Wednesday, 29 June 2016

Moment Akhir Degree


Hai!!

Pejam celik pejam celik, dah 3 tahun aku study dekat uni ni. Baru seminggu berpisah dengan classmates dan budak-budak silat. Sekarang masing-masing busy dengan praktikal. Riuh group Whatsapp bila semua nak cerita pengalaman praktikal yang macam-macam ragam. Jadual berbuka puasa aku memang penuh minggu lepas sebab hari-hari berbuka dengan orang tu, orang ni. Bajet macam dah tak jumpa dah masa grad nanti. Hehe. Dapatlah merasa berbuka dekat masjid, makan dalam dulang. First time tau. Mula-mula rasa macam "cukup ke nak kongsi ramai-ramai sedulang ni?". Last nya, masing-masing pakat "kau lah makan, kau lah habiskan." Rezeki bila dikongsi jadi banyak. Gambar berbuka dekat masjid ni aku tak ada. Tak kan nak bergambar sakan pulak dekat masjid kan. 

Silat girls yang dah berzaman tak jumpa

Set-set ni pantang nampak kamera. Posing terus. 

Berbuka dengan classmates dekat Putrajaya. Lari bajet beli makanan dekat bazar. =P

Dila (ex-roommate and friend)
Teha (friend and FYP groupmate)

With Jihah (friend and classmate)

Last day. Final exam, final semester, final year.
With classmates
depan DECTAR

Another Dila a.k.a N, ex-roommate masa sekolah menengah. Jumpa dekat UKM sebab join silat.
Masa mula-mula jumpa , "eh, macam kenal".
"Akak, saya lah, Dila. Adik bilik akak dulu". Hoho.
Sorry Dila, akak memang mudah lupa nama orang. Hehe.

Gelang Emma bagi. Suruh pakai masa grad nanti. InsyaAllah. 

Fiends from first year (Dila, Teha, Jihah and Mira Filzah). =P
Berbuka dekat Seoul Garden lepas tengok Now You See Me 2.

Hadiah dari Teha. Thanks Teha.
Sebab gambar berbuka dekat masjid tak ada, letak gambar ni lah.
Muka-muka teman berbuka dekat masjid. (Fatin, Mira Filzah, Emma, Pikort and Jihah)

Thank you guys.
InsyaAllah kita dapat grad sama-sama tahun ni.
Good luck.





Friday, 24 June 2016

Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016


Bersiaran kembali untuk segmen rutin 2 bulan sekali di blog Fiza. Kembali dengan Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016. Ada yang tak sempat sertai bulan April yang lepas kan dan juga yang tak berpeluang masuk dalam bloglist blog Fiza. Kalau sudi, berminat dan nak memeriahkan segmen ni jemputlah sertai ramai-ramai ye. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016
http://www.azhafizah.com/

TAMAT : 29 JUN 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016
2. Copy coding dalam kotak bawah ni dan paste di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016 

  Terima kasih atas sokongan semua ^__^

Pencarian Bloglist Sesi Julai by Aisyhah Nyais


KLIK BANNER UNTUK SERTAI

Good luck

Sunday, 19 June 2016

6 Best Korean Drama Coming Soon

Hai!!


Tak lama lagi, hari-hari aku kena ada jadual nak tengok drama apa. Oyeh!! Kalau tak, bosan sebab tak tahu nak tengok cerita apa dah. Haha. Dekat bawah ni senarai drama yang ditunggu-tunggu :-

1. 38 Task Force

A special task force will mix cops and criminals in order to catch bad guys, but this time the good-bad guys will be con artists who use their skills of fraud and deception in order to help catch tax evaders.

Reason : Seo In Guk berlakon!! Genre kesukaan aku, crime. =D
Dah keluar 2 hari lepas. Bolehlah start tengok episod 1. In Guk muncul dekat-dekat nak last episod 1 tu. 

2. Beautiful Mind

How dangerous is a genius neurosurgeon who is incapable of having any feelings for his patients? Lee Young Oh (Jang Hyuk) is the best at what he does but because of an accident in his frontal lobe, he lacks sympathy for his patients and has erratic personalities. But when a series of bizarre patient deaths occur at the hospital, police investigators converge around Young Oh. But can a rookie cop (Park So Dam) help Young Oh open up his heart and learn to love again? The drama is loosely based on the classic Mary Shelley novel “Frankenstein.”

Reason : Jang Hyuk berlakon!! Genre kedua kesukaan aku, misteri. =D 
Start ditayangkan 20 haribulan ni. Esoklah kiranya. 

3. Doctors 

The right mentor can determine if you go to jail or achieve something greater in life. Yoo Hye Jung (Park Shin Hye) has had a tough childhood and difficult life. She has dealt with the life challenges by becoming emotionally guarded and acting like a tough bully at school. When Hong Ji Hong (Kim Rae Won) meets Hye Jung, he recognizes her intelligence behind her gangster façade and sets her on a path to become a compassionate doctor. Now a doctor in a neurosurgery residency at a major hospital, Hye Jung works alongside fellow residents Jung Yoon Do (Yoon Kyun Sang) and Jin Seo Woo (Lee Sung Kyung). But when Seo Woo becomes Hye Jung’s biggest rival both professionally and personally, can Hye Jung overcome yet another major obstacle to her own personal happiness?

Reason : Park Shin Hye berlakon!! Genre medical!! 
OMG. Banyak lagi pelakon best dalam drama ni. Tak sabar. Start ditayangkan 20 haribulan jugak. 

4. Wanted

There is nothing stronger than a mother’s instinct to protect her son. Jung Hye In (Kim Ah Joong) is a top actress whose TV shows and films are a guaranteed box-office success. But on the cusp of her retirement announcement, Hye In’s son is kidnapped. The kidnapper demands that Hye In join a television reality show and complete a series of missions set out for her. Shin Dong Wook (Uhm Tae Woong) is a top producer-director who is in charge of the reality show. With the help of the dogged Cha Seung In (Ji Hyun Woo), a skilled detective with the Gangnam Police Department, can Hye In save her son by completing the difficult missions while the entire country watches?

Reason : Genre thriller. 
Tunggu 22 Jun nanti tau baru ditayangkan. 

5. Uncontrollably Fond

Shin Joon Young (Kim Woo Bin) and No Eul (Bae Suzy) reunite years later unexpectedly. During their childhood days, they parted different ways after a bitter break-up. Shin Joon Young is now a conceited Hallyu star and No Eul is now a materialistic documentary producer. After cruelly separated at a young age, will Shin Joon Young and No Eul be able to start over again? Their romance will have you seek comfort, recovery, and hope in love.

Reason : Woo Bin dan Suzy!! Walaupun tak minat sangat genre tu tapi drama ni memang ditunggu-tunggu sebab pelakonnya. 
Mula ditayangkan 6 Julai nanti. 

6. Let's Fight Ghost

Kim Hyun Ji (Kim So Hyun) studied for her 19 years before she died in an accident. She is now a ghost and has wandered around the world for several years. Hyun Ji then meets exorcist Park Bong Pal (TaecYeon). Hyun Ji and Bong Pal listens to various stories from ghosts and sends them to the otherworld. Based on webcomic “Ssauja Gwisina (싸우자 귀신아)” by Im In Seu.

Reason : Taecyeon dan Kim So Hyun berlakon!! Taecyeon dengan drama genre komedi memang masuklah. 
Mula ditayangkan 11 Julai nanti. 


Sinopsis drama-drama ni aku ambil dekat website. Aku tak rasa aku tengok semua drama sampai habis. Selalunya aku tengok episod 1 dan pilih mana best, baru tengok sampai habis yang aku rasa best tu. 

Ok lah, selamat menonton. 

Jackpot Korean Drama FULL Episodes

Hai!!


Full episodes (watch online/download) : JACKPOT
Scroll sampai bawah sekali tau.

Drama Jackpot lakonan Jang Geun Suk (sebagai Baek Dae Gil) dan Yeo Jin Goo (sebagai King Yungjo) baru saja tamat. Drama 24 episod ni sangat tersusun plotnya dan complicated. Kisah adik beradik yang bersatu untuk selamatkan tahta dari orang jahat, Lee In Jwa dan suka pada perempuan yang sama, Dam Seo. Aku suka nasihat master Che Gun dekat Dae Gil (bila perangai Yungjo berubah lepas jadi raja). "Selagi kita tak duduk dekat tahta yang dia duduk, kita tak akan faham tindakan dia. Sebab dia pertahankan nyawa." Lebih kurang gitu la. Satu lagi ayat aku suka bila Yungjo tanya Dae Gil sebenarnya Dae Gil nak ke jadi raja? Dae Gil jawab, kalau bukan Yungjo yang jadi raja, dia tak tahu apa yang dia akan buat untuk ambil tahta tu. Tapi sebab Yungjo, dia tak kan tolak Yungjo semata-mata nak jadi raja. Ayat tu menunjukkan yang Dae Gil lebih pentingkan Yungjo dari tahta. Ending drama ni pon aku puas hati. 5/5. Thumps up


Happy drama marathon. =D

Friday, 17 June 2016

FYP Part 13 : Submit Final Thesis


Hai!!

Alhamdulillah. Lepas macam-macam yang jadi, dengan nak pergi lab tak ada transport, bahan nak buat eksperimen tak orderamplify product tak dapat-dapat, sel tak transform, nak analisis bioinformatik tak pandai, banyak lagi lah "TAK" tu, akhirnya siap jugak tesis aku. Thanks to my supervisor, seniors and teammates. Clap, clap, clap. =D 16/06/16. 

Sampai ke akhir, aku mampu tahan air mata nak siapkan tesis ni. Punyalah nekad tak nak pon menangis walau apa yang jadi. Haha. Tapi masa cerita dekat mak projek tak jadi (cell tak transform) tu, hampir-hampir juga lah nak menangis. Sobs. Sobs.

Kadang-kadang aku rasa bertuah sebab perjalanan projek aku tak susah macam sesetengah orang. Tak tahulah sebab aku memang kurang masalah atau aku tak anggap benda tu satu masalah, tapi aku rasa everything just smooth je. Alhamdulillah. Cuma disadvantage nya, aku sentiasa ada dalam comfort zone. Bila nak keluar dari comfort zone ni aku pon tak tahu. 

Okay lah, soalan famous sejak aku dah jilid tesis ni ialah, aku hantar jilid kat mana? Harga berapa?Jawapannya, tesis ni aku hantar kedai area KTM UKM dekat traffic light. Area situ banyak kedai printing. Untuk dua naskhah tesis + 2 CD, RM66.

Classmates dengan tesis masing-masing

Ini lah yang aku beria sangat buat setahun ni. Fuhhh. 

One of my teammates yang aku kawan dari first year
Sekarang fokus final exam, interview master dan praktikal. Fighting!! 

THE END




Tuesday, 14 June 2016

Hari Derma Darah Sedunia


Hai!!

Selamat menyambut Hari Derma Darah Sedunia!!


Blood Connects Us All




Monday, 13 June 2016

BLOG REVIEW : BLOG CERITAEJOY


Hai!!

Blog CERITAEJOY merupakan satu lagi blog yang dipilih sebagai pemenang dalam segmen Give Me Your URL Blog 1 dulu. Blog yang ditulis oleh En. Haffizul Iskandar ni memang aku dah biasa terjah kalau ada post menarik. Jadi aku dah familiar dengan blog ni. Aku selalu terjah blog yang bertemakan putih kuning/gold ni sebab tajuk entri nya yang buat aku rasa nak baca. Catchy dan menarik. Tak percaya? Boleh terjah ramai-ramai ke http://www.ceritaejoy.com/. 


Blog Ceritaejoy banyak post tentang cara buat duit contohnya melalui 8share, Nuffnang atau Google Adsense. Bagi yang baru berjinak-jinak dengan blog dan teringin untuk jana income, bolehlah jelajah blog Ceritaejoy. Ada macam-macam tip dan tutorial yang berguna untuk blogger sekalian. Pasal SEO, fesyen, kesihatan pun ada tau. Senang kata, semua adalah.

En. Haffizul turut selitkan juga terjemahan ayat-ayat Al-Quran dari beberapa surah seperti Ar-Rahman dan Al-Kafirun. Sambil-sambil jana income, kita jana pahala juga untuk akhirat. Tak gitu. Hehe. InsyaAllah.

Apa lagi, jom terjah.

Blog link : http://www.ceritaejoy.com/
FB page : ceritaejoy.com

Selamat ber-blogwalking. Peace.

Friday, 10 June 2016

Lucky Romance Korean Drama

Hai!!!


Dah lama tak review drama Korea. Hari ni nak cerita pasal drama Lucky Romance yang mula ditayangkan pada 25 Mei 2016. 



Tajuk : Lucky Romance
Episod : 16 episod
Genre : Romantik, Komedi
Waktu ditayangkan : Rabu dan Khamis (10 p.m)
Pengarah : Kim Kyung Hee
Penulis : Choi Yoon Kyo
Pelakon : 
- Hwang Jung Eum (sebagai Shim Bo Nui) = pelakon She Was Pretty
- Ryu Joon Yul (sebagai Je Soo Ho) = pelakon Reply 1988
- Lee Soo Hyuk (sebagai Choi Gun Wook / Gary)
- Lee Chung Ah (sebagai Han Sul Hee)
- Kim Ji Min (sebagai Shim Bo Ra)

Sinopsis/review :

Shim Bo Nui seorang perempuan yang terlalu percayakan tukang tilik nasib sampai macam-macam cara dia buat untuk lindung diri sendiri dan orang sekeliling dia dari bala. Sebabnya, Bo Nui selalu bernasib malang sejak dia kecil lagi. Adik Bo Nui, Shim Bo Ra dah koma dua tahun sebab kemalangan. Bo Nui dah tak tahu nak usaha apa lagi dah untuk bagi Bo Ra sedar. Dia bukan ada duit nak tanggung kos hospital dan doktor pon suruh dia give up. Bo Nui jumpa seorang penilik nasib yang dia memang percaya. Penilik nasib tu suruh cari lelaki yang lahir pada tahun harimau dan tidur satu malam dengan lelaki tu. 

Disebabkan beberapa kejadian, Bo Nui kenal dengan Je Soo Ho, seorang lelaki genius yang jadi CEO dekat ZEZE Factory (game company). Soo Ho lahir tahun harimau. Bo Nui diterima kerja dekat ZEZE Factory dengan skill yang dia ada tapi Bo Nui bagi syarat dekat Soo Ho iaitu Soo Ho kena date dengan dia selama 3 minggu. Dari situ la mulanya Soo Jo yang genius tapi cold-hearted ni tiba-tiba caring pasal makhluk lain selain kerja dia. 

Han Sul Hee, manager kepada Gary (pemain tenis yang famous, jiran merangkap kawan masa kecil Bo Nui) ada past relationship dengan Soo Ho. Gary balik Korea untuk cari Bo Nui dan ayah kandung dia. 

Mula-mula aku nak tengok drama ni sebab ada Ryu Joon Yul. Keduanya sebab sinopsis drama ni unik. Tapi bila tengok, memang menariklah. Jalan cerita laju dan banyak watak yang suspicious. Ada beberapa scene yang aku rasa tertanya-tanya, kenapa macam pelik je? Kenapa macam tu? Tapi boleh agak sebenarnya apa dah jadi. Cuma aku pelik mana perginya ayah Gary tu. Setakat ni baru sampai episod 6 dan tak adalah romantik tahap diabetes tapi komedi tu memang ada. Lawak juga lah. Suka Joon Yul dengan Jung Eum berlakon tapi Joon Yul tak nampak macam CEO yang genius sangat. Hehe. Mungkin memang watak dia gitu kot. 

Simple CEO style =D

Soo Ho ajak Bo Nui date kali kedua untuk sedarkan Bo Nui

Second-lead handsome tahap apa tak tau la

Tonton onlineLucky Romance / Lucky Romance (download)

Selamat menonton =D





Wednesday, 8 June 2016

BLOG REVIEW : BLOG AZLAN RUMADI


Hai!!

Akhirnya ada juga peluang dan masa untuk review blog En. Azlan Rumadi yang telah terpilih sebagai pemenang SEGMEN yang aku anjurkan hari tu. Maaf ye lambat. Kucing pon boleh bertanduk tunggu aku review. Hehehe. 



First impression aku masa buka link blog ni, "banyaknya info!! Nak baca yang mana satu ni?". Aku tertarik bahagian BUKU LAGU, RESEPI,  HIBURAN,  TRAVELS,  FESYEN  dan   KESIHATAN. Blog En. Azlan juga ada post pasal makanan dan pelbagai tempat menarik di Sarawak. Cuma aku terkejut baca post trypophobia sebab aku trypophobia. =( . Terbayang-bayang lagi gambar dalam post tu. Huhu. Tapi, seriously banyak sangat info dalam blog En. Azlan dan memang best. Aku stalk sehari semalam pon belum tentu habis. Part lagu yang aku paling minat. Lagu Melayu ada, lagu Inggeris pon ada. Karok la sekejap, apa lagi. Hehehe. Layan Kalah Dalam Menang. Haha. =P . Aku tertarik dengan I LOVE PUSA sebab aku tak tahu Pusa tu apa. Rupanya nama satu kampung di Sarawak, Kampung Pusa. Bila pergi Kampung Pusa, jangan lupa try kuih lemak takir. Nampak unik. Kalau nak melawat Sarawak, blog En. Azlan boleh dijadikan sumber rujukan. =D . 



Tahniah En. Azlan. 

Teruskan ber-blog. Peace

Segmen Bloglist Bulan Jun-Julai by HBJ





KLIK BANNER UNTUK SERTAI
Tarikh Tamat : 10 Jun 2016

Saturday, 4 June 2016

Pengaruh Drama Reply 1988

Hai!!



Hujung tahun lepas drama REPLY 1988 release. Masa tu aku bookmark je untuk tengok tapi tak ada masa lagi nak tengok. Baru-baru ni aku download lah drama tu, terus maraton. Drama ni memang banyak tonjolkan nilai kekeluargaan dan persahabatan. Salute lah. Banyak isu yang biasa berlaku dalam keluarga, zaman remaja, ditunjukkan dalam drama ni. Tapi pelakon yang aku fokus, Park Bo Gum. Sebelum ni aku tak faham kenapa orang minat dia tapi lepas tengok drama ni, aku sekali terminat dia. Aku approve lah talent dia jadi pelakon, penyanyi, pengacara dan aku tengok dia ni pandai jugak menari. Dalam drama ni dia jadi macam budak yang tak pandai apa-apa selain main baduk. Dia suka dekat heroin drama ni, Hyeri. Cuma aku tak faham kenapa dia merokok dalam drama ni. Aku tengok Behind The Scene Reply 1988 pon sebab dia jugak. Hehe. Lepas tengok Reply 1988, aku download drama Hello Monster, filem Coin Locker Girl dan show Youth Over Flower Africa sebab Park Bo Gum lah. Lepas ni aku harap dia bawaklah watak yang banyak tonjolkan ekspresi muka sebab aku tengok dah macam orang tak ada perasaan je. Dia senyum comel kot. Bila bawak watak psiko dalam Hello Monster, nampak expressionless je. 

















#ParkBoGumFan


Friday, 3 June 2016

FYP Part 12 : Simposium Sains Dan Teknologi 2016


Alhamdulillah. Tamat sudah 3 hari yang sangat memenatkan tapi banyak bagi pengalaman dan pengetahuan baru. Hari Khamis (2 Jun 2016) aku bentang FYP aku bertajuk "Pengklonan dan Pencirian cDNA Sulfohidrolase dari Kappaphycus alvarezii" depan students Genetik, Zoologi, Dr Roohaida (penyelia), Dr Che Raziah (pemeriksa) dan Dr Endom (MC). Aku tak rasa aku buat yang terbaik tapi bila dah selesai tu, alhamdulillah. Sekarang tinggal final exam dan praktikal je lagi. One of my group mates dapat anugerah pembentang terbaik untuk course dia. Alhamdulillah. 3 hari ni memang jimatlah duit sebab makanan disediakan. Semua sedap pulak tu. Bab makanan memang puas hati. Tapi kena cop attendance tu yang tak minat tapi best pulak rasa sebab excited kumpul cop. =P 

FST students with lecturers

Students Genetic and Zoology

Geneticist-to-be

Good luck semua untuk final exam nanti.







 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI