Showing posts with label issue. Show all posts
Showing posts with label issue. Show all posts

Tuesday, 29 November 2016

Prader-Willi Camp, Hospital Kuala Lumpur



Assalamualaikum. Hai!!!

26 Nov 2016 baru ni, aku jadi volunteer untuk Prader-Willi Camp dekat HKL. Apa dia Prader-Willi tu? Prader-Willi Syndrome (PWS) ni penyakit genetik yang boleh berlaku tiba-tiba je. Maksudnya, seorang anak tu boleh dapat penyakit ni walaupun mak atau ayah dia normal. Boleh terjadi dekat mana-mana keluarga, tak kira jantina dan tak dapat dijangka. Ia akan bagi kesan pada selera, tumbesaran, metabolisma, tingkah laku dan juga perkembangan seksual. PWS merupakan penyebab genetik yang biasa bagi obesiti. Untuk info lanjut, sila ke PWS Basic Fact

Dulu penyakit ni dalam kelompok "rare disease" tapi sekarang pesakit yang menghidap PWS semakin banyak yang direkodkan. Atas usaha sama doktor dan ibu bapa yang terlibat, Prader-Willi Society of Malaysia ditubuhkan. 

Masa camp ni, ibu bapa pesakit kena pergi seminar PWS dan kanak-kanak ditempatkan di dewan bersama volunteers dan penjaga. The activities for the children are simple dance and song session, games, magic show, coloring session and zumba/exercise. 

Program macam ni penting untuk temukan keluarga yang mengalami situasi yang sama supaya mereka dapat bertukar pandangan dan mungkin berkongsi emosi serta kekuatan. Hanya mereka yang memahami apa yang mereka lalui. Macam-macam boleh nampak dalam program tu samada reaksi positif atau negatif. Kadang-kadang aku fikir, kita sihat ni by chance je. Kagum aku tengok bila adik-beradik yang sihat sanggup jaga adik-beradik yang ada PWS ni sampai mereka tak boleh berenggang langsung. Walaupun masing-masing kecil lagi tapi rasa tanggungjawab tu tinggi. Kita masyarakat di sekeliling pesakit PWS ni pon kena ada kesedaran dan hulurkan bantuan mana yang patut terutamanya emotion support



Here we are!!

Support PWS patients.

Orange.

 Be strong!!




Monday, 28 November 2016

Penangguhan Pembayaran Balik PTPTN


Hai!!

Hari ni aku ke kaunter PTPTN di The Mines Serdang untuk proses penangguhan bayaran balik PTPTN. (Bagi yang tak perasan dekat mana kaunter tu, ha!! Sebelah Pizza Hut, dekat dengan cinema tu. Ok?) Aku nak tangguh bayaran balik PTPTN untuk pinjaman masa degree dan tak pasti lagi nak pinjam PTPTN lagi ke tak untuk master ni. Lepas aku bagitau situasi aku dekat staff PTPTN tu, dia kata, kalau tangguh, tunggakan bulanan masih ada cuma tak dapat notis dan tak di blacklist kan nama je. Kalau pinjam terus untuk master, tunggakan terhenti sementara sepanjang master tu, tapi kadar bayaran balik nanti memang banyak sangat-sangatlah. Fikir-fikirkanlah. Hehe.

Sumber maklumat di bawah daripada laman web rasmi PTPTN :-


Kriteria Penangguhan

Peminjam yang dah tamat pengajian sebelum ni dan nak sambung lagi pengajian secara sepenuh masa.

Peminjam yang perlu melanjutkan pengajian ke luar negara apabila mengikuti kursus berkembar secara 2+1 atau 2+2.

Peminjam yang extend semester.

Peminjam yang dah tamat pengajian tetapi masih belum bekerja (iaitu tiada pendapatan). 

Peminjam yang menerima penajaan lain. 

Peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan. 

Tempoh penangguhan yang dibenarkan


Kaedah permohonan penangguhan bayaran balik

Untuk maklumat lanjut, sila ke LAMAN WEB PTPTN-PENANGGUHAN BAYARAN BALIK


Terima kasih.









Tuesday, 19 July 2016

Majlis Amar Dan Amyra 11 November 2016


Sumber gambar : SH

KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai perkahwinan pelakon Amar Baharin, 31, akhirnya terjawab apabila dia mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan aktres Amyra Rosli, 26, pada 11 November depan.

Pasangan ini bakal mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang akan diadakan secara tertutup pada 22 Julai ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Amar dalam sidang media khas dan majlis ramah mesra yang diadakan di Sunway Montana Club House, di sini, malam Isnin.

Ia sekali gus menamatkan spekulasi berhubung dakwaan pasangan ini bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

"Alhamdulillah, Allah mendekatkan hati kami apabila bekerja di bawah pengurusan yang sama.

"Saya merisik pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu selepas merasakan Amyra adalah orang paling istimewa yang saya pernah jumpa dalam hidup saya," ujar Amar.

Majlis resepsi akan diadakan pada 12 November bagi sebelah Amar manakala 19 November bagi sebelah Amyra.


Tahniah untuk Amar dan Amyra. Akhirnya terjawab juga segala desas-desus selama ni. Happy for both of you. 


Tuesday, 10 May 2016

Surat PU Rahmat Kepada Mira Filzah (Respon PU Rahmat)


Hai!!

Boleh klik artikel di bawah ni untuk yang tak baca lagi surat dari PU Rahmat kepada Mira Filzah. 

Dan di bawah ini merupakan respon dari PU Rahmat mengenai hal ni :


Sekian.

Monday, 11 April 2016

Dr Zakir Naik VS Bakal Doktor


Hai!!

Tonton DI SINI untuk lihat video tersebut.

"Kenapa kerajaan tidak menghargai pelajar perubatan seperti kami yang mungkin akan menemui penawar penyakit kanser? Kerajaan mengenakan caj pengajian yang tinggi hingga memaksa pelajar sepertinya berhutang dan menanggung riba."

Namun jawapan yang diberikan Dr Zakir Naik adalah seperti berikut "Berapa yuran pengajian doktor di Malaysia?". Pelajar itu pun menjawab, "RM3600 setahun". 

Tambah Dr Zakir, kos pengajian perubatan di kebanyakan negara mencecah USD100k. Kira baik kerajaan memberi subsidi  yang banyak untuk pelajar perubatan, lagipun Malaysia ada pinjaman tanpa faedah. 

Yang pergi amik pinjaman ada riba tu pasal apa? Itu salah awak sendiri. Di Malaysia ada Pusat Zakat dan Baitulmal. Kalau tak mampu sangat boleh mintak kat sana. 

Malah, Dr Zakir sanggup membiayai pengajian pelajar itu dan kawan-kawannya "But please don't blame your government,".


Sekian terim kasih. 

Wednesday, 30 March 2016

GMO

Assalamualaikum. Hai!!


Kalau sebut pasal GMO, rasanya majoriti tahu kan pasal isu ni? Ramai yang menolak, ramai juga yang menyokong. Dalam kalangan pensyarah aku pon ada yang bantah dan ada yang sokong. Semua orang ada reason dan kepentingan sendiri untuk setuju atau tak setuju dengan perkara ni. 

GMO ialah organisma hidup yang diubah atau dimanipulasi genetiknya di dalam makmal melalui kejuruteraan genetik.  Scary ke maksud ni? =D

Ada seorang lecturer aku cakap, kes yang orang kata GMO menyebabkan kanser tu tak betul sebab eksperimen dia tu salah ke apa tah. Dia cakap orang yang bantah GMO ni mungkin nak jaga bisnes dia. 

Ada seorang lagi lecturer aku tu dia cakap, selagi kita cukup sumber makanan / tumbuhan / organisma yang normal macam sekarang ni, perlukah kita nak buat GMO? Tak perlu. Melainkan kita ni dekat negara darurat, hanya ada GMO products je untuk teruskan hidup. Sebenarnya kalau nak diikutkan, perubahan genetik dalam organisma macam tumbuhan tu berlaku je secara natural. Sebab tu kita belajar pasal evolusi. Tumbuhan tu berubah mengikut natural selection. Persekitaran yang menyebabkan tumbuhan tu terpaksa mengubah diri dia sendiri untuk adapt dengan sesuatu keadaan yang baru. Tapi bila GMO, dia perubahan yang diubah oleh manusia, nak-nak pulak dibuat dalam makmal. It's sounds scary, maybe

Tapi jangan risau, dekat Malaysia ni boleh dikatakan bebas GMO products lagi (tapi jagung dengan soya tak sure lah). Kita ada law, act, ethics semua tu. Banyak negara-negara maju pon tolak GMO products ni. Ia isu yang sangat besar sebenarnya. 

Kalau ada yang dimodifikasi macam untuk increase yield ke, slow kan proses buah tu masak ke, something like that, tu cuma bioteknologi tumbuhan. Bioteknologi tumbuhan banyak cabang selain GMO. Macam genetik jugak, ada banyak cabang. Ada seorang pak cik tu dia cakap aku belajar genetik sebab nak buat klon manusia. Haha. Klon ayam pon aku tak pandai nak buat. =P

Ok lah. untuk maklumat lanjut dan sahih, sila Google. Hehe. Aku tulis apa yang lecturer aku membebel dalam kelas je. Kalau salah, mohon tegur. 

Daaa~~~

Friday, 18 March 2016

Ke Mana Takdir BB1M Aku

Assalamualaikum.
Hai!!!

Semalam aku dah ambil dah baucer buku dekat fakulti. Aku suka style tahun ni sebab tak perlu tulis nama dengan no. IC dekat baucer tu. Haha. Nama aku dah lah panjang. Nak tulis untuk 5 baucer. Tambah lagi dengan no. IC. Malas betul. Kesian orang belakang tunggu aku siap tulis nama. Kakakaka. Selain tu, kalau tak tulis nama ni, bolehlah buat sistem barter dengan orang lain sebab baucer tu tak bernama. Oyehhh. 

Minggu ni Pusanika penuhlah dengan students. Ada PC fair lagi tu. Baucer ni kalau tukar ke duit, dapat RM 200 atau Rm 210 je. Kalau guna dekat PC fair / book fair, nilai dia macam duit lah. Tak ada riba'-riba' ni. Cuma kena pandai pilihlah. Tapi kalau guna untuk beli pakaian, setiap RM 50 baucer tu, nilainya hanya RM 40. Kira dapat RM 210 lah daripada RM250 baucer yang kita ada tu. 

Tadi aku pergi Pusanika sebab nak bayar yuran pengajian dekat ATM Bank Islam. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang jual-jual sim card ni promote dekat aku apa benda entah. Aku ni mudah blur kalau orang tiba-tiba cakap dengan aku. Aku tak faham pon apa dia explain sebab dia ada slanga bahasa dia. Aku angguk-angguk je la. Dah lah ramai orang sekeliling dekat PC fair tu. Macam-macam ada. Patutnya bukan baucer buku, baucer gadjet sebenarnya. Heeee. 

Balik dari kelas tadi, aku lalu lagi Pusanika. Adoi. Tak dapat nak kawal dah keinginan shopping aku. Makanya, terbelilah sepasang kasut dan sepasang sandal. =D Dah lama aku belek sandal ni tau. Akhirnya, jadi milikku juga. Haha. Mula-mula tu ingat nak guna baucer buku, tapi rasa macam aku bagi keuntungan banyak sangat je dekat tuan kedai tu. Jadi, aku guna duit je, senang. Baucer tu aku sayang. Nak guna untuk benda yang aku tak kan menyesal kalau beli. Benda apa? Tak tahu lagi. Ikut takdirlah nanti. Haha. Poyo sangat. 

Gunakan dengan bijak.
*bijaklah sangat aku ni.

Ni Ke Maksud Chia Chia Chia?


Hai!!

Aku jumpa post ni dekat FB tadi. Kawan aku yang share. Setahu aku chia chia chia ni datang dari satu program lawak negara kita. Tiba-tiba dikatakan maksud dia berkaitan Yahudi. 


If and only if memang maksud dia macam tu, secara logik nya, logik ke? *Kan dah berbelit ayat aku. Haha. Cia = saya sayang yahudi. Cia-cia = yahudi kesayanganku. Cia cia cia = syiah syiah syiah. Kenapa perkataan yang sama membawa maksud berlainan? Kalau ayat "saya nak makan" = "I want to eat". Bukannya "eat eat eat". Bahasa baby mungkin. Entahlah. Spekulasi semata-mata tanpa sumber rujukan yang sahih. BTW, ikut masing-masinglah nak tafsir macam mana. Ok. Daa~~

Monday, 7 March 2016

Seni vs Sains


Hai!!!

As you know, aku student aliran sains (Genetik) sekarang ni tapi aku fall in love dekat seni sejak Form 4 atau Form 5 macam tu. Kalau difikirkan balik, dari kecil lagi aku suka seni ni terutamanya seni yang ke arah penulisan kreatif. Tapi ditakdirkan aku lebih mudah jalannya ke bidang sains. Aku pernah ambil subjek berkaitan seni dulu dan aku lalui pengalaman berharga waktu tu. Ada juga orang yang pandang enteng macam "Kau budak sains weh. Asal ambik seni pulak?". Pada mereka, ia satu perkara yang tak realistik, berangan-angan dan tak ada faedah. Senyum je sebab aku minat subjek tu dan aku buat apa aku minat.

Ok lah. Apa pendapat aku tentang dua bidang ni?

Pada aku, kedua-dua bidang ni luas. Selalu orang kata, bidang sains ni banyak cabang. Boleh dapat kerja dekat mana-mana je. No. Pada aku, dua-dua bidang ni sama saja luasnya kalau di explore. Aku selalu rasa, kalau orang yang hebat dalam bidang seni macam musik, penulisan, tarian etc tu, mereka ni memang berbakat sejak azali lagi. It's gift from The Creator. Kalau orang yang score dalam bidang sains, aku rasa dia genius. Rasa tak adil kan untuk yang orang biasa-biasa macam aku ni? Tapi, orang yang talented ke genius ke, mereka tak dapat dengan sekelip mata. Halangan untuk mereka ada di jalan yang lain. Sebab kita tak sempurna. 

Habis tu, macam mana dengan orang yang kurang berbakat, kurang genius ni? Usaha. Yes, effort. Effort does not betray you. If it's ever does, that's mean you are not put enough effort into it. Jadi, jangan give up. Jangan ikut kehendak orang sekeliling. Do what you want

Bidang sains ni, kalau tak betul-betul minat, akan timbul rasa nak give up tengah-tengah jalan tu. Macam aku, aku tak segan nak kata yang aku dapat C+ subjek Biologi masa SPM. Masa matrik, Biologi yang buat aku tak dapat "empat rata". Tapi, akhirnya aku masuk U dalam jurusan berkaitan Biologi. Rasa nak tukar course? Tak. Kenapa? Satu, sebab aku memang jenis redha. Kedua, sebab aku tak yakin tukar course tu jalan terbaik atau tak. Aku mampu score ke kalau tukar? Ketiga, sebab aku nak cabar diri aku sejauh mana kebolehan aku untuk buat benda yang aku tak minat. Alhamdulillah, aku mampu bertahan sampai sekarang.

Tak kira ambil bidang apa sekali pon (seni, sains, agama, akaun, dll), kalau minat dan usaha tu ada, you will win. Sekurang-kurangnya, you do what you really want to do. Not what others want you to do. Bukan orang yang ada bakat je dibenarkan untuk capai impian, orang yang biasa-biasa pon boleh asalkan ada kemahuan tu. 

Goodluck




Wednesday, 2 March 2016

Mulakan Persaingan (Drama / Filem Melayu)


Hai!

Semua orang perasan kan yang trend drama melayu sekarang ni adaptasi dari novel. Contohnya Tundukkan Playboy Itu, Playboy Itu Suami Aku dan sebagainya. Tak terkecuali juga filem yang diadaptasi dari novel seperti Suamiku Encik Perfect 10, Manisnya Cinta Di Cappadocia etc. Trend ni sebenarnya dah lama menular di negara kita dan membawa arus positif juga negatif. Kalau tengok di media sosial, ramai yang troll atau post kritikan-kritikan tentang trend macam ni. 

Antara contoh kritikan
Tetapi walaupun dikritik, mengapa trend sebegini diteruskan dan semakin menjadi-jadi? Sebab, walaupun ada yang tak suka, tapi ada juga yang suka.

Trend adaptasi novel ni bagus tapi plot cerita juga haruslah menarik dan mengikut kehendak penonton. Fikir di luar kotak adalah lebih baik. Kalau buat drama medical, buat betul-betul. Ada emergency case, tidur dua jam je dekat hospital lepas tu on call, bedah pesakit lepas tu pesakit mati, masalah dengan family pesakit atau apa-apa je yang realiti dalam bidang perubatan. Janganlah tajuk cerita macam medical sangat tapi rupanya bercinta antara student medic dan scene lawat katil pesakit, tu je. Buat genre yang berbeza dan buat sehabis real. Tak kisahlah crime ke, action ke, fantasy ke, apa-apa je lah. Genre melodrama dan romantik tend to ada plot yang cliche. Jadi susah sikit nak ada plot yang out of box. Tapi insyaAllah, kalau ada persaingan, kita akan rasa stress tu. Stress yang menyebabkan kita keluar dari zon selesa dan cipta sesuatu yang lain dari yang lain. 

Aku puji filem melayu sekarang sebab semakin hari, semakin nampak persaingan tu. Contohnya Polis Evo, Ola Bola dan sekarang ni Munafik. Aku bagi analogi ye. Contohnya bila dalam satu kelas yang dull, tak ada pelajar proaktif dan semua blur je bila cikgu mengajar. Tiba-tiba seorang pelajar berubah dan mula rajin bertanya, siap homework dan markah exam mula meningkat. Cikgu pon puji, belanja makan, dapat anugerah etc. Apa jadi dengan pelajar lain? Yes. Rasa nak bersaing tu ada untuk dapat apa yang classmate dia tadi dapat. Ni analogi budak-budak je untuk nampakkan situasi pentingnya persaingan. 

Aku bagi contoh drama Korea lah sebab aku biasa tengok. Dalam sebulan, beberapa drama baru akan keluar. Tapi, drama yang keluar bulan lepas tak tamat lagi episodnya. Macam mana mereka nak kekalkan rating kalau terlalu banyak drama yang keluar? Yes. Buat sehabis baik. Dari pemilihan pelakon, plot drama, watak dan sebagainya memang kena awesome untuk tarik perhatian penonton Korea dan international. Contoh drama "Come Back, Mister" yang baru lagi keluar. Bergenre melodrama, adaptasi dan komedi. Tarikan drama ni? Yes. Rain. Siapa Rain? He is hallyu star, international artist. Plotnya? Orang mati hidup balik. Genre biasa dengan artis luar biasa dan plot yang unik. 

Apa yang aku nak tekankan di sini ialah persaingan tu penting untuk kita push diri kita keluar dari kebiasaan. Mungkin aku tak tahu selok belok pembuatan filem dan drama. Apa masalah dan halangan di sebaliknya. Tapi aku menulis dari apa yang aku rasa dan perhatikan. Harap bermanfaat.

Apa yang baik tu ambil, apa yang buruk tu tinggalkan. 







Saturday, 20 February 2016

Pengetua Kembali Ke Rahmatullah


MARAN: Dua beranak maut dalam kemalangan di FELDA Jengka 19, dekat Kampung Awah, di sini, jam 1 tengah hari tadi.   Mangsa, Mohd Rozi Mat Sani, 48 dan anaknya, Mohd Adam, 10, disahkan maut di lokasi kejadian selepas kereta PERODUA Kelisa dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori. Jurucakap polis berkata, mangsa adalah Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat, Maran dan anak jati FELDA Jengka 18. Katanya, kereta PERODUA Kelisa itu dipandu anak mangsa, Mohd Afiq Zakuan, 18, dipercayai bergesel dengan sebuah kenderaan lain menyebabkannya hilang kawalan dan bertembung dengan lori dari arah bertentangan. Mohd Afiq Zakuan cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH), Temerloh. Difahamkan, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat dan sudah dituntut ahli keluarga mereka. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Gau, Temerloh, malam ini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/124436

Innalillah hiwainnailai harajiun.

Pengetua sekolah aku yang mesra dipanggil Cikgu Rozi telah kembali ke pangkuan-Nya pada 14 Februari 2016 yang lalu. Waktu aku sekolah dulu, arwah merupakan GPK Kurikulum SMKJP. Sangat berdedikasi. Satu perkara yang aku ingat ialah “Semarak Jaya”. Projek Semarak Jaya adalah homework yang dibekalkan kepada pelajar sewaktu cuti panjang sekolah untuk disiapkan. Setiap subjek memang akan ada homework dan digabungkan dalam satu buku Semarak Jaya. Hari pertama buka cuti sekolah tu, homework tu dulu yang disemak waktu perhimpunan rasmi. Mula-mula tu Semarak Jaya ni macam fenomena sebab tak pernah lagi cuti pon ada homework tapi itulah caranya untuk buat pelajar sentiasa ingat apa yang dipelajari. Tak adalah bila cuti je hilang semua yang dah belajar setahun tu. Lepas tu buka cuti, blur tak ingat apa dah.

Yang buat aku terkesan dengan pemergian arwah ialah anak sulungnya merupakan classmate aku masa sekolah dulu. Aku tak dapat bayangkan apa yang dia rasa. Aku tak dapat nak tolong apa-apa selain minta dia sabar dan tabah. Hanya doa je yang mampu aku kirimkan. Aku harap kau kuat, Lynn. Aku tak pandai pujuk atau bagi semangat ke apa. Tu je aku mampu cakap, tabah dan sabar.

Aku doakan arwah Cikgu Rozi dan seorang lagi anaknya di tempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.

Sama-samalah kita doakan Afiq Zakwan anak kepada arwah Tn Hj Mohd Rozi (turut sama terlibat dalam kemalangan tersebut) yang kini telah stabil dan dipindahkan ke wad biasa.

Tuesday, 2 February 2016

Henry Super Junior Opposes Plastic Surgery. Why?


Hai!! Hello!! Annyeonghaseyo!

Hari Jumaat minggu lepas aku tengok rancangan Radio Star dan pada 1:03:35 episod tersebut, isu Henry menentang pembedahan plastik diutarakan. Turut juga dinyatakan dia tidak bersetuju rancangan TV yang melibatkan kanak-kanak diadakan. Henry kata rancangan sebegitu menyebabkan kanak-kanak tersebut dapat perhatian ramai sejak mereka kecil lagi dan akan mendatangkan effect yang tak baik untuk kanak-kanak tu. Henry dah cakap pasal hal ni banyak kali dah tapi banyak show yang edit je part Henry cakap tu. Pasal plastic surgery pulak, dia kata kalau boleh janganlah iklankan sangat pasal tu. Sebab negara lain pon ada plastic surgery cuma tak iklankan sangat macam dekat Korea. Kira macam maksud dia, buat plastic surgery bukan sesuatu yang perlu dimegah-megahkan. Ye la, dengan iklan tu akan menarik minat orang ramai buat plastic surgery dan orang akan rasa buat plastic surgery tu adalah perkara yang betul. Henry kata dia ok je pasal plastic surgery tapi orang yang macam specific kan cantik tu macam mana. Nak hidung macam ni, mata macam tu, barulah dikatakan cantik. Dia kata, "having a good heart matters the most". Henry siap buat ucapan lagi untuk penonton. "You're all beautiful".



Artikel tentang ni boleh baca dekat link ni.
Untuk tonton onlineKLIK SINI. Tengok sampai 1:06:41 je, ok?

Daa~~

Monday, 1 February 2016

Selamat Hari Lahir Bekas Tunang Aku


"Selamat hari lahir bekas tunang aku – Hanya Tuhan Maha Mengetahui.

Selama 14 tahun perkenalan kita, banyak suka duka kita tempuhi bersama. Setelah pemergian arwah ibumu pada tahun 2006, aku saksi betapa hidupmu berubah secara total. Tunggak paling utuh yang kau pegang selama ini pergi mengadap Tuhan yang Esa. Saat itu, tiada apa yang terpahat dalam jiwa ini selain bertekad untuk bersama denganmu saat jatuh dan bangun.

Dengan izin Tuhan, kita membesar bersama, saksi atas kejayaan satu sama lain. Aku ke menara gading, kau pula berusaha dalam perniagaanmu. Aku saksi betapa gigihnya kau meniti titian hidup, memerah keriat untuk berjaya. Hidup tidaklah sesenang yang disangka, pelbagai perniagaan kau ceburi, tiadalah yang benar berhasil. Kita masing-masing buntu memikirkan solusi terbaik. Tiadalah satu saat pun, aku berpaling daripadamu malah kekal di samping, sama-sama mengalirkan air mata tatkala ujian datang bertubi banyaknya.

Syukur, atas usaha, doa akhirnya kau mendapat tawaran kerja di sektor kerajaan. Jika dulunya motosikal kau tunggangi, sekarang kereta luar negara yang kau pandu. Ya, pada hari kau berangkat ke Kuala Lumpur, seutas jam aku hadiahkan, bersama iringan doa semoga Allah mudahkan perjalananmu, berkati rezekimu dan membawa berita gembira untuk kita iaitu ke jinjang pelamin. Syukur, Tuhan mudahkan urusan kita, 2 bulan kemudian kau menghantar rombongan untuk meminangku, mengikat tali pertunangan, menyatakan hasrat mahu menjadikan aku suri hatimu. Hajatmu, keluargaku terima dengan hati terbuka dan disambut penuh rasa syukur.

Tetapi, hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah. Pada hari itu, datangnya seorang wanita yang mengaku sebagai teman wanitamu, dan menuntut janjimu untuk mengahwininya. Segala bukti dipampang depan mata aku; gambar, mesej, whatsApp, kata-kata manismu kepada dia aku baca bersama hati yang luluh. Hati yang remuk Tuhan sahaja tahu. Aku diduakan. Setelah segala susah senang bertahun lamanya, aku diduakan, ditipu oleh tunangku sendiri. Aku bertemu denganmu, menuntut penjelasan tapi malangnya tiada kata akhir yang dapat kau berikan.

Provokan demi provokan aku terima dari pihak sana, bersungguh dia mahukanmu; ‘walau bagaimanapun saya mahu dia kahwin dengan saya’ kata dia kepada aku. Hati mana yang dapat tahan. Dan tiada juga kata maaf darimu. Kau diam seribu bahasa, tidak cuba membetulkan keadaan yang kusut. Malah tiada juga kata maaf kau hulurkan kepada keluargaku. Tiada. Aku cuba untuk menghubungimu, minta untuk bertemu dan menyelesaikan perkara dengan cara baik, tetapi malangnya kau masih begitu.

Lalu, aku mengambil keputusan menghantar kembali tanda pertunangan dan memutuskan pertunangan kita. Dan ya, aku tahu masih banyak yang tak selesai antara kita, hutang antara kau dan aku. Tetapi kau masih kaku, kau pilih untuk lari tanpa menyelesaikan masalah ini. Hak aku, kau tidakkan. Aku di sini, cuba cantum hati yang berkecai satu persatu. Dulu, akulah insan yang papah kau bila kau jatuh. Tapi hari ni, aku jatuh kerana kau, dan aku papah diriku sendiri. Terima kasih aku ucapkan.

Selamat hari lahir awak. Tuhan hantar saya ketika awak jatuh supaya awak tidak putus harap pada hidup. Dan hari ini, awak dah berjaya. Saya yakin, arwah mak akan bangga dengan awak. Saya di sini, cuba lepaskan satu persatu apa yg terikat dalam hati. MOVE ON.

Ya, memang awak tidak berlaku adil dengan saya, awak aniaya saya, zalimi saya, tidakkan hak saya. Saya sakit, pedih, hancur tapi saya yakin Tuhan tak buta. Kifarah menanti manusia. Carilah saya di mahsyar kelak, carilah.

Satu soalan: Tenangkah awak, menganiayai saya begini?"

Sedih aku baca ucapan birthday ni. 14 tahun bukan masa yang singkat. Just imagine, kau tunggu dia bertahun-tahun. Sanggup susah senang sama-sama. At the end, dia bla macam tu je. Memang tempah batu nisan rasanya. BTW, aku teringin nak tahu apa kisahnya pulak dari pihak lelaki tu. 

SUMBER : SINI

Alasan Tidak Lulus BRIM 2016


Hai!

Sebelum ni masa aku check status permohonan BRIM DI SINI, statusnya masih "Dalam Proses". Tapi hari Sabtu baru ni aku check lagi, statusnya "Tidak Lulus". Yeah! Obviously sebab aku still student dan aku dapat Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M).

 

Tapi kan, amount BR1M dengan BB1M mana sama. Jadi, apa kaitannya dah dapat baucer buku dengan BR1M. Baucer buku pulak nak kena beli buku berilmiah sahaja. Hello. Aku pinjam buku dekat library atau guna reference books senior je. Mana ada yang rajin beli buku beratus ringgit nak pakai satu semester ONLY. Sebab tu ramai yang tukar baucer buku kepada duit ala-ala sistem barter gitu. Tak pon buat beli power bank, printer etc atau cari kedai yang boleh tukar baucer dengan barangan lain macam makanan, alat tulis etc.  

Apa-apa pon, Malaysia masih aman. 

*masih 

Thursday, 21 January 2016

Biasiswa JPA Digantung

Hai. 

Kalau you all KLIK SINI atau SINI, you all boleh baca yang isu sekarang tentang biasiswa JPA akan digantung sebab kemerosotan ekonomi. Perkara ni sangat-sangat mengganggu ketenteraman pelajar. Adakah biasiswa digantung untuk intake akan datang atau untuk yang dah sedia dapat tajaan? Kalau JPA digantung, kenapa MARA tak? Rethink and find new solution, please


*Tangan gatal nak mengundi dah ni. Haha. 

Tuesday, 12 January 2016

Pasar Terapung Pertama Negara di UTHM

PAGOH: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya memperkenalkan perniagaan berkonsepkan Pasar Terapung pertama di Malaysia yang diadakan di Jeti Panchor, Muar, Johor pada 16 Disember lalu.

Program ini merupakan anjuran bersama Pejabat Penolong Naib Canselor (Perhubungan Industri dan Masyarakat), Pejabat Hubungan Universiti dan Masyarakat, Pejabat Pentadbiran Pagoh, Kolej Kediaman Pagoh Jaya dengan Kerjasama Persatuan Nelayan Parlimen Pagoh dan Komuniti Kampung Panchor.

Pasar Terapung yang menjual barang-barang mentah dan barang kegunaan harian ini diwujudkan bertujuan mempromosikan Kawasan Panchor khususnya Kawasan Jeti kepada orang ramai.

Pasar Terapung ini adalah hasil cetusan idea Profesor Dato' Dr. Abdul Razak Hj Omar, Penolong Naib Canselor (Perhubungan Industri dan Masyarakat), UTHM untuk membangunkan kawasan terbabit.
Baca artikel DI SINI

Catatan : Aku rasa aku agar terlambat tahu pasal isu ni. Tapi aku kagumlah dengan keunikan idea ni. Agaknya macam manalah rupa UKM kalau ada pasar terapung dekat Alur Ilmu, UKM. Mesti lawa bila alur tu dah bersih nanti. Amboi. Tinggi angan-angan aku.

Saturday, 9 January 2016

Dah Terlanjur! Nak Buat Apa Ni?


Hai! Hah kau, tajuk kontroversi betul. Maaf kalau post ni agak sensitif. Jangan salah anggap ye. Entri ni bukan untuk menggalakkan perbuatan terlarang tapi untuk menjadi panduan buat insan yang kehilangan arah. Aku tak pandai nak puitis-puitis sangat. Straight to the point je lah ye. Bila berlaku macam ni, apa yang harus di buat ialah :

1) Taubat

Perkara pertama mestilah bertaubat dengan seikhlas hati. Kalau tanya ustaz ustazah mana-mana pon, apa yang pertama dia suruh, taubat. Apa dia syarat taubat nasuha? Tahu tak?

Syarat-syarat taubat :
i)   Taubat seikhlas hati semata-mata kerana Allah S.W.T
ii)  Menyesali perbuatan dosa yang telah dilakukan
iii) Berhenti terus dari melakukan dosa tersebut
iv) Tekad untuk tak akan ulang lagi dosa tersebut
v)  Memohon maaf kepada orang kalau berdosa dengan orang itu (tiada kaitan dengan entri ni).

2) Tenangkan fikiran

Jangan fikir yang bukan-bukan. Takut mengandung lah apa lah. Kalau fikir benda mengarut, nanti tindakan yang awak ambil pon akan mengarut. Tenangkan hati. Berzikir. Ambil masa untuk fikir dan muhasabah diri. 

3) Berbincang dengan pasangan

Bila hati dah tenang, dah waras, dah tak serabut, jumpa pasangan dan berbincang. Tanya hati ke hati apa arah hubungan awak berdua lepas ni. Memang banyak kes lelaki bla macam tu je bila kejadian macam ni terjadi. Tapi tak dinafikan juga ada lelaki yang rasa bersalah, rasa bertanggungjawab bila dia dah buat tak elok dengan anak orang. Jadi, bincang baik-baik.

4) Istikharah

Kalau dah berbindang, istikharahlah. Moga jalan yang dipilih dengan pasangan adalah betul.

5) Beritahu ibu bapa

Step yang atas-atas tadi tak semencabar step yang ni. Macam-macam akan terbayang dalam kepala apalah reaksi keluarga nanti kalau dapat tahu. Kena pukul ke, mak menangis ke, ayah tak nak bercakap seminggu ke. Nak tak nak, kena bagitahu. Kalau jadi apa-apa nanti, sekurang-kurangnya keluarga dah tahu. Ya, mak ayah marah memang dah dijangka. Siapa yang tak marah kalau dapat tahu tapi kasih sayang mereka lagi besar dari rasa marah tu. Satu hati mereka akan terima.

6) Jangan ambil tindakan terburu-buru

Kalau parent tak dapat terima, masih marah lagi, teman lelaki lari, dapat tahu pula hamil, jangan buat benda tak masuk dek akal. Perkara yang timbul dalam fikiran tak lain tak bukan nak bunuh diri tak pon nak bunuh baby tu (drama + novel). Jangan! You just make thing worse. Cuba lagi pujuk ibu bapa sampai hati mereka sejuk. Kalau rapat dengan adik / abang / kakak, minta bantuan mereka pujuk ibu bapa. Adik-beradik pon boleh jadi penguat dalam keadaan macam ni.

7) Banyakkan amalan sunat (puasa, solat sunat)

Bila hati tak tenang, perbanyakkan amalan sunat. Semua orang ada sejarah silam. Tapi semua orang boleh bangkit kalau nak. Kekuatan dalaman kena kukuh pada waktu hati tengah keliru dan mudah terhasut dengan fikiran-fikiran negatif.

8) Seek for help

Jangan duk termenung, memerap mengenang nasib. Muhasabah tu bagus tapi you need help from others at this phase. Jangan malu, jangan takut-takut untuk minta bantuan dari rumah-rumah perlindungan wanita. InsyaAllah mereka dapat bantu dari pelbagai aspek.

Semoga bermanfaat. Mencegah lebih baik dari mengubati. 

Thursday, 7 January 2016

Tuisyen Rakyat : Dari Rakyat Kepada Rakyat


Hai! Hari ni aku nak kongsikan maklumat tentang perjuangan beberapa orang nak muda dalam mengendalikan tuisyen secara percuma yang dipanggil Tuisyen Rakyat. Diharapkan perkongsian ini dapat membuka minda anak-anak muda untuk lebih peka dengan persekitaran dan membantu masyarakat dengan kemampuan yang ada.


Petikan dari Facebook Page Tuisyen Rakyat :

Sedikit latar belakang Tuisyen Rakyat dan pengalaman.

Pertamanya, kami bukan daripada mana-mana persatuan ataupun gerakan. Jawatan pun tiada, kami hanyalah marheinis. Hanyalah sekumpulan anak muda yang tiada apa-apa nak dibuat sewaktu cuti semester. Ia hanyalah sebuah idea yang terkeluar dikedai kopi. Kami tak ramai pun sekitar 7 orang sahaja pada awalnya. 

*Kini ada juga di beberapa tempat Tuisyen Rakyat berjalan dalam waktu semester.

Kami sebulat suara setuju dengan idea ini memandangkan realiti semasa dan tempat (Jerantut) kami yang memerlukan pendidikan tambahan percuma. Setelah bersetuju dengan idea Tuisyen Rakyat, kami mulakan gerak kerja untuk mencari tempat operasi, mencari sukarelawan dan mempromosi kepada orang ramai.

Sepanjang bulan Ramadhan kami mencetak iklan berbentuk tazkirah poket untuk diedarkan. Kami edarkan di bazar Ramadhan, di car-bootsale mingguan, masjid dan surau. Hebahan di media sosial itu dah pasti kami buat.

Kami ada juga buat banner, berbekalkan cat hitam dan kain putih. Kami gantung banner 'homemade' kami sekitar kawasan yang berdekatan tempat tuisyen kami.

Alhamdulillah melalui hebahan tersebut ramai juga yang menghubungi kami untuk menjadi sukarelawan. Akhirnya semua sekali sukarelawan yang sudi menjadi tenaga pengajar ada sekitar 25 orang. Boleh dikatakan 80% daripada kami bukanlah mahasiswa jurusan pendidikan dan perguruan.

Kemudian kami mencari tempat operasi. Mujur, dengan izin tuhan ada hamba Allah yang mempunyai dewan kecil (di Batu Embun, Jerantut) dalam perkarangan rumahnya sudi meminjamkan secara percuma kepada kami, termasuk bil elektrik dan air untuk menjalankan Tuisyen Rakyat.

Murid dan pelajar kebanyakannya datang walk-in. Pada minggu pertama hanya sedikit saja dan kemudiannya semakin bertambah saban hari. Sehingga ada satu ketika tak muat dewan kecil kami guna tu. Berhimpitlah sikit.

Alat bantuan mengajar? Alat tulis? Dapat daripada mana? Kami berkongsi duit sesama kami untuk beli barang-barang mengajar, buku, duit minyak etc. Tiada siapa taja pun, duit PTPTN/Biasiswa yang berbaki dan simpanan sendirilah yang menjadi modal.

Tapi setelah tuisyen ini berjalan, ada jugalah pihak-pihak tertentu yang sudi menyumbangkan barang seperti papan putih, sumbangan wang tunai dan alat tulis untuk mengurangkan beban kami. Alhamdulillah.

Kami mengadakan tuisyen ini pada Isnin hingga Khamis, pada jam 8-10 malam. Tuisyen ini terbuka kepada murid darjah satu hinggalah pelajar tingkatan 5. Kami tak buat kelas berdasarkan subjek tetapi kami bantu melalui kerja sekolah adik-adik kemudian pelajar/murid sendiri boleh memilih nak belajar subjek / topik apa.

Sehingga hari terakhir, kami ada sekitar 70 orang pelajar yang hadir ke tuisyen kami. Alhamdulillah, selama hampir 1 bulan setengah ni macam-macam kami belajar: jadi guru, memahami murid & pelajar, menyelami susah-senang ibubapa nak dapatkan akses pendidikan tambahan percuma, luahan marheinis etc.

InsyaAllah kami akan meneruskan Tuisyen Rakyat ini setiap kali cuti semester.

Pada masa yang sama, dihujung minggu kami ada juga turun ke sekolah pedalaman untuk memberikan khidmat tuisyen percuma. Biasanya pada hari Sabtu.

Ketika semester masih berjalan, ada diantara kami yang menggerakkan Tuisyen Rakyat berdekatan universiti masing-masing, Tuisyen Rakyat Pulau Pinang misalnya.

Buat masa ni, kami menggelarkan diri kami dan bergerak sebagai Team Anak Muda Progresif (TAMPOR).

Sekarang, kami sudah ada projek kedua yang dalam proses untuk dilaksana; Perpustakaan Rakyat. Doakan kami! Moga coretan pengalaman ini menjawab pertanyaan sahabat semua. 

Wallahualam

 

Setakat hari ini, Tuisyen Rakyat ada di Jerantut, Pahang dan Pulau Pinang. 
Untuk maklumat lanjut, KLIK TUISYEN RAKYAT

Semoga bermanfaat. Doakan anak-anak muda ini mampu laksanakan projek mereka. Amin. InsyaAllah.

Saturday, 2 January 2016

Permohonan Dermasiswa 2016 Dibuka



Baru tadi aku dapat informasi ni dari seorang rakan. Kepada anak-anak Pahang, anda dialu-alukan untuk isi permohonan ini di SINI. Pastikan buka laman web tersebut menggunakan Mozilla Firefox atau Internet Explorer.
Di bawah ini adalah cara-cara memohon.


Isi borang secara online dan manual. Hantar borang ke alamat yang dinyatakan. Tarikh tutup permohonan pada 31 Mei 2016.

Thursday, 31 December 2015

Lagu Gerua Filem Dilwale Tanpa CGI

Hai!! Mesti ramai yang dah tengok kan movie ni? Aku tak pergi tengok lagi sebab belum ada kesempatan. Yang online punya ada tapi tak ada subtitle. Tengok gambar tak faham apa dia cakap pon tak ada feel jugak. Masa tengok video lagu Gerua, aku memang ingat tu cuma tipu. Bukan real. Yela, dengan pakaian nipis tapi nyanyi dekat kawasan iceberg. Mana aku nak percaya tu real. Tapi sebenarnya, itu adalah real. Lakonan di Iceland tu real. Pergh! Tak percaya? Tengok ni.

"Kulit kami menjadi hitam dan biru semasa penggambaran scene ini akibat kesejukan. Dan kami memang terus bertukar kepada biru selepas itu. Habis saja rakaman, kami ditutup dengan lebih daripada tiga selimut, jaket, dan macam-macam lagi. Waktu itu memang terlampau sejuk," kata Kajol.



Shah Rukh Khan berkata, "Kaki kami sebenarnya diikat dalam scene ini. Kaki kami disematkan dengan tali supaya mendapat cengkaman dan mampu untuk melakukan pergerakan di atas bukit. Saya rasa itu sangat mencabar. Walaupun terdapat beberapa isu, segala langkah keselamatan telah diambil."


Memang style. Selayaknya filem ini diminati ramai. 
Sumber : SAYS

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI