Showing posts with label science. Show all posts
Showing posts with label science. Show all posts

Wednesday, 24 May 2017

Kaunseling Genetik Ni Belajar Pasal Apa?

Hai! 

Assalamualaikum. 


Hari tu ada yang tanya, "kursus Kaunseling Genetik (in English, Genetic Counseling. Nak bagi simple, saya guna GC) ni belajar tentang apa". "Ada peluang kerja ke". "Apa requirements yang diperlukan". "Agak-agak saya sesuai tak belajar course ni". Meh nak cerita secara ringkasnya. 

Belajar pasal apa? 

1) Genetic Counseling : Belajar pasal teori, komunikasi, kaunseling, psikologi, dan yang seumpamanya

2) Human Genetic : Learn about DNA, chromosome, all the biomolecule as a whole and deeper

3) Clinical Genetic : Look like mixture of Genetic Counseling + Human Genetic. Also mix with clinical part but still in theory (pedigree, policies, gene therapy, cancer)

4) Clinical Practice : Go to clinical attachment (like practical) to certain clinics related to genetic. 

5) Dissertation

Ada peluang kerja ke?

Haha. I don't know. Sama je macam ambil master course lain, kalau dapat kerja, dapatlah. Bila you ambil course ni, you akan jumpa dua pihak. Satu, pihak yang cakap peluang kerja untuk genetic counselor banyak sebab tak ramai genetic counselor dekat Malaysia. Banyak klinik atau makmal yang perlu genetic counselor. Sebab? Sebelum buat genetic test, kena lalui genetic counseling process to make sure those patients or clients make the decision after they are fully informed. Pihak kedua ialah, pihak yang akan cakap "awak nak kerja apa nanti? Nak kerja dekat mana?". That moment, you need to be strong. 

Requirements?

Sama je macam ambil master lain. Pointer masa degree, apa semua tu, just follow UKM punya requirements. My suggestion, ia akan memudahkan proses pembelajaran, kalau you ada basic science especially genetic atau medical/clinical background atau counseling background. Dengan background yang you ada, you akan hadapi different challenges in this course. Unless you ada semua tu. Heee. Macam saya, saya cuma ada basic genetic. Jadi, kalau bab counseling and medical, memang kena usaha lebih sikitlah. Macam a few of my classmates, diorang ada background clinical, kerja nurse macam tu, diorang memang strong lah bab-bab clinical & medical. Tapi ada masalah nak faham konsep genetik pulak (dengan segala transcription, translation, DNA repair etc tu). Jadi, ikut nasiblah. 
Bonus kalau ada good communication skill. Bukan jenis becok tak bertempat tu, ni bercakap benda yang ilmiah dan bersesuaian. Boleh bergaul dengan manusia tak kira bangsa atau usia. But, it's ok. Bak kata my lecturer, "kita sama-sama belajar untuk improve and complement each other". 

Sesuai ke tak?

Depends. Selalunya jawapan saya, "kalau minat, apply lah". Pada saya, minat tu penting sebab cabaran dia besar. Minat tu salah satu motivasi untuk teruskan walaupun susah. Ok?

Good luck. 

Sunday, 11 December 2016

Hati-hati Dengan Tanda Lahir

Assalamualaikum!!


Good morning =D


Biasa tak tengok tanda lahir macam ni? Ia dipanggil Cafe Au Lait spot. Selalunya kalau ada multiple cafe au lait spots ni, ia merupakan simptom kepada penyakit terutamanya neurofibromitosis. Jadi, sebeb tu lah kalau tengok ada beberapa tanda macam ni, tak kisahlah saiz kecil ke besar, check lah dekat doktor. Kalau satu tu kira normallah. Tambah pulak ada macam kutil-kutil ke, apa bintik-bintik bonjol dekat badan ke, you should be aware. Tapi sesalunya kalau masa lahir tu dah ada, doktor akan check terus. 

Masa aku ada attachment dekat klinik hari tu, doktor check seorang budak perempuan ni. Tiba-tiba doktor ukur tanda lahir budak tu. Bila aku tanya kenapa dia ukur, dia cakap tanda tu mungkin boleh lead kepada diagnosis penyakit lain especially kalau ada multiple spots


Tu je nak pesan. Daa~~~




Friday, 3 June 2016

FYP Part 12 : Simposium Sains Dan Teknologi 2016


Alhamdulillah. Tamat sudah 3 hari yang sangat memenatkan tapi banyak bagi pengalaman dan pengetahuan baru. Hari Khamis (2 Jun 2016) aku bentang FYP aku bertajuk "Pengklonan dan Pencirian cDNA Sulfohidrolase dari Kappaphycus alvarezii" depan students Genetik, Zoologi, Dr Roohaida (penyelia), Dr Che Raziah (pemeriksa) dan Dr Endom (MC). Aku tak rasa aku buat yang terbaik tapi bila dah selesai tu, alhamdulillah. Sekarang tinggal final exam dan praktikal je lagi. One of my group mates dapat anugerah pembentang terbaik untuk course dia. Alhamdulillah. 3 hari ni memang jimatlah duit sebab makanan disediakan. Semua sedap pulak tu. Bab makanan memang puas hati. Tapi kena cop attendance tu yang tak minat tapi best pulak rasa sebab excited kumpul cop. =P 

FST students with lecturers

Students Genetic and Zoology

Geneticist-to-be

Good luck semua untuk final exam nanti.







Tuesday, 24 May 2016

FYP Part 11 : Finished Draft Thesis and Research Note


Hai!!

Hari Jumaat (20 Mei 2016) lepas, semua students Pusat Biosains dan Bioteknologi (PPBsBt), FST dimaklumkan untuk hantar dua salinan draf tesis. Setelah gigih siapkan sampai tak tidur malam segala bagai, siap jugalah draf tesis tu. Walaupun draf je tapi kena complete 100% cuma tak dijilidkan lagi. Selagi tak hantar draf tu, selagi tu la rasa macam ada lagi yang kena tambah, kena betulkan, nak ubah itu ini. Last nya, tutup mata, hantar je. Jangan fikir banyak sangat. Masalahnya bila dah hantar, sambil-sambil buat research note, baru perasan ada lagi salah dekat draf tesis. Sabar je la. Actually, baru tahun ni pelajar undergrad diarahkan untuk buat research note ni. So, masing-masing blur tak tahu apa. Lepas tu ada lecturer guna term research note, prosiding dan extended abstract. Kami jadi macam kanak-kanak yang confuse dengan perkataan "diam", "senyap" dan "jangan cakap apa-apa". Macam tu lah lebih kurang analoginya. Tarikh hantar research note tu hari ni (24 Mei 2016). 

*Thesis : A long essay or dissertation involving personal research, written by a candidate for a college degree.

*Abstract : Brief summary of a research article, thesis, review, conference proceeding or any in-depth analysis of a particular subject and is often used to help the reader quickly ascertain the paper's purpose.

*Extended abstract : Long abstract. An extended abstract should contain references, comparisons to related work, proofs of key theorems and other details expected in a research paper but not in an abstract. An extended abstract is a research paper whose ideas and significance can be understood in less than an hour. 

Lebih kurang macam ni la format research note tu.
Summary kepada tesis yang panjang berpuluh muka surat tu.




Now, road to symposium.
Good luck.




Sunday, 8 May 2016

FYP Part 10 : On-Going Thesis


Hai!!

Sekarang ni masing-masing mood tulis tesis je. Semua kerja-kerja lab sepatutnya dah stop pada 29 April lepas. Lab aku dah settled seminggu sebelum tu. Lepas segala macam dugaan, siap juga akhirnya. Tesis ni pulak kena hantar 18 Mei nanti. Problem aku nak tulis tesis ni of course lah part discussion. Dapat result betul pon masalah. Result tak betul pon masalah. Haha. Aku dapat result  almost seperti dijangka kononnya dan kena analisis. Part analisis ni la yang aku blank. Dalam tiga tesis yang aku rujuk, dua tesis tak berapa nak ada analisis. Satu lagi tu terlebih banyak pulak analisisnya sampai aku tak faham apa dia tulis. Huwaa. Habis senior master aku kacau semalam semata-mata nak minta ajarkan part analisis ni. 

Tapi once you dapat the sequence yang di target tu, macam dapat satu kunci ke satu ruang baru. Ruang yang orang tak masuk lagi. You adalah orang first masuk ruang tu dan you analyze, apa ciri-ciri ruang tu. Design, lighting, size, color etc. Itulah analoginya. 

Meh nak kasi tips tulis tesis. Cewah. Padahal tesis sendiri pon terkontang-kanting lagi. Tips yang common orang akan cakap ialah, jangan tulis last minute. Kedua, don't take it easy. Ketiga, jangan copy and paste. Yang paling penting, faham sebelum tulis. 


Good luck =D

Saturday, 16 April 2016

Analisis Salasilah Keluarga (PEDIGREE)


Hai!

Analisis ni untuk kaji pewarisan genetik dalam sesebuah keluarga. Contohnya bila seseorang tu disahkan dapat penyakit yang diwarisi sejak keturunan tok nenek dia, jadi kena check siapa lagi yang berpotensi untuk dapat, dapat dari belah mak ke belah ayah dan sebagainya. Kalau bahaya, boleh cegah dari awal. Kalau nak kahwin, check dulu pasangan tu ada penyakit yang sama ke tak, nanti menurun dekat anak-anak pula. Kena check sex-linked disorder sekali dengan autosomal disorder. Sex-linked disorder ni dibawa oleh kromosom Y atau kromosom X (XY : lelaki, XX : perempuan). Autosomal disorder ni dibawa oleh kromosom lain selain sex chromosome iaitu dari kromosom 1-22. 


Tak semestinya untuk check penyakit je boleh buat pedigree ni. Contoh yang simple macam buta warna, bentuk cuping telinga, warna mata, tongue rolling dan sebagainya. Kalau aku, aku ikut lekuk dagu dengan saiz kaki ayah aku. Hehe. Dagu dah lawa dah ala-ala dagu Siti Nurhaliza. Tapi kalau kaki perempuan macam kaki lelaki, gangster tak? Haha. 


Boleh rujuk DI SINI untuk lebih faham lagi. 

Semoga bermanfaat. 

Friday, 1 April 2016

FYP Part 9 : Meeting With SV


Hai!!

Aku agak aku dah sampai pada tahap ada masalah dengan FYP sekarang ni. Aku mengharapkan semuanya smooth je tapi start FYP PART 8 tu, it's begin. Jangan mengharap FYP anda akan bebas dari masalah. HaHaHa (gelak jahat). Kalau semuanya smooth, kau memang perfect atau something wrong somewhere. =P Sekarang baru sampai transformation part dan masih belum ada colony cell yang dapat ditransformasikan dengan jayanya. Harap-harap aku sempat nak siapkan sebelum 29 April ni. Doakan aku. 

Pagi tadi pergi jumpa SV sebab beliau nak jumpa untuk tahu perkembangan FYP kami. SV ada juga bagi cadangan kaedah-kaedah untuk improve result dan betulkan format penulisan tesis, tapi aku dah blur dah. Bukan sebab apa, aku takut tak sempat siap je.  SV aku tak kisah pon kami tak dapat result sebab students sebelum ni pon ada je yang tak dapat tapi aku rasa tak puas hatilah kalau tak dapat. Sedih kot bila tengok orang lain dapat. Tadi pon sorang-sorang kena soal dengan SV. Berapa amount awak letak? Lepas tu awak buat apa? Awak rasa kenapa jadi macam tu? Awak buat macam ni tak? Ada yang boleh jawab, ada yang aku blur terkelip-kelip mata. 

Aku tak menangis lagilah setakat ni disebabkan FYP tapi aku rasa sampai satu tahap nanti, akan berjujuran jugak kot air mata ni. Haha. Semalam masa luah perasaan dekat mak aku pon hampir-hampir je nak ke mood sedih. Terus aku tukar topik. Malas nak feeling-feeling sangat. Ramai lagi orang yang susah dari aku tapi boleh je tabah & sabar. So, fighting


Esok ada bengkel buat resume dari pagi sampai petang. Malasnyalah. Wajib pulak tu pergi. Weekend kot. Time ni lah nak buat assignment, study, shopping, tengok drama, tidur, basuh baju, baca novel etc. Tak apa lah. Ilmu kan. ;(

Ok lah. Buat assignment tu. Daa~~





Wednesday, 30 March 2016

GMO

Assalamualaikum. Hai!!


Kalau sebut pasal GMO, rasanya majoriti tahu kan pasal isu ni? Ramai yang menolak, ramai juga yang menyokong. Dalam kalangan pensyarah aku pon ada yang bantah dan ada yang sokong. Semua orang ada reason dan kepentingan sendiri untuk setuju atau tak setuju dengan perkara ni. 

GMO ialah organisma hidup yang diubah atau dimanipulasi genetiknya di dalam makmal melalui kejuruteraan genetik.  Scary ke maksud ni? =D

Ada seorang lecturer aku cakap, kes yang orang kata GMO menyebabkan kanser tu tak betul sebab eksperimen dia tu salah ke apa tah. Dia cakap orang yang bantah GMO ni mungkin nak jaga bisnes dia. 

Ada seorang lagi lecturer aku tu dia cakap, selagi kita cukup sumber makanan / tumbuhan / organisma yang normal macam sekarang ni, perlukah kita nak buat GMO? Tak perlu. Melainkan kita ni dekat negara darurat, hanya ada GMO products je untuk teruskan hidup. Sebenarnya kalau nak diikutkan, perubahan genetik dalam organisma macam tumbuhan tu berlaku je secara natural. Sebab tu kita belajar pasal evolusi. Tumbuhan tu berubah mengikut natural selection. Persekitaran yang menyebabkan tumbuhan tu terpaksa mengubah diri dia sendiri untuk adapt dengan sesuatu keadaan yang baru. Tapi bila GMO, dia perubahan yang diubah oleh manusia, nak-nak pulak dibuat dalam makmal. It's sounds scary, maybe

Tapi jangan risau, dekat Malaysia ni boleh dikatakan bebas GMO products lagi (tapi jagung dengan soya tak sure lah). Kita ada law, act, ethics semua tu. Banyak negara-negara maju pon tolak GMO products ni. Ia isu yang sangat besar sebenarnya. 

Kalau ada yang dimodifikasi macam untuk increase yield ke, slow kan proses buah tu masak ke, something like that, tu cuma bioteknologi tumbuhan. Bioteknologi tumbuhan banyak cabang selain GMO. Macam genetik jugak, ada banyak cabang. Ada seorang pak cik tu dia cakap aku belajar genetik sebab nak buat klon manusia. Haha. Klon ayam pon aku tak pandai nak buat. =P

Ok lah. untuk maklumat lanjut dan sahih, sila Google. Hehe. Aku tulis apa yang lecturer aku membebel dalam kelas je. Kalau salah, mohon tegur. 

Daaa~~~

Thursday, 24 March 2016

FYP Part 8 : Learn From Mistake



Hai!!

Hari ni aku dengan seorang lagi group member aku je yang pergi lab. Lagi 2 orang tak dapat pergi. Selalunya buat lab berempat sebab steps lebih kurang sama je. Datang-datang tu, abang master tu tanya, "kamu dua orang je ke datang hari ni?". Tanya soalan siap pakej muka terkejut lagi. Aku ingat kenapalah dia terkejut sangat, rupa-rupanya steps untuk hari ni banyak yang amat sangat. Aku tengok dalam tesis yang aku rujuk tu, sikit je steps nya. Sekali kau, seharian duduk lab. Padan muka. 

Sebelum start tu, abang master tu dah bagi briefing dah. Aku faham masa dia cakap tu. Lepas dia pergi mana entah tu, kami pon buatlah macam yang dia suruh. Rupanya, aku tersalah faham apa dia cakap. Aku buat silly mistake yang hampir-hampir memusnahkan result FYP aku dan group member aku. Ya Allah. Nasib baik kami sedar awal yang kami tersalah tu. Kalau tak, membazir je bahan-bahan semua tu. 

Aku ingat nak give up dah untuk hari ni bila tersalah tu. Yela, aku dah rosakkan cell colonies kami. Tinggal cell colonies yang group member aku yang seorang tak datang tu je. Bila nak kena buat kan yang orang lain dan yang diri sendiri punya dah nazak, rasa ikhlas tu kurang 50% lah. Haha. Tapi abang master tu tak marah sangat + dia cakap dia bersyukur sebab sempat selamatkan lagi cells tu + dia suruh belajar dari kesilapan, so, aku bertabahlah sekejap. Member aku yang ikut sekali tu pon kata nak give up jugak. Kalau aku pon kata gitu, memang tak jalanlah kerja jawabnya. So, aku ambil role yang positive lah kononnya tadi. =P Padahal berapa kali mengeluh. Haha. Dah lah yang tersalah buat tu lebih kurang 40 colonies. Yang kena buat baru tu lebih kurang 20 colonies. Giler tak penat. 

Moral of the story : kalau tak faham atau kurang jelas, tanya sampai faham. Tulis tesis betul-betul sebab nanti junior akan datang nak rujuk senang. 

Goodluck untuk lab esok pulak. 

Monday, 21 March 2016

Bakal Kaunselor Genetik Termuda




Gambar dekat atas ni classmate aku share dekat group Whatsapp. Aku mengakulah yang aku jealous dengan Tiara ni. Haha. Tapi jealous dari segi positiflah. I want to be like her. Walaupun aku dengan dia macam langit dengan bumi tapi aku nak jugak. =D Aku bersungguh tau Google pasal dia. Aku terjumpa video interview dia. Dulu dia student UM dan ada degree in Genetics and Molecular Biology. Lepas tu ambil master in Genetic Counseling. 

Nak kenal dengan lebih lagi tentang apa yang Tiara lakukan dalam bidang genetik kaunseling ni, boleh tengok video interview di sini :

Eksperimen Cap Jari Ala-Ala Forensik



Hai!!

Pagi tadi aku menderita 3 jam dalam lab sebab kerja mengecop jari sendiri je. Ingatkan senang. Entahlah kenapa jari aku bermasalah. Padahal orang lain cepat je siap. Tajuk eksperimen ni ialah analisis dermatoglifik. Pelbagai corak konfigurasi yang terbentuk dari garisan tapak tangan dan kaki tu lah yang dipanggil dermatoglifik. Walaupun orang tu kembar seiras, konfigurasi garisan tu tetap lain. Sebab tu boleh bezakan kembar seiras dengan cap jari mereka. Macam mana boleh jadi lain? Corak tu boleh berubah menjadi bentuk tertentu bila terdapat gangguan atau stress sewaktu perkembangan kaki dan tangan embrio. Setiap embrio menghadapi stress yang berbeza sewaktu dalam perut mak dia. Corak ni mula terbentuk masa umur fetus 6 minggu dan lengkap sebelum 6 bulan dalam kandungan. 

Jenis corak cap jari ada 3 iaitu arch, loop dan whorl. Loop ni ada dua iaitu ulnar loop dan radial loop.

Gambar dari Google Image

Lepas tu cuba tengok tapak tangan, ada 3 garis tengah tu kan? Yang orang selalu kata macam nombor 18 dan 81 dalam tulisan Arab atau macam bentuk rahim tu kan? Tu bentuk normal cap tapak tangan  tapi dalam kelas aku tadi, ada seorang yang bentuk dia lain. Dia ada simian line. Nampak satu line je dekat tapak tangan dia. Selalunya simian line ni dikaitkan dengan orang yang down syndrome. Tapi classmate aku tu normal je. Unik betul. 

Gambar dari Google Image

Sangat interesting sebanarnya kalau study pasal fingerprinting ni. Seriously aku jealous dengan orang yang ambil forensik. Aku minta forensik kot masa isi UPU, tapi tak dapat. Haha. Tak apa, genetik pon boleh belajar jugak. Cuma tak mendalam sangatlah. Classmates aku ramai dapat praktikal dekat PDRM sebab masing-masing minat forensik. Aku minat belajar je tapi nak menghadap kes macam-macam tu tak mau lah. Haha. 

Ni yang aku buat dekat lab tadi. Habis hitam tangan. Tak menjadi jugak.
Nak tengok triradius lah, kira ridge lah, apalah. Stress mak nak oiii. Haha.

Monday, 7 March 2016

Seni vs Sains


Hai!!!

As you know, aku student aliran sains (Genetik) sekarang ni tapi aku fall in love dekat seni sejak Form 4 atau Form 5 macam tu. Kalau difikirkan balik, dari kecil lagi aku suka seni ni terutamanya seni yang ke arah penulisan kreatif. Tapi ditakdirkan aku lebih mudah jalannya ke bidang sains. Aku pernah ambil subjek berkaitan seni dulu dan aku lalui pengalaman berharga waktu tu. Ada juga orang yang pandang enteng macam "Kau budak sains weh. Asal ambik seni pulak?". Pada mereka, ia satu perkara yang tak realistik, berangan-angan dan tak ada faedah. Senyum je sebab aku minat subjek tu dan aku buat apa aku minat.

Ok lah. Apa pendapat aku tentang dua bidang ni?

Pada aku, kedua-dua bidang ni luas. Selalu orang kata, bidang sains ni banyak cabang. Boleh dapat kerja dekat mana-mana je. No. Pada aku, dua-dua bidang ni sama saja luasnya kalau di explore. Aku selalu rasa, kalau orang yang hebat dalam bidang seni macam musik, penulisan, tarian etc tu, mereka ni memang berbakat sejak azali lagi. It's gift from The Creator. Kalau orang yang score dalam bidang sains, aku rasa dia genius. Rasa tak adil kan untuk yang orang biasa-biasa macam aku ni? Tapi, orang yang talented ke genius ke, mereka tak dapat dengan sekelip mata. Halangan untuk mereka ada di jalan yang lain. Sebab kita tak sempurna. 

Habis tu, macam mana dengan orang yang kurang berbakat, kurang genius ni? Usaha. Yes, effort. Effort does not betray you. If it's ever does, that's mean you are not put enough effort into it. Jadi, jangan give up. Jangan ikut kehendak orang sekeliling. Do what you want

Bidang sains ni, kalau tak betul-betul minat, akan timbul rasa nak give up tengah-tengah jalan tu. Macam aku, aku tak segan nak kata yang aku dapat C+ subjek Biologi masa SPM. Masa matrik, Biologi yang buat aku tak dapat "empat rata". Tapi, akhirnya aku masuk U dalam jurusan berkaitan Biologi. Rasa nak tukar course? Tak. Kenapa? Satu, sebab aku memang jenis redha. Kedua, sebab aku tak yakin tukar course tu jalan terbaik atau tak. Aku mampu score ke kalau tukar? Ketiga, sebab aku nak cabar diri aku sejauh mana kebolehan aku untuk buat benda yang aku tak minat. Alhamdulillah, aku mampu bertahan sampai sekarang.

Tak kira ambil bidang apa sekali pon (seni, sains, agama, akaun, dll), kalau minat dan usaha tu ada, you will win. Sekurang-kurangnya, you do what you really want to do. Not what others want you to do. Bukan orang yang ada bakat je dibenarkan untuk capai impian, orang yang biasa-biasa pon boleh asalkan ada kemahuan tu. 

Goodluck




Sunday, 28 February 2016

Peluang Kerjaya dalam Bioteknologi dan Kualiti Siswazah


Hai! 

27 Februari 2016 yang lepas aku mengikuti Career Talk by Dr. Hirzun Mohd Yusof dari Sime Darby. Ada sedikit input yang aku dapat dan aku nak kongsikan dalam blog ni sebagai ilmu untuk pembaca dan sebagai peringatan untuk aku sendiri. 

1) Graduan ijazah bioteknologi dah banyak di Malaysia dan peluang pekerjaan semakin tipis. Sime Darby pon frozen kan dulu pengambilan pekerja untuk setakat ni. 

2) Career Opportunities :-
- Research & Development (R&D)
- Production / Manufacturing
- Finance ( Venture Capital / Investment & other banks )
- Legal
- Business Development / Corporate Planning
- Sales
- Education ( Journalism / Universities / Collages / School )

3) Qualities that graduate students must have :-
- Leadership : class rep, hold position in society, organized event
- Work ethics : part time work, deliver promise on time
- Self-motivation : volunteer, hobby, being different
- positive attitude : never give up & giving excuses
- Resourceful : show thinking that is out of norm
- Problem-solving skills 
- teamwork : play team sport, college committee
- Good communication skills : write blog, publish article, read, public speaking

4) Fight yourself and find the courage in you. Go out from your safety net and your comfort zone.

5) Nobody is perfect but a team can be.

Ok lah. Itu je yang aku dapat dari talk tersebut dan harap membantu. Pada student yang 1st year or 2nd year tu, pergilah career talk ni awal-awal. Jadi, you all boleh top-up skills yang masih kurang. 

Goodluck



Saturday, 6 February 2016

Lesson 4 : Cell. Nucleus. Chromosome.


Hai! 

Aku dah janji kat SINI nak explain term dalam gambar tu. Jom. Kita mulakan kelas genetik kita. Protein tu semua orang tahu, kan? Jadi aku tak perlu explain protein tu.

1) Cell 



Selalu dengar kan istilah cell ni.  Dari cell akan berubah jadi tissue. Lepas tu organ dan sebagainya.


2) Nucleus



Nucleus ada di tengah-tengah cell dan mengandungi maklumat genetik sesuatu organisma tersebut. Plant cell ke animal cell ke, semuanya ada nucleus.



3) Chromosome



Secara simple nya, bentuk chromosome macam dalam gambar dekat bawah ni la. Chromosome duduk dalam nucleus yang ada dekat dalam cell

Bentuk dia macam X yang diikat dekat tengah tu dipanggil centromere
Kalau tak diikat tu, dia jadi macam bentuk I. 
Macam dalam petak belah kiri tu. Nama dia chromatid.
Telomere tu menunjukkan hujung chromosome tu.


Setakat tu dulu kelas kita. Nanti kita sambung lagi. Nanti aku cerita panjang lebar lagi pasal chromosome ni.

Daa~~~


Sunday, 31 January 2016

Lesson 3 : Allele


Hai!!

Mari belajar istilah genetik bersama Cikgu Najwa. Ewahh..


Apa itu gene? Rujuk SINI

Complex explaination:

An allele is one of two or more versions of a gene. An individual inherits two alleles for each gene, one from each parent. If the two alleles are the same, the individual is homozygous for that gene. If the alleles are different, the individual is heterozygous. Though the term "allele" was originally used to describe variation among genes, it now also refers to variation among non-coding DNA sequences.

Contoh: 


Dua jenis alleles yang digunakan dalam gambar ni iaitu B dan b. Kedua-dua alleles mewakili gene kepada warna mata iaitu brown colourAllele ada dua jenis iaitu dominant dan recessive allele.
Seperti yang gambar ni nyatakan, B adalah dominant dan b adalah recessive. Bila ada B, confirm dia menang. Mata akan jadi brownAllele b kena ada dua, baru boleh menang dan mata tak akan jadi brownSo, dia akan jadi biru.

Faham tak? Kalau faham, bagus. Kalau tak faham, tanya.

Saturday, 30 January 2016

The FYP Part 7 : Oh My Sequence


Hai! 

Hari khamis baru ni aku ulang balik step yang tak jadi dekat FYP 6. Alhamdulillah aku berjaya dapat apa yang aku nak. Tapi, aku tak pasti result tu betul ke tak. Macam ni, aku nak result yang saiz nya 991 base pairs tapi apa yang aku dapat tu antara 1000 ke 1500 base pairs. Result tu dah dekat tapi tak sharp. Sabar je la. Aku dah tak tahu silapnya dekat mana sekarang ni. Isnin ni aku nak try sekali lagi dan kalau result dia sama, betul lah tu. Kalau berubah lagi, rasanya kena buat lagi cDNA tu. Malasnya la hai. 

complementary DNA (cDNA) : double-stranded DNA synthesized from a messenger RNA (mRNA) template in a reaction catalysed by the enzyme reverse transcriptase. It can be used as a probe in physical mapping to locate the gene or can be cloned in the double stranded form.


Tuesday, 26 January 2016

The FYP Part 6 : Repeat Step PCR


Hai! 

Hari ni aku seharian dekat lab. Buat punya buat experiment, tapi tak dapat result yang aku nak. There is no clear band appear after the electrophoresis step

Gambar contoh ambil dari Google Image. 

Sepatutnya ada garis-garis putih tu untuk setiap baris. Tapi aku buat tadi tak dapat. Sabar je la. Yang barisan pertama garis banyak-banyak tu dapatlah sebab tu marker je. Huhu. Lusa kena ulang balik la step tadi. Seharian lagi bertapa dekat lab. Tak pe. Fighting. Baru sekali gagal. Belajar dari kesalahan. Tapi aku tak tahu aku salah part mana tadi. Apa-apa je la. Yang penting aku nak siapkan cepat dan nak balik rumah. Mak dah tanya banyak lagi ke tak siap. Banyak dah buat tapi banyak juga kena ulang balik, mak. Huwaaa.   *nangis tak berhenti-henti. =P

Polymerase Chain Reaction (PCR) : A laboratory technique used to make multiple copies of a segment of DNA. PCR is very precise and can be used to amplify, or copy, a specific DNA target from a mixture of DNA molecules.

Electrophoresis: A method used in clinical and research laboratories for separating molecules according to their size and electrical charge. An electric current is passed through a medium that contains the mixture of molecules. Each kind of molecule travels through the medium at a different rate, depending on its electrical charge and molecular size. Separation of the molecules occurs based on these differences.


Wednesday, 20 January 2016

The FYP Part 5 : Big Miscommunication


Hai!

Macam mana ek nak mulakan? Ok. Sekarangkan waktu cuti semester dan sebelum ni aku ada final exam. Sebelum final exam hari tu, aku kena buat eksperimen untuk siapkan FYP @ tesis aku. Waktu nak buat eksperimen tu, abang A suruh kami beritahu akak B yang bahan-bahan untuk siapkan FYP tu tak order yang baru lagi. Sebab memang ada peruntukan duit bagi pelajar tesis untuk beli bahan-bahan tu. Kami pon bagitahulah. Aku still ingat lagi situasi masa kami bagitahu akak B pasal hal tu. Then, akak B kata dia akan uruskan dan dia dah tahu pasal tu.

Jadinya, kami rancang untuk siapkan eksperimen tu masa cuti semester ni. Siap sewa kolej bagai lagi. Maka tibalah waktu nak pergi makmal. Aku tanya akak B dan akak C yang kami dah boleh ke datang makmal sebab untuk buat eksperimen tu kena ada mana-mana akak atau abang yang tengok-tengokkan. Tiba-tiba akak C tanya aku kenapa tak bagitahu sesiapa yang bahan tak order lagi. Aku cakap la yang kami dah bagitahu akak B dulu. So, aku rujuk akak B pasal hal tu. Akak B kata kami tak ada bagitahu dia. Dia cakap kalau order sekarang pon, bahan tu sampai lagi 3 bulan.

Aku bagitahu member group aku yang lain dan member aku pon cakap memang kami dah bagitahu. Untuk tak membazir duit sebab dah sewa kolej semua tu, kena pergi makmal juga tapi guna bahan lama. Tak tahulah cukup ke tak bahan tu untuk kami satu group. Kalau guna bahan lama ni, tahu je lah probability nak dapat error tu macam mana.

Benda dah nak jadi, tuding jari dekat siapa-siapa pon tak guna jugak. Berdoa je la yang semuanya akan ok.

*Hari ni aku masih tak pergi lab dan dah bertapa di kolej sejak hari Sabtu lepas.
*Betabahlah.

Sunday, 17 January 2016

Lesson 2 : Gene

Assalamualaikum. Hai. 
Hari ni kita belajar istilah yang kedua. Semuanya akan jadi lebih complicated
Tapi tak apa, lama-lama nanti akan jadi lebih faham. Step by step. Ok?


Untuk lebih faham, rujuk ENTRI NI
Istilah dalam gambar selain istilah 'gene' akan diterangkan pada entri akan datang. 

Complex explaination :

A linear sequence of nucleotides along a segment of DNA that provides the coded instructions for synthesis of RNA, which, when translated into protein, leads to the expression of hereditary character.

Informal definition :
A unit of heredity that is transferred from a parent to offspring and is held to determine some characteristic of the offspring.


Thanks for your attention.

Sunday, 10 January 2016

Lesson 1 : Genetics


Hai!! Hari tu dekat ENTRI NI aku ada minta tolong pilihkan kan? Aku buat keputusan untuk buat dua-dua tapi lebihkan part belajar pasal genetik ni. So, hari ni aku nak mulakanlah kelas kita. Haha. Kelaslah sangat. Baiklah, kita mula daripada asas yang basic segala basic nya. Mungkin ada yang dah tahu dan ada yang belum tahu. Tak apa. Kita belajar sama-sama.


Yang pertama sekali, mestilah tahu apa itu genetik. Dalam Bahasa Melayu mudahnya, genetik ni kajian pasal gen, keturunan dan variasi genetik dalam organisma hidup. 

Heredity is a biological process where a parent passes certain genes onto their children or offspring. 

Every child inherits genes from both of their biological parents.

These genes in turn express specific traits. 

Some of these traits may be physical for example hair and eye color and skin color etc. 

On the other hand some genes may also carry the risk of certain diseases and disorders that may pass on from parents to their offspring.

SUMBER

Boleh faham ke? Ke macam complicated sangat? Kalau tak faham tanya ye. =D


 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI