suka. Kalau diet pun, mesti suka makan tapi kena kawal sikitlah, kan. Aku kalau bab-bab diet ni, memang hangat-hangat tahi ayam je. Mustahil aku boleh buat sebulan. Memang tak pernah lagilah setakat ni. Mak aku cakap, biar gemuk asalkan sihat. Pelik punya ayat motivasi. Sebab kalau aku skip makan, selalunya aku akan kiokkkk dan menyusahkan mak aku. Haha.

Pernah dengar nama Cactus Cafe? Aku tak pernah pergi restoran tu lagi tapi dah beberapa kali buat delivery order.  Sebabnya aku selalu bosan makan makanan dekat kafe kolej je. Nak masak memang tak kuasalah aku. Malas satu hal. Leceh satu hal lagi. Kalau ada kenderaan, bolehlah keluar pergi beli bahan mentah. Macam aku ni? Takkan nak naik teksi nak oiii. Tak mungkin. Haha.

Penyelesaiannya, delivery sudah. Kenapa aku tak order KFC ke, Domino's Pizza ke atau seangkatan dengannya? Satu, sebab mostly penghantar delivery order tu adalah lelaki, yang aku pernah jumpa setakat ni. Kedua, aku kena call atau buat online order. Lepas tu tukang hantar makanan tu akan call semula untuk tahu lokasi aku betul ke tak, dah tunggu ke belum dll. Malas weh.

Sebab tu aku order dekat Cactus Cafe. Memang sejak mula-mula aku order, Kak Mariyam yang duk melayan aku. Nak itulah, nak inilah. Kesian orang tak ada transport ni. Padahal restoran tu dekat Seksyen 3, Bangi je. Waktu Ramadan baru ni, restoran tu bagi free kurma dan pakej menu yang berbeza hari-hari. Lagi satu, aku tak perlu call atau buat online order. Aku whatsapp je Kak Mariyam. Settle. Walaupun aku rasa Kak Mariyam ingat-ingat lupa je dekat aku tapi aku tak kisah. Janji kerja aku senang. Haha.

Tapi latest flyers Cactus Cafe dah tak letak no.phone lain dah kalau nak order. Aku yang degil ni, still whatsapp Kak Mariyam jugak. Tak peduli. Sabtu baru ni aku order Chicken Pizza dengan mi udang.


Inilah rupa piza nya. Tak pandai aku nak tangkap gambar bagi nampak menyelerakan sikit. Harga RM 13.90. Ada campur sosej juga. Rasanya sedap sebab pedas-pedas sikit tapi masih perlu diperbaiki.

Sebenarnya mi ni diletakkan dalam polisterin tapi aku tuang dalam pinggan. Luas dan aman sikit nak makan. Harga 8.20. Mi ni pada aku sedap.  Walaupun pedas tapi aku still nak hirup kuah dia. Kalau nak yang udang banyak, boleh order Mi Udang Special tapi mahal sikitlah. 

Inilah insan yang tak makan sayur. Tengok tu, diasingkan pula sayurnya. Ish3. 


Ini kotak piza tadi. Kecikkk je label nya. Tak apa. Janji sedap. 

Ini alamat blog Cactus Cafe

Baru lagi rasanya restoran ni. Blog baru buat ni. Fighting!!

Tengok sini semua!! Segala maklumat ada di sini. Haha.

Entri ini dibuat atas sebab menghargai jasa Kak Mariyam hantar makanan saya yang macam-macam tu. Semoga diberkati oleh-Nya. Amin.



2 comments:

  1. waaa...mcm best jer nihh...kat bangi ehhhh...boleh terjah pehni hehehe

    ReplyDelete
  2. yup, dkt bangi je...slmt mncuba

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI