Sunday 10 July 2016

Bila Family Berjemaah


Hai!!

Salam Aidilfitri. 

Alkisahnya pasal solat berjemaah dekat rumah aku ni, dulu masa duduk rumah lama, kami solat berjemaah waktu Maghrib malam Jumaat je sekali dengan baca Yassin. Amalan tu berterusan lah sampai pindah rumah baru sekarang ni. Lepas tu up sikit solat Maghrib berjemaah hari-hari. Baca Yassin malam Jumaat tu pon diteruskan juga. Walaupun orang kata hari Jumaat elok baca surah Al-Mulk dan Al-Kahfi, tapi family aku amalkan bacaan Yassin. Dalam bulan puasa baru ni, up sikit lagi. Solat Subuh dan Maghrib berjemaah. Part nak bangun Subuh tu la yang liat nya. Awal waktu pulak tu. So, lepas sahur memang tak tidur sampai siap sembahyang Subuh. Tapi cabarannya lepas bulan puasa lah. Sebab tak bangun sahur dah kan. Memang bergegar rumah mak kejut sorang-sorang suruh sembahyang Subuh berjemaah. Haha. Tapi bila ayah yang kejut, laju terus bukak mata. Ihiks. Lepas tu up sikit lagi masa raya ni, Solat Subuh, Maghrib dan Isyak berjemaah. Dulu masa bulan puasa kan berjemaah waktu Isyak dekat masjid/surau sekali dengan terawih. Awal-awal memang liat teramat sangat. Nasib baik parent aku gigih nak teruskan juga berjemaah tu. Tapi lama-lama aku jadi terbiasa dah. Tak liat sangat nak bergerak ambik air sembahyang, pakai telekung semua tu. Hehe. Bila balik kolej ni, sendu jugaklah sembahyang sorang-sorang. Huwaaa. Waktu berjemaah tu je family aku berkumpul. Kalau tak, masing-masing buat hal sendiri. Bersalam-salam lepas sembahyang tu. Mengeratkan silaturrahim gitu. Ewahh. 

Alhamdulillah



8 comments:

  1. Betul tue . Kadang-kadang kena jugak solat berjemaah kan. =) lagipun pahala solat berjemah lagi besar dari solat sendiri . =)insyaallah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. tp kalau dkt kolej, mmg x rajin nk gi surau / masjid. kikiki

      Delete
  2. Alhamdulillah.. semoga akan terus berkekalan hingga ke anak cucu.. Amalan yang bagus..

    ReplyDelete
  3. Singgah baca! Selamat Hari Raya
    Jemput singgah blog :)
    Latest post: Ulang cerita raya 2016 - raya tanpa lemang http://shasafiez.blogspot.my/2016/07/ulang-cerita-raya-2016.html

    ReplyDelete
  4. hi, nice entry. done follow u, follow me back ;) http://acuyuhan.blogspot.my/

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI