Showing posts with label Show. Show all posts
Showing posts with label Show. Show all posts

Monday, 2 May 2016

Running Man Episod 297 (Descendants Of The Sun)

Hai!!!!

Running Man minggu ni memang best dan lain dari episod beberapa minggu kebelakangan ni. Ditambah pulak dengan guest yang datang memang gempak iaitu pelakon-pelakon DOTS, Kim Ji Won dan Jin Goo. Seorang lagi guest ialah Eunseo dari Cosmic Girl. Misi kali ni adalah untuk cari Red Sun dalam kalangan mereka tapi Red Sun tu tak ada lah unexpected pon. Dari awal dah dapat agak. Jin Goo dan Ji Won tunjuk charming side mereka dalam episod ni. Comel comel. Dumb Dumb dance tu yang mahal. =D Ada guest yang tak dijangka datang. Pelakon DOTS juga. Siapa? Kenalah tengok. 

Tonton online / downloadRUNNING MAN EP 297

Thursday, 28 April 2016

Standby IOI Show

Hai!!


Siapa dekat sini layan Produce 101? Kalau yang tengok, mesti dah tahu yang girl group IOI akan debut Mei ni (info : IOI Debut). Jadi, Standby IOI show ni macam di sebalik tabir sebelum mereka debut lah. Maksud nama IOI bagi kumpulan ni ialah Ideal Of Idol. They look innocent in this show. Sangat teruja bila nampak controlled camera. Ada juga part yang tunjuk bare face bakal-bakal Korean idol ni. Tapi orang Korea lawa-lawa. Of course lah tak kisah bare face pon. Memandangkan ada ahli IOI yang masih sekolah, so, mereka ada juga buat rakaman dekat kawasan sekolah. Interview kawan-kawan dan sebagainya. 

Sekarang baru keluar episod 1 dan aku tak pasti show ni ada berapa episod. Aku suka tengok Somi dengan Se Jeung je. Tapi tak minat part self-camera. Sebab video dia jadi tah apa-apa. 

Ok la, kalau nak tengok online / download, boleh ke STANDBY IOI

Kim Se Jeong =D
 

Monday, 18 April 2016

Running Man Episod 295 (Apology Service)

Hai!!


Lately Running Man tak banyak game-game yang extreme macam dulu dah tapi idea setiap episod makin fresh. Lain dari tema yang dulu-dulu. Minggu ni ahli Running Man diberi ruang untuk minta maaf dan betulkan balik kesalahan mereka kepada guest yang pernah datang dalam Running Man antaranya Park Seo Joon (yang berlakon dalam She Was Pretty dan Kill Me Heal Me). 

Ahli Running Man juga diberi sesi untuk luah perasaan antara satu sama lain. Part Joong Kook meluahkan perasaan dekat Jae Suk dan part Ji Hyo dengan Kwang Soo tu agak sedih. Gary dengan HaHa punya lawak tapi ada deep meaning. Sukalah episod ni. 

Episod minggu depan lagi best. Siapalah first girlfriend Kwang Soo yang datang tu. Haha. 


Tonton online/downloadRunning Man EP 295

Selamat menonton. 

Saturday, 16 April 2016

IOI Girl Group Debut May 2016

Hai!!!
Hello..

Girl group yang diberi nama IOI ni ditubuhkan melalui rancangan PRODUCE 101 yang baru sahaja tamat pada 1 April yang lalu. Mereka dikhabarkan akan debut pada 4 Mei 2016 nanti dengan mini-album.  IOI group ini terdiri daripada 11 orang ahli dari pelbagai agensi.

IOI girl group's name : 

Lim Na-young (임나영), (age 20), from Pledis Entertainment. Leader of the group.
Kim Chung-ha (김청하), (age 20), from M&H Entertainment
Kim Se-jeong (김세정), (age 19), from Jellyfish Entertainment
Jung Chae-yeon (정채연), (age 18), from MBK Entertainment.
Zhou Jieqiong (주결경, 周洁琼), (age 17), from Pledis Entertainment
Kim So-hye (김소혜), (age 16), from RedLine Entertainment
Yu Yeun-jung (유연정), (age 16), from Starship Entertainment
Choi Yoo-jung (최유정), (age 16), from Fantagio
Kang Mi-na (강미나), (age 16), from Jellyfish Entertainment
Kim Do-yeon (김도연), (age 16), from Fantagio
Jeon So-mi (전소미), (age 15), from JYP Entertainment. "Center" of the group.

Kumpulan ini dipilih sendiri oleh peminat-peminat yang mengundi sepanjang program Produce 101 berlangsung. Dalam program tersebut, bakat dan peribadi ahli-ahli kumpulan ini dapat dinilai sendiri oleh para peminat.

Untuk info lanjut, rujuk SINI , SINI , SINI dan SINI
Tonton Produce 101 online/downloadSINI

Monday, 11 April 2016

Running Man EP 294 [ Human VS Machine ]

Hai!! Morning!!

Running Man minggu ni (Episod 294) memang best. Ada tiga orang guests, Hyeri Girl's Day, Song Min Ho WINNER dan Nam Tae Hyun WINNER. Untuk cari guests pon tak boleh guna GPS atau smartphone. Memang style lah game episod ni. Tapi Joong Kook tak ada dalam episod ni.

Tonton onlineRunning Man EP 294

Selamat menonton.

Tuesday, 2 February 2016

Henry Super Junior Opposes Plastic Surgery. Why?


Hai!! Hello!! Annyeonghaseyo!

Hari Jumaat minggu lepas aku tengok rancangan Radio Star dan pada 1:03:35 episod tersebut, isu Henry menentang pembedahan plastik diutarakan. Turut juga dinyatakan dia tidak bersetuju rancangan TV yang melibatkan kanak-kanak diadakan. Henry kata rancangan sebegitu menyebabkan kanak-kanak tersebut dapat perhatian ramai sejak mereka kecil lagi dan akan mendatangkan effect yang tak baik untuk kanak-kanak tu. Henry dah cakap pasal hal ni banyak kali dah tapi banyak show yang edit je part Henry cakap tu. Pasal plastic surgery pulak, dia kata kalau boleh janganlah iklankan sangat pasal tu. Sebab negara lain pon ada plastic surgery cuma tak iklankan sangat macam dekat Korea. Kira macam maksud dia, buat plastic surgery bukan sesuatu yang perlu dimegah-megahkan. Ye la, dengan iklan tu akan menarik minat orang ramai buat plastic surgery dan orang akan rasa buat plastic surgery tu adalah perkara yang betul. Henry kata dia ok je pasal plastic surgery tapi orang yang macam specific kan cantik tu macam mana. Nak hidung macam ni, mata macam tu, barulah dikatakan cantik. Dia kata, "having a good heart matters the most". Henry siap buat ucapan lagi untuk penonton. "You're all beautiful".



Artikel tentang ni boleh baca dekat link ni.
Untuk tonton onlineKLIK SINI. Tengok sampai 1:06:41 je, ok?

Daa~~

Friday, 29 January 2016

Produce 101 - Viewers Are Producer

Hai!!

Aku nak share satu reality show yang baru ditayangkan, Produce 101. Dihoskan oleh Jang Keun Suk yang famous dengan lakonannya dalam drama You're Beautiful. Rancangan ni adalah untuk pilih 11 orang ahli girl group Kpop daripada 101 orang yang berbeza agensi. The agency's pride is on the line. Agensi-agensi besar Korea turut menyertai program ni seperti JYP, CUBE etc. Para penonton yang akan memilih 11 orang yang layak menjadi Kpop girl group. 100% viewers right. Macam-macam latar belakang trainee dari pelbagai agensi dapat kita tengok dalam show ni. Ada yang dah debut dah pon sebelum ni tapi jadi trainee balik. Ada yang dah 10 tahun jadi trainee tapi tak debut pon lagi. Ada yang memang dah famous walaupon tak debut lagi. 

Show ni aku agak untuk pastikan tak ada cakap-cakap belakang kata Kpop ni miming je, tak ada bakat pon, harapkan rupa je etc. Jadi sebab tu 100% penonton yang tentukan siapa yang layak dan orang macam mana yang mereka nak jadikan ahli girl group.  Selain dari tu, show ni adalah show pertama entertainment agencies bergabung untuk membentuk satu girl group yang akan debut pada April tahun ini. 

Untuk episod pertama baru ni, selepas peserta buat persembahan dan diberikan komen oleh juri / trainer / senior, mereka dikelaskan kepada enam gred (A,B,C,D,E dan F) mengikut kebolehan masing-masing. Gred tu penting untuk sistem pembelajaran yang lebih sistematik. 

Ada half-sibling Kim Soo Hyun tau. Siapa? Tengoklah. Sedap juga dia nyanyi. Somi SIXTEEN pon ada. Aku kenal Somi je. Yang lain-lain aku tak kenal. Hehe. 

Tonton onlinePRODUCE 101

Selamat menonton. 


Wednesday, 23 December 2015

Jom Tengok

Hai!! Dah beberapa hari aku asyik "wordless" je kan. Baru tadi aku ada masa scroll semua entri (dari hari Sabtu - hari ni) blogger yang aku follow . Nasib tak tercabut jari melekat dekat laptop. *Hiperbola sangat. Yang aku perasan, ramai yang post pasal follower hilang. Apakah yang terjadi? Tak apalah, yang pergi biarkan berlalu. Patah tumbuh hilang berganti. Ewah. Haha.

Petang tadi aku menyempatkan diri tengok Running Man episod 278. Ni yang latest tau. Kepada yang tak minat Korea pon, sila tengok. Serius lawak. Hilang semua idea aku nak tulis entri. Kakaka.

Boleh ke SINI untuk tengok secara online. Kalau tak minat part tarian tu, skip je. Tengok game je tau. Tu je nak bagitahu. Daaaaa. *Lambai-lambai.


Saturday, 28 November 2015

The Korean Variety Show

Hai. Morning!!

Aku dah memang tak ada kerja ke apa ni nak bercerita pasal variety show Korea pulak. Semalam dah cerita pasal Korea Medical Drama. Korea memang banyak sangat variety show dan ia berkembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Ha, gituhhh. Sama juga macam idol group. Aku dah tak terikut dah Korea punya muzik Kpop. Ahli-ahli dalam group tu kalau tak menonjol sangat, memang aku tak kenal. Aku dulu masa Form 2 aku minat Korea tapi tak fanatik sangat sebab duduk hostel. So, tak berapa tahu sangat la pasal apa lagu latest ke apa kan. Masa tu musim SS501, Super Junior, TVXQ etc kalau tak salah aku. Lepas tu dah suam-suam kuku. Tiba-tiba masa awal-awal masuk Uni ni, abang aku yang start cerita pasal Kpop semua dekat aku. Aku pon apa lagi, mula la minat balik. Haha. Ok, dah. Berbalik semula pasal variety show. Yang aku list dekat bawah ni variety show yang aku tengok dan pernah tengok. Hehe. 

1) Running Man

As expected, aku tengok show ni. Show ni la yang abang aku promote dekat aku suruh tengok. Lawak katanya. Dulu aku tak faham sangat lawak dalam show ni sebab tak pandai BI kan. Lama-lama aku dah pandai dah. Haha. Aku belajar BI dari show-show macam ni la kalau nak tahu. Running Man ni orang yang tak minat Korea pon boleh layan. Setiap ahli dalam ni ada watak masing-masing yang hampir serupa dengan watak asal kehidupan sebenar mereka. Cuma kalau dalam variety show ni, mereka exagregate je. Setiap episod ada tema dan mesti selesaikan misi di setiap check point gitu untuk dapatkan clue.  Clue tu penting untuk misi terakhir. Tapi selalunya tak tetap juga game show ni. Mereka pelbagaikan cara untuk lebih menghiburkan orang. Pada asalnya, Song Ji Hyo bukan ahli dalam Running Man ni. Mula dari episod berapa entah, Ji Hyo start jadi ahli. Mula-mula dulu ada Song Joong Ki. Tapi sebab dia busy dengan kerja, kena masuk military service (army) semua tu, dia dah tak jadi ahli dah. Aku kumpul variety show ni dari episod 1 sampai yang latest. Hehe.


2) We Got Married
Show ni memang dah tua sangat dah kalau tak salah aku. Dah macam-macam konsep dah tukar. Dah macam-macam pasangan artis dah yang join show ni. Dulu aku suka tengok sebab couple yang baru kenal tu macam segan-segan gitu. Sekarang aku tak berapa rajin nak tengok sebab over sangat. Show ni ada yang Global Edition punya. Maksudnya artis Korea dengan artis luar dari Korea jadi couple. Boleh pergi link ni untuk tahu couple yang ada. Pandai-pandai la pilih mana yang best. Taste masing-masing. Hehe. Aku suka tengok TaEun, Jjongah, JoonMi, Lettuce, YongSeo, dengan KhunToria. 

3) Roommate


Roommate Season 1

Roommate Season 2
Show ni ada dua seasons je. Kisah artis yang tinggal dekat rumah parent, tinggal sorang-sorang dan tinggal dengan kawan-kawan dikumpul dalam satu rumah. Dari situ mereka belajar nak interaksi, tanggungjawab, semua buat sendiri tanpa parent tolong dan lain-lain. Masa 1st season tu ada Ga Yeon. Dia ni female fighter. Kira lain prefession la dari orang lain. Orang lain semua penyanyi pelakon macam tu. Masa episod akhir kalau tak salah aku Season 1 tu, Ga Yeon menang lawan dengan sorang female fighter Jepun. Dasyat, dasyat. Season 2 macam mana pula? Tengoklah. Heee.

4) Happy Together
 
Show ni dah berzaman dah tapi still rating dia tak turun sebab Jae Suk jadi host dalam show ni. Dah sampai 400 lebih episod. Musim ke 3 dah pon. Setiap minggu ada tema dan artis yang dijemput berkaitan dengan tema tu. Lepas tu berceritalah pasal tema tu. kalau nak tengok semua episod, boleh muntah. Pandai-pandai la pilih episod yang ada artis yang diminati atau topik yang fun untuk tengok. Kalau dekat sini, dia dah buat cover episod tu dengan muka artis yang dijemput minggu tu. Jadi, senanglah nak pilih. 

5) The Return of Superman
 
Show ni cute weh. Pasal ayah yang kena jaga anak dia. Dulu aku minat tengok Choo Sarang tapi sekarang dia dah besar sikit dah. Aku minat tengok Triplet dengan Twin tu pulak. Dulu ada Haru. Episod berapa entah. Kalau macam Sarang dengan Twin tu, dari awal show ni dah ada. Yang lain-lain tu je betukar-tukar. 
Comel tak Triplet ni? Macam-macam perangai ni. Best

Aku tak larat nak cerita satu-satu. Aku list kan link je ok? Ke nak aku ceritakan juga? Kalau ada request baru aku cerita.

i) Brave Family
viii) Beauty Bible

Ni je la yang aku rasa patut disyorkan untuk tengok. Semuanya dalan KshowOnline je. Ok, daaa...









Thursday, 5 November 2015

The Hansik Taste of Korea Show

Annyeong!!
Show ni baru keluar dua episod yang aku tau. Nama tajuk pon taste of Korea. Confirm pasal makanan. Dia cerita pasal makanan Korea yang ade dekat negara lain.

Episod 1
Episod 2


 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI