Friday 10 June 2016

Lucky Romance Korean Drama

Hai!!!


Dah lama tak review drama Korea. Hari ni nak cerita pasal drama Lucky Romance yang mula ditayangkan pada 25 Mei 2016. 



Tajuk : Lucky Romance
Episod : 16 episod
Genre : Romantik, Komedi
Waktu ditayangkan : Rabu dan Khamis (10 p.m)
Pengarah : Kim Kyung Hee
Penulis : Choi Yoon Kyo
Pelakon : 
- Hwang Jung Eum (sebagai Shim Bo Nui) = pelakon She Was Pretty
- Ryu Joon Yul (sebagai Je Soo Ho) = pelakon Reply 1988
- Lee Soo Hyuk (sebagai Choi Gun Wook / Gary)
- Lee Chung Ah (sebagai Han Sul Hee)
- Kim Ji Min (sebagai Shim Bo Ra)

Sinopsis/review :

Shim Bo Nui seorang perempuan yang terlalu percayakan tukang tilik nasib sampai macam-macam cara dia buat untuk lindung diri sendiri dan orang sekeliling dia dari bala. Sebabnya, Bo Nui selalu bernasib malang sejak dia kecil lagi. Adik Bo Nui, Shim Bo Ra dah koma dua tahun sebab kemalangan. Bo Nui dah tak tahu nak usaha apa lagi dah untuk bagi Bo Ra sedar. Dia bukan ada duit nak tanggung kos hospital dan doktor pon suruh dia give up. Bo Nui jumpa seorang penilik nasib yang dia memang percaya. Penilik nasib tu suruh cari lelaki yang lahir pada tahun harimau dan tidur satu malam dengan lelaki tu. 

Disebabkan beberapa kejadian, Bo Nui kenal dengan Je Soo Ho, seorang lelaki genius yang jadi CEO dekat ZEZE Factory (game company). Soo Ho lahir tahun harimau. Bo Nui diterima kerja dekat ZEZE Factory dengan skill yang dia ada tapi Bo Nui bagi syarat dekat Soo Ho iaitu Soo Ho kena date dengan dia selama 3 minggu. Dari situ la mulanya Soo Jo yang genius tapi cold-hearted ni tiba-tiba caring pasal makhluk lain selain kerja dia. 

Han Sul Hee, manager kepada Gary (pemain tenis yang famous, jiran merangkap kawan masa kecil Bo Nui) ada past relationship dengan Soo Ho. Gary balik Korea untuk cari Bo Nui dan ayah kandung dia. 

Mula-mula aku nak tengok drama ni sebab ada Ryu Joon Yul. Keduanya sebab sinopsis drama ni unik. Tapi bila tengok, memang menariklah. Jalan cerita laju dan banyak watak yang suspicious. Ada beberapa scene yang aku rasa tertanya-tanya, kenapa macam pelik je? Kenapa macam tu? Tapi boleh agak sebenarnya apa dah jadi. Cuma aku pelik mana perginya ayah Gary tu. Setakat ni baru sampai episod 6 dan tak adalah romantik tahap diabetes tapi komedi tu memang ada. Lawak juga lah. Suka Joon Yul dengan Jung Eum berlakon tapi Joon Yul tak nampak macam CEO yang genius sangat. Hehe. Mungkin memang watak dia gitu kot. 

Simple CEO style =D

Soo Ho ajak Bo Nui date kali kedua untuk sedarkan Bo Nui

Second-lead handsome tahap apa tak tau la

Tonton onlineLucky Romance / Lucky Romance (download)

Selamat menonton =D





4 comments:

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI