Tuesday 3 May 2016

Lawatan Ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang


Hai!!

Lawatan ke Kuala Gandah ni adalah sambungan kepada lawatan ke DEERLAND PARK hari Sabtu yang lepas. Masa sampai dekat situ memang panas terik sangat sebab dah pukul 1.30 pm lebih kurang. Kalau ikut jadual, kami sepatutnya tonton video 'Elephant Conservation Programme' dulu. Tapi disebabkan sampai agak lewat, kami pergi tengok pertunjukan gajah dulu dengan pelancong-pelancong lain. Ada 4 ekor gajah yang buat pertunjukan tu tapi aku dah tak ingat nama gajah-gajah tu. =D

Setiap gajah dikendalikan oleh pelatih yang mahir

Masa show tu, bukannya gajah tu melompat ke menari ke apa, biasa je. Seekor tu dia tarik rantai besi, seekor lagi pusing tunjuk ekor, lepas tu seekor lagi bawa tuan dia naik atas badan dan yang akhir sekali dia baring dan bangun semula. Lepas tu penonton boleh bagi makan betik dekat gajah-gajah tu.

Masa ni memang berebut-rebut orang serbu nak bagi gajah makan
Bila dah kenyang, gajah-gajah ni dibawa mandi dekat sungai. Penonton tak mandi sekali dengan gajah ni, yang boleh mandi tu dengan anak gajah rasanya. Dekat-dekat je kawasan dia. Mengikut jadual, kami sepatutnya diberi masa untuk join gajah-gajah tu mandi. Tapi disebabkan ramai sangat pelancong lain yang mandi dan kami nak cepat, tak jadilah nak mandi dengan gajah. 

Gajah main air. Happy betul.


Abang pelatih dan gajah lepas mandi

Semua dah wangi dah ni =P
Di sekitar tempat ni ada digantung info-info mengenai gajah bagi menambah pengetahuan pelancong yang datang. 
Biodata gajah

Salah satu info tentang gajah, ia tidak dapat berpeluh
After that, kami ke galeri yang menempatkan banyak info serta sejarah tentang pusat konservasi ini. Bila dah penat pusing-pusing galeri, kami ke bilik tayang di ruang entrance untuk tengok video yang tak dapat tengok masa awal tadi. Video terpasang, kami tengok. Video habis, kami keluar. Hehe. Sebab tak ada siapa yang introduce atau close kan penyampaian video tu. Lepas selfie-selfie tu, kami pon balik. 

Sebelum sampai ke NECC (National Elephant Conservation Centre) ni, kami diberi kertas soalan dan kena hantar pada lecturer sebelum sampai uni. Disebabkan ada soalan-soalan ni, aku care untuk baca info-info dekat NECC tu. Tapi kesedaran untuk conserve haiwan-haiwan yang semakin pupus tu tak sampai. 
Cafe di NECC

Gambar dekat wall  di entrance ni lawa-lawa.
Apa-apa pon aku puas hati masuk sini sebab tak perlu bayar. Aku harap semakin banyak aktiviti yang menimbulkan kesedaran untuk conserve endangered animals dapat dilaksanakan dan semakin banyak gajah dapat diselamatkan.

Good luck
Have a nice journey
Daa~~~



8 comments:

  1. Sebelum ni dah pergi sini. Best. Hihi

    ReplyDelete
  2. Ok. Dah boleh masuk dalam list melancong 1 semanjung hujung tahun ni. Tq for that info.

    Jemputan ke segmen kita.
    * http://alongwawaerna.blogspot.my/2016/04/erna-mini-giveaway-april-mei-2016.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. best la dpt melancong. sya ni pegi field work je. haha

      Delete
  3. Salam singgah sahur dik.....Wahh...bestnya tengok gajah..

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI